Viral semalam apabila dikatakan seorang menteri yang membantu membersihkan tahi cicak di sebuah sekolah menggunakan waterjet hingga jadi bualan warganet.
Seperti diberitahu kekotoran tahi cicak berkenaaan sukar untuk dibersihkan dan sebenarnya jika ada najis sebegini memang menggangggu kawasan persekitaran kita.
Perkongsian Public Health Malaysia memberitahu mengenai perkara ini dengan mengingatkan agar memastikan kawasan sekitar bebas dari najis unggas dan cicak.
Ini kerana ada bahaya jangkitan kuman boleh diperoleh hingga menyebabkan masalah cirit-birit.
Bahaya Najis Unggas & Cicak Pada Kesihatan
Persekitaran bebas dari bahan iritasi seperti najis unggas dan najis cicak sangat penting untuk kesihatan persekitaran terutama di tempat tumpuan seperti sekolah, institusi pendidikan dan tempat pemindahan mangsa banjir.
Ads
Menghirup habuk atau titisan air yang mengandungi najis burung yang tercemar boleh membawa kepada beberapa penyakit, termasuk penyakit seperti selesema yang dipanggil psittacosis.
Selain itu jangkitan Salmonella – jangkitan kuman yang boleh menyebabkan cirit-birit – mungkin juga terdapat dalam beberapa najis burung.
Jika anda anda membersihkan atau terkena najis burung, anda harus mengambil langkah berjaga-jaga. Basuh tangan anda dan bersihkan mana-mana kulit yang terdedah sebelum makan atau minum.
Ads
Selain itu ia juga boleh menyebabkan alahan kulit jika sengaja mendedahkan anggota badan dengan najis unggas dan cicak.
Selalunya kita membayangkan mereka yang bergelar pramugari mesti pandai menjaga kecantikan dan penampilan masing-masing.
Walaupun sudah berkahwin dan mempunyai anak, mereka ini akan memastikan bentuk badan sentiasa kekal langsing untuk terus bekerja.
Namun hakikatnya tidak semua begitu. Dek kerana proses melahirkan anak menyebabkan berat badan boleh jadi naik mendadak.
Ini yang dialami founder Go Fit With Me, dan juga bekas pramugari MAS, Fadillah Ab Rahman, 46 dan berasal dari Melaka.
Pernah mengalami kenaikan berat badan selepas melahirkan anak pertama dan kedua sehingga mencecah 80kg.
Disebabkan bimbang lagi berat akan naik bila mengandung anak ketiga, Fadillah bertindak pantas dengan mencari coach kurus online.
Namun begitu, selepas berjumpa coach yang sesuai dan berjaya turunkan 3kg,dia disahkan pula mengandung anak ketiga.
“Sebaik saya melahirkan anak ketiga, saya terus amalkan apa yang saya belajar. Dan dengan bimbingan coach ketika anak ketiga sambut hari jadi setahun, saya berjaya melenyapkan berat badan 22kg.
“Dan keadaan ini terus bertahan sehingga 9 tahun hinggalah kini. Kini berat saya maintain 55kg. Rahsia saya maintain ialah mengikut apa yang diajar oleh coach sebelum ini,” ujar Fadillah yang serik untuk mengalami kenaikan berat berlebihan kerana menyukarkan urusan harian.
“Untuk proses ini, saya melakukan amalan latihan senaman disukai tiga kali seminggu dan melakukannya secara konsisten.
“Selain itu saya juga sangat menitik beratkan pemakanan. Memilh diet eat clean yang lebih sihat dan selamat.
“Kebanyakan makanan menggunakan cara rebus dan grill saja. Apa yang pasti portion diambil adalah suku-suku separuh” tambahnya yang kemudian terpanggil untuk membuka kelas latihan Go Fit With Me bagi membantu mereka yang mengalami masalah kenaikan berat badan untuk kembali langsing.
Setakat ini sudah lebih 500 peserta program yang berjaya mendapatkan berat ideal dengan mengikut cara yang lebih sihat dan selamat.
Buat Sendiri Masker Hanya Guna 4 Bahan Dapur, Petua Lama Hilangkan Jeragat Lebih Pantas. Selain jerawat, jeragat juga merupakan musuh bagi kaum wanita. Jika tidak dirawat dengan sebaiknya ia akan membesar terutama di kawasan sekitar pipi.
Ada pelbagai produk moden dijual di pasaran untuk hilangkan masalah ini tetapi ramai juga yang memilih cara tradisional.
Hanya menggunakan bahan-bahan alami yang dibuat sebagai masker dan perlu diamalkan secara konsisten.
Perkongsian di laman sosial memberitahu penggunaan 4 bahan dapur yang boleh menghilangkan jeragat dengan lebih pantas dan berkesan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak semalam, wakil rakyat yang sedang bersidang di Parlimen membahaskan isu mengenai penggunaan ubat ivermectin untuk mengatasi mereka yang positif Covid-19.
Biarpun dikatakan ada pihak memberitahu pesakit sembuh setelah makan ubat ini, tetapi penggunaanya masih belum mendapat kelulusan pihak berwajib.
Justeru, Gabungan Kesihatan Malaysia (MHC) sangat menyokong proses saintifk dan peraruran semasa dalam meluluskan ubat-ubatan di malaysia. Jadi penggunaan ubatan ivermectin ini perlu melalui proses sama dan standard tinggi.
Bagi tujuan ini pihak MHC menggesa kerajaan supaya mengatasi penjualan ubatan ini di pasaran haram atau gelap.
Ivermctn mesti Mengikuti Proses Kelulusan Standard Malaysia
Gabungan Kesihatan Malaysia (MHC) sangat menyokong proses saintifik dan peraturan semasa meluluskan ubat-ubatan di Malaysia. Seperti ubat-ubatan lain, proses yang sama dan standard tinggi perlulah dilalui oleh Ivermctn.
Proses saintifik dengan standard yang tinggi adalah asas “Evidence-Based Medicine”. Ini adalah kaedah asas bagi profesional kesihatan untuk melindungi keselamatan dan kesihatan pesakit.
Kami menggesa perkara berikut:
1. Mengatasi penjualan Ivermctn di pasaran haram atau gelap.
Pada masa ini, Ivermctn tidak diluluskan untuk penggunaan manusia di Malaysia. Namun, kerana tuntutan palsu atau mengelirukan di media dan media sosial, kini terdapat pasaran gelap aktif yang menjual Ivermctn yang tidak berlesen dan berpotensi berbahaya.
Ivermctn dari bekalan haiwan atau sumber yang tidak diketahui dijual dengan harga yang sangat tinggi. Kami menyokong tindakan membanteras Ivermctn yang tidak sah atau gelap, kerana kami menyokong preskripsi ubat yang selamat untuk semua rakyat Malaysia.
2. Luluskan Ivermctn hanya melalui proses NPRA.
Terdapat tekanan yang besar diberikan kepada Badan Regulatori Farmasi Negara (NPRA), KKM untuk segera meluluskan Ivermctn. Beberapa pendesak ivermctn bahkan meminta ia segera “diedarkan secara besar-besaran” untuk mengelakkan C19.
Kami menyakini proses kerja NPRA iaitu tiada campur tangan politik atau masyarakat. Maka, Ivrmctn mesti diluluskan berdasarkan bukti saintifik perubatan. Ivermctn tidak boleh disetujui berdasarkan “permintaan popular” atau laporan polis.
Tidak ada negara yang meluluskan Ivermctn untuk merawat atau mencegah C19, termasuk Agensi Ubat Eropah atau Pentadbiran Makanan & Dadah Amerika Syarikat.
3. Hanya gunakan ivermctn dalam ujian klinikal.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menasihatkan bahawa Ivermctn hanya boleh digunakan dalam ujian klinikal. Di Malaysia, kajian I-TECH sedang berlangsung pada pesakit C19 berisiko tinggi, dan hasilnya diharapkan pada bulan Januari 2022.
Sekiranya terdapat data yang kuat mengenai Ivermctn, maka harus dipersetujui untuk digunakan melalui proses dan standard yang ditetapkan NPRA.
Sementara itu, penggunaan Ivermctn untuk mengubati diri sendiri atau di luar label(off-label) boleh membahayakan dan boleh menggangu Program Imunsasi C19 Kebangsaan. Kami sangat yakin bahawa vksin jauh lebih berkesan untuk mencegah C19 daripada Ivermctn.
Sebagai profesional kesihatan, kita mempunyai kewajipan untuk melindungi kesihatan Rakyat. Kita mesti hormat dengan undang-undang dan proses saintifik untuk meluluskan ubat-ubatan di Malaysia.
Kami memperjuangkan penggunaan ubat-ubatan yang selamat dan berdasarkan bukti, dan kami menentang penggunaan ubat-ubatan yang tidak sah, tidak selamat atau mengelirukan.