Patutlah ramai yang shave muka sendiri sekarang, rupanya senang nak buat kalau anda tahu caranya. Hasilnya anda dapat glass skin dan paling best nampak kulit wajah berseri dan cantik.
Muka akan lebih cerah dan bila nak pakai set penjagaan wajah, lebih senang meresap masuk ke dalam kulit dan mekap pun tak senang crack. Jom tengok macam mana nak buat!
Tip Nak Shave Muka
Ads
Cara-cara:
1. Gunakan aloe vera/cleansing balm.
2. Ratakan seluruh wajah.
3. Gunakan shave dari atas ke bawah, mula dari dahi.
4. Pastikan kulit wajah tegang sebelum shave. (tolak kulit guna jari seperti dalam gambar)
5. Bilas dan cuci muka.
Ads
Ads
Shaver anda boleh beli yang murah sahaja tak perlu mahal. Yang penting anda boleh buat ikut langkah yang diberikan dengan hati-hati dalam sekali seminggu.
Jangan lupa cuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kekal cantik manis bertudung, bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal mencuri tumpuan orang ramai apabila dilihat rajin bersolek sambil meluah tentang pengalaman hamil anak pertama.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Syasya atau nama lengkapnya Nor Syasya Afiqah Shahrizal sedang bersolek sebelum keluar melakukan rawatan kesihatan dan kecantikan kuku.
Syasya juga mengakui sebelum ini dia jarang keluar bersendirian.
“Hari ini saya nak pergi potong kuku. Sejak hamil, melakukan rawatan kuku (tangan dan kaki) seperti satu ‘peperangan’ dengan diri sendiri.
Jadi saya putuskan untuk dapatkan rawatan dan meluangkan masa untuk diri sendiri walaupun saya tidak suka keluar bersendirian. Sebab saya rasa seperti tidak dilindungi.”
Rajin bersolek untuk naikkan seri wajahnya, Syasya meluah mengalami perubahan ketika hamil iaitu dia sering berasa sunyi meskipun ramai menemaninya.
“Awak semua tahu tak apa yang orang tidak dedahkan ketika mereka hamil, ianya tentang rasa sunyi.
“Walaupun ada orang yang di sekeliling yang menyokong dan teman tapi pengalaman ini, diri sendiri sahaja akan lalui.
“Sangat penting untuk ada ‘support system’.”
Penyanyi berusia 23 tahun itu turut berasa hairan dengan perubahan emosi yang dialami sejak berbadan dua.
“Kadang kala akan rasa sangat beremosi ketika hamil. Perkara kecil pun boleh buat menangis.
Entahlah, pelik juga,” luahnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat perkara tersebut adalah normal bagi seorang wanita hamil yang mungkin disebabkan oleh perubahan hormon.
Terdahulu, Syasya akhirnya mengesahkan dia dan suami, Nasrullah Mohd Sapie bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.
Untuk rekod Syasya dan suami disatukan dalam upacara akad nikah pada 20 April lalu.
Realitinya agak stress ‘gali’ cara betul nak hilangkan jeragat di wajah, malah jika salah pakapi pun boleh jadi makin meriah!
Lagi tak best kulit akan nampak lebih gelap dan tua daripada umur sebenar. Jadi macam mana nak selepasikan masalah ini?
Hah, jom cuba guna produk seperti yang dicadangkan oleh Puan Iman Abdul Rahim ini, katanya berkesan.
Sebenarnya masalah jeragat ini boleh diatasi dengan cara cucian penjagaan wajah yang betul. Ikuti perkongsian yang boleh membantu mengatasi masalah ini.
Punca utama jeragat salah satu adalah tidak memakai sunscreen atau bedak asas yang sesuai dengan kulit wajah.
Kalau pakai bedak asas, pastikan pakai yang senang untuk cuci mekap agar senang untuk meneruskan solat.
Pemakaian sunscreen juga boleh dipakai untuk pudarkan jeragat. Tapi tidaklah hilangkan 100 peratus kesannya.
Kena cari produk yang ada bahan dalamnya untuk mencerahkan kulit wajah. Nak cara pergi sahaja drugstore.
Cari produk yang ada bahan-bahan ini di dalamnya sebelum pergi membelinya di drugstore.
Sebelum beli set penjagaan wajah, periksa dulu sama ada bahaya atau tidak. Dan kalau ada duit lebih boleh beli produk yang bagus.
Ini produk tambahan kalau sudah pakai basic skincare.
Ingat, apa-apa memang kena pakai sunscreen.
Ada yang cadangkan untuk pakai produk ini.
Yang ini pula bahan utama dalamnya adalah buah pegaga.
Bermacam-cara cara diet yang diamalkan bagi mereka yang mengalami masalah kenaikan badan mendadak untuk mendapatkan berat ideal.
Apatah lagi jika usia makin bertambah, semakin digalakkan untuk menjaga kesihatan terutama pemakanan bagi mengelak datangnya pelbagai penyakit.
Jika suami kepada Faezah Elai hanya makan 12 biji terus sehari, cara sama diamalkan seorang lagi pelakon drama, Shah Jaszle yang juga mengamalkan pemakanan sihat.
Dalam artikel di Astro Gempak, pelakon ini mendedahkan dia berjaya turunkan berat badan sebanyak 16 kilogram hanya dalam tempoh 23 hari sahaja.
“Setiap kali sebarang produksi mencadangkan nama saya kepada stesen televisen, mereka akan bertanyakan saiz tubuh pada waktu berkenaan. Justeru, atas nasihat kawan-kawan saya ambil keputusan untuk berdiet.
“Malah peminat juga tidak kenal saya apabila berat badan berisi. Namun sekarang saya sudah mendapat berat ideal,” katanya mengakui tidak mudah untuk mengamalkan gaya hidup sihat.
Apatah lagi di rumah isterinya akan masak masakan sedap dan menyebabkan dia terpaksa lawan keinginan untuk makan dan hadkan pengambilan kalori.
Nak peha lebih kemas dan punggung yang mantap? Ketahui kenapa senaman squats adalah rutin wajib untuk setiap wanita yang mahukan bentuk badan impian secara semula jadi dan efektif.