Cukup cantik dan mempunyai aura tersendiri, pengacara Uyaina Arshad berkongsi tip awet muda dengan amal minum air pucuk pegaga yang dikisar sendiri jadikan minuman sihat.
Tip Awet Muda Uyaina Arshad
Menurutnya, amalan sudah diamalkan sejak zaman anak dara lagi dan dia kini menyambung minum selepas mempunyai anak dua.
Cuba minum satu gelas dengan menggunakan pegaga liar dan ini caranya buat untuk buat.
Perlukan pegaga, lemon, air putih dan stevia. Pastikan tapis sebelum minum dan elok letak dalam peti bagi sejuk.
Nak tahu kebaikan minum air pegaga, jemput dengar perkongsian Uyaina menerusi video ini.
Ibu anak dua ini juga bakal terbang ke London bersama suaminya, Raja Syahiran untuk mengambil kursus pendek di Universiti Oxford pada Disember hadapan.
Uyaina atau nama lengkapnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, akan mengikuti kursus Leadership & Entrepreneurship Acceleration Program selama satu minggu.
“Ya, saya akan mengikuti kursus Leadership & Entrepreneurship Acceleration Program di Universiti Oxford Disember nanti.
“Manalah tahu, selepas habis pengajian saya dapat buat master pula di sini, doakan ya.
Ads
“Memang niat saya untuk menjalankan perniagaan pada tahun hadapan selepas menyertai kursus ini,” katanya lagi.
Tambahnya lagi, selain Raja Shahiran, dia juga akan membawa bersama dua orang anak lelakinya iaitu Raja Urhan dan Raja Urayyan.
“Kalau termasuk tiket penerbangan, kelas dan makan lebih kurang RM90,000 juga saya berhabis.
“Sebenarnya, Shahiran juga akan belajar bersama nanti. Kami akan menghadiri kelas selama satu minggu dan dua minggu lagi kami akan bercuti sekeluarga di sana,” ujarnya.
Ads
Pernah Berkongsi Tip Cantik
Pengacara tersohor Uyaina Arshad mendedahkan bahawa dirinya juga tidak lagi dari mengalami masalah kulit. Tambahan pula, jenis kulit sensitif yang dimilikinya membuatkan dia sememangnya menitikberatkan pemilihan ketat sebelum memilih skincare.
“Kepada wanita di luar sana yang mempunyai masalah kulit sensitif seperti Yana, Perlu elakkan beberapa perkara ini dalam pemilihan skincare.
“Pertama, jangan pakai skincare yang ada wangian (Fragrance) yang ada bau-bauan. Pilih skincare yang bebas wangian dan sudah tentulah yang selamat bebas kimia dan bahan merbahaya.
“Ini kerana, bau-bauan atau wangian ni yang mungkin akan triggered kulit kita, Yana tak tahu kesanya kepada kulit anda bagaimana, tapi inilah yang Yana dah buat kajian dekat diri Yana sendiri dan wangian dalam skincare adalah benda yang Yana memang akan elakkan,” tegasnya.
Sekadar rekod, Uyaina merupakan alumni graduan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (UM) namun tidak meneruskan untuk menjadi peguam kerana menyertai program Pencarian Nona Manis sewaktu tahun akhir pengajian.
Warna tudung apa sesuai dengan baju raya nanti? Setiap kali nak bersiap, bab ini paling susah, cari warna tudung nak matching dengan baju yang dipakai.
Tak boleh lah belasah ikut suka, kena suaikan bagi sedap mata memandang. Jadi tahun ini tema baju warna apa?
Jom tengok perkongsian saudari Norbainon, mana yang sesuai ikut tema baju anda akan pakai.
Warna Tudung Ikut Baju
1. Mint Green + Vanilla + Off White
2. Baby Blue + Cream + Tan
3. Beige + Olive Green + Dark Brown
4. Light Pink + Teal + Cream
5. Black + Light Grey/Silver + Dark Grey
6. Dusty Purple + Tan + Burgandy
7. Light Grey + Peri Winkle + Ash Blue
8. Lilac + Baby Blue + Light Blue
9. Emerald Green + Teal + Light Taupe
Kalau anda betul ikut tip ini, pasti hasil suaikan warna baju nampak cantik dan berseri. Selepas ini senang, tak payah pening kepala fikir tudung nak match dengan baju.
Selamat bercantik-cantik di hari raya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lama sangat berjemur tengah panas, hasilnya kulit terbakar macam udang kena bakar lah jadinya. Sebelum makin gelap, menggelupas, dan naik jeragat, anda boleh guna masker betik ini.
Hakikatnya, masalah kulit terbakar pun boleh buat stres bila tengok cermin. Eh, anak-anak yang pergi sekolah pun dah pandai mengadu dan minta produk nak elak kulit terbakar. Yang jadi mak-mak lah kena sediakan produk.
Lagi pun kalau lama sangat terdedah dengan cahaya matahari, ada risiko untuk kena kanser kulit.
Jadi selepas ini mak-mak bolehlah bagi anak dara cuba masker betik ini ya. Jimat!
Rawat Kulit Terbakar
Okay, masker ini selamat dan bebas bahan kimia. Guna sumber fiber buah dan boleh buat di rumah, yang penting cukupkan bahan dulu.
Bahan-bahan:
Betik ranum (lenyek)
1 sudu makan madu
Sedikit perahan jus lemon
1 sudu makan susu sejuk @ yogurt
Cara Buat Masker
Lenyekkan betik. Campur madu, jus lemon dan susu sejuk atau yogurt.
Kacau sampai jadi pes.
Letak pada muka selama 20 minit. Bilas dengan air sejuk.
Amal 3 kali seminggu. Kulit akan kembali ke asal.
Susu bantu cerahkan kulit. Yogurt ada lactic acid untuk brightening. Madu aktifkan kolagen.
Untuk elak pigmentasi serta halang jerawat tumbuh.
Betik ada anti-radang untuk kulit glowing. Lemon kaya anti oksida dan vitamin E.
Percepat proses kulit kembali ke warna asal.
Apa pun, jangan biasakan kulit berjemur tanpa pakai pelindung wajah ya. Lama-lama boleh naik jeragat dan rosak kulit wajah anda.
Petua ini salah satu usaha untuk hilangkan gelap wajah, tetapi jangan rasa selamat kalau anda memang sengaja tak mahu pakai sunscreen. Parah jadinya nanti.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masih terbayang Azian Mazwan, penyanyi kala zaman kegemilangan menyanyikan lagu popularnya berjudul Rumah Kecil Tiang Seribu dan Erti Budi.
Walaupun bertubuh kecil tapi suaranya cukup nyaring mendendangkan lagu nyanyian di awal tahun 90an.
Biar pun usianya kini sudah hampir mencecah hampir 50 tahun, tetapi saiz badannya kekal langsing seperti anak dara.
Malah penyanyi Azian Mazwan Sapuwan ini rupanya merupakan ibu kepada 7 orang anak memiliki ketinggian 154 cm dengan saiz pinggang 27 inci serta berat 49 kg yang menjadi idaman setiap gadis di luar sana.
Rahsia Azian Mazwan
Dalam satu temubual bersama Nona, Azian Mazwan Sapuwan mendedah petua kecantikan dan kesihatan yang diamalkannya setiap hari.
1. Jangan minum ais kerana ianya sejuk. Bimbang urat dan perut kita sejuk, tegang seterusnya kita jadi tidak sihat. Apabila tidak sihat terus naik ke muka. Kalau nak minum sekala sekala dibolehkan.
2. Ambil sekurang-kurangnya satu jenis vitamin sebagai makanan tambahan untuk badan. Jangan berlebihan bimbang nanti antibodi badan yang sedia ada terganggu. Saya mengamalkan satu jenis vitamin sahaja iaitu CalMeg (kalsium dan magnesium dalam satu tablet).
3. Banyakkan minum air kosong.
4. Tidur kena mencukupi. Tidak semestinya tidur yang lama, tetapi tidur dalam jangka masa ideal yang diperlukan badan.
5. Elakkan bangun lambat bimbang nanti badan akan menjadi lesu, penat, malas dan sakit urat.
6. Mandi pagi sebelum Subuh. Badan akan kekal cergas dan segar sepanjang hari.
7. Jaga pemakanan, kalau makan nasi ambil lauk yang tidak memudharatkan tekak, perut dan badan. Contohnya alergik.
8. Saya amalkan minum air kunyit tetapi tidak terlalu kerap. Apabila datang bulan saya berhenti buat sementara. Saya dapatkan stok dari seorang rakan yang membuatnya sendiri. Jus kunyit bagus untuk kulit muka serta urat-urat badan.
9. Sentiasa berfikiran positif dan yakin dengan diri sendiri. Jangan mudah buruk sangka kepada seseorang kerana kita sendiri belum tentu sempurna dan terbaik. Lebih baik perbaiki kekurangan diri. Elakkan banyak berborak kosong kerana ia membawa kita ke arah perkara negatif.
10. Sentiasa menjaga penampilan diri dari hujung rambut sampai hukung kaki. Simple pun orang tetap akan pandang kita. Untuk menaikkan seri wajah sekurang-kurangnya calitlah lipstik ketika hendak keluar.
Menurut info, selain bergelar penyanyi, Azian juga merupakan Penolong Akauntan di Jabatan Akauntan Negara sejak 10 tahun lalu. Sebelum ini dia pernah bertugas dalam sektor swasta selama 13 tahun dalam bidang sama.
Minatnya terhadap bidang nyanyian adalah sejak berusia 11 taun dan mula serius selepas menyertai pertandingan Bintang RTM 1986.