Ramai yang nak hilangkan jeragat tetapi tidak tahu macam mana caranya dan kurang tahu bahan apa yang membantu bagi pulihkan kulit wajah daripada masalah ini.
Untuk anda yang nekad nak pudarkan jeragat, jemput baca perkongsian daripada Puan Sakinah tentang rutin kecantikan kulit, yang penting anda boleh cari set penjagaan yang tapat dan sesuai.
Tiga Fasa Patut Anda Tahu
Ads
Jeragat memang tak boleh hilang tetapi anda boleh pudarkan dengan skincare dan bahan brightening yang betul. Jangan mengharap juga, kalau cuma pakai 1 serum tetapi nak jeragat pudar. Tidak sama sekali.
Banyak benda nak kena tackle masalah jeragat, terutama nak hadap TIGA FASA:
Ads
Sebelum melanin keluar – Sekat pengeluaran melanin keluar berlebihan
Semasa melanin keluar – Increase cell turnover dengan keluarkan melanin berlebihan yang ada
supaya jeragat naik keatas permukaan kulit
Ads
Selepas melanin keluar – Jeragat dah naik pada permukaan, perlu pudarkan.
Siapa Boleh Ada Jeragat?
Tak kira usia, ya. Perkara pertama nak cegah melanin berlebihan keluar punca jadi jeragat adalah PAKAILAH SUNSCREEN. Itu sahaja jawapan yang mudah dan anda memang kena rajin pakai.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hari ini pastinya detik paling menggembirakan buat selebriti yang juga pengacara, usahawan popular Neelofa apabila sah diijabkabulkan dengan pasangannya Haris Ismail atau lebih dikenali dengan nama PU Riz.
Pasangan ini dinikahkan oleh adik kandung Neelofa, Mohd Aqief Mohd Noor.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberikan khutbah dan tazkirah ringkas pada hari bahagia pasangan itu.
Dapat dilihat majis berjalan cukup sempurna dengan kehadiran 200 tetamu terdiri daripada sanak saudara serta rakan terdekat kedua-dua-dua pihak.
Dekorasi dewan cukup indah ini seperti berada di sebuah taman dengan hiasan bunga segar memberi ketenangan kepada pengantin dan tetamu yang datang.
Bertemakan ala kayangan dengan rona putih menghiasi seluruh dewan yang diserikan dengan keindahan bunga segar seperti berada dalam taman.
Dikatakan sebanyak 4 tan bunga segar berwarna putih digunakan untuk menghiasi pelamin yang direka berbentuk Jabal Rahmah ini oleh Reeka Temor, yang sering dikaitkan sebagai lokasi untk memohoh jodoh.
Terdapat sekitar tujuh jenis bunga berwarna putih digunakan termasuk mawar, orkid dan baby breath.
Malah bukan itu saja tetamu yang hadir pula berpakaian baju kurung, berbaju Melayu atau jubah berwarna putih yang menjadi tema atas permintaan pihak pengantin.
Pengantin baru Neelofa juga tampil sangat antik mengenakan dress labuh warna putih ditaburi batuan indah rekaan pereka fesyen Alia Bastamam.
Biarpun mengenakan niqab, namun terserlah keserian dan kejelitaan pengantin baru mendapat sentuhan jurumekap Sharman Yee, disebalik niqab dipakai. Malah turut mendapat pujian netizen.
Mengulas detik perkenalannya, Neelofa yang juga seorang usahawan berkata, dia mengenali PU Riz pada Jun, 2017.
“Bagaimanapun, saya bekerjasama buat kali pertama dengan suami untuk sebuah projek pada 2018.
“Selepas kolaborasi ini, kami tidak berhubung sehinggalah setahun kemudian. Dari titik pertemuan semula ini, kami mula mengenali hati budi masing-masing,” katanya.
Bekas pengacara MeleTOP itu berkata, suami seorang yang sangat baik, lemah lembut dan matang.
“Apabila berbual dengannya, saya boleh bincangkan banyak hal dan ia membuatkan saya berasa selesa.
“Dia juga pendengar yang baik dan sentiasa cuba membantu memberi solusi jika saya menghadapi sebarang kesukaran dan masalah,” kata Neelofa.
Rapi ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Neelofa dan Pu Riz, Moga keduanya kekal bahagia till jannah.
Dalam keadaan cuaca panas, ini akan menyebabkan kulit menjadi kering jika tidak dijaga dengan sempurna.
Tidak mahu kulit kering hingga mengganggu keserian wajah anda Syawal, apa kata semburkan face mist untuk pastikan wajah sentiasa jadi lembap.
Penggunaan face mist menggunakan bahan semula jadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, sangatlah penting bagi korang yang selalu terdedah dengan panas matahari.
Menerusi Facebook Tengku Wdec, wanita ini berkongsi cara menghasilkan face mist menggunakan timun dalam merawat wajah anda yang terkena sunburn dan jerawat.
Bahan diperlukan:
– Botol spray
– Timun
– Lemon
– Air
Cara penyediaan:
1. Potong sebatang timun. Kemudian rebuskan dengan sedikit air. Jangan lama sangat kerana timun kategori sayur. Bimbang hilang khasiat jika direbus lama. Bila agak lembut sikit, boleh terus angkat. Sejukkan sekejap.
2. Kisar timun yang direbus tadi dengan sedikit air rebusan. Tak perlu banyak airnya. Kemudian tapis, ambil airnya saja.
3. Siapa yang ada jerawat atau sunburn boleh perah lemon sikit. Lemon bagus untuk cerahkan kulit dan matikan jerawat.
4. Masukkan dalam botol spray, boleh beli di kedai. Bila dah siap, simpan dalam peti. Boleh tahan dalam 2 minggu sebab kita dah masak bahannya.
5. Bila nak pakai, keluarkan dan sembur saja dekat muka. Tak perlu bilas. Biar ia kering sendiri di wajah.
Selain membantu mengekalkan kelembapan dan menyegarkan kulit, face mist digunakan sebelum dan sesudah makeup bagi menghindari rasa kering pada wajah dan membantu solekan tahan lama. Jika wajah mempunyai jerawat kemerahan atau sensitif, ianya dapat meneutralkan kembali kulit wajah dari dalam.
Kalau serius nak pudarkan jeragat, anda kena ambil peduli tentang skincare apa yang sesuai untuk yang ada masalah parut dan jeragat.
Seperti yang dikongsikan oleh Puan Safa Nadia, hasilnya sangat memuaskan apabila jeragatnya pudar dan kulit jadi makin cerah. Ini best, jom baca bahan dan produk apa yang patut anda cuba untuk pudarkan jeragat.
Kebanyakan yang ada jeragat, guna cream ini sebab melanon ada brighthening ingredients. Jadi produk ini akan bantu cepatkan kesan pencerahan, Ascorbic asid,tranexamic asid,niacemide,magnesium ascobyl phosphate,alpha arbutin dan mulberry extract. Also ada boleh mengurangkan penghasilan melanin kulit untuk treat jeragat.
Boleh gabungkan dengan bahan ini sebab melanon perlukan sedikit bahan untuk boost kesan pencerahan pada kulit. Walaupun melanon dah cukup power tetapi tetap perlukan extra support.
Jadi anda boleh campurkan alfha arbutin yang memang berkesan untuk pudarkan jeragat dan hilangkan parut.
Ini paling penting untuk treat jeragat, sapu sunscreen plus pakai dan reapply setiap 2 -3 jam sekali dan sejak pakai bahan pencerah, anda kena pastikan pakai sunscreen. Baru berkesan pada kulit.
Sunscreen tak boleh treat jeragat tetapi boleh halang dari terus naik. Nak selamat pakailah sunscreen!
Haaa… sekarang anda sudah tahun set penjagaan terbaik untuk kulit, bukan? Boleh lah cuba dan jadikan rutin untuk dapatkan kulit bersih tanpa jeragat.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak peha lebih kemas dan punggung yang mantap? Ketahui kenapa senaman squats adalah rutin wajib untuk setiap wanita yang mahukan bentuk badan impian secara semula jadi dan efektif.