Rupanya Amal Jamu & Beras Kencur, Rahsia Cantik & Awet Muda Pengasas Mustika Ratu Di Usia 94 Tahun. Setiap kali mendengar nama produk ini, pasti terbayang susuk tubuh pengasasnya yang kelihatan sangat cantik, anggun dan wajah kekal awet muda.
Malah produk yang duusahakan iaitu Mustika Ratu juga begitu sinonim dengan wanita yang mementingkan kecantikan diri dan penjagaan dalaman sentiasa terjaga.
Produk seperti Perawatan Remaja Putri, Perawatan Wanita begitu popular dan banyak dijual di toko jamu dan salun kecantikan.
Ramai menginginkan untuk jadi cantik dan anggun seperti pengasasnya, Ibu Mooryati Soedibyo yang menjadi tulang belakang memperluaskan empayar jamu ini di serantau Asia termasuk negara kita Malaysia.
Jika dilihat dari susuk tubuhnya ramai tidak menyangka usianya sudah mencecah 1 abad iaitu 94 tahun kerana dilihat seperti wanita berusia 50an.
Berkongsi rahsia awet muda dan kekal bertenaga di usia 94 tahun, Ibu Mooryati mendedahkan dia cuma mengamalkan jamu dalam kehidupan harian.
Ads
Malah, cucu kepada Raja Jawa yang juga digelar pahlawan nasional Indonesai iaitu Sri Susuhunan Pakubuwana X mengatakan dia rajin membuat beras kecur secara alami di rumah.
“Dari masih muda, saya rajin minum jamu, saat ini pun saya masih rajin. Saya biasanya minum beras kencur yang saya buat sendiri di rumah,”ujarnya.
Jamu kencur
Melihat kepada wajah Ibu Mooryati yang masih licin dan jelas menunjukkan jamu adalah rahsia awet muda yang sangat mujarab.
Difahamkan, beras kencur ini mempunyai banyak manfaat buat kesihatan tubuh badan mereka yang mengamalkannya.
Ads
Bahan untuk membuat beras kencur ini sangat ringkas iaitu beras, kencur (atau sinonim dengan cekur), gula merah, air dan daun limau purut yang melalui beberapa proses.
Beras hendaklah dicuci lalu direndam dalam air sekurang-kurang enam jam. Selepas itu, kupas kulit cekur dan potong gula merah menjadi ukuran lebih kecil.
Rahsia Cantik & Awet Muda Pengasas Mustika Ratu
Kemudian, kesemua bahan tersebut dimasukkan dalam mesin pengisar, blend sehingga halus. Setelah itu, tapis air tersebut sebelum dipindahkan ke dalam gelas lain untuk menikmati air tersebut.
Ads
Sebenarnya, ada pelbagai jenis resepi dan kegunaan beras kencur ini mengikut citarasa seseorang sama ada mahu secara asli mengikut Jawa atau sebaliknya.
Tapi, apa yang boleh dikatakan, pengamalan beras kencur sedikit sebanyak dapat membantu memberikan kesihatan tubuh yang sihat mengikut petua orang dulu-dulu.
Untuk pengetahuan, Ibu Mooryati juga bukan sahaja cantik dan berketurunan darah pahlawan, bahkan beliau juga seorang yang bijak. Beliau merupakan alumni Universitas Saraswati, Univesitas Terbuka dan Universitas Sebelas Maret Surakarta.
Bahkan gelaran Doktor diperoleh dari Universitas Indonesia dalam jurusan ekonomi. Tak cukup dengan itu, nama beliau tercatat dalam The Indonesia World Records Musuem (MURI).
Sebenarnya kulit muka menghasilkan minyak semula jadi untuk melindungi kulit daripada terlalu kering.
Namun jika berlebihan menyebabkan muka berminyak, mudah berjerawat dan masalah kulit muka hingga rasa kurang keyakinan pada diri.
Sebelum make up
Kebiasaanya selepas cuci menggunakan facial wash, bilas dengan air sejuk beku atau air bersama ais batu. Cuci sehingga muka kebas. Ais batu atau air sejuk mempunyai banyak manfaat dari segi mengawal minyak dan kecilkan pori buat sementara waktu.
Jangan skip pelembab. Kulit berminyak juga memerlukan pelembab tapi pastikan guna pelembab jenis gel yang mempunyai tekstur waterbase.
Primer digunakan untuk tahan makeup dari cepat cair. Terutama buat mempelai yang mempunyai kulit yang berminyak. Minimalkan di kawasan T zone. Terutama di bahagian dagu, dahi dan batang hidung.
Kulit minyak perlukan tekstur foundation yang matte, waterbase atau mousse. Yang kering tiada kilat dan kilauan. ‘No glowing foundation’. Lagi bagus yang mempunyai label silica di foundation kerana silica ini bagus untuk mengawal minyak supaya tidak keluar terlal banyak.
Ramai yang mempunyai kulit berminyak keliru untuk memakai loose powderatau pressed powder. Kedua-duanya bagus tetapi loose powder mempunyai kesan mengawal minyak yang lebih bagus. Jadi loose powder lebih sesuai kerana menyerap miyak pada kulit.
Bagi yang mempunyai kulit berminyak, saya saran sediakan satu bedak compact di dalam beg tangan. Untuk touch up sekiranya mula mula berpeluh. Namun harus diingatkan, jangan sapu terlalu tebal.
Selain itu, solusi untuk makeup anda tahan lebih lama, apabila mula merasakan mekap mulai cair, ambil bloating paper yang boleh dibeli di drug store. Lekapkan saja dikawasan kilauan minyak untuk menghentikan lebihana minyak yang keluar.
Tak kisah jenis kulit yang berminyak, kering, atau normal, minum air yang cukup adalah perkara wajib untuk menjaga kesihatan kulit. Kulit berminyak yang dehidrasi dapat membuat kulit menjadi kusam.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap dari kita diuji dengan pelbagai dugaan. Ada yang diuji dengan penyakit kronik seperti kanser, jantung ataupun penyakit lain.
Namun tetap bersemangat untuk melawan penyakit yang ada demi untuk mahu menjalani gaya hidup lebih sihat.
Seperti perkongsian seorang wanita dari Sarawak, Chin dari Grup Facebook Malaysia Runner yang diuji dengan penyakit diabetes hingga kehilangan dua jari kaki di sebelah kiri.
Walau bagaimanapun tetapi berjuang melawan penyakit dideritai dengan mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti senaman seperti berları dan menjaga pemakanan.
Hasilnya berjaya menurunkan berat badan daripada 126 kg ke 68 kg. Ternyata kejayaan ini bagi dirinya amat membanggakan.
Ini kerana berjaya menggubah tanggapan orang ramai bahawa penghidap diabètes adalah insan lemah yang perlu bergantung pada ubat seumur hidup.
Ikuti perkongsiannya.
Hi semua. Saya Plain Didek atau Chin. Asal dari Sarawak, sekarang berkerja di Johor.
Saya bukan pelari yang hebat. Saya cuma mampu berlari, berjalan atau hiking sejauh 8-9km dalam masa 1 jam 30 minit. Atau jika kudrat dan tenaga masih ada, saya akan completekan sehingga 10km.
Dan saya berlari bukan untuk menjadi kurus. Tetapi saya berlari untuk melawan diabetes saya. Saya pesakit diabetes yang teruk dulu, 8-9 tahun tak terjaga. Makan minum sesuka hati tak terkawal walaupun hakikatnya saya merupakan pesakit kencing manis.
Sehingga akhirnya pada Februari 2019 saya diduga hebat. Jari kedua kaki retak akibat terlanggar sesuatu, dan ada melecet di bawah tapak kaki. Disebabkan diabetes tak terkawal, akhirnya kaki saya mengalami ray amputation pada jari kedua dan ke tiga. Sedih? Saya menangis dalam hati..
Saya mengubah gaya hidup selepas itu. Mula menjaga makan, Low Carb No Sugar. Dalam dua tahun saya mengalami perubahan berat badan yang ketara dari 124kg dan sekarang fluctuated di antara 68-70kg.
Dan setelah genap dua tahun berjuang, akhirnya ubat diabetes (Metformin) dihentikan oleh doktor. Saya kini hanya menjaga diabetes dengan penjagaan pemakanan yang berkesan dan jua senaman yang konsisten.
Walaupun ubat saya diberhentikan oleh doktor, tetapi saya tetap seorang pesakit diabetes. Makanya, untuk berlari, saya memerlukan tapak kasut atau insole kasut yang sesuai, yang dibuat khas oleh syarikat yang menguruskan kasut khas untuk orang seperti saya dengan pantauan ketat dari Jabatan Rehabilitasi Hospital Sultan Ismail.
Kesesuaian tapak kasut ini sangat penting bagi pesakit diabetes seperti saya untuk mengelakkan kaki melecet. Tambahan pula, kaki saya dah tak sempurna macam dulu. Saya tak mampu beli kasut mahal, sebab sepasang insole atau tapak kasut ini sahaja sudah berharga RM650.. Jadinya sekarang saya hanya menggunakan Kasut Kronos dengan insole yang ditempah khas ini.
Saya bukan berlari untuk kurus. Saya bukan berlari untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik. Tetapi saya berlari untuk melawan diabetes saya. Senaman dan penjagaan pemakanan yang berdisiplin sangat membantu dalam mengawal diabetes. Dan dalam proses menjaga makan dan juga bersenam, saya kehilangan banyak berat badan.
Saya takda ilmu pasal larian.. Pasal pecut-pecut. Pasal teknik bernafas. Langsung takda. Tapi jika korang nak tanya pasal diabetes, saya sedia membantu. Jangan tanya pasal SUPPLEMENT DIABETES, sebab saya tak percaya akan semua benda² supplement ni.
Terima kasih kerana membaca. Semoga semua kita sihat sentiasa.
Turut berkongsi bagaimana pesakit diabetes sepertinya melakukan aktiviti larian. Baginya tidak mudah kerana perlu ada persiapan seperti ada kaki yang sihat dan kasut bersesuaian.
Menjadi pelari bila disahkan sebagai pesakit diabetes juga tidak mudah. Dalam ni saya sangat mengagumi pelari-pelari yang hebat-hebat belaka, boleh berlari sejauh yang mereka mahu bahkan boleh menggunakan pelbagai jenis kasut atau jika sudah menamatkan larian, boleh meneguk minuman isotonik seperti 100 plus tanpa rasa bimbang bacaan gula akan mencanak naik
Keadaan ini berbeza bagi kami pesakit diabetes, atau ada di antara pelari-pelari di dalam ni yang mengalami diabetes tapi mungkin segan untuk meluahkan mengenai keadaan diri mereka, maka biar saya ceritakan serba sedikit bagaimana kaki pesakit diabetes ini melakukan persediaan sebelum berlari.
Bila kita sebut pasal larian, perkara pertama yang terbayang ialah kaki yang sihat dan kasut yang sesuai. Keadaan ni sangat penting bagi pesakit diabetes, kami perlu memilih kasut yang sesuai atau insole (tapak) kasut khas bagi mengurangkan lecetan atau blister pada kaki.
Pesakit diabetes ni sinonim dengan potong kaki, maka kami sangat berhati-hati bab kaki. Jika ada luka, ditambah bacaan gula tak cantik, ini sangat merisikokan kami kehilangan kaki.. Apatah lagi saya yang pernah mengalami kehilangan dua jari kaki akibat diabetes ni, struktur kaki dan berubah bentuk dan sudah pasti insole khas diperlukan untuk mengurangkan risiko kecederaan pada kaki..
Saya ingin bagi tips untuk pesakit diabetes dalam group ni (jika ada), agar menggunakan Vaseline untuk melicinkan celah-celah jari kaki atau tapak kaki bagi mengurangkan risiko melecet atau blister. Guna stokin yang sesuai juga. Pesakit diabetes, kebanyakkan saraf kaki dah rosak, jadi kami kehilangan deria rasa pada bahagian kaki.
Oleh atas sebab itu, saya nasihatkan pelari yang ada diabetes ni supaya memeriksa setiap celah jari kaki atau tapak kaki untuk mengesan jika ada terdapat sebarang luka lecetan atau blister. Sentiasa alert dengan keadaan kaki, jika ternampak sebarang luka atau perubahan pada kaki, sila bawa ke klinik dengan segera. Rawatan awal sangat penting untuk mengelakkan berdepan risiko kehilangan kaki.
Saya bukan pelari hebat. Bahkan 8km hari ni saya habiskan dalam masa 1jam 38minit. Seperti yang saya katakan, saya bukan berlari untuk menjadi kurus, atau mendapatkan bentuk badan yang cantik dan langsing. Saya berlari kerana saya sudah mengisytiharkan perang terhadap diabetes dan larian ini adalah salah satu cara saya menguatkan saf pertahanan saya agar lebih kuat melawan diabetes.
Saya degil, jika ada yang nak tahu..Sekarang saya masih seorang pesakit diabetes. Cuma diabetes sangat terkawal. Saya jaga diabetes dengan pemakanan dan senaman atau larian yang konsisten ja.
Apa yang orang cakap tak boleh, saya akan buat dan buktikan saya boleh. Saya ingin menukar persepsi dan perspektif orang di luar sana yang berpandangan pesakit diabetes biasanya berkeadaan lemah, selalu sakit dan kena makan ubat seumur hidup. Silap. Buktinya saya sentiasa cergas, mampu memberhentikan pengambilan ubat dan 100% menjaga diabetes dengan pemakanan dan senaman larian sahaja.
Ayuh kawan-kawan. Kuatkan semangat kita. Saya juga memohon tunjuk ajar dari sifu² otai dalam ni untuk memberikan bimbingan dan semangat agar saya dapat memperbaiki mutu larian saya agar lebih baik dan sentiasa stabil.
Plain Didek @ Chin.
-I Run To Fight My Diabetes-
** Gambar saat terlantar sebaik sahaja selesai ray amputation dua jari kaki. Saya down dua hari ja. Kemudian bangkit menyusun strategi melawan diabetes. Dan hari ni, saya mampu running, hiking dan walking sejauh 10-12 km.
Baru-baru ini pelakon, Rita Rudaini dedah punca anak sulungnya, Airit Rayyan mengalami kecederaan.
Dalam perkongsiannya di laman Instagram, Rita berkata tangan kanan anaknya itu patah semasa bermain bola sepak bersama rakan-rakannya di sekolah.
“Main bola kena tackle (bentes), patah tangan. InsyaAllah boleh main lagi bukan patah kaki,” ujarnya.
Malah, Rita yang terkenal dalam filem Mami Jarum itu juga sempat berseloroh kepada anaknya dengan mengatakan dia masih lagi boleh bermain bola sepak dengan memetik nama saudara terdekat yang pernah mengalami kecederaan ketika bermain bola sepak.
“Mommy cakap kat dia ‘Ryan…uncle Yus, uncel Gee, Pak Teh Amran, Pak Tam Jad main bola jatuh berguling kena tackel tapi tak ada patah tangan.
“Dia jawab ‘macam mana dorang buat?’ Haa tu nanti Ryan jumpa dan bertanyalah,” katanya.
Dalam pada itu, Rita juga berkongsi bahawa insiden yang melanda anak lelakinya ini membuatkan Rayyan kadang-kadang mengalami tekanan kerana tidak boleh menggunakan sebelah tangannya buat masa ini.
“Ryan kadang-kadang down…emosi tak tentu juga. Kadang-kadang dia ok cakap banyak. Kadang tak nak bercakap langsung. Depress sebab sebelah tangan je boleh guna.. susah untuk dia bergerak. Insyaallah… mommy selalu doa semoga dipermudahkan…” tulisnya.
Dalam hantaran yang sama juga, pemilik nama Rita Rudaini Mokhtar berterima kasih kepada barisan perubatan yang membantu anaknya sepanjang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.
“Terima kasih Dr Fairuz, doktor Pakar Bedah Ortopedik terbaik. Terima kasih kakak-kakak misi yang jaga Ryan, bersabar dengan dia yang payah makan ubat ontime sebab asyik tidur.
“Kakak-kakak dan abang-abang fisioterapi yang setiap minggu bantu Ryan,” luahnya.
Sementara itu, pelakon filem Mami Jarum itu sempat berseloroh lagi kepada Rayyan agar lekas sembuh agar dapat segera kembali ke sekolah dan bermain bola sepak.
“Cepat baik ya, nanti boleh pergi ke sekolah dan main bola lagi,” tulisnya.
Untuk rekod, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak kebanggsaan, Aidil Zafuan pada 2008, namun mereka bercerai pada September 2013.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin, 14, dan Airit Qaqa Arjuna, 12.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sering kali kita dengar rungutan, "Kenapa orang perempuan ni nampak penat sangat, padahal buat kerja yang sama dengan lelaki?" Jawapannya bukan pada tahap kerajinan,...