Wajah Jadi Tua Sebab Jeragat, Jangan Skip Pakai Moisturizer. Ini 6 Pilihan Pelembap Berkesan! Dalam rutin penjagaan wajah, selain pencuci, moisturizer juga dianggap penting dalam memastikan sentiasa kekal lembap dan tidak kering.
Namun begitu ramai yang mengabaikan pemakaiannya kerana merasakan mencuci wajah sahaja sudah mencukupi.
Tetapi sebenarnya pengabaian memakai pelembap ini setiap kali lepas mencuci wajah boleh menyebabkan punca wanita itu senang memiliki kulit berjeragat.
Malah jeragat juga boleh terjadi akibat kulit yang tidak dilindungi dari sinar UV.
Jadi pemakaian moisturizer bersesuaian sangat penting bagi mengelak berlakukan masalah jeragat ini.
Jangan Skip Pakai Moisturizer
Disenaraikan antara 6 pelembap terbaik untuk penjagaan wajah.
1. Garnier Sakura White Pinkish Radiance Moisturizing Cream SPF30
Krim dari jenama Garnier Sakura White Pinkish Radiance ini diperkaya dengan ekstrak bunga Sakura yang diimport khas daripada Jepun serta mengandungi Vitamin B3 dan Vitamin C. Ianya menyerap masuk ke lapisan kulit paling dalam untuk memberi pencerahan kulit satu tona lebih sekata, bintik hitam mula tampak berkurangan dan tiada lagi masalah liang pori tersumbat.
Diformulasi sesuai untuk kulit yang sensitif ‘melampau’, gunakan krim pelembap ini secara konsisten untuk mendapatkan hasil dalam masa hanya 4 minggu sahaja. Juga mampu mengurangkan kadar pertumbuhan jerawat dan kulit menjadi lebih lembut serta kurang berminyak.
Ads
Tekstur yang ringan krim ini dapat menenangkan kulit terutamanya jenis bermasalah seperti sensitif dan kering.
2. The Body Shop Vitamin E Intense Moisture Cream
Pelembap atau moisturizer adalah kunci utama dalam rejimen penjagaan wajah, ini kerana pelembap merupakan asas atau penghadang buat kulit anda dari pencemaran berbahaya. Oleh itu, memang sangat penting buat anda yang memiliki kulit kering untuk memakai pelembap 2 kali sehari.
Diformulasi dengan Vitamin E, pelembap ini non-greasy dan melindungi kulit anda daripada radikal bebas. Mengandungi Biofermented Hyaluronic Acid, minyak zaitun dan Shea Butter, kulit wajah anda akan tampak lebih segar serta tampil lebih berseri hari demi hari.
Sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya buat anda yang alami masalah kering melampau. Pelembap ini tidak mengandungi sebarang pewangi tiruan atau pengawet tambahan. Malahan, ianya mampu membaikpulih kerosakan pada kulit wajah anda.
Terbaik untuk digunakan tidak kira bila-bila masa dan sesuai untuk cuaca di Malaysia yang tidak menentu. Jika anda selalu berada di dalam bilik berpenghawa dingin, gunakan pelembap yang berasaskan bahan dasar air (water-based) ini. Diperkaya dengan esktrak Cranberry, minyak Olive dan Jeju Marine Algae, pelembap ini menghalang kulit wajah anda dari radikal bebas.
Mengandungi 2 jenis asid, Power Nano Hyaluronic dan Hyaluronic, krim pelembap ini kurang bersesuaian dengan kulit kering dan sensitif. Ini kerana dikhuatiri akan bertindak balas menjadi tegang, gatal, bertambah kering dan ‘flakey’.
4. Olay Regenerist Micro-Sculpting Night Cream
Olay Regenerist Micro-Sculpting Night Cream ini memiliki formula tidak melekit dengan hydra-firming complex + amino-peptide complex yang dapat membantu mengekalkan kulit muka agar kelihatan lebih awet muda. Produk ini juga tidak mengandungi pewangi tambahan dan selamat untuk digunakan setiap malam. Selamat tinggal garis halus!
Ads
5. SAFI Perfect White Illuminating Day Cream
Bila nak cari produk, pasti ada di antara kita lihat sama ada produk tersebut lakukan ujian klinikal atau tidak. Bukan apa, lebih rasa terjamin. Jadi, produk ini terbukti dari ujian klinikal berkesan untuk mengurangkan dark spot, tona tidak sekata dan mencerahkan kulit anda.
Antara bahan yang menjadikan kulit lebih cerah adalah Nano Biowhite serta Kakadu Plum yang kaya dengan vitamin C sehingga 100x dari buah oren. Pastinya kulit anda akan nampak lebih berseri jika menggunakannya secara berterusan. Bila ada B3 (Niacinamide), kulit juga makin cerah sekaligus masalah jeragat anda juga makin pudar.
6. Wardah C-Defence Mousse Moisturizer
Jimat dan berkesan kerana dapat berfungsi sebagai pelembap dan primer untuk wajah anda. Bila malas nak bersiap, gunakannya je Wardah C Defence Mousse yang mempunyai spf, cukup untuk melindungi kulit anda.
Liang pori yang jelas kelihatan juga boleh dikurangkan tau, kulit juga makin lembap dan segar. Hi Grade vitamin C berfungsi mencerah kulit anda agar lebih kelihatan bersih, sihat dan mengurangkan jeragat pada wajah. Harga pun tak mahal, banyak fungsi dan kebaikan.
Nampak agak menarik resepi Patty Ayam dan Sosej yang dikongsikan oleh seorang wanita, Puan Umaina Aziz, dalam laman group Diet Suku-suku Separuh baru-baru ini.
Sesekali nak juga makan sedap tetapi risau terlebih kalori, jadi mungkin anda boleh cuba buat kudap-kudap ini.
Makan Tanpa Rasa Bersalah
Menurut Umaina, dia saja nak kongsi resepi patty ayam dan sosej homemade itu untuk anda makan tanpa fikir rasa bersalah macam makan sosej dan food process yang lain.
“Saya belajar buat ni masa saya amalkan diet atkin dulu. Sekarang guna Diet Suku-suku Separuh je senang.
“Saya kongsi resepi, mana tahu boleh tambah idea untuk cipta menu-menu harian yang best guna patty dan sosej homemade ni.
“Sukatan dan bahan semua guna cara saya. Kalau ada sesiapa yang pandai kira kalori boleh lah beritahu ya,” kongsinya.
Resepi Patty Ayam Dan Sosej
500 gm isi ayam
5 biji telur
1 labu bawang putih
1 biji carrot (parut halus)
3 sb tepung ubi
Bahan perasa secukupnya
** sedikit lada hitam
** 3 biji bawang merah
** sebiji bawang besar
** Yang ni optional. Nak bubuh tak apa, tak bubuh pun tak apa. Kalau nak ganti bawang holland pun boleh.
Cara-cara:
1. Kisar isi ayam, telur, bawang putih, lada hitam, bawang merah, bawang besar dan carrot sampai hancur. Kalau blender tak boleh putar, boleh tambah sedikit susu fresh/full cream atau sedikit air. (tambah agak-agak bagi boleh blend ja. Saya tambah dalam ½ cawan susu full cream).
2. Masukkan bahan blend tadi dalam bekas. Tambahkan bahan perasa sikit dan tepung ubi (tepung apa-apa pon boleh). Gaul sebati.
Saya tambah 3 sudu kecil maggi cukup rasa, 3 sudu kecil serbuk lada putih dan 3 sudu kecil serbuk lada hitam.
Boleh juga kalau nak tambah apa-apa herb. Saya tak ada, jadi tak bubuh.
3. Masukkan dalam loyang, kukus 20 minit.
Saya kukus dalam acuan kek saiz 4 inci. Timbang 50 gm setiap satu bekas. Dapat 10 bekas, kukus 10 minit guna bekas ni.
Selebihnya saya masukkan dalam plastik ais krim malaysia untuk buat sosej. Ikat plastik dan kukus (saya dapat 10 plastik. Satu plastik 70 gm).
Kalau nak tahu sosej dah masak bila dia keluar pecah dari plastik. Boleh frozen sesiap macam sosej di kedai.
Nak best lagi sebelum goreng celup telur dan gaul serbuk roti. Rasa rangup-rangup gitu.
Boleh juga kalau nak buat nugget. Kukus dalam loyang then potong ikot selera. Atau boleh kukus dalam apa-apa bekas silicon/acuan pelbagai bentuk.
Ayam tu boleh juga gantikan dengan daging fresh, ikan, udang, ketam atau haiwan lain.
Selamat mencuba.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia termasuk negara kita, pemakaian pelitup muka diwajibkan bagi melindungi diri dari terkena jangkitan virus ni.
Malah lambakan pelitup muka di pasaran menyebabkan kita boleh membelinya tanpa peduli sama ada produk berkenaan melalui piawaian SIRIM atau tidak.
Malah ramai juga yang memakai pelitup muka bukan perubatan yang dijual secara online kerana harga jauh lebih murah berbanding dijual di farmasi.
Namun selepas ini, kita perlu pastikan sama ada pelitup muka bukan perubatan yang dipakai itu telah disahkan oleh SIRIM atau tidak.
Bermula semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberitahu pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan diwajibkan membuat permohonan perakuan dan penandaan MS SIRIM pada kotak atau bungkusan yang mudah dilihat pengguna.
KPDNHEP dalam kenyataan hari ini menyebut, penandaan MS SIRIM hendaklah diperoleh pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd, iaitu pihak berkuasa yang dilantik kementerian.
Menurut KPDNHEP, pewartaan itu bertujuan memastikan pelitup muka bukan perubatan yang dihasilkan mahupun diimport mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan.
Malah dengan adanya penandaan MS SIRIM pada pelitup muka bukan perubatan menunjukkan ia telah mematuhi standard, berkualiti dan selamat digunakan bagi menjaga kesejahteraan rakyat dan melindungi kepentingan pengguna.
Selain itu KPDHEP juga turut dapat mengatasi masalah isu lambakan pelitup muka bukan perubatan yang tidak berkualiti dalam pasaran negara akan dapat diatasi dengan pematuhan standard oleh pengilang dan pengimport.
Menurut kementerian itu lagi, tindakan penguatkuasaan boleh diambil sekiranya berlaku ketidakpatuhan oleh pengilang dan pengimport.
Syarikat yang tidak mematuhi arahan boleh didenda tidak melebihi RM200,000 dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya didenda tidak melebihi RM500,000.
Bagi individu boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak melebihi selama tempoh lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Dipuji Cantik Macam Patung ‘Barbie’. Ini Fakta Menarik Cleaopatra, Calon Bebas Di PRU15! Tidak lama lagi, negara bakal menyaksikam Pilihanraya Umum Ke-15 menyaksikan banyak muka baru dan lama bertanding.
Bukan sahaja calon lelaki, tetapi wanita juga tidak terkecuali menyahut cabaran untuk memenangi hati rakyat.
Salah seorang calon wanita yang bertandingan kali ini adalah pendatang baru, Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin atau mesra dengan nama Cleapatra yang bertanding atas tiket Bebas berlogo pokok.
Siapa dia Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin yang merupakan Calon Parlimen Batu ini yang dikatakan kerusi panas kerana akan bersaing dengan nama yang sinonim dengan dunia politik.
1. Merupakan ibu tunggal kepada dua cahaya mata pada usia yang sangat muda, dia juga memainkan peranan dan menggalas tanggungjawab terhadap ibu, nenek dan dua lagi adiknya.
2. Mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam industri keselamatan dan pertahanan selain turut terbabit secara langsung sebagai individu utama dalam perancangan bidang berkenaan meskipun pendidikannya pernah terhenti kerana berkahwin di usia muda.
3. Dia juga merupakan Pengarah Raffles Force (Malaysia) Sdn Bhd yang dilantik pada 2021 sehingga kini di samping menyandang jawatan sebagai Pengarah Nova Defence Sdn Bhd sejak 2019.
4. Ketangkasan dan kewibawaannya dapat dilihat dalam bidang perniagaan apabila menjadi seorang usahawan yang berjaya serta sering menjadi rujukan dalam kalangan peniaga baharu.
5. Walau sibuk dalam tugasan harian, tidak menghalang anak kelahiran Pulau Pinang ini terlibat dengan kerja-kerja amal seterusnya menjadi pengasas kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Pertubuhan Tindakan Perikatan Wanita Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Hetero Action Women Alliance (Hawa).
Ini Fakta Menarik Cleaopatra, Calon Bebas
6. Sebelum menubuhkan Hawa, dia banyak terbabit dalam aktiviti kemasyarakatan, kebajikan dan sosial serta pernah menyelesaikan pelbagai isu mahupun keperluan rakyat tanpa mengira bangsa, agama.
7. Cleopatra juga merupakan graduan dari London Teacher Training College, United Kingdom dan kini sedang menyambung pengajian dalam bidang perundangan.
8. Menggunakan cogan kata ‘Reset Batu’, Nur Fathiah Syazwana berkata, pihaknya berjanji akan mengetuai perjuangan bagi menyediakan kehidupan lebih baik di Batu jika diberikan kepercayaan pengundi untuk menjadi wakil rakyat di situ.
Dek kerana wajahnya, ramai warganet turut memuji kecantikan Cleopatra. Dengan saiz badan yang kekal langsing walau anak dua, ternyata beliau antara calon popular di Parlimen Batu.