Ramai wanita cukup risau kulit kendur dan kusam apabila umur makin meningkat. Malah, kalau bercakap soal kecantikan, golongan wanitalah yang paling teruja. Apa sahaja produk yang tak dicuba jika iklannya menjanjikan kebaikan dan kesan terbaik.
Eh, siapa saja yang tak mahu nampak cantik kan? Ada orang kata, kalau nak kulit yang tegang dan sihat, kenalah rajin urut muka.
Cara ini dapat melancarkan perjalanan oksigen dan darah dalam kulit dan boleh menggalakkan penghasilan kolagen yang secara tidak langsung dapat mengekalkan keanjalan kulit biar pun usia sudah meningkat.
Cara urutan anda boleh mula dari dagu, tolak ke pipi naik ke atas. Lakukan langkah ini sebanyak lima kali di sebelah pagi dan ulang 15-20 kali waktu malam sebelum tidur.
Bahagian atas tulang pipi dan tariknya ke atas sehingga ke sisi dahi. Lakukan langkah ini lima kali di bahagian kiri dan lima kali lagi di bahagian kanan.
Ads
Beri tekanan pada setiap penjuru wajah. Contoh, kedua sisi dahi, belakang kedua telinga, kedua penjuru bibir, kedua penjuru mata dan kedua penjuru kening di tengah dahi.
Cara Lain Lebih Mudah
Haaa… jika anda tak rajin nak buat semua langkah urutan ini, boleh terus skip dan cari produk terpilih yang paling cepat dan ada bonus untuk awet muda.
Anda tak payah pening kepala nak fikir macam mana nak mula cara jaga wajah sebab setiap set penjagaan kulit ini didatangkan dengan pencuci wajah, penyegar dan pelembap.
Tetapi biasanya, produk yang mempunyai bahan kolagen, lebih menjadi pilihan kaum hawa. Masing-masing sudah tahu kebaikan dan tahap keberkesanannya.
Ads
Tak Nak Kulit Kendur dan Kusam, Kena Lah Berkawan Baik Dengan Kolagen
Sebenarnya kolagen memainkan peranan dalam menguatkan dan meningkatkan keanjalan serta penghidratan kulit walaupun ia juga penting untuk bahagian badan yang lain seperti otot, tulang, tendon, saluran darah dan sistem penghadaman.
Kolagen inilah yang akan memastikan kulit anda lebih pejal, lembap dan sihat, sambil mencegah kedutan dan kulit mengendur. Yang best, produk ini menyokong pembaharuan dan pembaikan sel kulit lalu menjadikannya bahan yang sangat penting dalam penjagaan kulit.
Berikutan kemenangan dalam anugerah Smartest Skincare Ingredients, Cellvia Global Networks memperkenalkan rangkaian premium produk berasaskan kolagen.
Ads
Cellvia Mythology Creation Ampoules dan Scalpia Plus Ampoules diperbuat daripada ekstrak kolagen berkualiti tinggi, bahan semulajadi dan proses teknologi terkini.
Pati kolagen, pati tisu kultur dari akar ginseng liar, lava air laut Jeju, pati tremella fuciformis (cendawan), idebenone, niacinamide dan pati buah-buahan hippophoe rhamnoides adalah antara komposisi bahan-bahan aktif yang terbukti dapat menggantikan sel-sel kulit yang rosak.
Kelebihan Produk Ini
Apa yang menarik, produk ini juga mampu memulihkan kesihatan kulit dengan ketara seperti memperbaiki teksturnya, mencegah dan meminimumkan kesan cela dan parut, meningkatkan keanjalan kulit serta menyuburkan kulit dengan mineral dan vitamin.
Hah, jangan tak tahu, Cellvia juga akan melancarkan lebih banyak produk pada tahun ini dengan pelbagai produk inovasi berkaitan kesihatan kulit, rambut, suplemen kesihatan dan penyelesaian pengurusan berat badan. Menarik, bukan? Jangan lupa cuba tau, kata nak awet muda dan cantik selalu walau usia makin bertambah!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hari ini Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.
Melihat kepada personaliti, beliau dianggap individu paling layak memegang portfolio orang nombor satu negara.
Walaupun sering dilihat agak serius setiap kali membuat pengumuman di kaca TV, sebenarnya beliau juga insan yang mudah didekati.
Sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan beliau juga dikatakan akan meluangkan masa untuk bersarapan pagi bersama isteri tersayang.
Selain itu dalam satu trivia melalui program Borak Kopitiam penghujung tahun lalu, Datuk Ismail Sabri memberitahu sisi peribadinya yang ramai tak tahu.
Suami kepada Datin Seri Muhaini Zainal Abidin dan juga bapa kepada empatcahayamata, Nina Sabrina, penyanyi Dafi, Nashriq dan Iqbal, Datuk Seri ismail Sabri juga cukup sporting ketika ditanya kedua penyampai berkenaan.
Ayuh, kita lihat Trivia Menarik Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob:
1. Menyukai durian Musang King berbanding Udang Merah
2. Memilih persalinan batik daripada suit
3. Memberitahu sepanjang waktu beliau paling produktif kecuali waktu tidur
4. Serangga paling ditakuti adalah ulat.
5. Beliau juga menyukai nasi Lemak berbanding roti canai.
6. Turut memilih helikopter berbanding kereta kebal.
7. Sebagai peminat kelab Chelsea, beliau menyukai Drogba sebagai penyerang.
Sekalung tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Ismail Sabri atas perlantikan sebagai Perdana Menteri ke sembilan. Moga terus berkhidmat untuk kesejahteraan rakyat.
Selepas tercetus varian Delta, Lambda beberapa bulan lalu, kini muncul pula varian terbaru Covid-19 iaitu Omicron.
Varian ini nyata menggemparkan seluruh dunia dan pertama kali dikesan di Afrika Selatan dan dikatakan memiliki gejala tidka jauh beza dengan virus lain.
Menurut Ketua Persatuan Perubatan Afrika Selatan, Dr Angelique Coetzee berkata, varian ini boleh merebak dengan lebih cepat berbanding varian lain seperti Delta.
Dr Angelique berkata, gejala umum yang boleh dialami pesakit adalah seperti keletihan dan sakit kepala namun ia hanya gejala ringan dan boleh dirawat di rumah.
“Pesakit mengadu mereka berasa letih selama satu atau dua hari. Gejala lain yang dihadapi adalah sakit kepala dan badan selain kerongkong.
“Mereka ini tidak mengalami batuk-batuk, tidak juga hilang deria bau dan rasa,” katanya ketika ditemu bual bersama BBC.
Gejala ini kata Dr Angelique menjelaskan bahawa simptom ditunjukkan varian ini tidak jauh beza dengan jangkitan virus normal.
Bagaimanapun kata Dr Angelique, meskipun tidak jauh beza dengan gejala Covid-19 yang lain tetapi apa membezakannya adalah ia memiliki tingkat mutasi lebih tinggi sehingga penularannya cepat meskipun dengan gejala ringan.
Dr Angelique Coetzee.
Dr Angelique merupakan salah seorang doktor yang merawat pesakit dengan varian ini di Afrika Selatan.
Kemunculan varian baharu ini telah mendorong sejumlah negara mengambil langkah cepat dengan menyekat kemasukan perjalanan dari dan ke negara-negara di kawasan Afrika selain Eropah, Amerika Syarikat dan Hong Kong.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula menyarankan agar setiap orang kembali patuh kepada protokol kesihatan seperti menjaga jarak satu meter, memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan.
Ini kerana sudah banyak negara seperti di Eropah dan Amerika Syarikat mula melonggarkan protokol itu.
Tidak hanya itu, WHO turut menyarankan agar meningkatkan ventilasi selain menghindari kawasan sesak selain segera mendapatkan vaksin.
Info Ekstra: Untuk virus COVID-Omicron baharu, terdapat: -Tiada batuk -Tak demam -Banyak sahaja: -Sakit sendi -Sakit kepala -Sakit leher -Sakit pinggang atas -Pneumonia – Tiada selera
– Dikatakan juga COVID-Omicron adalah 5 kali lebih toksik daripada Delta dan mempunyai kadar kematian yang lebih tinggi. – Ia mengambil sedikit masa untuk melampau, dan kadangkala tiada gejala. – Beberapa pesakit yang telah dirawat tidak mengalami demam atau sakit, tetapi melaporkan radang paru-paru dada ringan pada X-ray. – Ujian swab hidung biasanya negatif untuk COVID-Omicron, dan terdapat semakin banyak negatif palsu daripada ujian nasofaring. – Ini bermakna virus akan merebak dan merebak terus ke paru-paru, membawa kepada tekanan pernafasan akut yang disebabkan oleh radang paru-paru virus. – Ini menjelaskan mengapa ia menjadi tajam, ganas dan maut. – Sila berhati-hati, elakkan tempat yang sesak, jaga jarak 1.5m walaupun di tempat terbuka, pakai topeng dua lapis, pakai topeng, dan basuh tangan anda dengan kerap apabila semua orang asimtomatik (semasa batuk atau bersin).
Selain aktiviti kardio seperti jogging, berbasikal atau hiking, renang juga antara senaman yang paling sesuai dilakuka untuk membakar lemak.
Renang merupakan satu bentuk aktiviti kecergasan yang cukup hebat. Lihat sahajalah atlet-atlet renang yang memiliki bentuk badan cukup mantap dan kuat. Malah stamina yang dimiliki mereka juga luar biasa.
Bagi anda yang baru ingin berjinak-jinak dengan aktiviti renang, ayuh kita lihat kebaikan sukang renang yang ramai tak tahu.
Kebaikan Senaman Renang Untuk Kuatkan Otot
1. Tak Perlu Kos Tinggi
Seperti larian, melakukan aktiviti renang tidak memerlukan kos yang tinggi. Tidak kisahlah di mana anda berenang, sama ada di air terjun, tasik, atau kolam renang awam, anda tidak perlu berbelanja dengan tinggi untuk aktiviti ini. Sama juga seperti berenang, hanya terjun dalam kolam, dan berenang mengikut tempo yang sesuai dengan diri anda.
2. Bakar Kalori Dengan Cepat
Tahukah anda melakukan renangan selama kira-kira satu jam mampu membakar sebanyak 500 kalori. Ini kerana ketika berenang, anda menggunakan otot seluruh badan untuk melakukan aktiviti ini.
Senaman ini tidak perlu fokus kepada sesuatu bahagian tubuh, ia akan guna semua otot yang ada di badan. Kajian juga menunjukkan sukan berenang adalah sukan yang berisiko kecederaan sangat rendah berbanding sukan berlari, angkat berat dan lain-lain.
3. Paru-Paru Jadi Lebih Sihat
Aktiviti renang juga boleh membantu melatih dan meningkatkan prestasi paru-paru. Kena ingat, bukan badan sahaja yang perlukan senaman. Paru-paru juga perlukan senaman yang sesuai. Untuk buatkan paru-paru anda dapat senaman yang diperlukan, berenang adalah jawapannya.
Ini kerana apabila berenang, paru-paru anda perlu bekerja keras untuk menghantar oksigen yang mencukupi di seluruh badan. Ini membuatkan paru-paru anda lebih kuat serta tingkatkan sistem pernafasan.
4. Mampu Kawal Diabetes
Sukan ini juga mampu bantu pesakit diabetis. Ia bantu mengawal tahap glukosa darah dan sangat sesuai untuk pesakit diabetis tahap 2. Masa yang sama ia bantu kuatkan jantung yang mana penyakit ini seringkali memberi kesan pada jantung.
Jika senaman lain agak keras dan membuatkan pengamalnya stress, berenang adalah jawapannya. Sukan renang memberikan anda ketenangan kerana apabila berada dalam air, anda tidak akan dengar suara orang lain.
5. Mental Jadi Lebih Sihat
Seperti yang dinyatakan tadi, sukan renang bantu anda untuk lebih tenang. Tiada suara orang menjerit anda akan dengar, kerana di dalam air, ia lebih tumpat daripada permukaan kerana terdapat udara.
Setiap strok renangan yang anda buat, pasti akan bantu otak anda melepaskan segala stress yang pernah anda hadapi. Ia juga dikenali sebagai salah satu bentuk meditasi dalam air.