Banyak Khasiat Rupanya. Nak Jimat Buat Sendiri Jus Aloe Vera, Sedap & Selamat!

Share

Selain mudah ditanam, aloe vera atau dipanggil lidah buaya juga antara tumbuhan yang mempunyai banyak khasiat.

Rupa bentuk aloe vera yang mana bahagian luar daun agak keras dan tebal berfungsi memerangkap dan menyimpan air.

Antara komponen yang terkandung dalam tumbuhan tersebut ialah air, pelbagai vitamin seperti vitamin A, C, E, B1, B2, B3, B6 dan B12.

Aloe vera juga mengandungi mineral iaitu kalsium, magnesium, zink, kromium, selenium, sodium dan zat besi), enzim serta asid amino.

Khasiat aloe vera ini diketahui sama ada untuk disapu secara luaran ataupun dibuat minuman.

Antara perkongsian dari pengguna Nurshuhada Samsuddin yang memberitahu resipi aloe vera jelly untuk dibuat minuman jus.

Cara Mudah Buat Jus Aloe Vera

Sesiapa yang ada tanam aloe vera tu boleh la cuba menu simple ni.  Rasa sedap & sangat refreshing 

Resepi Aloe Vera Jelly :

Bahan-bahan:
Aloe vera
Gula
Daun pandan
Air

Cara-caranya :
1. Bersihkan aloe vera yang dituai dipokok.
2. Buang duri kiri & kanan serta kulit hijaunya.

3. Potong dadu @ mengikut sukaan anda.
4. Letakkan Aloe vera yang siap dipotong ke dalam penapis & lalukan air sehingga lendirnya hilang.
5. Cuci bersih.

6. Masukkan kedalam periuk + air secukupnya + gula + daun pandan.
7. Masak sehingga gula larut.
8. Matikan api. Setelah sejuk boleh disimpan kedalam bekas & simpan ke dalam peti ais.9. Boleh dinikmati bersama air kegemaran anda.

Sedap sangat jelly tu!
SELAMAT MENCUBA !

Artikel Berkaitan:

Amalkan Minum Jus Halia Bersama Madu, Elok Untuk Kesihatan Terutama Turunkan Berat Badan

Terbukti Baik Untuk Kesihatan, Saintis Kongsi Teknik Sebenar Sediakan Jus Kunyit

Cantik & Kekal Langsing, Che Ta Dedah Rahsianya Amalkan Minum Jus Buahan Buat Sendiri

 

IKLAN