Nampaknya kes baru jangkitan virus Omicron semakin membimbangkan. Jumlahnya melebihi 10 ribu setiap hari dan keadaan ini dijangka naik lagi bulan ini.
Kita tidak mahu akan sekali lagi dikenakan sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga menyebabkan tidak dapat pulang beraya di kampung halaman masing-masing.
Justeri bagi mengelakkan jangkitan terus naik, perlu ada tindakan drastik dari diri kita sendiri. Kita boleh mengelak agar kes tidak akan terus mencanak naik.
Sebenarnya seseorang boleh melindungi diri daripada jangkitan semula Covid-19 dengan menerapkan protokol kesihatan yang ketat dan mengambil langkah berjaga-jaga.
1. Vaksinasi Lengkap & Booster
Setiap orang disarankan untuk segera mendapatkan vaksinasi dos lengkap dan booster. Kajian menunjukkan vaksinasi Covid-19 dapat mencegah penularan dan mengurangkan keparahan gejala wabak itu sekiranya dijangkiti.
2. Gunakan Pelitup Muka
Individu yang pernah dijangkiti Covid-19 perlu terus memakai pelitup muka untuk mencegah jangkitan semula. Gunakan pelitup muka jenis N95 dan KN95 yang lebih berkesan berbanding mask jenis lain.
Ads
3. Jaga Jarak
Sudah pernah dijangkiti Covid-19 bukan bererti seseorang boleh mengabaikan SOP menjaga jarak malah sebaik-baiknya tetap menjaga jarak dengan orang lain sekurang-kurangnya satu meter.
Berada terlalu dekat dengan orang lain yang tidak diketahui status mereka dapat meningkatkan risiko jangkitan berulang.
4. Hindari Aktiviti Berkumpul
Jika tiada hal yang penting, adalah lebih baik duduk di rumah. Sekiranya perlu keluar, jauhi berada dalam kelompok orang ramai yang berkumpul.
Ads
5. Mencuci Tangan
Semakin ramai mula mengabaikan rutin mencuci tangan menggunakan sabun. Ini kerana virus itu dapat melekat di tangan dan masuk ke dalam tubuh tanpa disedari.
Penggunaan pencuci tangan juga sangat membantu bagi memastikan tangan sentiasa bersih dan paling penting dapat mengurangkan risiko jangkitan semula.
Ads
6. Menjaga Daya Ketahanan Tubuh
Tahap daya ketahanan tubuh yang lemah dapat meningkatkan risiko jangkitan berulang. Oleh sebab itu pastikan menjaga ketahanan tubuh anda dengan pemakanan seimbang, tidur yang cukup, mengawal tekanan dan bersenam.
Setiap wanita pastinya inginkan berat badan ideal. Lebih-lebih lagi jika mereka adalah golongan selebriti.
Dan terbaru ramai memperkatakan tentang penampilan penyanyi dan penulis lirik dari negara seberang Melly Geoslaw yang dikatakan semakin langsing dan cantik.
Jika dulu penyanyi bersuara lunak ini dikatakan mempunyai berat badan berlebihan dan mengenakan baju bersaiz XXL, tetapi kini tampil bergaya dengan baju bersaiz M.
Ternyata pelantun lagu Jika dan Ketika Cinta Bertasbih ini sangat beza bentuk fizikalnya dan sangat yakin dengan dirinya sendiri.
Melalui entri di Instagram miliknya, pada awal Februari lalu, Melly telah memuat naik foto dirinya sambil menulis bahawa tubuhnya kini lebih kurus dan sihat.
Rahsianya adalah beliau menjalani program diet dengan seorang doktor pemakanan yang terkenal iaitu Dr Cissie Nugraha.
Bagaimanapun, ujar Melly, banyak produk pelangsingan badan dan diet yang mengaitkan namanya secara sembarangan seolah-olah dirinya mengamalkan produk tersebut.
“Ingin saya tegaskan, saya tidak pernah menggunakan produk itu. Hasil penurunan berat badan kini benar-benar hanya dikendalikan oleh Dr Cissie Nugraha sahaja,” jelas Melly lagi.
Jadi bagi mana-mana mereka yang inginkan berat badan ideal, pilihlah pihak yang berkaitan agar tidak ada kemudharatan lain kelak.
Endometriosis merupakan salah satu daripada penyakit sakit puan yang biasa dialami golongan wanita.
Hampir satu daripada tujuh wanita pada peringkat umur di antara 30 dan 45 tahun menghidapinya.
Endometriosis tidak bersifat kanser dalam tubuh wanita, di mana sebahagian lapisan tisu dalam rahim dijumpai di bahagian lain dalam badan seperti bahagian pelvis iaitu pundi, usus serta organ reproduktif. Ia kerap ditemui di bahagian ovari dan otot ligamen posterior yang menyokong uterus.
PUNCA-PUNCA
Punca sebenar yang menyebabkan keadaan ini masih samar dan tidak jelas. Teori yang biasa dikatakan merujuk kepada ‘retrograde menstruation’ atau pembalikan darah haid di mana sebahagian daripada darah haid mengalir secara terbalik ke arah pembukaan peritoneal melalui saluran fallopio. Sel-sel endometrium akan melekatkan dirinya kepada bahagian berlainan pada pelvis.
TANDA-TANDA ENDOMETRIOSIS
1. Haid yang banyak dan tidak teratur
2. Senggugut (sakit semasa haid)
3. Sakit semasa hubungan seks
4. Sakit di bahagian pelvis dan bawah abdomen (pertengahan haid)
5. Boleh mendatangkan kesan kepada keupayaan wanita untuk hamil
Bagaimanapun ada wanita yang menghidap endometriosis tidak mengalami sebarang simptom. Penting untuk diingatkan bahawa tahap kesakitan yang dialami tidak berkait dengan pertumbuhan endometriosis.
Terdapat wanita yang tidak merasa sakit walaupun ketumbuhan endometriosisnya banyak tetapi ada juga wanita yang mana ketumbuhannya sedikit merasa kesakitan yang teruk.
Sewaktu haid, ketumbuhan endometriosis juga akan gugur seperti mana lapisan uterus gugur sebagai tindakbalas terhadap hormon dalam kitaran haid.
Bagaimanapun, tidak seperti lapisan uterus, ketumbuhan ini tidak akan keluar dari tubuh badan. Jika wanita itu hamil atau mengalami menopause, ketumbuhan ini akan mengecil dan kesakitan akan berkurangan.
UJIAN PEMERIKSAAN
1. Pengimejan
Penggunaan mesin ultrasound, CT-scan dan Magnetic Resonance Imaging(MRI) hanya berguna pada kes yang telah teruk. Ini kerana mereka hanya mampu melihat perlekatan diantara organ bahagian pelvik disebabkan endometriosis tersebut. Ia tidak mampu memeriksa mengesahkan kehadiran endometriosis yang kecil.
2. Pembedahan
Bedah dan lihat merupakan satu cara untuk benar-benar mengesahkan kehadiran penyakit endometriosis. Tetapi pembedahan hanya akan dilakukan jika risau akan kewujudan penyakit lain seperti kandungan di luar rahim, appendicitis dan beberapa penyakit lain.
Sebagai contoh pembedahan dijalankan untuk rawat penyakit appendicitis, tetapi terjumpa endometriosis. Ketika pembedahan, organ ataupun tempat yang terlibat dengan endometriosis akan kelihatan seperti serbuk yang berwarna biru kehitaman.
RAWATAN
Rawatan perubatan atau pembedahan bergantung kepada jenis masalah yang dihadapi. Tujuan rawatan diberikan adalah untuk :
1. Mengurangkan kesakitan dan simptom lain
2. Menghalang ketumbuhan daripada membesar atau berulang di masa depan
3. Mengekalkan kesuburan bagi wanita yang tidak berupaya untuk hamil
4. Menjamin fungsi reproduktif untuk kehamilan seterusnya
Rawatan bagi endometriosis adalah bertujuan untuk mengurangkan tahap estrogen dan progesterone wanita yang meransang ketumbuhan endometriosis. Ubat yang biasa digunakan adalah pil kontraseptif oral, hormon progesterone dengan dos tinggi dan hormon tiruan lelaki seperti danazol.
Pilihan rawatan perubatan yang terbaru adalah analog GnRH (Hormon pembebasan Gonadotropin). Ia merupakan suntikan yang diambil setiap bulan atau tiga bulan bagi mengawal penghasilan estrogen dengan menggalakkan ‘menopause-induced’. Tempoh masa yang diberikan boleh berlanjutan sehingga 6 bulan.
Rawatan pembedahan boleh dilakukan samada secara laparoskopi atau pembedahan biasa. Pembedahan ini boleh bersifat rekonstruktif (pembuangan endometriosis dan pemulihan organ yang dijangkiti) di mana kesuburan perlu dikekalkan.
Ia juga boleh menjadi ablasi (pembuangan rahim dan kadangkala ovari) untuk mengurangkan kesakitan yang teruk pada wanita selepas kaedah-kaedah rawatan yang dinyatakan sebelum ini teah menemui kegagalan.
Penyakit endometriosis memberikan kesan yang berlainan kepada setiap individu. Sebaik-baiknya pemilihan rawatan bagi endometriosis haruslah mengikut keperluan dan kepentingan wanita berkenaan.
KOMPLIKASI
Kesan sampingan daripada rawatan dengan suntikan GnRH ini termasuklah rasa panas dan tidak selesa (‘hot flushes’), kurang keinginan nafsu syahwat (libido) dan kekeringan vagina. Terapi rawatan mungkin menyebabkan sedikit kerapuhan tulang tetapi keadaan ini akan berkurangan atau sembuh selepas habis rawatan.
Namun harus diingatkan dan dijelaskan bahawa penyakit ini boleh berulang selepas rawatan diberikan. Oleh itu terapi yang berterusan perlu bagi wanita yang mengikuti rawatan ini serta tidak merancang untuk hamil.
Jika anda ada masalah kaki kering, mungkin ini adalah peluang anda untuk mencuba produk yang dikatakan sangat membantu pulihkan bahagia kasar dan menggerutu.
Menurut Puan Are Youu, dia sendiri tak sangkat yang produk ini cukup berkesan selepas tiga kali sembur di ibu jari kaki.
Tidak berniat untuk hilangkan masalah tapak kaki kasar, dia rasa patut kongsikan kepada orang ramai yang mempunyai masalah yang sama.
“Maaf ya kalau gambar ibu jari kaki tak manis ni, menjadi pula spray kat tapak kaki. Sebelum ini ada dah ternampak post pasal produk ini, katanya barang ini memang hydration power .
“Jadi saja gatal cuba, tiga kali sembur dan hasilnya hilang sisik di bahagian ibu jari. Beli hari tu tak ada botol kecil. Redha juga beli, 500 ml tu takut tak sesuai. Muka hari itu pun kering dah okay ni, biasa takut nak try benda baru ni sebab muka sensitif,” kongsinya.
Nak tahu, produk kelahiran Jepun ini bukan sahaja menjadi kegemaran di sana. Malah, menjadi pilihan kebanyakan wanita di Malaysia. Kalau masuk Watsons, susah betul nak mendapatkan toner serba boleh ini. Mana-mana pergi, mesti kehabisan stok.
Naturie Hatomugi Skin Conditioner dirumus khas untuk menyasarkan pelbagai jenis masalah kulit, seperti mengecilkan pori-pori, garis-garis halus, dan penuaan kulit.
Boleh digunakan sebagai toner untuk mengimbangi keasidan kulit, melicinkan kulit, meningkatkan keanjalan kulit dan melembapkan kulit sepanjang hari. Toner serba boleh ini juga baik untuk mengurangkan kemerahan, jerawat dan parut jerawat. Malah boleh digunakan sebagai face mist untuk menyegarkan kulit.
Spray di bahagian muka macam biasa pakai toner. Kalau tapak kaki, malam dan bahagian yang senang kering pun boleh spray.
Hah, jangan lambat-lambat untuk mencuba produk ini ya. Nanti jangan lupa kongsikan hasilnya ya. Elok ke tidak!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!