Tidak dinafikan penjagaan untuk warga emas di rumah atau hospital memang agak sukar lebih-lebih lagi jika terpaksa memakai peralatan sokongan lain.
Antaranya adalah seperti pengunaan tiub atau kateter kencing yang digunakan untuk menampung pembuangan air kencing pesakit.
Jika tersalah penjagaannya akan menyebabkab kesakitan pada mereka, walaupun pesakit dalam keadaan tidak sedar dan penggunaannya boleh babitkan jangka panjang.
Perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad memberitahu penjelasaan lengkap mengenai penjagaan penggunaan alatan ini.
PENJAGAAN TIUB / KATETER KENCING DI KALANGAN WARGA EMAS
Tiub/Kateter kencing merupakan tiub yang dimasukkan ke dalam pundi kencing untuk megeluarkan air kencing dari pundi. Ini mungkin dilakukan kerana beberapa sebab seperti pesakit mempunyai kudis tekanan, masalah kesukaran kencing atau pengawalan kencing. Tiub ini mungkin diletakkan secara sementara atau jangka masa panjang.
Ads
TIP AM PENJAGAAN 1. Sentiasa catitkan jumlah air kencing dalam beg. 2. Sentiasa pastikan air kencing mengalir ke dalam beg tanpa sekatan. 3. Pesakit perlu minum cukup air untuk penghasilan air kencing yang cukup. 4. Beg kencing perlu berada di bawah paras pundi kencing untuk memastikan air kencing dalam beg tidak mengalir balik ke pundi dan menyebabkan jangkitan kuman. 5. Pastikan tiub dan beg berada dalam keadaan baik. 6. Jangan sekali-kali menarik tiub kencing. 7. Pesakit tidak sepatutnya duduk atau baring atas tiub kerana ia boleh menyebabkan sekatan. 8. Periksa bahagian sulit sekeliling tiub untuk tanda-tanda jangkitan kulit – kemerahan, kebengkakan atau discaj cecair. 9. Jangan letak bedak di bahagian tiub dari kemaluan. 10. Beg kencing perlu dikosongkan setiap 8 jam.
Ads
PEMBERSIHAN TIUB 1. Sebelum mula, beritahu pesakit apa yang anda akan lakukan. Ini penting khasnya kepada pesakit yang nyanyuk atau keliru untuk menenangkan mereka. 2. Cuci sekeliling tempat tiub masuk ke kemaluan dengan sabun 2 kali sehari. 3. Bersihkan kulit sekitar tiub setiap kali pesakit membuang air besar.
MENGELUARKAN KANDUNGAN BEG Beg kencing perlu dikosongkan sekiranya penuh atau setiap 8 jam. Langkah-langkah termasuk : 1. Kandungan boleh dikeluarkan ke dalam tandas atau ke dalam bekas/baldi. 2. Cuci tangan dengan air sabun. 3. Catitkan jumlah air kencing. 4. Bukakan penyumbat beg kencing dan biarkan air kencing mengalir ke tandas atau bekas yang disediakan. 5. Jangan biarkan penyumbat tersentuh lantai (cuci dengan bersih sekiranya ini terjadi). 6. Setelah beg kosong, tutupkan semula penyumbat dan cuci tangan anda.
Ads
MASALAH TIUB KENCING Sekiranya air kencing tidak mengalir dalam tiub : 1. Periksa sama ada tiub tersepit atau terpintal. 2. Pesakit mungkin terduduk atau terbaring atas tiub. 3. Pastikan beg kencing berada di paras bawah pundi. Sekiranya tiub terkeluar atau bocor : 1. Letakkan tuala di bawah pesakit untuk melindungi perabot/tilam. 2. Jangan cuba memasukkan tiub semula (kecuali pesakit/penjaga telah diajar). Sila dapat bantuan daripada anggota kesihatan. 3. Perhatikan untuk tanda kebocoran seperti tiada penambahan dalam jumlah air kencing dalam beg atau tiada kencing dalam beg selepas 6-8 jam atau tilam/ pakaian pesakit basah dengan air kencing.
KOMPLIKASI TIUB Dapatkan bantuan perubatan sekiranya: 1. Air kencing berbau busuk atau keruh. 2. Pesakit berasa demam. 3. Terdapat pembengkakan sekeliling tiub. 4. Tiada air kencing dalam tiub/beg walaupun tiada kebocoran atau pesakit dapat minum air dengan mencukupi. 5. Terdapat kebocoran dalam tiub/beg. 6. Terdapat pendarahan dalam tiub/beg.
Sumber : Portal Rasmi MyHEALTH #HealthDrZubaidi www.drzubaidi.com
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebenarnya tidak suka bagi seseorang itu untuk menurunkan berat badan. Namun semua itu perlukan kesungguhan dan janganlah berusaha separuh jalan.
Paling penting sebenarnya perlu fokus kepada faktor makanan sihat. Inilah kunci sebenar untuk seseorang itu mendapat berat badan yang ideal.
Pakat Dietitian, Mohd Khairul Azuan memberi 15 tip mudah untuk menurunkan berat badan. Ayuh ikuti tip yang diberi.
15 Tips Turunkan Berat Badan Yang Mempunyai Kajian Saintifik
1. Minum air sebelum makan. Minum 500ml air setengah jam sebelum makan dapat membantu mengurangkan ambilkan kalori semasa makan berbanding mereka yang tidak minum air.
2. Makan telur semasa sarapan pagi. Kalau tak ada telur, sebarang protin lain pun boleh.
3. Minum kopi, terutamanya black coffee. Ia dapat mambantu menaikkan metabolisma dan penggunaan lemak dalam badan.
4. Minum teh hijau. Antioksida membantu penggunaan lemak sebagai tenaga.
5. Kurangkan pengambilan gula.
6. Ambil lebih karbohidrat yang tinggi serat seperti beras perang, oats, roti wholegrain dan jagung.
7. Guna pinggan yang lebih kecil & kurangkan karbohidrat.
8. Kawal porsi/jumlah makanan & kira kalori – menggunakan apps atau anggaran sendiri. Kajian kata kalau simpan diari makanan atau ambil gambar makanan, akan tingkatkan keberkesanan berdiet.
9. Makan makanan pedas – serbuk cili. Kalau kurang sesuai dengan anda, elakkan.
10. Makan lebih sayur dan buah-buahan.
11. Tidur yang cukup. Kurang tidur berkait dengan 88% obesiti di kalangan kanak-kanak & 55% di kalangan orang dewasa.
12. Lebihkan protin dalam diet, sesuai mengikut status kesihatan. Kurangkan tambahan minyak dalam masakan.
14. Sentiasa sediakan makanan sihat/snek sihat di sekitar anda. Jika lapar, senang untuk ambil dan makan yang sihat seperti kekacang, buah potong, baby carrot, yogurt.
15. Makanan tambahan *jika perlu – glucommanan (sebelum makan utama + diet sihat) , whey protein.
Ada kajian yang kuat dan ada yang masih dalam kajian jangka masa panjang. Seperti biasa, kajian akan sentiasa berjalan dan berubah-ubah. Tapi konsep turunkan berat badan itu sama iaitu keseimbangan tenaga.
Paling penting, fokus pada makan sihat berbanding berdiet kurang kalori semata-mata. Itulah kunci kejayaan diet jangka masa panjang.
Selain mudah ditanam, aloe vera atau dipanggil lidah buaya juga antara tumbuhan yang mempunyai banyak khasiat.
Rupa bentuk aloe vera yang mana bahagian luar daun agak keras dan tebal berfungsi memerangkap dan menyimpan air.
Antara komponen yang terkandung dalam tumbuhan tersebut ialah air, pelbagai vitamin seperti vitamin A, C, E, B1, B2, B3, B6 dan B12.
Aloe vera juga mengandungi mineral iaitu kalsium, magnesium, zink, kromium, selenium, sodium dan zat besi), enzim serta asid amino.
Khasiat aloe vera ini diketahui sama ada untuk disapu secara luaran ataupun dibuat minuman.
Antara perkongsian dari pengguna Nurshuhada Samsuddin yang memberitahu resipi aloe vera jelly untuk dibuat minuman jus.
Cara Mudah Buat Jus Aloe Vera
Sesiapa yang ada tanam aloe vera tu boleh la cuba menu simple ni. Rasa sedap & sangat refreshing
Resepi Aloe Vera Jelly :
Bahan-bahan:
Aloe vera
Gula
Daun pandan
Air
Cara-caranya : 1. Bersihkan aloe vera yang dituai dipokok. 2. Buang duri kiri & kanan serta kulit hijaunya.
3. Potong dadu @ mengikut sukaan anda. 4. Letakkan Aloe vera yang siap dipotong ke dalam penapis & lalukan air sehingga lendirnya hilang. 5. Cuci bersih.
6. Masukkan kedalam periuk + air secukupnya + gula + daun pandan. 7. Masak sehingga gula larut. 8. Matikan api. Setelah sejuk boleh disimpan kedalam bekas & simpan ke dalam peti ais.9. Boleh dinikmati bersama air kegemaran anda.
Terpesona melihat kulit Lufya yang cantik gebu tanpa sebarang cela, nak-nak dia sudah mempunyai anak. Masih anggun sesuai dengan gaya wanita berstatus ibu.
Melihatkan kecantikan Lufya, pasti ramai yang ingin tahu apa amalan Lufya dalam menjaga kecantikan kulitnya.
Kulit Lufya Cantik Sungguh
Haaa… rupanya dia hanya menggunakan sebiji tomato sahaja untuk menjaga kecantikannya.
“Ambil sebiji tomato dan buat begini…” kongsinya di media sosial.
Menjadi salah satu petua kecantikan kegemarannya, Lufya mendedahkan buah ini membuatkan wajahnya semakin segar dan glowing berbanding dahulu.
Kongsinya lagi, petua kecantikan menggunakan sebiji tomato itu dilakukan begini:
Sebiji tomato yang dibasuh bersih, dipotong kepada empat bahagian.
Kemudian letakkan dalam bekas yang bersih dan bekukan di bahagian beku dalam peti sejuk.
Selepas potongan buah tomato menjadi keras, ambil satu potongan dan oleskan pada seluruh wajah, dijadikan sebagai skrub.
Biarkan seketika selepas itu dalam beberapa minit dan bersihkan dengan air.
Owh ya, sebiji tomato yang dipotong empat bahagian itu boleh digunakan selama empat hari, yang mana sehari menggunakan sepotong bahagian tomato. Lakukan setiap hari dan anda boleh nampak keberkesannya.