Minggu lalu menjadi hari paling bersejarah apabila pelakon yang popuar sekiyat tahun 90-an, Haliza Misbun apabila selamat melangsungkan pernikahannya dengan jejaka British, Matthew John Rodgers, 48 tahun.
Majlis penuh sederhana ini berlangsung di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi dengan dihadiri 50 orang tetamu sahaja mengikut prosedur operasi standard (SOP).
Biarpun bertemu jodoh di usia 48 tahun, namun kejelitaan Haliza begitu terserlah di hari bahagianya.
Memilih persalinan busana rekaan teman baiknya Sutex dan wajahnya pula ditata rias oleh jurusolek @firz_razali.
Dalam laporan di Berita Harian, ini merupakan perkahwinan pertamanya dan bersyukur kerana segala urusan dipermudahkan.
Ads
Memilih duda anak satu yang juga perunding teknologi maklumat di sebuah syarikat antarabangsa dan ternyata kehadira suami di sisi melengkapi hidup pelakon yang popular dengan drama Cinderella dulu.
Sebelum pakai set penjagaan wajah, anda wajib tahu mana dulu yang patut disapu pada kulit untuk kesan yang lebih baik.
Ada turutan lapisan tertentu yang memberikan impak lebih baik mengikut rule thinner to thickest. Tapi secara umum cara untuk melapis produk penjagaan kulit adalah seperti dibawah:
Produk paling cair mempunyai molekul lebih kecil, senang meresap kedalam kulit dan senang juga terbebas keluar. Produk dengan molekul lebih besar pula kurang meresap berbanding produk lebih cair dan hanya mempunyai sedikit ruang antara molekul. Jadi produk yang lebih pekat bertindak menghasilkan lapisan lembapan yang memerangkap molekul produk lebih cair menjadikan pemakaian skincare lebih berkesan. Itulah secara ringkasnya untuk jelaskan tentang panduan layering thinnest to thickest consistency.
Tetapi aturan pemakaian juga bergantung kepada formulasi produk contohnya liquid moisturizer mempunyai tekstur lebih cair berbanding serum. Pakai serum dulu walaupun serum lebih pekat kerana serum perlu deliver sampai kedalam kulit manakala liquid moisturizer mengandungi emollient dan occlusive yang membentuk lapisan perlindungan pada kulit. Serum sukar untuk meresap jika moisturizer dipakai terlebih dahulu.
Caranya sapu serum keseluruh muka, kemudian gosokkan tapak tangan untuk hasilkan haba dan tekap pada muka sehingga semua serum meresap. Seterusnya pakai liquid moisturizer dengan gerakan sapuan lembut seperti pakai mask. Tepuk perlahan serata muka sehingga moisturizer fully set. Kalau urut moisturizer seperti biasa kemungkinan akan terjadi product pilling (bergumpal).
Water-based product pula disarankan pakai sebelum oil-based product supaya air terperangkap dalam kulit dan minyak akan membentuk lapisan yang menutup ruang untuk air keluar. Namun, ini bergantung kepada kepekatan oil-based product dan apa yang anda nak hasilnya.
Sekiranya oil-based product lebih ringan dan mengandungi bahan penting untuk merawat masalah kulit, boleh pakai oil-based product selepas serum, sebelum moisturizer. Perhatikan cara yang mana lebih menjadi untuk kulit.
Memang betul size molekul adalah salah satu aspek dalam kepekatan tekstur produk tetapi ia bukanlah segala-galanya. Moga anda dapat sesuatu.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti orang lain, dia juga pernah melalui pengalaman mengalami kenaikan berat badan mendadak sehingga mencecah 84kg.
Namun itu semua bukan alasan untuk kembali mendapat berat badan ideal. Menggunakan cara diet lebih sihat dan selamat dengan mengamalkan diet suku-suku separuh serta diet kalori.
Selain itu dia juga turut melakukan senaman workout bersesuaian dalam melengkapkan perjalanan dietnya.
Ayuh, ikuti perkongsian diet wanita ini Habibah Anuar yang kini berat badan sekitar 56 kg dengan ukuran pinggang 26.3 inci.
Turut berkongsi menu yang diambil sepanjang perjalanan dietnya ini.
Terkejut. Da lama tak timbang. Saja la timbang turun lagi. Then ukur pingang pon kurang. 26.3 inci da
Plan nak maintain ja ari tu 56kg dan 27inci. Makan da ikot kalori dalam 1500 – 1700 Amalkan dsss dan diet kalori. Serta lebihkan senam bebanan ( jika salah mohon tegur) Makan makanan yang kenyang dan puas
Pernah obes sampai 84kg. So kali ni betul-betul tak nak dah laluinya
Pakai toner sangat penting untuk kunci kelembapan pada wajah dan ini merupakan salah rutin harian penjagaan kulit wajah.
Kalau ikutkan toner berfungsi untuk memberikan kesegaran pada wajah dan membersihkan kekotoran yang tidak mampu dibersihkan oleh pencuci muka. Melainkan anda pakai berus muka, itu mungkin betul dah betul-betul bersih.
Cara Pakai Toner Yang Betul
Untuk anda yang masih kurang mahir bab pakai toner, jemput baca perkongsian ini supaya anda dapat kulit yang diidamkan.
Guna Kapas Muka
Ramai yang biasa menggunakan kapas muka apabila memakai toner. Tetapi tak semua toner sesuai dengan teknik ini. Teknik ini sesuai untuk toner yang bersifat hydrating. Contohnya, Simple Soothing Facial Toner.
Toner perlu dituang ke atas kapas muka dan sapu secara menyeluruh ke wajah dan leher. Penggunaan toner mengikut teknik menggunakan kapas muka ini dapat membersihkan kekotoran yang tersisa pada kulit wajah selepas mencuci muka. Ini secara tidak langsung dapat membantu membersihkan kulit wajah.
Guna Tapak Tangan
Teknik yang seterusnya ialah menggunakan tapak tangan. Sebaiknya anda pilih toner yang bersifat hydrating atau soothing yang tidak mengandungi alkohol, AHA atau BHA.
Letakkan toner ke atas tapak tangan, gosok tapak tangan dan sapu ke wajah dengan teknik “dab” atau menepuk wajah. Teknik ini bertujuan untuk menghidrat kulit dan bukannya untuk membersihkan kulit.
Tapak tangan mempunyai haba yang membantu toner untuk meresap ke dalam kulit dengan lebih cepat.
Buat Toner Sebagai Mask
Teknik menggunakan toner dengan betul yang seterusnya ialah jadikan toner sebagai mask. Letakkan toner pada kapas muka sehingga basah di kedua-dua bahagian. Kemudian, pisahkan kapas tersebut sehingga nipis kepada dua bahagian. Seterusnya, letakkan kapas tersebut ke atas kulit wajah yang kering. Biarkan dalam 15 minit.
Teknik ini sesuai dilakukan apabila kulit mengalami kekeringan di sebahagian kecil kulit wajah. Oleh itu, toner yang sesuai digunakan adalah bersifat melembapkan (hydrating).
Jadikan Toner sebagai Face Mist
Teknik yang seterusnya ialah jadikan toner sebagai facial mist. Gunakan botol spray yang kecil seperti botol face mist supaya mudah dibawa ke mana-mana.
Masukkan toner yang bersifat hydrating separuh botol kecil face mist. Kemudian, tambahkan air bertapis separuh botol kecil face mist. Nisbah yang boleh digunakan ialah 50:50. Jika kulit masih kering, lebihkan sahaja toner berbanding air.
Goncang botol face mist yang sudah dicampur toner dengan air bertapis. Kemudian, semburkan pada wajah anda jika wajah terasa kering.
Bilas Wajah Menggunakan Toner
Teknik menggunakan toner dengan betul yang terakhir ialah membilas wajah dengan menggunakan air dan hydrating toner. Masukkan air ke dalam besen kecil sebanyak 250 ml dan campurkan sedikit toner.
Teknik ini amat sesuai untuk kulit yang mengalami kekeringan walaupun selepas mencuci wajah. Jadi, teknik ini dapat membantu mengembalikan kelembapan pada kulit wajah.
Dengan cuaca yang panas dan kering sepanjang tahun, kulit anda pasti jadi kering dan boleh jadi masalah jeragat. Semoga perkongsian cara pakai toner ini dapat membantu anda untuk menjaga kecantikan dan mengekalkan kelembapan kulit.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!