Serik Kena ‘Eating Disorder’, Senaman Jadi Terapi. Rahsia Nadia Annuar Kekal Fit & Cantik! Personaliti ini hadir dalam dunia pengacaraan dengan pakej lengkap menjadikan figura ini cukup popular dan dikenali ramai.
Selain petah berkata-kata setiap kali mengacarakan suatu rancangan, kejelitaan Nadia Annuar juga turut mencuri perhatian ramai.
Dianugerahkan kulit puth bersih dengan susuk badan tinggi lampai ternyata ibu dua anak ini pandai menjaga kecantikan dirinya.
Nadia juga dilihat aktif melakukan aktiviti sihat dan kecergasan seperti bersenam dan dalam masa sama sibuk menguruskan perniagaan.
Ujarnya, amalan senaman membuatkan otak jadi lebih cergas, tubuh lebih cantik dan sihat. Tidak lengkap kehidupan Nadia jika dalam sehari tidak bersenam.
Sebelum itu rupanya, dia juga pernah mengalami masalah ‘eating disorder’ atau masalah gangguan pemakanan ketika berusia 26 tahun.
Masalah kecelaruan pemakanan yang dialaminya sudah sampai ke tahap tidak mahu makan.
“Ketika sakit, saya cuba cari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah-masalah ini. Alhamdulillah senaman dan aktiviti kecergasan adalah terapi terbaik buat diri saya. Sejak itu, saya mula bersenam setiap hari secara konsisten.
“Dalam seminggu, saya akan memperuntukkan empat hingga lima hari untuk bersenam. Tubuh juga perlu perlukan masa untuk berehat jadi tidak perlulah kita bersenam berlebihan sehingga boleh membahayakan tubuh.
“Selalunya dalam setiap sesi senaman, saya akan memperuntukkan masa selama lebih kurang satu jam setengah. Paling lama pun sekitar dua jam untuk satu sesi senaman. Aktiviti bersenam boleh dilakukan di rumah sahaja. Untuk mengekalkan stamina tubuh, kita perlu konsisten bersenam.
“Cara saya mengekalkan stamina tubuh ialah dengan bersenam dan melakukan aktiviti kecergasan secara berkala.
“Bila kita sudah biasa bersenam, kita akan dapat rasa yang tubuh kita sentiasa cergas. Seelok-eloknya amalkan bersenam pada waktu pagi,” ujarnya yang juga merupakan anak kepada usahawan usahawan kosmetik terkenal, Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton.
Tambah Nadia lagi, bagi mendapatkan daya stamina yang tinggi bukan hanya perlu bersenam sahaja tetapi pada masa sama perlu mengawal pola pemakanan harian. Penting untuk mengamalkan diet pemakanan yang sihat.
“Saya memang tidak minum minuman manis. Tidak dapat dinafikan sebelum ini saya sudah terbiasa mengambil makanan dan minuman yang manis memandangkan keluarga saya berasalkan dari Kelantan. Namun lama-kelamaan saya sedar tabiat ini harus diubah.
“Saya jadikan kebiasaan minum kopi tanpa gula. Secara tidak langsung amalan ini membantu untuk ‘mencuci’ lidah. Percayalah apabila sudah terbiasa minum kopi kosong, kita tiada keinginan lagi untuk minum minuman yang manis,” kata Nadia yang juga gemar mengumpul pakain sukan.
Baginya pakaian sukan yang selesa dan cantik dengan warna dan corak ceria merupakan satu motivasi untuk terus bersenam.
Jangan buang baju putih yang ada, selagi boleh guna sebaiknya anda kena berusaha cuci sampai bersih.
Nak-nak baju sekolah, baik anda cuba cuci dulu sebelum tukar yang baru. Sekurang-kurangnya boleh jimat poket.
Terbaru ada beberapa tip yang dikongsi oleh seorang mak-mak, Puan Zakiah Hassan, cara membasuh baju putih tanpa perlu menyental teruk. Jom lihat!
Tengok, anda tak perlu sental langsung leher baju anak. Maka boleh tenang-tenang masuk dalam mesin basuh sahaja.
Pakai Sabun Ini, Baju Putih Terus Cuci Bersih!
BAHAN-BAHANNYA:
Bahan utamanya adalah jenis sabun-sabun ini, anda boleh pilih salah satu.
Sabun A1 (beli dekat kedai Eco)
Sabun cap kapak/buruh (ada di Mydin)
Sabun Kilat (ada di NSK)
Kemudian bersama bahan-bahan di bawah ini:
Sabun di atas (pilih salah satu).
Sabun mandi palmolive/may pun boleh.
Sabun basuh baju (cecair atau serbuk).
Air.
CARA-CARANYA:
1. Nak guna mesin basuh atau basuh tangan pun boleh.
2. Masukkan baju sekolah agama dulu ke dalam mesin basuh.
3. Letakkan sabun basuh biasa.
4. Setkan mesin dengan mode speedy soak (ikut jenis mesin basuh).
5. Kemudian, masukkan air.
6. Guntingkan suku sabun kuning ke dalam mesin basuh (nak sagat pun boleh).
7. Tenyehkan sabun kuning di leher baju kemeja, hujung lengan, poket atau kesan kotoran yang lain. Lepas itu, jangan lupa masukkan juga ke dalam mesin.
8. Tutupkan mesin basuh.
9. Sidailah baju putih tersebut sambil kembang hidung melihatkan kebersihannya.
Haaa… cara ini boleh jimatkan poket anda, tak perlu beli baru selagi boleh pakai. Mak-mak kena banyak ilmu bila anak dah makin ramai.
Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru seminggu melahirkan anak keduanya, tetapi penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza kelihatan tampil berseri-seri semasa majlis aqiqah, maulud dan tahnik anak keduanya semalam.
Selepas genap tujuh hari pada hari Isnin melahirkan, Siti dan suami Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa sepakat memilih untuk menamakan putera kesayangan dengan nama Muhammad Afwa.
Siti memberitahu, Muhammad Afwa dipilih kerana nama itu membawa makna keampunan atau kemaafan.
Nampak berbeza hidung Priyanka Chopra dalam gambar, rupanya dia ada buat pembedahan plastik dan ini membawa kepada detik-detik mengecewakan yang dialaminya sepanjang kariernya sebagai pelakon.
Pembedahan Plastik Hidung Gagal, Priyanka Chopra Ditendang Keluar Dari Filem
Pada awal tahun 2023, Priyanka Chopra mendapat banyak perhatian apabila pengakuannya mendedahkan ‘penyakit’ dalam industri Bollywood yang membuatkan dia membuat keputusan untuk ‘lari’ ke Hollywood.
Dia mendedahkan detik-detik sedih dan mengecewakan yang pernah dialaminya ditendang daripada tiga filem sekali gus.
Ditendang Keluar
Ketika itu dia sudah menandatangani tiga filem, namun tiba-tiba pembedahan plastik hidungnya gagal dan menyebabkan hidungnya rosak.
Kerana kegagalan itu, dia berkata seluruh wajahnya kelihatan sangat berbeza dan seperti orang lain. Akhirnya, tiga filem yang ditandatanganinya telah menendangnya keluar.
Menurut Intepseleb, Apa yang dialaminya ketika itu membuatkan isteri Nick Jonas mengalami kemurungan.
Pada ketika itu, orang sentiasa berada bersamanya dan menyelamatkan Priyanka Chopra ialah bapanya, Dr Ashok Chopra.
Pada masa itu bapanya menggalakkannya dan meyakinkan Priyanka untuk melakukan pembedahan plastik sekali lagi untuk membaiki hidungnya yang rosak.
Walaupun begitu hidungnya tidak dapat kembali seratus peratus normal dan kelihatan sedikit senget.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!