Tular pelakon, Zahirah Macwilson yang dikritik oleh seorang artis yang mengatakan wajahnya seperti bibik.
Namun tidak cepat melatah, Zahirah dan suaminya, Aiman langsung tidak membalas tindakan artis tersebut.
Ibu Memuji Anaknya
Sampai ibunya, Maslinda Yusoff ada memuat naik foto anaknya dan memuji kecantikan yang dikurniakan Allah SWT.
Kata Maslinda, kecantikan anaknya itu bukan sekadar rupa paras tetapi hatinya juga cantik. Dengan penuh rasa sayang, Maslinda memuji Zahirah kerana menjadi seorang anak, isteri dan ibu yang penyayang.
Ads
Zahirah Macwilson Cantik Sejak Kecil
Namun jika dilihat, sebenarnya sejak kecil lagi Zahirah sudah mempersonakan mata yang memandang. Sedangkan usianya ketika itu masih lagi kanak-kanak.
Dalam video tersebut, Zahirah memakai baju kebaya labuh berwarna biru berserta sehelai selendang berona putih.
Selain terpesona dengan kecantikan dimiliki pelakon itu, Diva juga kagum dengan kepetahan Zahirah bertutur bahasa Inggeris bersama ibunya. Maklumlah, sejak kecil lagi Zahirah sudah dibesarkan di Australia.
Ads
Rata-rata pengikutnya dalam Instagram memuji kecantikan yang dimiliki Zahirah sejak kecil. Memang tidak berubah langsung wajahnya sehingga kini walaupun selepas bergelar seorang ibu.
Ads
“Memang dari kecil dah cantik ya?” komen seorang peminatnya.
Sungguh terpesona melihat muka Kavita Sidhu tak makan dek usia pun walau dah masuk 50-an, itu satu anugerah dengan badannya pun tinggi lampai. Masih cantik!
Kavita Sidhu, satu nama yang tidak asing dalam dunia peragaan. Apatah lagi selebriti jelita ini membuka mata dunia menerusi kecantikan semula jadi yang dimiliki apabila dinobatkan sebagai Miss Charm International pada tahun 1990.
Menjengah ke akaun TikTok Kavita, selebriti ini memuatnaik video bersama kapsyen pendek. Rakaman yang dikongsikan tersebut memaparkan Kavita menggayakan busana baju kurung dan gaun yang sopan.
Meski video peragaan yang dikongsikan cukup ringkas, namun penampilannya sederhana itu berjaya memukau warganet yang mengenali selebriti ini.
Melihat video yang dimuatnaik model dan selebriti jelita ini membuatkan warganet terpegun seketika, mana tidaknya Kavita bukan saja cantik malah penampilan sopan yang digayakan menyerlahkan lagi keperibadian yang sederhana dan juga keanggunan diri.
Meninjau diruangan komen dan rata-rata ramai warganet terpukau melihat kejelitaan dan kesopanan yang dipamerkan Kavita, dan dalam masa yang sama masih mampu buatkan sesiapa yang memandangnya terpegun tanpa perlu menggayakan fesyen yang terdedah.
“Sentiasa cantik dan sederhana orangnya.”
“Sungguh sopan penampilan akak.”
“Sopan-sopan baju, Kavita pun dah terserlah cantik tak perlu dedah sana sini.” komen mereka.
“Masih cantik dari dulu sampai sekarang, suka sangat.”
“Cantik. Dia nampak sangat lawa pakai pakaian tradisional. Hebat!”
“Sangat anggun dengan kesopanan” komen mereka lagi.
Dalam pada itu, ada juga yang warganet yang memberi komen tentang kecantikan Kavita yang tak makan dek usia walaupun kini selebriti serba boleh ini sudah berusia 51 tahun.
“Dulu masa sekolah suka tengok dia. Sekarang umur aku dah 43. Kenapa dia tak tua-tua.”
“Cantiknya dia, dari aku sekolah menengah sampai sekarang dia sama je tak berubah-ubah mukanya.”
“Dari dulu memang cun.” komen mereka.
Umur dah masuk 50 seperti ini pun, masih nampak macam zaman ratu cantik era 90an. Memang tak makan dek usia Kavita ni!
Sekadar info, Kavita bukan saja dikenali sebagai peragawati terkenal malah selebriti ini turut menerokai dunia lakonan, penerbitan filem, pereka fesyen dan juga menjadi usahawan.
Setiap kali melihat lakonannya di kaca televisyen, mata pasti terpukau dengan kecantikan dan keanggunan wanita kelahiran Kuala Langat Selangor ini
Malah tatkala melihat raut wajahnya penuh kelembutan dengan susuk tubuh yang langsing bagaikan tidak percaya aktres berdarah Filipina-Melayu ini sudah menjangkau usia 53 tahun.
Dalam satu artikel Astro Gempak, Maria yang ditanya pengikutnya di laman InstaStory bagaimana dia menjaga tubuh, rambut dan kulit memandangkan Maria kelihatan lebih muda daripada usia sebenar.
Dia juga sebenarnya sangat beruntung kerana dilahirkan dalam keluarga yang mewariskan wajah baby face dan tiada masalah kulit.
Menurut pelakon serba boleh ini, segala yang menyerlahkan kecantikan seseorang itu bermula dari minda.
“Segalanya tentang minda. Jika kamu terasa muda dan gembira, ia akan terlihat pada penampilan kamu. Oleh sebab itu kamu perlu sentiasa berpandangan positif dalam hidup dan jangan benarkan perkara negatif memasuki hidup kamu.
“Untuk kekal muda pula kita kena jaga kesihatan, mangan merokok, selalu menjadi baik dan mangan kuat mengumpat,” katanya mengingatkan pengikutnya supaya melakukan perkara digemari untuk kekal muda, selain sentiasa berfikir benda-benda elok saja.
Manakala dalam satu temubual di Majalah Nona, Maria yangmempunyai pesona aura jelita seperti anak dara ini memberitahu dia sebenarnya tidak mempunyai rutin penjagaan kulit wajah yang khusus.
“Sebenarnya dahulu saya tidak menjaga kulit dengan begitu serius. Namun, bila usia dah meningkat 50 tahun dan bila lihat perubahan ketara pada kulit saya jadi risau.
“Malah apabila berada dalam industri ini memerlukan saya untuk menjaga kecantikan diri. Kalau tidak, tak ada produser yang akan panggil kita berlakon lagi. Saya tak boleh duduk diam dan masih nak berlakon. Oleh sebab itu barulah saya risau tentang penjagaan diri.
“Sejujurnya saya tidak ada rutin penjagaan kulit kerana kulit saya sangat sensitif. Saya tak boleh guna produk yang diaplikasi ke kulit secara terus. Jika salah produk pasti akan keluar ruam atau kulit jadi gatal.
“Cara saya menjaga kecantikan kulit adalah membersihkan kulit dengan tisu basah sahaja, itu pun dengan jenama tertentu sahaja,” katanya yang menolak rawatan cucuk wajah kerana lebih suka yang natural.
Menurut pemilik nama Maria Farida Atienza ini juga memberitahu susuk tubuhnya yang langsing bukan sebab dia tak makan nasi. Seperti orang lain, Maria juga makan nasi dengan lauk kegemaran.
“Siapa kata saya tak makan nasi. Hari-hari saya makan nasi dengan lauk kegemaran saya. Cuma bila saya on set shooting, saya akan kurangkan nasi. Ini kerana bila shooting kita akan nampak besar. Jadi bila tak shooting time itu saya akan gasak semua nasi,” ujar ibu kepada 3 anak ini yang turut melakukan kaedah diet intermittent fasting.
Menurut isteri kepada Datuk Abdul Rahman Shakur dia akan berhenti makan sebelum pukul 8 malam dan makan semula pada pukul 12 tengah hari.
Membara dalam musim Olimpik 2024 yang bermula 26 Jun sehingga 11 Ogos di Kota Paris, Perancis, mata turut memandang solekan oleh peserta wanita dalam beberapa acara sukan seperti gimnastik, gimrama dan renang berirama.
Sudah tentu ada alat solek khas yang dipakai untuk tahan lama dan sesuai dengan acara yang disertai.
Kalau nak tahu, ini antara gaya solekan dalam acara sukan Olimpik yang boleh dijadikan inspirasi.
Antara solekan yang sesuai digayakan ketika Olimpik ialah solekan berwarna-warni yang bold. Solekan berwarna-warni boleh menonjolkan wajah atlet yang ingin bertanding seperti atlet renang berirama, gimrama dan gimnastik.
Solekan merupakan salah satu aspek penting untuk atlet-atlet ini kerana mereka sering melakukan persembahan di bawah cahaya terang dan di arena besar di mana ekspresi muka sukar dilihat dari jauh. Maka, solekan berwarna-warni akan menonjolkan wajah mereka ketika bertanding.
Antara produk yang boleh digunakan untuk gaya solekan berwarna-warni ini ialah NYX Ultimate Shadow Palette – I Know That’s Bright.
Dalam mempamerkan persembahan yang cantik, solekan di wajah juga amat penting untuk atlet-atlet olimpik ini. Formulasi yang mempunyai aspek kalis air dan peluh amatlah penting dalam menjayakan solekan ini.
Solekan merupakan peranan yang penting dalam tradisi olimpik. Salah satu contoh untuk sukan olimpik yang memerlukan solekan yang kalis air adalah renang seirama. Renang seirama merupakan salah satu acara yang membawa aspek kesenian dalam persembahan mereka.
Solekan yang bold dan tahan lama merupakan kunci utama untuk acara ini. Setting spray dan setting powder yang bagus akan menghasilkan ketahanan yang bagus untuk satu solekan. Antara contoh setting spray yang mempunyai ketahanan yang tinggi ialah Airbrush Flawless Finish Setting Spray dari Charlotte Tilbury dan setting powder Huda Beauty Easy Bake Loose Powder.
Pengilat bibir adalah alat solek yang mampu memberi efek glossy di bibir dan menjadi tumpuan utama. Selain itu, pengilat bibir juga memberi tampilan yang lebih semula jadi berbanding gincu. Pengilat bibir juga sering diformulasikan dengan bahan yang melembapkan seperti minyak dan mentega, menjadikannya lebih selesa untuk dipakai, terutama bagi mereka yang mempunyai bibir kering. Ini dapat memberikan kelembapan dan penutupan berkilau. Untuk atlet renang sirama, pengilat bibir amat sesuai kerana formulanya kalis air. Jenama alat solek seperti Fenty Beauty dan Dior terkenal dengan pengilat bibir mereka yang cantik.
Pemerah pipi boleh menambahkan warna di muka para atlet untuk kelihatan lebih sihat dan bertenaga. Alat solek ini juga boleh bantu membentuk ciri-ciri wajah atlet terutamanya tulang pipi dan menambah dimensi pada wajah mereka. Dalam sukan Olimpik seperti gimnastik, ekspresi wajah dan gerakan tubuh memainkan peranan penting dalam menyampaikan emosi dan koreografi.
Pemerah pipi bantu menonjolkan tulang pipi dan memberikan warna pada wajah, membuat ekspresi lebih jelas terlihat di hadapan juri dan penonton. Penggunaan pemerah pipi telah menjadi sebahagian dari tradisi dalam gimnastik dan gimrama.
Atlet dilatih untuk menggunakan alat solek sebagai salah satu persiapan mereka untuk bertanding. Charlotte Tilbury dan Rare Beauty ialah antara jenama yang terkenal dengan produk pemerah pip mereka. Maka, there’s no such thing as too much blush!
Pingat merupakan salah satu simbol untuk olimpik, menunjukkan kemenangan seorang atlet dalam acara mereka. Solekan yang berona emas, perak dan gangsa menjadi inspirasi untuk solekan olimpik tahun ini. Rona Golden Terra merupakan Colour of The Year yang membawa maksud semangat olimpik dan atlet untuk meraih pingat emas.
Atlet menggunakan rona Golden Terra dalam solekan mereka untuk menaikkan seri wajah dan menunjukkan matlamat mereka yang utama berada di situ, untuk meraih pingat emas. Gaya solekan ini boleh didapati dengan menggunakan Mothership X: Moonlit Seduction Eyeshadow Palette dari PAT McGRATH LABS.
Jadi kalau anda suka menyerlah dan mahu cari alat solek yang tahan lama waktu keluarkan peluh, boleh lah cuba antara solekan yang dikongsi kali ini.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.