Tampil Cantik & Cergas Lepas 4 Hari Bersalin, Dr. Amalina Kongsi Tip Pantang Paling Mudah & Sihat. Viral baru-baru ini apabila Nur Amalina Che Bakri yang baru 4 hari bersalin dilihat kembali cergas dan bertenaga membawa anaknya, Arabella Mia berjalan-jalan sekitar London ketika dalam pantang bersalin.
Penampilan Dr. Amalina yang kini bertugas sebagai Pakar Bedah di London juga kelihatan cantik berbanding wanita bersalin lain yang nampak lemah untuk bergerak dengan hanya mengenakan kain batik dan tudung sarung sahaja.
Dalam ruangan komen, ramai pengikutnya yang meminta petua tentang amalan dilakukan supaya memiliki tenaga dalaman yang kuat selain penjagaan merawat luka bersalin dengan cepat.
Dr. Amalina berkata, hari ini telah berkongsi tip-tip berkaitan atas permintaan ramai yang bertanya tentang penjagaan diri yang diamalkannya selepas bersalin.
“Saya akan berkongsi amalan saya sendiri berdasarkan kajian saintifik yang disarankan oleh pakar obstetrik dan pengalaman saya sendiri sebagai seorang doktor,” katanya.
Makan secara sederhana dan tidak perlu pantang telur atau ayam jika tiada alahan, antara rahsia Dr. Nur Amalina sihat selepas empat hari berpantang.
Menurutnya, intensiti aktiviti seharian juga boleh ditingkatkan secara beransur-ansur dan elakkan mengangkat barang yang lebih berat daripada bayi selama enam minggu.
“Amalkan makanan sihat dan seimbang seumur hidup. Makan sayur-sayuran, buah serta kurangkan garam, gula dan minyak.
“Minum air kosong 2 ke 3 liter sehari dan kurangkan minum air manis seperti air boba dan milo,” katanya melalui perkongsian di Instagram.
Ads
Dr. Amalina Kongsi Tip Pantang Paling Mudah & Sihat
Jika bersalin secara normal tanpa komplikasi pula katanya, ibu-ibu boleh mulakan senaman ringan sekiranya sudah bersedia.
“Ini termasuk berjalan kaki (untuk elak blood clots), kegel (pelvic floor exercise) dan senaman perut. Anda digalakkan menunggu enam minggu sebelum mulakan senaman berimpak tinggi seperti aerobik atau berlari.
Ads
“Jika pendarahan (lochia) bertambah berat atau bertukar warna (menjadi merah jambu atau merah) selepas melakukan aktiviti, anda mungkin melakukannya secara berlebihan. Kurangkan aktiviti dan pastikan dapat banyak rehat,” katanya.
Bagi penjagaan bahagian perineum, Dr. Amalina menasihatkan supaya ia dibasuh dengan air mengikut turutan dari depan ke belakang dan dilap sehingga kering setiap hari.
“Tukar maternity pad setiap tiga ke empat jam. Jika bersalin melalui C-section, bersih dan lap luka sehingga kering setiap hari, pakai pakaian longgar dan seluar dalam kapas.
“Ambil ubat penahan sakit (paracetamol atau ibuprofen selamat untuk breastfeeding). Jaga kebersihan dan mandi setiap hari. Ambil laxatives jika perlu untuk elak constipation,” kongsinya.
Untuk info, Dr. Amalina dan suami Alexander Charles, telah berkahwin pada 31 Mac 2021 di London, United Kingdom (UK) dan selamat melahirkan anak sulungnya, Arabella Mia pertengahan Oktober lalu.
Rupanya Mandi Sebelum Subuh Rahsia Awet Muda Nasha Aziz Di Usia Cecah 51 Tahun. Penampilannya di pentas peragaan baru-baru sangat mencuri tumpuan ramai. Walaupun selebriti ini jarang-jarang berada di khalayk, namun kemunculannya sekali sekala itulah yang menjadi bualan ramai.
Apa tidaknya, pelakon popular yang juga seorang model, Nasha Aziz baru-baru ini tampil cukup anggun dan santun ketika memperagakan busana Muslimah menawan pada petunjukan fesyen jenama tempatan, Munawwareen di sebuah hotel terkemuka di ibu kota-baru-baru ini.
Muncul pada segmen kemuncak pertunjukan itu, Nasha, 51, tampil anggun berhijab sambil menggayakan rekaan jubah khas rona hijau zamrud bertatahkan jemeki sebagai perincian pada busana.
Walaupun menerima jemputan dalam masa yang singkat, selebriti popular itu mengakui berbesar hati apabila terpilih untuk membuat penampilan khas sempena pelancaran koleksi terbaharu jenama fesyen Muslimah tersebut yang bertemakan Sempurnakan Hijrah Cinta.
“Saya bersyukur dengan rezeki yang ALLAH SWT bagi dan berterima kepada pihak Munawwareen terutamanya Datin Hajah Aliza kerana memberi kepercayaan kepada saya.
“Saya hanya melakukan tugas dengan sehabis baik apabila diberikan tanggungjawab. Apa sahaja rezeki yang datang, saya terima.
“Bagi saya, dalam apa sahaja yang kita lakukan, buatlah sepenuh hati. Hargailah setiap momen, kreativiti, keindahan dan usaha masing-masing.
“Saya percaya rezeki tidak pernah salah alamat. Walaupun dijemput dalam masa satu minggu, saya bersyukur dapat bersama pasukan yang hebat ini,” ujar bintang filem Talbis Iblis itu ketika ditanya tentang penglibatannya dalam pertunjukan fesyen berkenaan.
Rahsia Awet Muda Nasha Aziz Di Usia Cecah 51 Tahun
Dilihat pada usianya yang sudah mencecah 51 tahun, Nasha kelihatan begitu cantik dan wajahnya nampak awet muda seperti tidak dimamah usia.
Dalam satu artikel, menurut netizen Nasha seperti anak dara yang baru sahaja tamat persekolahan dan sememangnya layak digelar Primadona Nasha Aziz.
Dalam hantaran video yang dimuat naik oleh akaun ini, ramai netizen tampil memuji kecantikan asli selain ada juga yang mendedahkan rahsia awet muda pelakon filem Laila Isabella ini.
Menurut netizen lain pula Kata seorang individu, Nasha Aziz sering mengamalkan tabiat mandi awal pagi sebelum subuh.
Selain itu, terdapat netizen yang mendedahkan rahsia awet muda Nasha dimana didakwa dia sering mandi awal pagi.
Rupanya ada teknik pakai blusher untuk elak wajah nampak tua daripada usia sebenar, ini wajib belajar! Nanti tak berseri jika salah sapu pemerah pipi dan anda masuk majlis tertentu.
Teknik Pakai Blusher
Baru-baru ini ada perkongsian di laman X tentang cara yang betul untuk anda aplikasikan blusher di pipi supaya tidak kelihatan seperti wajah orang tua. Penting kerana dengan menggunakan cara yang betul, wajah anda akan kelihatan lebih segar!
1. Kalau nak blusher tahan lama sila pakai sebelum anda setting dengan loose powder. Blusher itu akan melekat dekat foundation, jadi akan tahan lebih lama. Pakai terang sikit sebab nanti letak powder akan blurry sikit warnanya. If blurry boleh touch up sikit.
2. Apply blusher ikut bentuk muka anda semua. Kalau muka petak ikut lokasi petak untuk letak di muka.
3. Kalau nak kesan makeup cute, letak dekat hidung juga akan nampak lebih comel tapi jangan letak banyak sangat nanti jadi badut.
4. Untuk tak nak bagi makeup nampak pucat. Boleh juga letak blusher satu muka cuma terangkan bahagian pipi dan hidung sikit. Sebab kalau tak buat macam ni nanti muka nampak pelik. Touch up bagi blusher rata agak-agak nampak natural.
5. Beli blusher mengikut tona kulit kita. Kalau silap pilih tona ini muka anda akan nampak pelik. Boleh refer sini.
Nota:
Jangan terlampau merah sangat pipi tu, risau orang ingat baru lepas kena tampar pula.
Sumber: X @zalyazahari
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Doktor-doktor pakar penyakit berjangkit di Universiti John Hopkins telah menyeru untuk orang ramai mengelakkan memicit jerawat atau menarik bulu hidung terutamanya di kawasan segi tiga “kematian” di muka.
Ya. Segi tiga kematian. Lebih kurang macam segi tiga bermuda. “Para konspirasi segi tiga bergembira dengan penemuan ini.
Kawasan segi tiga ini adalah berkait dengan infeksi bakteria yang dikatakan boleh menyebabkan jangkitan di sekitar otak dan juga boleh menyebabkan strok.
Walau bagaimanapun, ianya sangat jarang berlaku disebabkan antibiotik dan sukar untuk bakteria merebak secara melawan arus di dalam salur darah.
Namun, ianya boleh berlaku jika kuman tersebut sudah menjadi kuat dan antibiotik tidak lagi boleh melawan kuman tersebut atau jangkitan kulit yang sangat teruk.
Jadi, adalah penting untuk kita mengelakkan perkara yang boleh menyebabkan kulit kita terdedah dengan kuman akibat daripada aktiviti-aktiviti yang disebutkan di atas. Lebih-lebih lagi, bakteria yang semakin bijak dalam rintangan antibiotik.
Ingat, kita sudah lama tidak menjumpai antibiotik kelas baharu. Kali terakhir kelas antibiotik yang dijumpai adalah pada tahun 1987 iaitu lipopeptides.
Sehingga kini, kita hanya membangunkan antibiotik sedia ada untuk menjadi lebih baik. Semakin lama semakin sukar untuk merawat kuman bakteria.
PHM sentiasa menekankan konsep Pencegahan lebih baik daripada berubat. Jadi amalkan sanitasi yang baik, elakkan memicit jerawat atau mencabut bulu hidung.
Dan jika ingin melakukan prosedur, pastikan ianya adalah teknik steril. Semoga artikel ini bermanfaat dan memberikan ilmu baru untuk anda.