Biasanya mata panda atau kesan gelap sekitar mata berpunca daripada tidur tidak cukup atau anda mungkin selalu bekerja berjam-jam di depan komputer.
Gejala itu boleh mempengaruhi tumpuan terutama dalam kalangan wanita apabila perlu keluar bekerja mahupun bersosial.
Hilangkan Mata Panda
Menerusi portal Harian Metro, Pakar Oftalmoloji Biniamin Shalev menerangkan dua kondisi gelap bawah mata.
Salah satunya boleh diatasi dengan mudah yang berpunca daripada tisu berbanding masalah lebih serius disebabkan komplikasi lain seperti peningkatan jumlah sel lemak bawah mata, ia kekal dan tidak akan hilang pada waktu pagi atau petang.
Disebabkan mata adalah fokus bagi kebanyakan orang apabila bersemuka dan memandang antara satu sama lain, tip cantik kali ini ingin berkongsi lima kaedah membantu masalah bengkak bawah mata berpunca daripada masalah tisu.
1. Percikan air sejuk
Bersihkan bahagian bawah mata dengan air sejuk. Ini membantu memberi ‘kejutan’ mengembalikan peredaran bendalir dengan lancar dan mengelakkan bengkak berlaku.
Namun jangan pula menggunakan air sejuk terlalu lama pada kulit sekitar mata lebih dari beberapa saat.
Atau cara kedua anda guna sahaja ketulan ais untuk rehatkan mata yang penat. Gosok perlahan-lahan di bawah sekitar mata.
2. Penggunaan sudu merawat ‘beg’ mata
Uniknya terapi ini digunakan secara meluas di China, Korea mahupun Jepun.
Langkah mudah apabila mengenakan sudu pada kelopak mata boleh mengurangkan kadar bengkak.
Boleh lakukan dalam dua cara iaitu:
I. Sejukkan sudu terlebih dahulu dalam peti ais. Sebaiknya gunakan lebih enam sudu bagi memudahkan urusan ganti apabila sudu tidak lagi sejuk.
II. Letakkan empat sudu dalam
mangkuk ais. Apabila sudu mencapai suhu tertentu, letakkan pada kelopak mata. Gantikan sudu dipakai dengan sudu terendam.
3. Atasi dengan uncang teh
Rendam uncang dalam air sejuk dan perah sebelum diletakkan pada kelopak mata tertutup.
Pilihan teh sebaiknya gunakan teh hitam, Chamomile atau beg teh hijau.
Kafein dalam teh membantu ‘mencerut’ saluran darah untuk mengurangkan bengkak di sekitar mata manakala anti-kerengsaan dalam teh herba mengurangkan kemerahan dan keradangan.
Celup lagi dalam air sejuk dan ulangi langkah sebaiknya dalam 30 minit bagi mendapat kesan lebih baik.
4. Putih telur bantu tegangkan kulit
Penuaan tidak boleh disekat melainkan mengurangkan kesan itu dengan merapi kulit dengan petua tertentu termasuk putih telur.
Kaedahnya ambil telur dan asingkan bahagian putih dalam mangkuk. Pukul putih telur tadi sehingga bertekstur ringan dan gebu.
Sapu pada bahagian bawah mata dan biar 15 hingga 20 minit sebelum basuh dengan air sejuk.
5. Hirisan timun untuk tenangkan mata
Hiris timun sehingga boleh menutup kelopak mata. Letakkan dalam peti ais dan keluarkan untuk dipakai pada mata.
Haa… mudah bukan? Selepas ini anda boleh kurangkan masalah mata panda dengan menggunakan petua bahan alami seperti di atas. Tetapi kalau boleh, kurangkan masa berada di depan komputer dan pastikan boleh tidur awal setiap malam. Itu lebih membantu!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setelah berjaya dalam Program Imunisasi Covid-19 Keangsaan, kini kerajaan melalui Kementerian kesiahatan melaksanakan pula pemberian dos penggalak atau booster shot.
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, penggalak ini akan diberikan kepada individu yang berusia 40 tahun ke atas dan mempunyai komorbiditi.
Justeru beliau mengingatkan orang ramai akan mula menerima janji temu menerusi aplikasi MySejahtera dalam tempoh terdekat.
“Sekarang ini kita sudah mula program PICK Booster atau dos penggalak kepada penduduk di Malaysia dan mereka yang layak iaitu mereka yang berusia 40 tahun ke atas dan juga mereka yang mempunyai komorbiditi akan menerima janji temu melalui MySejahtera.
“Apabila terima janji temu melalui MySejahtera, tolonglah hadir untuk mendapatkan booster dose anda. Ini akan meningkatkan perlindungan kita terhadap COVID-19,” jelasnya menerusi akaun Twitter.
Kerajaan sebelum ini bersetuju untuk melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin COVID-19 bagi golongan rentan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Jelas Ismail Sabri, keutamaan pemberian dos ketiga ini akan tertumpu kepada kumpulan yang berisiko tinggi terlebih dahulu seperti anggota barisan hadapan kesihatan, pesakit kurang daya tahan imun (immunocompromised), warga tua dengan komorbiditi.
Masih mengekalkan aktiviti senaman berkumpulan, Rapi Werk It 2.0 muncul dengan aktiviti Pound Stick. Menjadi trend bersenam menggunakan dua batang ‘neon green stick’, Pound It Out ‘Unleash Your Inner Rockstar’ mendapat sambutan yang menggalakkan melibatkan 100 orang peserta dan tiga orang Pro yang cukup berpengalaman.
Kalau nak tahu, Pound ini merupakan gabungan senaman kardio, yoga dan pergerakan yang diilhamkan dari pilates, mampu membakar sekitar 500 – 1000 kalori dalam satu sesi. Bukan biasa-biasa ya, banyak sangat tu dan sangat berbaloi join!
Diketuai oleh Pro Faiza dan dibantu oleh Pro Dian dan Pro Puteri, iringan muzik rock sememangnya menaikkan semangat peserta biar pun ada yang kali pertama mencuba aktiviti Pound ini.
Bertempat di EV Arena Shah Alam, ruang padang konsep terbuka ternyata memberi impak berbeza kali ini. Seawal jam 7.30 pagi peserta sudah hadir dan mendaftar untuk mendapat tempat di barisan hadapan. Masing-masing lengkap dengan pakaian sukan sambil memegang ‘Exercise Mat’ yang dah dipesan awal untuk bawa bersama. Cukup semangat!
Bayangkan suasana di padang dengan deretan peserta yang memegang stick hijau neon, seragam betul! Menyerlah warnanya ditambah dengan step yang sama.
Bermula dengan sedikit penerangan mengenai senaman Pound dari Pro Faiza dan diikuti dengan senaman memanaskan badan. Penting ya untuk ‘warm up’ supaya tubuh badan lebih bersedia agar aktiviti ‘Pound It Out’ dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Sebaik sahaja muzik rancak dimainkan, Pro Faiza mula beraksi dan diikuti kesemua peserta. Sporting habis!
Selesai sahaja tiga lagu, Pro Dian mengambil alih dengan beberapa lagu ‘trending’ antaranya lagu The Offspring berjudul Come Out & Play dan Beggin’. Pro Puteri juga tak kurang hebatnya. Tangan dan kaki sama-sama bergerak ligat tapi pada masa yang sama masih mengekalkan step yang mudah diikuti kesemua peserta.
Sejam ber’Pound It Out’, kini tiba masa yang ditunggu-tunggu, sesi Lucky Draw! Jika sebelum ini, kami menyediakan tiga hadiah untuk pemenang bertuah, kali ini tambahan 7 hadiah lagi menjadikan kesemuanya 10 hadiah secara keseluruhan. Hadiah-hadiah ini ditaja oleh beberapa jenama yang dikenali antaranya Gardenia, Raqtive, Good Virtues.Co, Suci Cup dan Sofearose.
Bukan hanya yang bertuah sahaja pulang dengan senyuman, tapi kesemua peserta cukup gembira. Mana tidaknya, sampai tak cukup tangan masing-masing bawa pulang goodies istimewa yang disediakan. Apalah ertinya jika hadir ke Event Rapi Werk It! tanpa membawa pulang goodies hebat-hebat kan?
Antaranya serum muka daripada @innisfree_malaysia, pengilat kuku dari @razowa, produk makanan dan sabun pencuci dari @aeonretail.my dan juga produk penjagaan diri dari @goodvirtuesco. Bukan itu saja, kesemua peserta juga diberi sebuku roti Gardenia Breakthru yang cukup sesuai untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif.
Rapi Werk It! kali ini bukan hanya melibatkan barisan Pro yang hebat, malah Tini Spa juga berbesar hati menyediakan ruang untuk peserta mencuba servis urutan bahu dan kepala yang ditawarkan secara percuma sepanjang acara berlangsung. Rata-rata yang hadir tidak melepaskan peluang untuk mencuba sejurus selepas habis sesi Pound It Out! Terima kasih @tinispa!
Owh ya, terima kasih juga buat para penaja yang sentiasa menyokong Rapi Werk It! terutamanya Rapi Werk It! Pound It Out kali ini.
Sekalung penghargaan buat @evarenadotco di atas tajaan lokasi untuk acara kali ini. Buat barisan Pro yang hadir, terima kasih kami ucapkan di atas kerjasama ini.
Tidak ketinggalan, setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat para peserta yang menyertai Rapi Werk It! Pound It Out kali ini. Ramai yang mohon untuk diadakan acara yang sama bulan hadapan. Kita tengok nanti, ya! Ada rezeki, pasti kami war-warkan lagi!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Senaman rahang atau jawline exercise bukan sekadar trend, tapi ia adalah teknik "face yoga" yang sangat membantu menguatkan otot wajah bawah, mengurangkan masalah dagu berlapis (double chin), dan memberi kesan wajah yang lebih tegang secara semula jadi.