Mendengar ada seorang teman yang meninggal dunia disebabkan jangkitan virus Covid-19. Namun dia juga sebelum ini memang mengalami penyakit asma yang kronik.
Adakah ia saling berkaitan dan bagaimana bahaya mereka yang menghidap asma sekiranya diserang Covid-19 ini.
Perkongsian Dr Zubaidi Ahmad menerangkan penyakit asma yang memberitahu ia adalah penyakit paru-paru kronik yang membengkak dan menyempitkan saluran pernafasan.
Semasa serangan asma, pesakit mungkin mengalami ‘wheezing’ (bunyi bersiul apabila sedang bernafas), kesesakan dada, sesak nafas dan batuk.
Batuk yang sering berlaku adalah pada waktu malam atau awal pagi. Asma boleh menjadi penyakit yang mengancam nyawa jika tidak dirawat.
Walaupun tiada sebab yang khusus diketahui untuk penyakit asma, semua penghidap mempunyai persamaan yang sama iaitu keradangan saluran pernafasan yang kronik. Saluran pernafasan mereka adalah sangat sensitif kepada pelbagai sebab.
Jika terdapat faktor yang boleh menyebabkan asma berlaku, saluran pernafasan akan menjadi radang (saluran pernafasan mengandungi lendir, bengkak, dan sempit).
Seterusnya otot yang berhubung dengan saluran pernafasan ini menjadi lebih sempit daripada biasa. Ini menyebabkan pesakit sukar untuk bernafas dan boleh menyebabkan serangan asma.
1. Jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan seperti selesema.
2. Alahan terhadap bulu binatang, habuk, tepung, hama atau debunga.
3. Pendedahan kepada bahan bawaan udara seperti asap kimia, asap dan pencemaran udara.
4. Faktor cuaca sejuk, berangin, panas berdebu, lembap dan perubahan suhu drastik.
5. Keadaan bilik lembap, berkulat dan berhabuk.
6. Tekanan.
7. Emosi berlebihan seperti kesedihan berlarutan, terlalu marah dan ketawa.
8. Aktiviti fizikal seperti bersukan.
9. Ubat antiradang (aspirin, naproxen dan ibuprofen) dan beta blocker (biasanya diberikan kepada mereka yang mempunyai masalah jantung atau tekanan darah tinggi).
10. Makanan atau minuman termasuk makanan yang diproses, makanan siap, minuman botol jus buah-buahan, bir dan wain.
11. Alahan makanan seperti kacang.
12. Penyakit gastroesophageal reflux (GERD) atau penyakit menyebabkan asid perut kembali ke dalam esofagus sehingga merengsakan saluran gastrousus atas.
Jika seseorang menghidapi asma, dia perlu mengikuti pelan tindakan doktor sebagai langkah berjaga-jaga untuk bersedia menghadapi ancaman serangan asma.
Sesiapa yang merasakan boleh berada di dalam kesukaran untuk bernafas atau sesak nafas akut hendaklah segera mendapatkan rawatan di jabatan kecemasan.
Nasihat ini juga disarankan bagi penghidap asma yang merasakan keadaan mereka adalah lebih buruk/teruk daripada biasa atau tidak bertindak balas kepada rawatan yang biasa.
Gejala-gejala asma dan serangan boleh bertambah baik dengan rawatan. Jika asma tidak dirawat, pesakit boleh mendapat asma yang lebih teruk dari masa ke masa.
Ini boleh menyebabkan kerosakan di saluran udara yang kekal. Tujuan penjagaan asma adalah untuk mengelakkan serangan asma yang boleh memburukkan lagi keadaan pesakit.
Terdapat dua jenis ubat-ubatan asma :
1. Ubat-ubatan pengawal – adalah untuk kawalan asma yang berterusan. Ubat-ubatan ini membantu mengurangkan keradangan ketika serangan asma. Ubat-ubat ini perlu diambil setiap hari sama ada seseorang mempunyai gejala atau tidak. Ubat pengawal termasuk kortikosteroid dihidu (jenis ubat utama) dan perencat leukotriene. Contoh ubat : Beclomethasone, Budesonide, Fluticasone.
2. Ubat Penyelamat – diambil apabila tanda-tanda serangan asma bermula dan ia boleh menghentikan serangan tersebut.
Antara ubat yang digunakan termasuk beta-agonis dan anticholinergic. Contoh ubat: Salbutamol, Terbutaline, Fenoterol, Ipratropium bromide (Atrovent).Bagi kedua-dua ubat pengawal dan ubat penyelamat di atas alat sedut adalah kaedah yang berkesan, dimana pesakit perlu mengendalikan alat sedut tersebut dengan betul supaya ubat tersebut boleh mencapai bahagian dalam paru-paru yang memerlukannya.
Adalah penting untuk mempelajari penjagaan dan penggunaan alat sedut tersebut dengan betul.
Artikel Berkaitan:
Jangan Sesekali Skip Cuci Muka Setiap Pagi, Cara Terbaik Cegah Jerawat Timbul Di Wajah
Ini 5 Senaman Paling Sesuai Untuk Yang Alami Sakit Belakang & Tak Mudaratkan Kesihatan