Kalau ikutkan umur, anda kena cari serum yang sesuai dengan masalah kulit yang semakin kekurangan kolagen. Tak boleh beli ikut orang ya, paling panting ketahui dulu kandungan bahan yang ada dalam serum itu.
Jadi nak tahu serum jenis apa yang sesuai untuk anda dan jenis kulit, baca perkongsian di bawah.
Serum wanita 20-an
Dipetik daripada The Zoe Report, Dr. Kan Cao mendedahkan wanita 20-an berpotensi untuk boleh terdedah pada masalah jerawat yang disebabkan oleh banyak faktor, salah satunya hormon.
Jadi bagi anda yang mahu gunakan serum, dinasihatkan untuk pilih kandungan Vitamin C. Tujuannya adalah untuk lindungi kulit daripada radikal bebas, cegah bintik hitam dan rangsang pengeluaran kolagen.
Ads
Dan kalau sesuai, kamu juga boleh mula gunakan retinol. Selain dapat rawat jerawat, kamu turut dapat atasi penuaan pramatang.
Serum wanita 30-an
Pada usia 30-an, kebiasaannya anda akan mula ada garis halus, kulit jadi kusam dan mudah kering. Dan untuk atasi masalah kulit tersebut, serum yang anda perlukan adalah jenis anti-aging.
Ads
Menurut Women’s Health Mags, antara bahan dalam serum yang disyorkan untuk cuba adalah retinol, ceramide, Vitamin C, PHA/BHA/AHA, hyaluronic acid, salicylic acid dan ferulic acid.
Apa-apa pun, sesuaikan dengan keadaan dan jenis kulit kamu dulu okay.
DalamToday, Dr. Mona Gohara mendedahkan wanita 40-an akan alami penurunan kadar estrogen. Penurunan ini mempengaruhi penghasilan kolagen, ketebalan dan hidrasi kulit secara tidak langsung.
Dan antara bahan serum yang kamu perlukan ketika ini adalah Vitamin C, Vitamin E, Vitamin B5,hyaluronic acid, peptides serta retinol.
Haa.. dah tahu rahsia nak dapatkan serum terbaik kan? Jadi selamat bercantik-cantik mengikut tahap umur, semua!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak semalam, wakil rakyat yang sedang bersidang di Parlimen membahaskan isu mengenai penggunaan ubat ivermectin untuk mengatasi mereka yang positif Covid-19.
Biarpun dikatakan ada pihak memberitahu pesakit sembuh setelah makan ubat ini, tetapi penggunaanya masih belum mendapat kelulusan pihak berwajib.
Justeru, Gabungan Kesihatan Malaysia (MHC) sangat menyokong proses saintifk dan peraruran semasa dalam meluluskan ubat-ubatan di malaysia. Jadi penggunaan ubatan ivermectin ini perlu melalui proses sama dan standard tinggi.
Bagi tujuan ini pihak MHC menggesa kerajaan supaya mengatasi penjualan ubatan ini di pasaran haram atau gelap.
Ivermctn mesti Mengikuti Proses Kelulusan Standard Malaysia
Gabungan Kesihatan Malaysia (MHC) sangat menyokong proses saintifik dan peraturan semasa meluluskan ubat-ubatan di Malaysia. Seperti ubat-ubatan lain, proses yang sama dan standard tinggi perlulah dilalui oleh Ivermctn.
Proses saintifik dengan standard yang tinggi adalah asas “Evidence-Based Medicine”. Ini adalah kaedah asas bagi profesional kesihatan untuk melindungi keselamatan dan kesihatan pesakit.
Kami menggesa perkara berikut:
1. Mengatasi penjualan Ivermctn di pasaran haram atau gelap.
Pada masa ini, Ivermctn tidak diluluskan untuk penggunaan manusia di Malaysia. Namun, kerana tuntutan palsu atau mengelirukan di media dan media sosial, kini terdapat pasaran gelap aktif yang menjual Ivermctn yang tidak berlesen dan berpotensi berbahaya.
Ivermctn dari bekalan haiwan atau sumber yang tidak diketahui dijual dengan harga yang sangat tinggi. Kami menyokong tindakan membanteras Ivermctn yang tidak sah atau gelap, kerana kami menyokong preskripsi ubat yang selamat untuk semua rakyat Malaysia.
2. Luluskan Ivermctn hanya melalui proses NPRA.
Terdapat tekanan yang besar diberikan kepada Badan Regulatori Farmasi Negara (NPRA), KKM untuk segera meluluskan Ivermctn. Beberapa pendesak ivermctn bahkan meminta ia segera “diedarkan secara besar-besaran” untuk mengelakkan C19.
Kami menyakini proses kerja NPRA iaitu tiada campur tangan politik atau masyarakat. Maka, Ivrmctn mesti diluluskan berdasarkan bukti saintifik perubatan. Ivermctn tidak boleh disetujui berdasarkan “permintaan popular” atau laporan polis.
Tidak ada negara yang meluluskan Ivermctn untuk merawat atau mencegah C19, termasuk Agensi Ubat Eropah atau Pentadbiran Makanan & Dadah Amerika Syarikat.
3. Hanya gunakan ivermctn dalam ujian klinikal.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menasihatkan bahawa Ivermctn hanya boleh digunakan dalam ujian klinikal. Di Malaysia, kajian I-TECH sedang berlangsung pada pesakit C19 berisiko tinggi, dan hasilnya diharapkan pada bulan Januari 2022.
Sekiranya terdapat data yang kuat mengenai Ivermctn, maka harus dipersetujui untuk digunakan melalui proses dan standard yang ditetapkan NPRA.
Sementara itu, penggunaan Ivermctn untuk mengubati diri sendiri atau di luar label(off-label) boleh membahayakan dan boleh menggangu Program Imunsasi C19 Kebangsaan. Kami sangat yakin bahawa vksin jauh lebih berkesan untuk mencegah C19 daripada Ivermctn.
Sebagai profesional kesihatan, kita mempunyai kewajipan untuk melindungi kesihatan Rakyat. Kita mesti hormat dengan undang-undang dan proses saintifik untuk meluluskan ubat-ubatan di Malaysia.
Kami memperjuangkan penggunaan ubat-ubatan yang selamat dan berdasarkan bukti, dan kami menentang penggunaan ubat-ubatan yang tidak sah, tidak selamat atau mengelirukan.
Biasanya orang buang sel kulit mati pakai masker yang sudah dijual di pasaran tetapi kali ini anda boleh DIY sendiri guna beras yang ada di rumah. Jom tengok macam mana cara nak buat.
Menurut Puan Suzy Honey, skrub badan ini dipercayai mampu membantu kulit membuang sel-sel mati di keseluruhan tubuh. Malah, paling mujarab untuk masalah ketiak yang gelap.
Berbekalkan sumber bahan semula jadi, srub badan ini mampu menjimatkan wang anda, sekali gus kulit badan menjadi licin, lembut dan cerah.
5 sudu serbuk beras (telah sangai & kisar)
2 sudu besar susu tepung/susu powder
Sedikit air lemon
Goreng beras tanpa minyak sehingga warna keperangan dan kemudian kisarkannya hingga jadi serbuk halus.
1. Setelah kita gunakan air rendamannya, kita tapiskan beras tersebut dan tunggu hingga agak kering.
2. Ambil beras tadi kemudian sangaikan. Iaitu goreng tanpa minyak sehingga beras tersebut kelihatan keperangan.
3. Selepas beras di sangai sudah mulai sejuk, terus blender sehingga menjadi serbuk.
4. Ambil 2 sudu besar susu tepung/susu powder ( tidak kisah apa brand pun) campurkan bersama 5 sudu serbuk beras tadi.
5. Campurkan sedikit air bagi sebatikan campuran beras dan susu tadi kemudian di perahkan sedikit lemon.
Boleh digunakan sebagai skrub keseluruh badan untuk buang sel kulit mati. Paling mujarab, sesuai untuk masalah ketiak yang gelap.
Setelah di sapukan scrub tersebut pada bahagian yang diinginkan, gosok dan biarkan seketika. Setelah itu barulah basuh.
Bila dah siap itu, anda akan rasa betapa lembutnya hasil dari scrub beras tadi. Petua ini sebenarnya membantu kulit membuang sel-sel mati.
Nanti dah baca petua ini, jangan lupa cuba ya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wanita cukup suka jaga kulit wajah, pelakon Diana Daniella pun salah seorang artis yang tak lokek berkongsi tip kecantikan di media sosial.
Namun baru-baru ini dia berhijab dan dihujani pujian orang ramai, betul lah semakin cantik dan berseri gayanya dengan imej muslimah.
Diana atau nama lengkapnya Diana Danielle Danny Beeson, 32, memuat naik gambar dia memakai tudung dan abaya berwarna jingga hawani di Instagram.
Pelakon itu bagaimanapun tidak menjelaskan atau menyatakan butiran terperinci mengenai tujuan tampil dengan imej sedemikian dalam perkongsian berkenaan.
Sementara itu, menjengah bahagian komen ramai pengguna media sosial mendoakan ibu dua anak itu terus istiqamah berhijab.
“Masya-Allah cantik betul.
“Semoga Allah membuka pintu hati untuk kekal istiqamah dan mendapat reda Allah.
“Cantik. Semoga kekal istiqamah dan teruskan dengan gaya sebegini.
“Berseri dan cantik. Harap dapat diteruskan,” antara komen peminat di Instagram.
Tidak hanya itu, beberapa rakan artis termasuk penyanyi Aisha Retno dan Amylea Azizan turut memuji penampilan Diana.
Rajin pakai masker walau berada dalam kereta, tak pelik lah kalau isteri kepada Farid Kamil ini memiliki kulit wajah yang sihat dan cantik.
Menurut perkongsian Diana di satu laman portal, dia tidak bersolek pada hari-hari biasa. Namun jika perlu bersolek, dia akan lakukan tidak lebih daripada 15 minit dan akan fokuskan pada bahagian mata.
Perlukan sedikit bedak asas yang sangat ringan dan membuat wajah tampak lebih glowy. Kemudian Diana akan oleskan pembayang mata berona bronze, calitkan celak mata, ketip bulu mata kemudian sapuan maskara.
Begitu sahaja rutin kecantikannya, simple tetapi aura cantik sebagai seorang ibu tak pudar. Dan terkini dengan berhijab, nampak wajahnya semakin berseri dan cantik.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.