Seperti yang kita maklum, program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telahpun bermula sejak pertengahan Mac lalu.
Sebelum ini fasa vaksin pertama telah diberikan kepada frontliner di seluruh negara. Dan perkembangan terkini pemberian vaksin menyaksikan slot vaksin AstraZeneca COVID-19 bagi penduduk Kuala Lumpur dan Selangor telah ditempah sepenuhnya hanya dalam tempoh tiga jam 20 minit, selepas pendaftaran dibuka pada 12 tengah hari tadi.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang telah berkongsi kemas kini mengenai proses pendaftaran melalui akaun Twitternya berkata, mereka yang telah berdaftar akan menerima butiran lanjut mengenai temu janji pada aplikasi MySejahtera atau SMS mereka tidak lama lagi.
“Mereka yang tidak berjaya mendapatkan slot masih berpeluang meletakkan nama mereka dalam senarai menunggu di laman web sama di http://vaksincovid.gov.my,” katanya di Twitter.
Pada Sabtu, Khairy berkata, vaksin AstraZeneca dibuka kepada 268,000 individu secara ‘siapa cepat, dia dapat’ di laman web itu bagi penduduk KL dan Selangor dan temu janji pertama bagi slot vaksinasi itu akan dijalankan pada 5 Mei di PPV yang ditetapkan.
Ads
PPV itu adalah Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur dan Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam.
Khairy juga dilaporkan berkata, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) akan melancarkan inisiatif sama di negeri lain sementara menunggu penghantaran selanjutnya vaksin AstraZeneca.
Ads
Beliau berkata kerajaan juga dijadual menerima sejuta lagi dos vaksin AstraZeneca pada bulan ini melalui Akses Global Vaksin Covid-19 (COVAX).
“Kami akan memperluaskan pilihan ini di negeri-negeri lain, kecuali Sarawak yang telah menunjukkan penurunan dan akan memastikan mereka yang tidak mempunyai akses internet serta yang lain juga boleh mendaftar,” katanya.
Selain gemar melihat pemandangan indah dalam Kdrama, ramai peminat terpesona dan suka melihat kecantikan sebenar selebriti mereka.
Melihat wajah selebriti ini seperti glass skin yang kini menjadi kegilaan ramai. Tidak sukar sebenarnya untuk mendapatkan kulit wajah seperti ini janji rajin.
Perkongsian gadis ini Fatinaamalina Rahman memberitahu rutin penjagaan ala-ala Korea ini bagi mendapat hasil diinginkan.
Ala-ala korea skincare routine – glass skin tak berapa nak glass (khas utk Kulit kering & sensitif)
Baru sempat nak share macamana nak dapat #geglowing macam Artis drama koreaaa sebab ramai PM apa lagi sis pakai. Noo sis tak mainlah produk pengelupasan Hope it helps okay!
Okay. Kunci nya ialah Hydration! Yup! Skin care routine ala Korea ini memang selalu mengutamakan hidrasi kulit which is a good thing, of course.
Sebab Fatin kulit super kering! So #teamkulitkering boleh cuba follow steps ni. Sebelum itu, kite explain sikit. Kulit kering ini ada dua jenis 1. kurang air 2. Kurang minyak semulajadi
Duduk dalam aircond jugak punca kulit kering sebab badan produce less oil. Bukti Kulit Tak cukup air/ minyak semulajadi: 1. Kulit jadi super sensitive 2. Cepat wrinkle 3. Kulit tegang jer lepas cuci 4. Kulit mengelupas 5. Inflammation So #teamkulitkerings
1. Teknik ni dipanggil minyak menarik minyak. Oil based ni boleh angkat kotoran sisa minyak/ oil based makeup / impurities & pollution kat kulit. Tak la naik jerawat/ blackhead/ whitehead & segala skinhead kat muka. Fatin pernah pakai oil based makeup remover pun okay jer
2. Step 2: Normal Cleansing Step ini baru pakai apa jenis pencuci muka yang korang duk pakai sekarang. Suggestion untuk #teamkulitkeringss : pakai jenis free-soap cleanser. Sabun type akan remove oil pada skin, kiter ni dah ler kering kontang.(Refer description gambar)
3. Toner & Essence(Optional): Kalau Korea memang famous dengan toner. Ada banyak fungsi toner atau essence, cari yang fungsi normalize balik hydration and PH balance. Sila kaji sebelum beli. Jangan bazir.
4. Moisturizer paling penting. Ramai yang skip step ni. Jangan please. Moisturizer nak ganti dan lock hydration pd kulit kita.
5. SPF & base Apply SPF ataupon sunblock, pastu baru pakai make up. Sebab faktor utama kulit kusam dan jeragat adalah sebab tak pakai SPF kat muka.
Sebab Fatin tak pakai foundation, so Fatin apply Facebalm Vit E SPF 50 je. Sunscreen Fatin add up bila aktiviti luar je pagi masuk opis petang balik dalam aircond jadi malas (jangan follow)
6. Hydrating mist: Sebab skin Fatin power punya kering sampai crack la, Fatin apply hydrating mist. Sekejap-sekejap dalam aircond spray.
7. Exfoliation (Compulsary twice a week) Yang ni sangat penting dalam rutin ala Koleaa ni sebab punca skin kusam sebab kulit mati kita menebal kat kulit. Sebab itu lah pakai apa skincare pun tak berkesan. Boleh guna apa-apa jenama / khas untuk glowing.
Tu je. Ini yang kita pakai. Kalau tak payah follow produk pun tak apa as long as steps hampir-hampir okay dah
Korang share la atau tag kengkawan #teamkulitkeringssss supaya dapat tips ni jugak! #TatesnowClan
Tidak dinafikan rumah dianggap sebagai mahkota kecantikan bagi setiap wanita. Tidak kisahlah sama ada bertudung atau tidak, kebersihan anggota badan yang satu ini perlu dijaga sebaiknyanya.
Jadi terpulang pada anda untuk menjaganya sama ada secara petua tradisional atau menggunakan produk sedia ada.
Seorang pengguna di laman sosial Facebook, Nur Qyna telah menyenaraikan pilihan syampu terbaik yang telah dicubanya apabila mengalami masalah keguguran teruk suatu ketika dulu.
Jadi bagi mereka yang ada masalah keguguran rambut, boleh cuba panduan diberikan ini.
Jika di majlis pernikahan Datin Seri Heliza Helmi memilih persalinan putih dan pink untuk resepsi, tetapi untuk majlis persandingan kali ini cukup berbeza.
Aktivitis kemanusiaan dan suami Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman diraikan dalam satu majlis meraikan pengantin baru dengan kedua mempelai mengenakan persalinan songket serba biru.
Majlis berlangsungmeriah di Bizmilla Grand Ballroom, Eco Sanctuary, Selangor itu dihadiahkan Mila Jirin sendiri sebagai teman baik pengantin perempuansekali gus merangkap pemilik empayar bisnes perkahwinan, Bizmilla Wedding Centre.
Majlis berkenaan yang mengangkat tema ‘Malam Islamik’ itu turut meraikan simbolik 15 tahun ukhuwah serta persahabatan Mila dan Heliza.
Bercerita lanjut, Heliza atau atau nama penuhnya, Nur Heliza Helmi pada mulanya agak keberatan untuk menerima hadiah berkenaan.
Namun akhirnya mengalah kerana mengenangkan persahabatan mereka yang mekar sejak sama sama menyertai Akademi Fantasia musim kelima (AF5).
“Selesai majlis pernikahan dan resepsi, saya dan suami tak ketinggalan diraikanteman baik yang bersungguh sungguh menganjurkan beberapa majlis. Mila sendiri tak ketinggalan. Dia memang berniat sekian lama. Kalau saya kahwin, mahu diberikan hadiah majlis persandingan.
“Dia sendiri siapa tak kenal memang ‘tauke majlis kahwin’ sejak tahun 2013 selepas tak lagi fokus dalam dunia seni. Masa dia suarakan hasrat itu, saya terkejut. Malah bertambah segan kerana hadiah itu terlalu besar nilainya.
“Tapi dia bersungguh sungguh nak juga memenuhi niat terbuku itu. Akhirnya saya ‘tewas’. Lantas saya pun teringat Nabi Muhammad SAW sendiri tidak menolak hadiah pemberian sahabatnya.Saya pun ikut sunah Nabi dengan menggembirakan Mila,” katanya.
Malah Heliza yakin Mila dan perniagaan perkahwinannya menjadi asbab untuk terus mengerat dan menyatukan silaturahim sesama insan.
“Penerimaan dan persetujuan hadiah itu juga membuka ruang dan harapan kepada tetamu yang datang majlis itu sama sama berkongsi kegembiraan dan keberkatan.
“Saya yakin hadiah itu ibarat susun atur Allah Taala menerusi Mila untuk diri ini. Dapat juga rezeki sahabat dan insan lain saya kenali datang ke majlis. Termasuklah teman dan tenaga pengajar AF5.
“Majlis Maulid juga diadakan seperti sebelum ini bertujuan memuliakan Nabi SAW. Turut diadakan majlis bacaan Al – Quran serta perkongsian ilmu bermanfaat daripada golongan asatizah,” katanya.
Pada majlis berlangsung, tetamu yang hadir mengenakan jubah hitam bagi wanita dan putih untuk lelaki.
“Tema Malam Islamik dipilih pun kerana mahu memudahkan tetamu yang hadir tanpa fikir panjang atau rasa terbeban. Saya dan suami yakin, jubah hitam setiap wanita akan memilikinya. Begitu juga jubah putih yang tentunya ada dalam gerobok baju golongan lelaki.
“Cuma untuk kelainan, Mila cadangkan saya dan suami mengenakan songket berwarna biru lembut. Saya jarang memakainya.Tapi saya meraikan cadangan itu,” katanya yang turut dihadiahkan keraian majlis resepsi daripada Datin Seri Umie Aida pada 5 Januari lalu.
Mengintai sisi persahabatan dengan Mila, wanita berasal dari Terengganu itu bersyukur mereka dipertemukan.
“Mila cukup bernilai, Masya-Allah. Saya ini tiada apa apa. Dia sangat hebat, baik, solehah dan segala serbi lengkap. Tuhan mempertemukan kami di AF5. Kami akrab walaupun tak sentiasa berhubung dan bersua.
“Namun hubungan dalam hati itu tetap mekar. Kami kalau ada kesempatan akan berkongsi pelbagai cerita. Termasuklahberborak fasal zaman dan kenangan dulu,” katanya.
Mengalih sisi hidupnya kini yang sudah hidup berkeluarga, dia yang mesra dengan panggilan Kakjamenerima mesej pertanyaan Abang Dee (suami) di Instagram (IG) mengenai bantuan kemanusiaan yang ingin disalurkan.
“Saya ketika itu sudah terbabit dengan aktiviti pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO). Mesej itu sebenarnya cukup rawak. Macam orang lain mesej tanya mengenai bantuan mahu diberikan dan sebagainya. Saya membalas pertanyaannya seperti orang lain juga.
“Momen itu berlalu sepintas lalu tanpa ada sebarang pertemuan. Selepas itu tiada apa apa pun terjadi. Malah masing masing meneruskan kehidupan macam biasa. Dijadikan cerita saya dapat tahu dia mahu menunaikan umrah. Jadi saya pula jenis yang selamba akan mengirimkan doa untuk dipanjangkan di Tanah Suci Makkah. Saya turut mengirimkan doa melaluinya.
“Saya jenis yang akankirim doa kepada sesiapa termasuk mereka yang tak dikenali seperti netizen. Kita pun tak tahu doa siapa yang akan dimakbulkan Tuhan,” katanya.
Ungkap Heliza lagi, salah satu doa yang dikirimkan kepada Abang Deetermasuklah perihal jodoh.
“Doa jodoh itu dipanjangkannya di depan Kaabah. Pada ketika detik itu juga, bagai hadir isyarat yang jodoh tertulis antara kami .
“Dipendekkan cerita, dia bertemu keluarga untuk menyunting saya. Seterusnya Allah lorongkan semua itu ke satu ikatan ijab kabul,” katanya.
Ditanya mengenai Abang Dee yang juga pengasas dan Presiden AUF MBZ Consortium iaitu syarikat yang menawarkan perkhidmatan pelaburan kewangan, Heliza dengan rendah hati mengakui sukar mengungkapkan gambaran itu dengan kata kata.
“Sesuatu mengenai dirinya yang susah nak diterangkan dalam satu perkataan atau baris ayat.
“Dia… Masya-Allah, Subhanallah, Alhamdulilah. Dialah syurgaku. Saya bersyukur dikurniakannya. Moga mudah mudahan doa rumah tangga kami sampai ke jannah,” katanya.
Sementara itu, Abang Dee secara jujur menggambarkan jodohnya dengan isteri seperti sebuah perjalanan mencari permaisuri hati yang boleh hidup bersama selamanya.
“Moga ikatan ini terus berada dalam sakinah, mawaddah, rahmat dan sampai jannah. Jodoh saya akhirnya tertulis di usia 38 tahun. Sampai berjanggut panjang saya tunggu jodoh ini.
“Ia satu penantian panjang yang terjawabdan berbaloi apabila berjodoh dengannya. Kesudahan dan nikmat ini cukup menggembirakan hati dan disyukuri.
“Allah bagi jodoh sepertinya… Masya-Allah, Alhamdulilah dan cukup lengkap serta sempurna segala segi. Pandang dia rasa sejuk hati,” katanya yang cukup tebal dengan loghat Utara.