Masalah hidung berdarah terutama di kalangan kanak-kanak sering berlaku tanpa kita sedari dan biasanya terjadi ketika cuaca panas.
Namun tahukah apa sebab utama terjadinya masalah ini dan bagaimana kita sebagai ibu bapa menangani jika terjadi pada anak-anak kita.
Perkongsian Dr Samhan Awang di laman sosial twitter memberitahu bahaya menyuruh anak dongakkan kepala jika hidung berdarah.
Walaupun ramai berbuat demikian untuk mencegah dari darah keluar mengalir, tetapi rupa-rupanya cara ini adalah salah.
CARA YANG #SALAH
1. Dongakkan kepala atau berbaring. Darah akan mengalir ke belakang hidung dan masuk paru-paru.
2. Biarkan darah mengalir daripada hidung begitu sahaja!
3. Masukkan air ke dalam hidung untuk bersihkan darah. Pendarahan tak akan berhenti.
IKUT #5LANGKAHMUDAH INI:
1. Dudukkan kanak-kanak di dalam keadaan menegak dan tunduk ke depan secara membongkok.
2. Picit bahagian bawah hidung yang lembut selama 20-30 minit. Suruh nafas melalui mulut.
3. Letakkan ketulan ais dipangkal hidung untuk menguncupkan salur darah seterusnya mengurangkan pengaliran darah dibahagian tersebut.
4. Lepaskan picitan pada hidung. Selepas 10 minit periksa sama ada pendarahan telah berhenti atau tidak.
5. Jika masih berdarah ulangi picit bahagian hidung selama 10 minit.
Jika pendarahan berterusan segeralah berjumpa doktor.
Bantu saya #SHARE cara betul hentikan pendarahan hidung sebab masih ramai yang amalkan cara yang salah.
Artikel Berkaitan:
Jangan Pandang Remeh Jika Hidung Selalu Berdarah & Bau Busuk. Rupanya Jadi Punca Gejala ‘Rhinolith’!
Bahaya Kanser Payudara Pada Wanita. Kena Tahu Umur Berapa Sesuai Lakukan Ujian Mamogram!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI