Buah naga bukanlah antara pilihan sajian buah-buahan yang popular bagi yang gemar mengambil pencuci mulut sebelum menjamah hidangan berat.
Mungkin disebabkan rupanya yang menggerunkan atau rasanya tidak begitu enak. Namun sebenarnya buah naga mempunyai khasiat tersendiri yang ramai tak tahu.
Selain berfungsi sebagai anti penuaan dan bantu penghadaman, buah naga juga sesuai diambil bagi mereka yang diabetes.
Ayuh kita lihat enam manfaat yang diperoleh daripada buah eksotik ini.
1. Antipenuaan
Antioksidan menjadi antara faktor yang membantu mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit. Kehadirannya membantu menentang radikal bebas di seluruh badan untuk menghalang pengaktifan sel kanser.
Buah naga adalah sumber yang baik untuk mendapatkan manfaat antioksidan kerana ia mengandungi vitamin C.
2. Menghalang kanser
Selain kaya dengan vitamin C, buah naga juga mengandungi karotena yang dikaitkan dengan antikarsinogenik termasuk mengurangkan jumlah penghasilan tumor. Selain itu, kandungan likopena yang berfungsi memberi warna merah kepada buah naga juga sering dikaitkan dengan manfaat dalam mengurangkan risiko mendapat kanser prostat.
Ads
Kajian yang disiarkan dalam Jurnal Asia Pasifik mengenai pencegahan kanser pada 2011 mendapati pengambilan likopena kurang daripada 2.5 miligram sehari meningkatkan risiko mendapat kanser prostat.
Sebaliknya, pengambilan buah, sayur atau makanan yang kaya dengan likopena termasuk melakukan aktiviti fizikal pula membantu mengurangkan risiko kanser berkenaan.
3. Kesihatan kardiovaskular
Buah naga membantu meningkatkan kesihatan jantung kerana ia mampu mengurangkan tahap kolesterol tidak baik. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Pharmacognosy Research pada 2010 menemui pengambilan buah naga mungkin boleh membantu menurunkan risiko penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.
Malah, buah eksotik ini juga adalah sumber yang baik bagi lemak garam mono yang membantu mengekalkan kesihatan fungsi jantung.
4. Diabetes
Kandungan serat yang tinggi di dalam buah naga membantu menstabilkan tahap gula dalam darah seseorang. Ia juga membantu merencatkan gula yang berlebihan ketika mengambil makanan yang tinggi indeks glisemik.
Ads
Di dalam kajian sama turut menemui buah berkenaan mempunyai kesan yang berharga dalam tekanan oksidatif daripada kekejangan aorta (arteri terbesar dalam badan), masalah yang dikaitkan dengan kencing manis.
5. Penghadaman
Buah naga mempunyai kandungan serat yang tinggi, bermaksud ia membantu memperbaiki pergerakan usus dengan memudahkan laluan di bahagian saluran penghadaman. Pengambilan buah eksotik ini boleh membantu mengurangkan masalah sembelit dan sindrom gangguan usus.
6. Meningkatkan sistem imun
Tahap kandungan vitamin C yang tinggi di dalam buah naga membantu meningkatkan sistem imun selain merangsang aktiviti antioksidan lain.
Ads
Kehadiran jumlah vitamin C, mineral dan fitoalbumin yang tinggi juga membantu melawan radikal bebas selain memiliki sifat antioksidan. Vitamin B1, B2, B3 dan kalsium, fosforus, zat besi, protein, niasin serta serat juga menyumbang kepada peningkatan fungsi sistem imun badan.
Bagi mendapatkan manfaat buah naga kepada kesihatan tubuh, boleh cuba nikmati jus minuman yang menyegarkan ini. Caranya juga mudah dan tidak memerlukan kos besar untuk mengamalkan pengambilan diet yang menyihatkan.
Kolestrol jahat ni, kalau tidak dipantau boleh menyebabkan arteri darah tersumbat hingga menjejaskan jantung. Tak kira sama ada berbadan kurus atau gemuk, kalau makan tak jaga memang boleh jadi mangsa.
Bak kata Puan Nurasykin Ali, orang kurus pun boleh ada masalah kolestrol tinggi. Entah-entah lebih tinggi dari orang yang mempunyai saiz badan yang agak besar atau gemuk.
Kolestrol Jahat
Kolesterol jahat ni kalau nak serang tak kira saiz badan. Orang yang obesiti memang berisiko mengalami kolesterol tinggi sebab metabolisme lemak tubuh berubah akibat perubahan insulin.
Orang kurus pun tak terlepas dari masalah ni lebih-lebih lagi bila tak jaga pola pemakanan yang sihat, kebiasaan makan makanan yang mengandungi lemak tinggi, kurang
bergerak atau bersenam, ada masalah alkohol, stress, genetik ataupun ubatan dan produk hormon yang mempengaruhi paras kolesterol.
Jadi cuba amalkan minum jus lobak merah campur timun. Jus ni paling baik minum awal pagi waktu perut tengah kosong sebab sel-sel badan akan menyerap enzim secara paling
optimum.
Selain membantu menurunkan paras kolesterol, lobak merah kaya dengan vitamin A yang penting bagi pertumbuhan tisu dalam badan dan penjagaan kulit. Timun pula mengandungi B karoten, xanthin dan lutein. Zat-zat tersebut mampu membersihkan radikal bebas yang menyebabkan penuaan.
Kandungan karotenoid yang tinggi pula berperanan aktif untuk mengawal keseimbangan kadar gula di dalam tubuh kita. Dalam pada masa yang sama dapat membantu mengawal
berat badan.
BAHAN-BAHAN:
1 biji karot sederhana besar
Setengah biji timun (tak perlu buang kulit)
1 gelas air masak/mineral
3 biji limau kasturi
CARANYA:
1) Hiris karot dan timun kecil-kecil supaya mudah untuk diblend.
2) Masukkan bahan tadi ke dalam juicer atau blender.
3) Tambahkan air masak dan blend sampai hancur. Kalau korang nak lebih cair boleh tambah lagi air. Tapi kak ekin buat untuk sukatan 1 gelas.
4) Tapis bahan blend tadi dan masukkan ke dalam gelas.
5) Perah limau kasturi dan siap untuk diminum.
Masukkan semua bahan tadi ke dalam blender atau fruit juicer.
Tambahkan 1 gelas air masak/mineral. Kalau korang nak lebih cair boleh tambah lagi air. Tapi kak ekin buat untuk sukatan 1 gelas.
Lepas tu korang tapis dan masuk dalam gelas. Perah limau kasturi. Kalau suka masam-masam sikit boleh tambah lagi perahan limau tadi.
Jus ni kak ekin tak letak gula ye. Minum awal pagi waktu perut kosong okey.
Mudah kan? Korang boleh amalkan jus ni secara konsisten 2-3 kali seminggu untuk dapatkan kesan positif.
Share jika bermanfaat. Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zaman sekarang, ramai memilih jalan untuk cantik cara jimat. Bukan sayang duit nak beli skincare tetapi agak susah cari produk yang serasi dengan kulit wajah. Paling takut kalau terkena produk yang ada bahan kimia terlarang. Rosak muka!
Jadi untuk selamat, lebih baik guna bahan alami dan cuba buat sendiri untuk kekalkan awet muda. Alah, memang orang dulu-dulu pun jaga mukanya dengan cara ini sahaja. Pusing-pusing bahan yang sama cuma cara sahaja berbeza.
Kali ini petua cantik ini dikongsikan oleh Puan Shafinaz Johari, nampak gaya ada dua bahan berbeza untuk pagi dan malam. Jemput selongkar dulu, ya!
Cantik Cara Jimat
Saya memang jenis suka makan sayur, khasiat sayur dan buah-buah cukup bagus. Kalau saya beli lebih tomato dan timun saya selalu kisar hancur macam ini.
Selepas itu simpan dalam peti sejuk, saya buat masker muka. Boleh simpan sampai 2 minggu atau lebih dalam peti sejuk.
Kalau tomato lepas kisar hancur, letak tepung beras, pakai waktu siang, buat bedak sejuk muka.
Muka akan tegang, licin dan jerawat tak ada. Kalau timun pula kisar saja, simpan peti sejuk, pakai dimuka waktu malam.
Waktu pakai masker ini lah, untuk rehatkan minda. Bagi saya, tak perlu pakai produk mahal dan yang kadang tak serasi dengan kulit wajah. Amalkan sesekali macam ini pun dah bagus.
Semoga bermanfaat buat anda semua.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas virus Covid-19 jenis varian Delta menyerang dengan menyebar ke udara dalam 15 saat, terdapat satu lagi varian yang perlu kita ketahui.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang memantau kemunculan varian baharu koronavirus yang dikenali sebagai Mu.
The Guardian melaporkan varian Mu atau B.1.621 pertama kali dikesan di Columbia pada Januari lalu, manakala kes melibatkan varian itu pernah dicatatkan di Amerika Syarikat dan Eropah.
Berikut adalah beberapa fakta mengenai varian Mu yang perlu kita ketahui.
1. Diklasifikasikan sebagai Variant of Interest
Varian Mu diklasifikasikan sebagai salah satu varian yang perlu diawasi atau ‘variant of interest’ (VOI). Ini bermaksud, untuk sementara ini, WHO menganggap varian ini layak untuk dipantau secara khusus dan lebih mendalam.
Varian ini dikatakan memiliki kemampuan genetik yang dapat mempengaruhi karakteristik virus iaitu tingkat keparahan penyakit, tahap kekebalan, penularan dan kemampuan dikesan serta perawatan.
Bagaimanapun ketika ini, varian Mu dianggap masalah berpotensi yang lebih kecil daripada varian Delta atau Alpha yang diletakkan sebagai varian dalam pemerhatian atau variant of concern (VOC) kerana jangkitannya yang meningkat.
2. Potensi kebal terhadap vaksin
WHO juga menjelaskan varian Mu mempunyai mutasi yang menunjukkan kemungkinan untuk mengatasi sistem imun namun perkara itu masih perlu kajian lebih mendalam.
3. Variant of interest kelima dipantau WHO
Varian Mu adalah variant of interest kelima yang dipantau oleh WHO. Selain Mu, ada empat varian yang lebih serius yang masuk dalam kategori variant of concern.
1. Eta: pertama kali dikesan di beberapa negara pada Disember 2020
2. Iota: pertama kali dikesan di AS pada November 2020.
3. Kappa: pertama kali dikesan di India pada Oktober 2020.
4. Lambda: pertama kali dikesan di Peru pada Disember 2020.
5. Mu: pertama kali dikesan di Colombia pada Januari 2021. Sementara varian yang diletakkan dibawah VOC adalah Alpha, Beta, Gamma, dan Delta.
Jumlah varian SARS-CoV-2 dikenal pasti akan berubah seiring perubahan waktu, kerana semakin banyak virus menyebar, maka akan semakin banyak peluang untuknya bermutasi.
4. Melindungi diri daripada varian Mu
Semakin banyak virus menyebar akan semakin besar peluang virus bermutasi. Cara terbaik untuk mengurangkan mutasi virus adalah membataskan penyebarannya, termasuk melalui vaksinasi.
Ini termasuklah menerapkan SOP ditetapkan iaitu mencuci tangan, memakai pelitup muka, menjaga jarak dan mengelak tempat sesak dengan orang ramai.