Sebagai seorang wanita, kita bukan saja digalakkan untuk menjaga bahagian luaran, tetapi juga dalaman.
Kebiasannya untuk dalaman kita boleh cuba petua tradisional yang berasaskan tumbuhan herba seperti kunyit, halia ataupun asam jawa untuk dibuat jamu.
Jadi apa kata anda cuba buat sendiri jamu asam kunyit yang dikongsi oleh Puan Ct Mazni untuk memantapkan bahagian dalaman supaya badan lebih bertenaga. Bukan saja berkhasiat tetapi juga selamat dan menjimatkan.
Jamu Asam Kunyit Tambah Tenaga Badan
Selamat pagi Badan rasa tidak bertenaga?
Lesu, lemau? Kerap mengantuk?
Hari ni #satuharisaturesepi kita share resepi air asam kunyit guna bahan basic.
Air asam kunyit ni banyak khasiat dan sangat senang nak buat. Boleh ulang-ulang minum kalau ikut sukatan ni.
Ads
Resipi Air Asam Kunyit
Bahan-bahan: – 1/2 kg Kunyit hidup (sagat/blender) – Segenggam temu kunci (ketuk) – 1/2 genggam asam jawa – 1 biji gula melaka – 4.5liter air – 1/3 sudu kecil garam
Cara Membuat:
1. Sagat/Kisar kunyit. Ketuk temu kunci. Masak air dan masukkan semua bahan. 2. Biarkan mendidih. Dah pekat, boleh tutup api. 3. Tapis dan simpan.
Ads
Cara minum: Panaskan dan boleh diminum ketika panas. Sesuai untuk lelaki, perempuan, ibu pantang bersalin, perempuan period dan keguguran.
Khasiat Air Jamu Asam Kunyit:
– Menghilangkan sakit-sakit badan – Melancarkan peredaran darah – Mengurangkan lemak dalam badan – Memberi tenaga – Membuang angin dalam badan – Melancarkan darah haid & nifas – Merawat masalah senggugut – Menghilangkan bau-bau badan – Memberi kecergasan tubuh – Melawaskan pembuangan
Untuk yang nak berniaga, boleh jadikan kos bahan untuk pengiraan margin.
Kos; Kunyit hidup (RM6/kg) Temu kunci (RM10/kg) Asam jawa (RM3.5/500g) Gula Melaka (1biji/RM0.70)
Ads
Info Tambahan: Temu kunci saya beli dekat Pasar Besar Klang. Bahagian sayur kampung. Rasa Air Jamu Kunyit ni sedap. Tak pahit langsung. Tapi jangan terlebih temu kunci, nanti boleh pahit.
Kesibukan bekerja menyebabkan ada antara kita lebih gemar memilih untuk makan di luar. Tidak salah cara ini kerana lebih memudahkan dan menjimatkan masa.
Namun ada kalanya jika tersilap langkah menyebabkan kita akan mengalami keracunan makanan.
Tahukah kita apa penyebab sebenarnya keracunan makanan ini. Adakah disebakan pencemaran makanan yang terdedah atau makan menggunakan tangan kotor selain makana sudah tamat tempoh.
Tetapi sebenarnya terdapat enam makanan tertentu yang boleh meningkatkan risiko keracunan makanan korang.
1. Telur mentah
Telur mentah sering terdedah kepada pencemaran yang disebabkan oleh bakteria salmonella. Cara untuk mencegah keracunan ini adalah dengan mencuci telur sebelum dimasak dan memastikan ia masak sepenuhnya. Ibu yang mengandung harus mengelakkan daripada memakan telur separuh masak.
2. Sayuran
Sayuran hijau seperti buncis, salad, sawi, bayam atau sayur-sayuran lain merupakan sajian yang baik dan menyihatkan. Tetapi tanpa anda sedari sayuran seperti ini juga berpotensi menjadi penyebab keracunan makanan.
Ini kerana sayur mudah tercemar dengan kotoran yang terdapat pada tanah. Penggunaan pisau yang sama dengan daging mentah juga boleh menyebabkan pencemaran silang. Jadi berhati-hati.
3. Tuna
Ikan seperti tuna juga boleh meningkatkan risiko keracunan apabila ia sudah tercemar dengan scombrotoxin. Masalah ini boleh menyebabkan korang berasa sakit kepala, kekejangan dan kemerahan pada seluruh badan.
Kaedah penyimpanan ikan tuna yang tidak betul atau disimpan pada tempat yang melebihi suhu 60 ℃ akan menyebabkan racun keluar daripada ikan. Bahaya!
4. Daging merah
Hidangan daging yang tidak dimasak sempurna seperti daging mentah mengandungi racun daripada pencemaran bakteria E.coli. Cara terbaik untuk mencegah keracunan disebabkan oleh daging adalah dengan memastikan ia dimasak dengan sempurna.
5. Tiram
Makanan laut daripada jenis kerang-kerangan boleh menjadi punca keracunan makanan. Tiram merupakan antara makanan yang boleh menjadi punca keracunan disebabkan pencemaran virus dan bakteria berbahaya daripada air yang tersimpan di
dalamnya.
Bahkan cara pengendalian tiram yang salah sebelum dan saat dimasak juga meningkatkan risiko keracunan. Tiram mentah biasanya mengandungi racun vibrio vulnificus dan ia boleh memberikan reaksi alahan teruk seperti muntah, cirit-birit dan mual berlebihan.
6. Kentang
Kentang yang disimpan terlalu lama berisiko terdedah kepada pencemaran silang daripada Listeria, E.coli, Salmonella dan Shigella. Pencemaran ini boleh berlaku jika kentang disimpan bersama makanan lain seperti daging mentah.
Mungkin ada antara korang yang menganggap bahawa keracunan makanan adalah satu isu kecil tetapi hakikatnya mengalami masalah ini boleh mengganggu perjalanan tugasan harian.
Kebanyakan pesakit akan mengalami cirit-birit untuk beberapa hari sahaja dan ia akan baik dengan sendirinya.
Tetapi jika masalah tersebut berlaku lebih dari seminggu, ia mungkin menunjukkan jangkitan kuman yang berterusan, keradangan usus ataupun kanser usus.
Jika cirit-biritnya terlalu teruk, ia mungkin disebabkan jangkitan kuman yang serius, berjumpalah dengan doktor segera!
Puasa adalah bermakna kita perlu menahan diri dari makan dan minum sepanjang hari sehinggalah waktu berbuka.
Bagi memastikan kita kekal bertenaga kita digalakkan untuk bersahur dengan sesuatu yang mehyihatkan.
Memilih makanan yang sesuai pada bulan Ramadan adalah penting. Ini bagi membolehkan kita menikmati makanan yang sedap dan berkhasiat, di samping memperoleh semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Ia juga membantu mengekalkan kecergasan sepanjang tempoh berpuasa.
Antara amalan pemakanan sihat yang boleh diamalkan semasa bulan puasa adalah :
1. Amalan Sewaktu Bersahur
Amalan bersahur amat penting untuk membantu menambahkan tenaga ketika seharian berpuasa. Waktu bersahur yang digalakkan adalah sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu imsak.
Semasa bersahur, adalah digalakkan mengambil makanan yang berasaskan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti atau biskut mil penuh dan oat.
Makanan jenis ini memerlukan masa yang lama untuk dicerna dan mengurangkan rasa lapar. Karbohidrat kompleks mengambil masa kira-kira 8 jam untuk dicernakan sepenuhnya.
Di samping itu, sertakan juga makanan daripada protein kerana struktur protein yang lebih kompleks akan melambatkan lagi proses pencernaan.
Pilihlah protein yang rendah Biological Value (BV) kerana semakin rendah nilai BV, maka lebih lambat protein itu diguna pakai oleh badan. Antara yang disyorkan adalah :
– Kekacang (49)
– Soya (74)
– Ayam (79)
– Kasein/ Protein susu (80)
– Daging (80)
– Ikan (83)
Pengambilan buah-buahan dan air juga perlu mencukupi sewaktu sahur. Elakkan pengambilan minuman berkafein seperti teh atau kopi yang boleh mengakibatkan kehilangan air dalam badan.
2. Amalan Sewaktu Berbuka Puasa
Semasa berbuka puasa, adalah digalakkan kita mengambil makanan yang ringkas terlebih dahulu. Ini adalah untuk mengelakkan ketidakselesaan kepada sistem penghadaman kita.
Mulakan dahulu dengan buah kurma kerana ia mengandungi fruktosa yang boleh memberi tenaga segera. Selain itu, buah kurma juga mengandungi enzim yang boleh membantu proses penghadaman untuk makanan yang kita makan seterusnya.
Pelbagaikan pengambilan jenis makanan seperti bihun sup, sepinggan mi, atau nasi bersama ikan/ayam dan sayur-sayuran serta buah-buahan yang diambil berdasarkan Piramid Makanan Malaysia.
Selain itu, kita juga perlu mengambil air yang mencukupi sama ada dalam bentuk minuman ataupun sup untuk mengelakkan dehidrasi. Pengambilan makanan yang pedas serta berempah pula tidak digalakkan semasa berbuka kerana dikhuatiri akan menimbulkan ketidakselesaan kepada perut kita pada siang hari.
3. Amalan Sewaktu Moreh (Makan Lewat Malam)
Mengambil snek ringkas seperti roti, biskut, sandwich atau kuih-muih juga dibenarkan selepas bersembahyang tarawih tetapi jangan keterlaluan. Elakkan mengambil juadah yang berat seperti nasi/mi goreng kerana pada waktu malam kita tidak memerlukan tenaga yang banyak.
Di samping kuantiti, kualiti makanan juga perlu dititik beratkan. Ini bagi memastikan tubuh kita menerima kembali tenaga yang telah digunakan sepanjang hari dan semua vitamin serta mineral yang diperlukan oleh tubuh.
Pemilihan makanan daripada produk-produk tempatan sebenarnya mempunyai nilai pemakanan yang baik asalkan cara kita menyediakannya adalah mengikut resepi atau panduan makanan sihat. Sekarang inilah masanya kita cuba mengubahsuai diet kita supaya kita dapat makanan yang berkhasiat, murah dan dapat mengurangkan belanja.
Panduan pemilihan makanan untuk menjamin kita agar kekal sihat dan cergas.
1. Kurangkan penggunaan lemak
Terutama lemak tepu seperti minyak sapi, mentega dan keju. Semasa menggoreng dan menumis, minimumkan penggunaan minyak supaya makanan lebih sihat di samping kita dapat berjimat-cermat.
2. Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar
Buah-buahan dan sayur-sayuran membekalkan vitamin, mineral dan serat.
Bagi menjimatkan perbelanjaan, pilihlah buah-buahan dan sayur-sayuran yang mampu dibeli, sama ada buah-buahan atau sayur-sayuran diimport atau keluaran tempatan.
Kebanyakan buah-buahan tempatan seperti belimbing besi, betik, ciku dan pisang mempunyai khasiat yang lebih tinggi berbanding dengan buah-buahan import seperti epal, pir dan lai.
Sebagai contoh, pisang rastali mempunyai kandungan vitamin C lebih 2 kali ganda berbanding epal hijau. Betik eksotika pula mempunyai kandungan vitamin A hampir 10 kali ganda berbanding limau mandarin.
3. Lebihkan pengambilan air
Minum air sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas sehari. Ketika berbuka puasa, disarankan minum jus buah-buahan (tanpa gula) dan elakkan daripada meminum minuman bergula seperti minuman kordial.
Minuman yang berkafein seperti kopi dan teh juga tidak digalakkan. Tingkatkan pengambilan air melalui makanan seperti sup, bubur dan puding.
4. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam (masin) terutamanya ketika bersahur.
Pengambilan makanan yang masin boleh meningkatkan rasa dahaga semasa berpuasa. Oleh itu, kurangkan makanan masin seperti ikan masin, jeruk, belacan dan kicap.
Selain itu, pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam juga boleh meningkatkan risiko kita untuk mendapat penyakit kronik seperti hipertensi.
5. Kurangkan pengambilan makanan/minuman yang tinggi kandungan gula (manis)
Mengurangkan penggunaan gula adalah baik untuk kesihatan kerana ia dapat mengelakkan pelbagai jenis masalah kesihatan seperti kegemukan yang merupakan faktor risiko kepada penyakit-penyakit kronik seperti diabetes dan hipertensi.
Bulan Ramadan juga memberikan kita peluang untuk menurunkan berat badan dengan mengamalkan pengambilan makanan yang sederhana dan seimbang serta mengurangkan makanan yang tinggi lemak dan gula.
Perlu diberikan perhatian kepada saiz hidangan kerana kecenderungan untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak juga akan terjadi apabila kelaparan.
Aktiviti fizikal tetap boleh dijalankan secara sederhana pada bulan Ramadan dan tiada alasan untuk tidak kekal aktif walaupun kita berpuasa.
Walau bagaimanapun, elakkan aktiviti berat atau melakukan aktiviti di bawah panas terik yang boleh mengakibatkan dehidrasi.
Pemakaian mask pada muka membantu anda untuk dapatkan kulit yang cantik dan sihat. Selain mask yang boleh dibeli di farmasi atau store kecantikan, korang juga boleh buat sendiri mask di rumah menggunakan bahan-bahan semulajadi.
Lebih jimat dan paling baik kerana tiada bahan-bahan tambahan yang mungkin kurang sesuai dengan jenis kulit anda.
Kat bawah ini ada beberapa jenis mask yang boleh korang buat sendiri di rumah.
Mask untuk mencerahkan kulit
Bahan-bahan:
1 sudu kecil jus lemon
2 sudu kecil madu
Mask untuk hilangkan jerawat
Bahan-bahan:
1 sudu kecil serbuk kayu manis
2 sudu besar madu
Mask untuk kulit lebih anjal
Bahan-bahan:
2 sudu kecil serbuk kopi
2 sudu kecil madu
Mask untuk anti penuaan
Bahan-bahan:
1 biji putih telur
2 sudu besar gel lidah buaya
Mask untuk kulit wajah berminyak
Bahan-bahan:
1 sudu kecil serbuk kunyit/kunyit hidup
2 sudu kecil gel lidah buaya
Kredit page : Bawang Channel
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!