Umur 46 Nampak Sebaya Macam 20an, Rupanya Wanita Ini Emak Kepada 2 Anak Kembar. Sekali pandang apabila melihat wajah ketiga-tiganya nampak seiras dan seperti pasangan adik beradik atau mungkin berkawan baik.
Tetapi yang memeranjatnya rupanya mereka ini adalah pasangan ibu dan anak. Bagaikan tidak percaya wajah ibu ini kelihatan seperti sebaya dengan dua anaknya ini.
Menurut Mirror UK, wanita bernama Sahar Darwazeh telah disalah anggap sebagai kembar kepada anaknya yang berusia 24 tahun.
“Saya dan Juana (kembarnya) sangat bertuah kerana memiliki ibu yang sangat jelita, sihat dan boleh bersantai bersama kami seperti kawan karib,” ungkap Dana lagi.
Dengan lebih daripada 43,000 pengikut TikTok dan 32,500 pengikut Instagram, Dana kerap berkongsi tentang semua perkara termasuklah, makanan, fesyen dan kehidupannya di London dan Jordan.
Rupanya Wanita Ini Emak Kepada 2 Anak Kembar
Dana yang baru melancarkan jenama sambungan rambutnya sendiri, sebelum ini sering memuat naik video bersama kembarnya, Juana hanya sekadar seronok-seronok.
Ads
Baca lagi ‘Comelnya, macam anak mat saleh. Rezeki tu.’ Miliki dua anak perempuan albino, ibu ini luah rasa syukur!
Malah, beliau juga ada memuat naik video dengan ibunya.
Pun demikian, mereka tidak menduga para pengikut sangat suka setiap kali status yang melibatkan ibu tersayang dimuat naik.
Seronok kan bila orang cakap muka macam adik beradik, padahal ibu dan anak.
Perjalanan untuk menurunkan berat badan bukanlah satu tugas yang mudah. Apatah lagi jika saiz badan seseorang jenis susah turun dan terpaksa berusaha gigih untuk berjaya.
Namun dengansemangat yang jitu, akhirnya dadis ini akhirnya berjaya mendapatkan berat badan ideal.
Dari berat asal 89 kg berjaya menurunkan hingga ke 57 kg dan masih lagi menuju beberapa kg sebelum mencapai impian sebenar.
Perkongsian di laman twitter menggunakan akaun @AliaFlonerch memberitau cara amalannya dalam perjalanan dienya.
Turun 32 Kg Guna Diet Atkin
Jenis susah nak turun berat badan
Pertama, kena set goal weight untuk weekly, monthly
Kedua kena ada table progress setiap hari
Mula-mula cut sugar dan fast food, musuh nombor 1
Kemudian baru berani cut nasi, makan protein macam telur, ayam, ikan & sayur
Bila atkin diet dan stabil, baru buat calories deficit serentak
Seterusnya pagi minum green tea & malam detox tea
Lagi satu kena minum air kosong, setiap hari ambil 3 liter
Wajib exercise, mula-mula 30 minit setiap malam. Kemudian buat jadi 1 jam pagi sebelum pergi kerja & 1 jam setengah waku malam
Buat indoor cysling, star jumping dan skipping
Selalu akan tengok progress
Lepas 2-3 bulan diet kena balik ambik proper amount karbo
Memang berat ada naik sikit, kuatkan diri buat exercise
Atkin diet/calories deficit ini tak boleh buat lama-lama, badan akan jadi lemah
Amalkan balanced diet
Kalau tak larat, rest dan cheat day. Makan apa yang disukai
Ini menu diet diamalkan
Untuk petang dan malam, jika lapar. Buat untuk bulan pertama
Lepas sebulan diet & exercise, baru start buat atkin diet & fokus protein
Suka tengok gigi Faezah Elai, tersusun cantik putih bersih. Ini mampu menambah keyakinan diri untuk berkomunikasi dan berhadapan dengan orang lain.
Salah satu punca gigi menjadi kekuningan pun sebab kerap pengambilan minuman berkafien seperti kopi dan teh.
Tip Gigi Putih Bersih Faezah Elai
Jadi anda boleh cuba cara yang dikongsikan oleh pelakon Nor Faezah Md Elai,39 atau lebih dikenali Faezah Elai apa yang diamalkan setiap kali ambil minuman kafein seperti teh dan kopi bagi memastikan giginya kekal putih bersih.
Menurut pelakon ini, dia tidak menggunakan rawatan gigi seperti Veneer pun untuk mendapatkan gigi yang sihat, putih bersih. Sebaliknya menggunakan penyedut minuman (straw) setiap kali minum minuman berkafien seperti kopi dan teh dengan suhu air yang tidak terlalu panas.
“Pasai apa putih? Sebab when I drink tea or coffee, I will use straw to avoid colour caffeine tu direct kena gigi. Tak pecaya? Try sendiri..it works!
Kalau ayaq panaih tak payah straw! I dont really drink ayaq panaih. Kalau nak minum jugak suka hati hang lah! I drink teh tarik also I use straw. Tak dak masalah aihh!! Sunnah pun kata jangan makan or minum terlalu panaih sampai dok kena hemboih. Paham dak?
Info Ekstra!
Veneer adalah lapisan nipis yang dilekatkan di permukaan depan gigi untuk memperbaiki permukaan, bentuk, warna dan saiz gigi.
Jadi kalau nak pastikan gigi putih bersih, boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Faezah Elai ini, guna straw jika nak minum minuman berkafien.
Doktor, setiap orang mengimpikan kulit yang menawan, mulus dan bersinar. Jadi, bolehkah doktor kongsikan maksud ciri-ciri kulit yang sihat dan cantik? Adakah ia berlandaskan kepada indikator cerah semata-mata?
JAWAPAN:
Secara umumnya, kulit yang cerah menjadi satu idaman ramai orang terutamanya dalam kalangan kaum wanita. Namun, jika disebut memiliki kulit putih menunjukkan seseorang cantik dan sihat, ia hanyalah tanggapan semata-mata.
Sebenarnya, kriteria untuk melihat sama ada kulit itu sihat ataupun sebaliknya bukan sekadar cerah sahaja.
Sebaliknya, indikator lain yang dirujuk dan perlu diambil kira adalah memiliki warna kulit yang mempunyai tona sekata (konsisten), permukaan kulit yang tidak kasar dan bebas daripada jerawat serta jeragat.
Selain itu, kulit yang sempurna juga perlu memenuhi ciri elastik yang baik atau dalam erti kata lain, sentiasa anjal.
Ingat, kulit yang sihat akan mempengaruhi faktor keselesaan individu itu (tidak gatal) dan sentiasa yakin apabila berhadapan dengan orang ramai.
Secara ringkasnya, pecahan kulit boleh dikategorikan kepada lima iaitu:
Kulit yang normal
Kulit berminyak
Kulit kering
Kulit sensitif
Kulit kombinasi
Justeru, setiap individu perlu tahu jenis kulit yang dimiliki mereka agar dapat menjaganya dengan teratur, sistematik, rapi dan tertib terutamanya dalam aspek pemilihan produk-produk penjagaan wajah.
Seperkara yang ingin saya tekankan, tidak cukup tidur, mengambil makanan tinggi yang tinggi gula sebenarnya adalah salah satu punca jerawat mudah ‘membanjiri’ wajah seseorang. Jangan panik, elak picit jerawat secara drastik
BERSAMA Dr Muhammad Che Hafiz Che Baharum
Doktor Perubatan dan Estetik Klinik Regalion