Kanser payudará adalah antara penyakit yang digeruni oleh kaum wanita.
Bagi mengelaknya, kaum wanita disarankan untuk melakukan saringan kesihatan terutama pemeriksaan mammogram bagi mengesa jika ada masalah payudara.
Namun begitu, berapa usia yang sepatutnya disarankan untuk membuat pemeriksaan mammogram ini.
Gambar sekadar hiasan.
Apakah Itu Pemeriksaan Mamogram?
Mamografi (mamogram) adalah pengimejan sinar-X pada payudara dengan menggunakan sinar-X bertenaga rendah. Ia alat pemeriksaan untuk memeriksa payudara bagi pengesanan awal dan diagnostik jika wujud risiko kanser payudara.
Prosedur mamografi dapat membantu mengesan barah payudara lebih awal sehingga 3 tahun sebelum munculnya benjolan dalam pemeriksaan payudara sendiri.
Usia Disarankan Buat Pemeriksaan Mamogram
American Cancer Society (ACS) mengesyorkan untuk mula menjalani mamografi atau berjumpa doktor berkaitan barah payudara kepada wanita:
Berumur 40-44 tahun: Mempunyai pilihan untuk memulakan pemeriksaan barah payudara tahunan dengan mamogram jika mahu melakukannya
Berumur 55 tahun ke atas: Boleh menjalani pemeriksaan mamografi sekali setahun atau 2 tahun sekali
Kebiasaannya, doktor tidak menyarankan pemeriksaan ini untuk wanita di bawah usia 40 tahun.
Tetapi bagi wanita dengan mutasi yang dikenal pasti dalam gen barah payudara, perlu memulakan pemeriksaan seawal usia 25 tahun.
Ads
Gambar sekadar hiasan.
Saringan Tambahan
Tempoh seseorang untuk menjalani pemeriksaan mamogram boleh berubah jika mempunyai faktor risiko barah payudara. Atas sebab ini, penting untuk anda berbincang dengan doktor dan menentukan masa yang tepat untuk menjalani penyaringan.
Antara faktor risiko tersebut adalah:
Berusia lebih 50 tahun
Mutasi genetik, seperti BRCA1 dan BRCA2
Sejarah peribadi barah payudara
Sejarah keluarga barah payudara
Mempunyai tisu payudara padat
Faktor peribadi seperti haid sebelum usia 12 tahun atau mula menopaus selepas usia 55 tahun
Pernah menjalani rawatan radiasi
Manfaat Lakukan Penyaringan
Manfaat penyaringan ini adalah dapat membantu mengesan barah payudara lebih cepat, sekali gus memberikan hasil akhir yang lebih baik dan mengurangkan keperluan rawatan invasif seperti pembedahan.
Menjalani mamografi juga dapat mengurangkan 25 hingga 35% risiko kematian akibat barah.
Ads
Risiko Menjalani Pemeriksaan Mamogram
Oleh sebab sinar-X digunakan untuk menghasilkan gambar payudara, anda akan terdedah dengan sedikit jumlah radiasi semasa prosedur.
Pendedahan ini amat rendah, bahkan manfaatnya adalah melebihi risiko pendedahan radiasi.
Pun begitu, pendedahan radiasi semasa kehamilan boleh menyebabkan kecacatan kelahiran. Maka langkah berjaga-jaga perlu diambil untuk meminimumkan pendedahan radiasi pada janin.
Beberapa ketidakselesaan mungkin dirasai kerana payudara akan ditekan pada plat sinar-X semasa prosedur. Tetapi pemampatan ini tidaklah berbahaya kepada buah dada anda.
Ads
Doktor biasanya akan menasihatkan wanita hamil atau yang menyusu badan untuk melakukan kaedah pemeriksaan lain yang lebih selamat seperti imbasan ultrabunyi.
Ada tak yang cari jalan nak kecutkan jerawat cara kilat? Tak payah picit guna jari atau sapu krim, anda boleh tampal acne patch pada bahagian yang perlu.
Menurut perkongsian Rosnani Ikan, lepas ini tak payah pening macam mana nak bagi jerawat cepat kecut. Anda boleh tampal dengan ‘acne patch’. Ya, hanya satu malam, terus kecut!
Kecutkan Jerawat Satu Malam, Tampal Acne Patch Saja
Lebih dikenali dengan panggilan Che Nanie, katanya dia sendiri baru tahu benda ni wujud. Kalau anda pun baru tahu, lepas ni boleh berlari pergi Watson, Guardian atau farmasi.
Acne patch ni sebenarnya bulatan kecil yang ditampal pada jerawat. Yang gila k pop mesti biasa nampak artis Korea guna benda ni kan.
Cara pakai ACNE PATCH :
1. Pastikan muka dalam keadaan bersih dan kering. Bersihkan dari makeup dan kotoran dulu.
2. Koyak satu acne patch. Nak cepat kecut, guna pada waktu malam. Tampal sebelum tidur dan tanggalkan esok pagi.
3. Lepas dah tampal tu, tekan beberapa saat. Then, siap! Senang kan?
Acne patch ni bantu sedut isi jerawat dalam masa 8 jam je.
Bangun pagi, tanggalkan acne patch dan anda boleh tengok isi jerawat dah melekat pada patch tu.
Lagi satu acne patch ni boleh tolong tutup jerawat. Tampal je dan boleh make up macam biasa.
Antara brand yang sangat disyorkan untuk anda cuba :
Miacare acne patch. Melekat pada kulit dengan kuat dan tak mudah tanggal. Sesuai nak bawa tidur. Tak mudah lah pelekat tu tertanggal dan melekat di bantal.
Nex Care acne patch pula jenis non-medicated. Maknanya ia tak menyebabkan kulit alami kerengsaan atau reaksi yang tidak diingini.
OXY Acne Patch. Dengan formula anti-bakteria yang terbukti berkesan menghalang bakteria jerawat. Lagi satu ia sangat nipis dan lutsinar seakan-akan warna kulit. Bila pakai tak ada lah nampak sangat kat muka.
Acne patch ni harganya pun mampu milik. Cari je kat drugstore dan farmasi. Confirm ada. Rate harga dari RM9 hingga RM15. Tapi boleh guna untuk sebulan.
Anda yang selalu merungut jerawat suka naik tiba-tiba seketul besar jangan lupa cuba, ya. Boleh kurangkan stress bila ada pelekat macam ini.
Untuk pengguna WD, tak yah pening dah. Boleh sapu tipis kat jerawat setiap malam. Bangun pagi jerawat GONE tanpa kesan!
Selamat Mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Edamame, kacang soya muda berwarna hijau yang masih terdapat di dalam pod ini boleh dijadikan sebagai ‘snek’ sihat untuk mereka yang menjaga kesihatan.
Ia berbeza dengan kacang soya yang telah matang berwarna keputihan. Biasanya edamame ini banyak didapati di restoran Jepun yang menjual sushi.
Namun kita juga boleh mendapatkan edamame di pasaraya kerana ia biasanya dijual dalam bentuk sejuk beku. Edamame ini ada kebaikannya kepada kesihatan.
Boleh baca perkongsian Pakar Nutrisi, Puan Syaza Liyana ini. Edamame ini antara pilihan snacking yang sihat. Sedap sangat dan rasa berlemak.
4 Kebaikan Edamame Perlu Tahu
1-Tinggi Protein
Secawan edamame yang sudah dimasak (155gm) mengandungi lebih kurang 18.5 gram protein iaitu jumlah yang tinggi bagi tumbuhan. Edamame mengandungi kesemua amino asid yang diperlukan oleh badan, tidak seperti tumbuhan lain. Namun ianya tidaklah dapat menandingi protein daripada sumber haiwan.
2-Tak Menaikkan Gula Dalam Darah
Edamame adalah rendah karbohidrat dan mempunyai nilai Glycemic index (GI) yang rendah tidak membuatkan kadar gula dalam darah meningkat dengan mendadak. Ianya sesuai untuk penghidap diabetes.
3-Kaya Vitamin, Mineral dan Serat
Edamame mengandungi kadar folate dan vitamin K yang lebih tinggi daripada kacang soya matang. Ia juga kaya dengan thiamine, riboflavin, iron, copper, dan manganese serta turut mengandungi serat yang tinggi.
4-Tinggi Kandungan Isoflavones
Isoflavones ialah sejenis kompaun tumbuhan. Terdapat kajian pemerhatian (observational studies) yang mengaitkan pengambilan Isoflavones dapat mengurangkan risiko kanser payudara, osteoporosis, dan simptom sampingan menopause.
Namun lebih banyak kajian lanjut diperlukan untuk mengesahkannya. Edamame Edamame boleh direbus bersama secubit garam selama lebih kurang 3 hingga 5 minit. Picit kulit untuk mengeluarkan isinya dan boleh terus dijadikan snek.
Ianya boleh juga dimasukkan ke dalam salad, sup atau lain-lain masakan yang dirasakan sesuai.
Selalu melihat penampilan Sharifah Amani yang sederhana serta polos tanpa solekan, walaupun berusia 38 tahun tetapi Sharifah Amani kelihatan cantik semula jadi.
Mempunyai wajah tak dimakan usia, satu kelebihan pelakon filem ‘Sepet’ dan ‘Gubra’ ini sehingga dilihat agak comel walau pun dikhabarkan berita gembira bakal jadi ibu.
Sharifah Amani Bakal Jadi Ibu
Hampir dua tahun mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Ahmed Faris, pelakon Sharifah Amani berkongsi berita gembira dirinya yang kini berbadan dua.
Namun, Amani atau nama sebenarnya Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 38, hanya meninggalkan kapsyen ringkas tanpa mendedahkan butiran lanjut termasuk usia kandungannya ketika ini.
“Syukur, Alhamdulillah,” kongsinya menerusi hantaran video dalam Instagram.
Pada masa sama, dia hanya berkongsi beberapa foto yang kelihatan kandungannya seakan-akan sudah menjangkau beberapa bulan.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat pelbagai reaksi gembira dan terharu sebaik dia mengumumkan berita gembira itu dengan keluarga serta rakan selebriti.
Rakan Artis Mendoakan Dan Mengucapkan Tahniah
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan memuji tindakan pelakon filem Sepet itu kerana bijak merahsiakan kehamilan dan hanya berkongsi pada waktu yang sesuai.
“Wah tahniah, daripada kecil tengok Amani berlakon, sekarang bakal jadi ibu, moga dipermudahkan segalanya. Pandai simpan rahsia, nampak macam sudah sarat,” komen netizen itu.
“Mesti comel bayi kalian nanti, baguslah umumkan selepas perut dah besar, kagum betul dengan Sharifah Amani. Dia tidak kalut dalam semua benda,” demikian komen seorang lagi netizen.
Untuk rekod, pasangan ini bertemu buat pertama kalinya pada tiga tahun lalu iaitu ketika Sharifah Amani bertugas selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah sebuah organisasi yang diketuai Ahmed Faris.
Pada pertemuan itu mereka bekerja atas dasar profesional. Belum ada rasa cinta. Dipendekkan cerita, selepas Covid-19 masing-masing berstatus solo. Akhirnya cinta bertandang tanpa diduga sehinggalah mereka bertemu jodoh bersama dan mendirikan rumah tangga pada 10 September 2022.
Pasangan ini disatukan di sebuah lokasi di Kuala Lumpur secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga serta teman rapat.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!