Semahal apa pun alat solek, kalau tidak ada kemahiran, hasilnya belum tentu sempurna. Jadi anda patut tahu tip solekan yang sesuai dengan wajah masing-masing bagi mendapatkan hasil yang licin dan tahan lama.
1. Guna set penjagaan kulit sebelum memakai solekan
Kunci untuk solekan tahan lama adalah dengan mengaplikasikan set penjagaan kulit terutamanya pelembap.
Pelembap muka berfungsi untuk melembapkan kulit walaupun sewaktu cuaca panas. Pelembap juga mampu menghidrasikan kulit muka anda.
Kesan tidak memakai pelembap adalah solekan akan kelihatan cracky dan tidak rata. Makeup juga tidak tahan lama tambahan pula penggunaan face mask masih diperlukan, jadi ia mudah untuk melekat di atas face mask anda.
Anda juga dinasihatkan untuk tidak memakai produk penjagaan muka dengan terburu-buru. Tunggu hingga kesemua set penjagaan kulit meresap ke dalam kulit sebelum mengaplikasikan alat solek. Jika tidak, ia akan membuatkan kesan piling pada solekan anda.
Bukan hanya pelembap, anda juga perlu mengaplikasikan sunscreen supaya kulit anda dilindungi daripada sinaran UV yang bakal merosakkan kulit yang terdedah.
Ads
2. Sapu primer untuk solekan tampak licin
Primer sangat penting diaplikasikan sebelum memakai alat solek supaya solekan nampak licin. Ia merupakan perkara asas bagi solekan untuk menghaluskan tekstur kulit, menutup kesan pori serta garis halus di muka.
Kulit diibaratkan seperti kanvas untuk melukis. Untuk menghasilkan karya yang licin dan sempurna, pelukis harus menggunakan base yang akan membuatkan lukisannya tampak lebih licin dan menarik.
Primer juga bertindak untuk menjaga kulit muka daripada alat solek yang bersentuhan secara langsung pada wajah. Bagi wanita yang memiliki kulit berminyak, sensitif, dan berjerawat, primer sangat penting untuk anda aplikasikan kerana dapat meminimumkan risiko kerosakan kulit bahkan iritasi.
Primer hadir dalam pelbagai tekstur iaitu cecair, gel ataupun krim. Tentukan primer yang bersesuaian dengan wajah anda supaya solekan anda kelihatan cantik dan berseri.
3. Tutup masalah muka menggunakan concealer
Ads
Tidak ada satu orang di dunia ini yang memiliki wajah terlalu bersih sehingga tiada sebarang parut jerawat, noda hitam, mahupun lingkaran gelap bawah mata. Permasalahan ini boleh ditutup dengan memakai concealer pada kawasan tertentu.
Letakkan concealer pada kawasan muka yang bermasalah dan biarkan selama dua minit sebelum meratakannya. Ini membantu concealer supaya tidak bercapuk dan crack
Pilih concealer yang lebih cerah daripada tona wajah anda untuk memberikan dimensi pada muka anda. Concealer juga berfungsi untuk membentuk kening dengan lebih cantik. Letakkan di keliling kening untuk menutup bulu kening yang berlebihan.
4. Pakai foundation atau cushion dengan cara yang betul
Ramai yang beranggapan cara mengaplikasikan foundation dengan tepat adalah dengan menggosok atau meleret menggunakan span atau berus.
Ads
Walhal, cara yang terbaik untuk mengaplikasikan foundation adalah dengan menggunakan teknik ‘dab’ secara perlahan-lahan ke seluruh muka. Teknik ini akan memberikan kesan yang sempurna tanpa sebarang cacat cela.
Pilih warna foundation sama seperti concelear. Hal ini kerana terjadinya proses pengoksidaan di mana berlakunya tindak balas kimia yang akan menyebabkan foundation bertukar menjadi warna gelap setelah memakai selama beberapa jam.
Berbeza dengan foundation, pemnilihan cushion harus dipilih menngikut warna kulit. Cara mengaplikasikannya adalah sama seperti memakai foundation. Namun, kalau sudah kering, hindari untuk melakukan layering kerana span cushion akan meninggalkan bekas yang membuatkan solekan anda tidak cantik.
5. Pakai setting spray
Setting spray adalah langkah terakhir dalam pemakaian alat solek. Ia berfungsi sebagai alat yang membuatkan solekan tahan lama dan kelihatan natural.
Cara pemakaian setting spray ini sangat mudah dengan menggoncang botol terlebih dahulu supaya partikelnya tersebar ke seluruh muka dengan jarak 10-25 sentimeter.
Jangan sembur terlalu banyak kerana akan mengakibatkan cairan tersebut terkena mata lalu mencairkan solekan mata. Semburan yang terlalu sikit pula akan menyebabkan cecair tidak tersebar dengan rata.
Jadi, selepas ini pastikan anda tahu cara bersolek yang betul untuk hasil terbaik pada wajah ya!
Melakukan rutin penjagaan wajah yang betul memang sangat dititik beratkan bagi seorang wanita.
Dimulakan dengan membersihkan wajah, mengenakan toner, meletakkan moisturizer atau pelembap dan akhir sekali penggunaan sunscreen.
Lambakan produk seperti moisturizer menjadikan anda buntuk memilih mana yang terbaik. Tidak kira apa jenis kulit wajah pemakaiannya, pelembap ini penting bagi melindungi kulit anda dan juga mengatasi masalah yang dihadapi.
Malah penggunaan pelembap yang betul juga dapat membantu mengawal penghasilan minyak dan sebum berlebihan pada kulit wajah.
Di sini senarai beberapa jenis pelembap untuk mengatasi kulit berminyak.
1. Aiken Tea Tree
Pelembap ini memberi bauan dari minyak pokok teh dan mudah meresap ke dalam kulit anda. Ia membantu mengawal minyak dan memastikan kulit muka anda dalam pH yang sepatutnya dan yang lebih menarik ia tidak mengeringkan kulit.
Selepas beberapa kali penggunaan, anda akan merasakan kulit terasa lebih ringan, bebas jerawat dan kekal segar walaupun setelah seharian berada di luar.
Krim pelembap yang mengandungi perlindungan UV tambahan iaitu SPF20, berkesan dalam melindungi kulit daripada cahaya yang merbahaya. Ia turut membantu memberi kesempurnaan kepada kulit wajah yang mempunyai masalah seperti garis penuaan, kulit berminyak, kusam dan tidak sekata.
Produk dari Korea ini mengandungi 99% ekstrak Aloe Vera dari Kepulauan Jeju di dalam gelnya untuk melindungi kulit daripada radikal bebas dan sinaran UV. Ianya dapat memberi kelegaan dan selesa sepanjang hari buat kulit anda. Pelembap ini juga dapat mengekalkan lembapan dan hidrasi tanpa membuatkan kulit anda bertambah kering.
Diperkaya dengan 7 bahan semulajadi seperti ekstrak Barley Grass dan Deep Sea Water, kulit anda akan kelihatan bersinar dan bermaya. Walaupun bertekstur gel, pelembap ini jenis tidak melekit.
Himalaya Herbals Oil-Free Radiance Gel Krim adalah krim gel ringan dan tidak berminyak, ia sesuai untuk digunakan setiap hari agar kulit kekal licin. Diperkaya dengan ramuan istimewa yang memberi tiga manfaat penting iaitu menyerap dengan pantas ke dalam lapisan kulit, menghidrat serta membuatkan kulit bertambah licin dan sempurna.
Pelembap dengan tekstur gel memberikan penghidratan yang tahan lama untuk wajah anada. Mengandungi arbutin yang membantu meringankan nada kulit dan bintik-bintik gelap bagi memberikan kulit yang lebih licin. Tambahan dengan Vitamin C untuk memulihkan kembali penampilan kulit kusam yang disebabkan oleh sinaran UV.
Ada orang risau punya pipi tembam, sampai sanggup diet melampau semata-mata nak kuruskan bahagian muka.
Kononnya yang pipi tanpa isi terkeluar dari tudung itu lebih cantik dan manis. Eh, rasanya yang pipi tembam itulah nampak lebih comel!
Bila senyum, nampak pipi itu yang jadi penyeri. Malah rasa nak tarik-tarik pipinya sebab geram.
Punya Pipi Tembam, Orangnya Memang Bertuah!
Menurut kajian, ini kelebihan berpipi tembam yang semua wanita harus banggakan.
Nampak Muda
Biasanya pipi yang tembam ini dianugerahkan menerusi genetik. Boleh jadi, keturunan anda sememangnya berpipi bulat. Okay cuba lihat ibu, ayah atau kedua nenek dan atuk. Nampak mereka jauh lebih muda daripada usia asal kerana penampilan pipi tembam itu berbanding yang cengkung macam sakit. Betul tak?
Lambat Diserang Penuaan
Sekarang mungkin anda rasa tak suka dengan penampilan pipi tembam, tapi bila wajah sudah semakin tua, pipi tembamlah menjadi penyelamat buat anda nampak muda.
Kalau pipi penuh, kedutan kurang nampak berbanding apabila anda memiliki pipi yang lebih tirus atau berahang tajam.
Kata Lelaki, Wajah Bulat Lebih Feminin
Beberapa kajian rambang telah dilakukan terhadap lelaki dan rata-ratanya menyatakan bahawa, wanita yang memiliki pipi bulat lebih menarik, dan comel.
Mudah Didekati
Individu yang memiliki bentuk pipi penuh lazimnya lebih mudah didekati kerana mereka terlihat ramah dan mesra. Ini kerana jika diikut pada logik akal, wajah yang memiliki pipi tembam akan kelihatan lebih lembut berbanding wajah yang berpipi tirus.
Boleh Sorok Emosi
Payah orang nak baca emosi negatif kerana sememangnya memiliki pipi tembam ini buat wajah serta-merta nampak natural dan ceria sentiasa. Tak senyum pun nampak manis.
Orang Mudah Kenal
Cukup sekali pandang orang akan terus ingat siapa anda. Mengikut pandangan sains, kita lebih mudah mengingati wajah seseorang apabila individu itu memiliki karakter atau struktur wajah babyface.
Jadi kenapa nak mengeluh punya pipi tembam kalau itu yang jadi ‘penarik’ dalam penampilan dan mampu memikat hati yang memandang?
Tapi kalau anda nak kontrol bahagian isi pipi yang keluar dari pipi, boleh cuba tip mekap macam ini ya. Jangan risau!
Hah, ada juga tip yang boleh selamatkan penampilan anda. Apa pun jangan rasa kurang yakin. Anda tetap nampak ‘booomm’ dengan pipi chubby! Jom raikan anugerah yang Tuhan bagi.
Tidak dinafikan kesan pandemik Covid-19 memberi kesan yang sangat ketara terutama kepada masalah mental lebih serius seperti bunuh diri.
Perkara ini dijelaskan sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 366 kes bunuh diri dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tiga bulan pertama tahun ini.
Beliau berkata, pandemik COVID-19 ternyata memberi impak yang amat besar kepada kesihatan mental setiap individu di seluruh dunia dan tidak terkecuali rakyat Malaysia.
“Sesetengah individu berisiko tinggi untuk mengalami masalah kesihatan mental termasuk kemurungan terutama ketika berada dalam keadaan stress (tekanan) yang melampau serta isolasi daripada rangkaian sokongan keluarga dan sahabat handai.
“Jika kemurungan ini gagal dikenal pasti dan dirawat dengan baik, ianya boleh meningkatkan risiko tingkah laku bunuh diri.
“Disebabkan itu masyarakat diminta untuk lebih cakna dan prihatin kepada ahli keluarga atau orang sekeliling dalam mengenalpasti simptom awal kemurungan yang boleh menyumbang kepada tingkah laku bunuh diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, terdapat beberapa perubahan tingkah laku yang akan ditunjukkan oleh individu berkenaan iaitu sentiasa kelihatan sedih dan murung, hilang minat terhadap aktiviti yang biasa dilakukan, sukar melakukan tugas harian seperti biasan dan tidak dapat tumpukan perhatian.
“Selain itu, individu ini juga dilihat mengasingkan diri daripada kawan dan keluarga; mengalami gangguan tidur dan selera makan; bertindak agresif dan kasar kepada diri sendiri dan orang sekeliling serta menyalahgunakan alkohol dan dadah.
“Mereka juga akan menyatakan perasaan hilang harapan atau bosan dengan hidup serta kehadirannya membebankan keluarga. Malah menyatakan keinginan untuk menamatkan riwayat hidup secara verbal atau penulisan.
“Jika terdapat gejala-gejala yang disenaraikan, individu ini dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat perubatan profesional dalam kadar yang segera bagi mengelakkan keadaan yang lebih buruk,” katanya lagi.
Tan Sri Noor Hisham
Beliau berkata, orang ramai boleh membantu individu yang mengalami kemurungan ini dengan cara berkomunikasi dengan mereka.
Tambahnya lagi kita boleh luangkan mana mendengar luahan mereka serta tidak ambil mudah atau memperlekeh masalah dihadapi mereka.
“Budaya peka dan peduli kepada keluarga, sahabat dan masyarakat sekeliling perlu diterapkan dan sesiapa yang menghadapi masalah serta erkesan dengan pandemik untuk mendapatkan pertolongan dan tidak menghadapinya seorang diri.
“Setiap individu perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam menjaga kesihatan mental diri, keluarga, dan komuniti bagi menghadapi pandemik COVID-19 ini,” katanya.
Ini antara siptom kemurungan yang boleh kita sedari lebih awal: