Nak kulit sihat tanpa keluar duit mudah sahaja, kena rajin dalam semua hal berkaitan rutin kecantikan.
Rajin ambil tahu apa yang bagus untuk kulit dan praktik, walau barang yang diguna itu cuma bahan di dapur, tetap berkesan.
Tip Capai Kulit Sihat
Namun kali ini, saudari Kween Lea kongsi apa yang patut anda buat kalau nak kulit cantik tanpa keluarkan duit.
Dengan cara ni, kulit anda boleh jadi sihat dan dapat elakkan any breakouts in the future.
Ads
Pertama, stop guna towel mandi untuk lap muka. Towel mandi digunakan untuk lap badan dan most people didn’t wash boleh guna their towel everyday.
Selepas digunakan, bakteria akan berada di towel tersebut dan kalau digunakan untuk lap muka, pasti bakteria tersebut akan melekat dekat muka kita bahayanya ialah possibilities untuk dapat breakouts adalah tinggi.
Ads
Kedua, buat face massage. Face massage boleh buat guna gua sha atau jari. Gua sha boleh
didapatkan dengan harga yang sangat rendah but of course, guna jari pun okay jaa. Face massage is actually a game changer kalau korang konsisten.
Ketiga, tidur yang cukup. Tidur yang cukup boleh menjadikan kulit anda lebih cantik dan sihat. Selain itu, boleh elakkan eye bag juga.
Ads
Keempat, jangan picit dan sentuh muka yang ada masalah. Tolong jangan kacau kalau ada jerawat, atau milia seed, atau comedones. Nanti kalau tinggal parut, akan ambil masa untuk sembuh.
Kelima, cuci berus mekap. Jangan abaikan berus mekap yang kotor sebab ini boleh menjadi punca penyebaran bakteria.
Akhir sekali, kena rajin pakai pelindung kulit, sapu sunscreen untuk halang daripada masalah jeragat. Jadi walau anda duduk rumah, skincare kena pakai. Tak mahal tak apa tetapi rajin pakai.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon wanita, Nora Danish dilambung pujian netizen apabila mengambil inisiatif mengajak pengikutnya dalam media sosial untuk sama-sama menghafal surah al-Mulk.
Nora Danish Bukan Sekadar Berhijab
Masih dalam proses belajar, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 42, berkata dirinya kini sedang berusaha menghafal surah tersebut biarpun hanya baru berjaya mengingati lima baris ayat.
“Hai assalamualaikum semua, Nora sekarang sebenarnya dalam percubaan untuk menghafal surah al-Mulk.
“Saya harap dengan perkongsian video ini, membuka ramai hati orang di luar sana untuk sama-sama menghafal surah ini dengan saya.
“Saya baru sahaja hafal ayat 1 hingga 5, jom kita lumba nak sama-sama menghafal. Jom dengar saya membaca, tolong semakkan,” katanya menerusi sebuah hantaran video yang dimuat semula peminatnya dalam TikTok.
Ramai Suka dan Doakan Yang Baik
Tersentuh melihat perubahan Nora, rata-rata netizen memuji usaha pelakon filem Sayu Yang Syukur itu selain disifatkan sebagai inisiatif murni mengajak orang ramai turut sama berbuat pahala.
“Semoga kita semua istiqamah untuk menghafal surah-surah al-Quran. Suka tengok Nora sekarang, bijak dia gunakan pengaruh ke arah kebaikan,” komen seorang netizen.
“Teruskan usaha murni ini untuk ajak pengikut awak buat kebaikan. Pahala juga mengalir kepada kita, insya-Allah sama-sama kita perbaiki diri,” demikian komen seorang pengguna media sosial.
Sebelum ini, Nora mengakui rutin menghadiri majlis ilmu sejak Mei tahun lalu semakin menguatkan keinginannya untuk bertudung dan berubah ke arah muslimah lebih baik.
Kongsinya, niat mengenakan hijab sudah tercetus sejak usia mencecah angka 40, namun ketika itu hatinya masih berbolak-balik atas beberapa sebab.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jaga kulit ni bukan waktu di siang saja, wajah juga perlu di jaga pada waktu malam. Ini kerana pada waktu malam adalah saat yang paling bagus dan penting untuk merawat.
Pada waktu malam kulit tidak terkena sinar ultra violet terutama sewaktu anda sedang tidur. Sel kulit mati akan digantikan dengan baru terutama bila mendapat tidur yang secukupnya. Jadi anda patut ambil peduli untuk manjakan kulit pada waktu malam.
Jaga Kulit Waktu Siang Dan Malam
Ini ada empat tips menjaga kecantikan di waktu malam:
1. Bersihkan Make-up
Amalkan untuk membersih mekap-up sebelum tidur untuk mengelak dari bahan kimia yang terdapat dalam kosmetik. Gunakan kapas dan cleanser ya dan bilas menggunakan toner. Kalau salah bersih boleh timbul jerawat manja di wajah anda
2. Pakai Pelembap
Memang dikatakan saat anda tidur adalah paling sesuai untuk menggunakan pelembap. Pori-pori kulit terbuka di waktu malam. Boleh menggunakan krim malam yang sesuai dengan kuli anda dan disyorkan untuk digunakan setiap hari
3. Minum Air Masak
Petua untuk diet adalah minum air masak sekurang-kurangnya 2 liter . Begitu juga jika ingin mendapat wajah yang cantik, minumlah segelas air masak sebelum tidur kerana bakal menambah vitamin E dan meneutralkan garam yang anda makan sebelum ini.
4. Tukar Sarung Bantal
Rajin-rajinlah mengganti sarung bantal . Seminggu sekali paling malas kerana bantal yang anda tidur mungkin tempat membiaknya kuman. Belum lagi dikira make-up yang tidak dibersih sepatutnya, minyak dan kotoran di rambut bakal menyinggah di situ.
Rugi jika anda tidak mencubanya untuk mendapatkan wajah yang cantik. Jadi, ingat bukan sahaja menjaga wajah cantik di pagi hari tetapi tengah malam pun kena jaga.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai yang nak hilangkan jeragat tetapi tidak tahu macam mana caranya dan kurang tahu bahan apa yang membantu bagi pulihkan kulit wajah daripada masalah ini.
Untuk anda yang nekad nak pudarkan jeragat, jemput baca perkongsian daripada Puan Sakinah tentang rutin kecantikan kulit, yang penting anda boleh cari set penjagaan yang tapat dan sesuai.
Tiga Fasa Patut Anda Tahu
Jeragat memang tak boleh hilang tetapi anda boleh pudarkan dengan skincare dan bahan brightening yang betul. Jangan mengharap juga, kalau cuma pakai 1 serum tetapi nak jeragat pudar. Tidak sama sekali.
Banyak benda nak kena tackle masalah jeragat, terutama nak hadap TIGA FASA:
Sebelum melanin keluar – Sekat pengeluaran melanin keluar berlebihan
Semasa melanin keluar – Increase cell turnover dengan keluarkan melanin berlebihan yang ada
supaya jeragat naik keatas permukaan kulit
Selepas melanin keluar – Jeragat dah naik pada permukaan, perlu pudarkan.
Siapa Boleh Ada Jeragat?
Tak kira usia, ya. Perkara pertama nak cegah melanin berlebihan keluar punca jadi jeragat adalah PAKAILAH SUNSCREEN. Itu sahaja jawapan yang mudah dan anda memang kena rajin pakai.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!