Tidak dinafikan kita memang disaran minum air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
Jadi bagaimana pula dalam kedaaan sedang berpuasa. Jangan risau kerana ada aturan telah ditetapkan untuk minum air secukupnya.
Ini adalah bagi mengelakkan badan kekurangan air dan mengalami hidrasi hingga menyebabkan masalah sperti badan kita lemah, letih, tidak bertenaga, pening, pitam atau lebih teruk alami stroke haba.
Ini antara tip disyorkan KKM untuk minum kala berpuasa.
Kalau baju putih kesayangan anda bertukar menjadi kekuningan dan menyebabkan tidak sesuai untuk dipakai lagi, anda jangan buang ya.
Sebenarnya baju tersebut masih boleh digunakan dan kesan kuning boleh dihilangkan dengan menggunakan beberapa bahan mudah.
Seperti perkongsian @Jason_jezi di laman TikTok, dia menjelaskan baju atau kain putih yang disimpan lama akan bertukar menjadi kuning dan untuk mengatasi masalah tersebut senang sahaja.
Anda perlukan:
Ubat gigi
Baking soda
Cuka
Air panas
Pencuci baju
Cara-caranya:
Campurkan ke semua bahan di atas di dalam baldi dan gaul rata.
Kemudian, masukkan pencuci baju dan baju atau kain putih yang sudah kekuningan itu.
Rendam selama 30 minit dan angkat. Jemur di ampain sehingga kering. Kain kekuningan itu akan bertukar menjadi putih.
Mudah kan? Kalau anda ada masalah seperti di atas, jangan lupa gunakan cara mudah ini. Ingat, jangan buang putih yang dah kuning, elok boleh pakai lagi kalau anda ikut tips ini, selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tidak suka pada makanan manis terutamanya desert. Lebih enak dinikmati bersama kopi panas petang hari bersama tersayang.
Namun begitu, bukan kita tak boleh menikmati makanan manis ini tetapi kenalah berpada-pada. Terutama bagi mereka yang ada diabetes. Walau bagaimanapun kita masih boleh mengawalnya.
Perkongsian Dr Zubaidi Haji Ahmad memberitahu cara terbaik untuk turunkan gula dalam darah
Melakukan senaman dengan lebih kerap dapat membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kepekatan insulin. Dengan senaman juga, ia dapat membantu otot menggunakan gula dalam darah dengan betul. Antara bentuk senaman yang boleh dilakukan seperti angkat berat, berjalan, berlari, berbasikal, menari, mendaki, berenang dan lain-lain.
Badan akan memecahkan karbohidrat ke dalam gula (glukosa) dan kemudian insulin memindahkan gula menjadi sel. Apabila anda makan terlalu banyak karbohidrat, tapi mempunyai masalah dengan insulin, ia dapat meningkatkan glukosa dalam darah. Oleh sebab itu, Persatuan Diabetes Amerika mengesyorkan pesakit diabetes supaya mengawal pengambilan karbohidrat.
Serat melambatkan pencernaan karbohidrat dan penyerapan gula. Atas sebab itu, ia mengurangkan kenaikan paras gula dalam darah. Makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin.Pengambilan serat harian yang disyorkan sebanyak 25 gram untuk wanita dan 38 gram bagi lelaki.
Minum air yang cukup boleh membantu mengekalkan paras gula dalam darah dan buah pinggang boleh mengalirkan gula yang berlebihan melalui air kencing.
Kajian menunjukkan, mereka yang minum banyak air masak mempunyai risiko lebih rendah untuk menghidap diabetes.
Paling penting adalah mengawal pengambilan kalori setiap hari dengan mengambil saiz hidangan yang lebih kecil.
Glycemic index ini bertujuan menilai tindak balas gula dalam badan terhadap makanan yang mengandungi karbohidrat. Makanan yang mengandungi glycemix index yang rendah dapat mengurangkan tahap gula dalam darah mengikut jangka masa panjang. Contohnya: makanan laut, daging, telur,gandum, barli, kacang, ubi, jagung, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Tekanan boleh menjejaskan paras gula. Yoga dan meditasi dapat mengurangkan stress dan membetulkan masalah rembesan insulin terhadap pesakit kencing manis kronik. Selain itu, mendapatkan tidur yang cukup juga penting bagi memastikan kesihatan tetap terkawal dengan sempurna.
Jadi, adalah lebih baik untuk mendapatkan jumlah tidur yang berkualiti setiap malam.
Sentiasa ukur dan pantau tahap glukosa darah. Dari situ, anda boleh mengetahui penyesuaian dalam makanan dan ubat-ubatan.
Diabetes juga dikaitkan dengan kekurangan mikronutrien seperti kromium, mineral dan magnesium. Dua kajian pesakit kencing manis menunjukkan, kromium mempunyai manfaat bagi mengawal gula dalam darah.
Manakala, kelebihan magnesium pula menunjukkan paras gula rendah. Sebab itu, jika kekurangan magnesium risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes. Makanan kaya magnesium seperti sayuran berdaun gelap, bijirin penuh, ikan, coklat, pisang, alpukat dan kekacang.
Untuk mencegah diabetes, anda harus menurunkan berat badan supaya masalah itu dapat diatasi pada masa hadapan. Malah ia lebih berfungsi berbanding makan ubat.
• Semua jenis gula, minuman berkarbonat, kordial, sirap, jem, kaya,kuih manis, aiskrim, susu pekat manis, yogurt manis, buah dalam tin, jeli dan lain-lain.
Makanan yang boleh diambil mengikut sukatan
• Bijirin, nasi, roti, biskut, kuih yang tidak manis, semua jenis pasta dan mi, capati, roti canai, tosai, semua jenis ubi, kekacang, susu dan buah-buahan.
• Semua jenis sayur-sayuran, lobak merah, lobak putih, labu, teh cina, air kosong, barli tanpa gula, kopi dan teh tanpa gula, rempah ratus dan herba, semua daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit, tauhu, ikan, telur dan ikan bilis.
Peningkatan kes penularan Covid-19 yang tinggi kini amat membimbangkan kita. Setiap hari dikatakan ada saja bas yang akan datang membawa pesakit yang sah positif di pusat kuarantin.
Melalui perkongsian di laman sosial Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pakar Perunding Perubatan Kecemasan & Trauma, Dr Alzamani Mohammad Idrose memberi peringatan serta nasihat bahawa peranan kita sangat besar bagi memutuskan rantaian jaringan Covid-19 ini.
Hadamkanlah peringatan yang diberikan ini agar kita tidak leka dan sama-sama membantu bagi memerangi wabak yang boleh membawa maut ini.
Kini setiap hari ‘sebuah bas’ masuk gaung dan semua penumpangnya mati. Setiap hari sekitar 50 orang mati akibat Covid-19 di Malaysia.
Petugas rumah mayat inilah yang menghantar mayat-mayat itu untuk dikebumikan. Ahli keluarga hanya boleh melihat dari jauh. Tiada kucupan terakhir untuk selamat tinggal ke alam barzah. Hanya doa yang dititip dari jauh. Ada antaranya ibu atau bapa yang mendapat Covid dari anak atau menantu yang berziarah.
Dalam pada itu, ada ramai yang menipu diri sendiri dengan SOP yang ke laut bila makan, berziarah senyap-senyap, rentas sempadan di jalan tikus, beraya senyap-senyap, makan dekat-dekat di asrama dan tempat kerja. KKM dituduh tipu data dan semuanya salah KKM.
Tambahlah katil hospital banyak manapun, tetapi kalau anda tidak menghentikan malah menambah kes-kes Covid ke hospital dari SOP anda yang ke laut, semuanya tidak pernah akan cukup untuk anda
Semuanya hanya akan berhenti apabila anda melihat diri sendiri, berhenti menyalahkan orang tetapi menyalahkan diri sendiri.
Jangan percaya dakyah antivaksin yang suka mengeliru dan menyesatkan anda dengan slogan ‘Ikut SOP adalah mengikut telunjuk Yahudi’ kerana merekalah yang mengikut telunjuk syaitan dan mahukan anda atau keluarga anda mati sambil produk jualan mereka anda beli.
Daftarlah untuk divaksin. Ianya satu-satunya jalan keluar kita dari pandemik ini. Jika 80% kita sudah divaksin, kita ada imuniti masyarakat. Tahun depan boleh raya, malah jika semua bagus boleh buka mask pun seperti di sesetengah negara yang siap divaksin pada kadar ini.
Kalau anda selebriti atau pemimpin, tunjuklah contoh yang baik dengan mematuhi SOP kerana impaknya besar untuk menyatukan rakyat ikut SOP.
Cukuplah.
Kita perlu berubah 180 darjah untuk memenangi perang ini. Kami tahu semua rahsia yang anda simpan kerana terbongkar di hospital – ziarah senyap-senyap, makan dekat-dekat, berhimpun senyap-senyap, berjemaah rapat-rapat secara senyap-senyap.
Peranan anda dalam menentukan menang atau kalahnya perang ini teramat besar. Untuk menentukan sama ada ‘bas’ terus masuk gaung setiap hari atau tidak.
Bukan kami di hospital. Bukan mereka yang membantu kebumikan mayat keluarga anda.
Tetapi anda. Anda saja boleh menangkan dan anda saja yang boleh kalahkan pertarungan kita dalam perang virus ini.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.