Ini rutin buat yoga untuk muka anda jadi cantik tanpa garisan halus, sebelum pakai set penjagaan wajah boleh ikut urutan ini.
Menurut saudari Qirrana, anda boleh amalkan waktu pagi atau sebelum nak tidur.
Yoga Buat Kulit Awet Muda
Langkah-langkahnya boleh rujuk sini:
STEP 1 tarik daripada bawah mata ke hujung
STEP 2 tarik bahagian kelopak mata ke atas kening
STEP 3 tolak di bahagian cheeks ke hujung
Ads
STEP 4 urut kan bahagian tepi muka ke atas
STEP 5 urut bahagian jaw dari depan ke belakang
STEP 6 tekan bahagian tulang hidung
STEP 7 urut ke bawah di bahagian dahi
Ads
Jadi jumlah urutan ada 7 langkah sahaja dan anda boleh buat dalam 10 saat setiap kali buat. Jangan terlebih pula, nanti merah kulit wajah.
Ads
Face yoga ni boleh bantu lancarkan saluran darah dekat muka. Apabila saluran darah di muka lancar, kuranglah masalah tumbuh jerawat atau pun muka nampak kuasam.
Malah, face yoga ini juga bagus untuk anda yang nak bagi kulit sentiasa tegang sampai ke tua.
Selamat mencuba, gais!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cuci muka guna teknik 60-second rule, hasilnya kulit wajah flawless & glowing. Sungguh, nak cantik memang perlukan kerajinan dan minat.
Tidak perlu modal besar untuk kelihatan cantik, tetapi nak sedikit kerajinan dengan teknik yang betul untuk dapatkan kulit wajah yang bersih dan sihat.
Sebenarnya ada cara tertentu teknik mencuci wajah yang mampu memberikan kesan yang halus dan mulus pada kulit.
Perkongsian daripada pengguna laman twitter Maisara Mahmud yang memberitahu teknik 60-second rule dan keajaiban yang dirasainya.
Cuci Muka Guna Teknik 60-Second Rule
Semalam I tak bawak jam masuk toilet, so bila I cuci muka tuh I kira 1 sampai 60 saat.
I used my Simple Cleansing Oil for 60 second and bila I usap usap kulit i for 60 second, I dpat rasakan byaknya biji dari muka i yg terkeluar. Smpai I question I guna cleansing oil ke scrub ni??
So after 60 second, I rinse off my face. I boleh nmpk my skin is sooo much smoother (softer?) than before. Then I proceed with my normal cleanser (Yg normal cleanser I tak guna the 60 second rule I buat guna cleansing oil jeh).
But after awhile, I notice my skin started to get red (potential sign of irritation) mungkin sebab terlalu lama usap muka yaaa.
Pastu I proceed with my next step – Hada Labo Hydrating Lotion (sebaik my HL Lotion tuh sejuk! ) it calms my irritated skin at that time.
So my take on this technique – I love the #60SecondRule so much because I baru sedar I byak biji dkat muka & this technique help me to cleanse my face better.
But I will not use this technique everyday, maybe 1-2 times a week to begin.
Everytime you encounter a new technique – always listen to your skin, what does your skin tell you.
You guys boleh try sehari dlu & tgok how your skin reacts.
60 second rule ni dia guna normal cleanser sepatutnya, tapi I nk try guna my cleansing oil.
CARA-CARA URUTAN CUCI MUKA YANG BETUL
Cara urutan muka yang betul adalah dengan cara menaik ke atas agar kulit tidak berlaku kekenduran dan sama juga kalau semasa mencuci wajah hendaklah menolak kulit ke atas agar kulit menjadi bersih.
KENAPA MENOLAK KE ATAS?
bila mencuci kita hendaklah menolak ke atas ruang-ruang kulit yang tertutup oleh bedak tadi dapat dibuka dan dicuci bersih dengan pencuci muka.
Kecantikan selebriti Korea sememangnya menjadi dambaan ramai wanita. Kulit mereka yang mulus dan cantik tentunya membuatkan ramai yang penasaran ingin tahu apakah rahsia kecantikan kulit mereka.
Malah ada yang sudah agak berusia tetap tampil anggun dan jelita. Nak cantik dan awet muda seperti mereka, 5 ratu K-Drama ini berkongsi petua cantik dan kekal muda!
Berusia awal 40-an, Jun Ji Hyun bintang My Love From The Star ini gemar melakukan senaman. Menurut majalah W, dia memulakan harinya seawal pukul 6 pagi dan melakukan senaman pernafasan sebelum bersenam. Ia diikuti dengan kardio panjang dan kelas Pilates tiga kali seminggu. Selain itu dia juga gemar mendaki, berbasikal, berenang dan berlari.
Persis wanita berusia 20-an walaupun usia sudah menginjak ke 43 tahun , Ha Jin Won bintang utama Miracle On 1st Street ini mengamalkan tiga biji lemon setiap hari untuk mengekalkan kecantikan kulit supaya sihat dan berseri. Menurutnya dengan berbuat begitu ia memberikan efek menegangkan wajah dan menghalang kedutan. Selebriti ini juga menggunakan pupur wajah setiap hari.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walaupun usia sudah melewati separuh abad, tetapi tidak menjadi alasan seseorang itu untuk malas menjaga kecantikan diri.
Malah semakin berusia, kulit wajah kita sebenarnya sangat sensitif. Jika salah penjagaan boleh menyebabkan kulit rosak dan masalah jeragat.
Namun bagi pelakon Laila Nasir, 52 tahun sangat rajin dan begitu menitik beratkan penjagaan kulit wajah.
Menurutnya tidak ada petua tertentu diamalkan, hanya menggunakan cara biasa seperti amalkan minum air suam setiap pagi.
“Selain itu, saja juga mengamalkan minum sesudu madu yang dicampur dengen air masak setengah gelas.
“Saya juga rajin ambil jus pegaga yang dikisar sendiri. Dalam usia begini juga saya tolak terus untuk minum minuman berais dan air bergas,” ujar Laila yang masih lagi keihatan cantik dan sihat dalam usia begini.
Tambahnya lagi bagi menjaga kesihatan tubuh badan pula, dia rajin lakukan señaman ringan di rumah saja.
“Dan masuk usia 50 an ini kenalah pandai jaga kesihatan. Bagi penjagaan kulit wajah pula, akan pakai masker daripada putih telur yang dicampur dengan madu.
“Selain itu malas sekalipun janganlah sesekali kita skip mencuci wajah dan pakai pelembap. Saya juga turut mengambil suplemen seperti vitamin C dan habbatussauda.
“Bagi saya kecantikan ini adalah anugerah Allah kepada kita, jadi amanah kita menjaga kecantikan diberi sebaik mungkin.
“Jangan menyalah gunakan kecantikandan hati kita pun kena cantik maksudnya jangan ada sifat dengki dan sebagainya. Ini kerana saya percaya aura cantik seseorang itu datang dari hati yang cantik,” jelasnya memberitahu bukan semua orang ada aura cantik itu.
Laila turut mengingatkan supaya jangan rasa bangga dgn kecantikan paras rupa kerana kecantikan rupa tidak akan kekal ia akan pudar mengikut usia kita, cuma yang perlu kita jaga adalah kecantikan dari dalam.
Laila yang juga ibu tunggal kepada dua putera sejak kematian suami tercinta lapan tahun lalu berkata ia bukanlah perjalanan dan pilihan mudah. Namun bagi dirinya, menjadi kuat ibarat hanya pilihan yang tinggal.
Malah melihat dua anak di sisi membesar, pelakon watak Mona dalam drama rantaian fenomena Nur di TV3 itulah ibu dan pada masa sama bapa untuk heronya.
“Pada awalnya agak sukar sukar untuk saya membahagikan masa antara kerjaya seni dan tanggungjawab. Manalah nak uruskan anak dan ‘shooting’ selain berniaga.
“Menjadi ibu tunggal sekelip mata selepas suami meninggal dunia merubah segala-galanya. Tapi ketika itu saya bernasibbaik kedua anak sudah bersekolah menengah. Jadi mereka sudah pandai bawa diri. Saya juga menjaga mereka tanpa bantuan sesiapa.
“Waktu itu ada ketika saya bagai lemah dan ‘lost’. Tapi anak jadi suntikan semangat untuk saya kerja lebih kuat. Tambah pula perjalanan mereka masih jauh dan saya tempat bergantung,” kata wanita kelahiran Machang, Kelantan itu.
Tambah pelakon filem Bayangan Maut dan Harry Boy itu, dia sendiri akur skeptikal gelaran dirinya sebagai ibu tunggaldengan pandangan serong mata masyarakat.
“Bukan senang nak mengharungi hidup tanpa suami. Dengan pandangan itu ini daripada masyarakat. Tapi saya tak larut dengan semua itu. Saya tanamkan semangat positif dalam diri.
“Dalam soal membesarkan anak, saya pasti mahukan yang terbaik untuk mereka tanpa fikir lelah. Kalau kita tak buat itu ini, ibarat takkan ada yang lakukan semua diingini. Maka dengan itu belajarlah buat semua sendirian.
“Keluarga saya terutama emak jadi nadi dan semangat. Mak terutamanya banyak membantu saya menjaga anakdan bagi semangat. Doa ibu itu kan sangat mukjizat,” katanya lagi.
Baru menjadi antara penerimaanugerah Kelantan Business Ikon Awards pada 17 Disember lalu yang mengangkat anak jati negeri itu yang berjaya dalam dunia keusahawanan, Laila atau nama sebenarnya Norlaila Nasir bersemangat untuk terus mengukuhkan jenama perniagaan minyak wangi dan pelbagai sambal bilis sejak 2014.
“Dengan dunia berlakon dan berniaga itulah saya dapat membesarkan anak serta meneruskan kelangsungan hidup,” katanya yang mengusahakan T’Lasabella Perfume by Lailanasir dan T’Lasabella Kitchen by Lailanasir.
Kejayaan ini juga turut memberikan lebih semangat untuk melipat gandakan usaha untu melangkah terusbersama T’Lasabella Perfume by Laila Nasir dan T’Lasabella Kitchen yang bermula dari bawah.
Dan ini merupakan hadiah tidak ternilai atas usaha dan kerja keras Team T’Lasabella bersama stokis dan agent.
Sebagai Founder T’LaSabella HQ, Laila turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada agent & stokis seluruh Malaysia termasuk Singapura. Tambahnya dia begitu terharu apabila dapat pegang award ini dan rasa penat lelah selama ini berbaloi.