Kemenangan Marsha Milan dalam Anugerah Muzik-Muzik ke 36 baru-baru ini sangat mengejutkan ramai.
Ternyata 16 tahun berkecimpung dalam bidang seni, malam kelmarin antara pencapaian terbaik penyanyi yang dibesarkan di Sabah ini.
Melihat pada persembahan pada malam itu ternyata penampilan Marsha cukup bertenaga, fit dan memukau untuk membawakan lagu Cinta ciptaaan sepenuhnya oleh pasangan Stacy Anam dan Akim Ahmad.
Ditanya apa rahsia kecantikan pemilik nama Marsha Milan Londoh ini, mengakui
jarang mengalami masalah kulit breakout.
“Saya jarang mengalami kulit break-out. Sejak berusia 30an ini kulit saya menjadi kering. Mungkin sebab iti jerawat susah nak tumbuh.
“Tapi bila kulit wajah saya terlalu kering, saya perlukan produk yang boleh membantu melembapkan kulit – Super extra moist,” kata wanita yang lahir pada 6 Disember 1985 di Michigan, Amerika Syarikat.
Walaupun begitu sebagai seorang selebriti, Marsha akur perlu menjaga kecantikan diri seperti wanita lain.
“Menjadi rutin harian saya melakukan facial setiap bulan atau sekali dua bulan bagi memastikan kulit wajah sentiasa terjaga.
“Selain itu kita juga perlu kenal kulit untuk tahu produk mana yang sesuai digunakan.
“Jika berada di luar rumah pula Marsha akan pastikan wajib memakai pelindung tabir suria,” ujarnya yang turut mengambil suplemen bersesuaian.
Selain itu, pelakon drama Rindu Separuh Nyawa ini juga sangat menjaga kesihatannya.
Kurangkan Pengambilan Makanan Segera
Dia memberitahu kurang mengambil air minuman manis sebaliknnya memastikan minum 1 liter air putih setiap hari.
Ads
“Marsha juga akan melebihkan pengambilan sayuran dan makanan sihat lain serta mengurangkan makanan segera.
“Untuk kekal fit dan bertenaga, Marsha juga akan pastikan tidur cukup dan turut
meluang masa melakukan yoga minimum dua kali seminggu di rumah selama satu jam,” tambahnya yang ada sesekali berat badan naik kerana di rumah menyediakan makanan sedap.
Namun Marsha akan cuba kontrol pengambilan makanan bersesuaian agar tidak memberi masalah terutama pada saiz pakaian setiap kali mengadakan persembahan.
Selain itu, wanita yang berusia 36 tahun ini yang berketurunan Kadazan-Dusun juga berbakat dalam dunia pengacaraan dan sering menjadi pilihan produksi sebagai pengacara sesebuah program.
Antara program televisyen yang mendapatkan perkhidmatan Marsha sebagai pengacara adalah progam Pesona Pengantin dan Teroka Lokal.
Ads
Kini Marsha semakin bahagia bersama suaminya usahawan yang berasal dari Pulau Pinang, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail. Pasangan sama cantik sama padan ini telah mendirikan rumah tangga pada 2015.
Masuknya bulan puasa bukan alasan untuk kita tidak melakukan aktiviti sihat. Walaupun hanya berjalan kaki sekitar taman untuk tempoh tertentu, ia juga sudah memadai untuk kekal sihat.
Namun anda juga tidak boleh sesuka hati melakukan senaman seperti kebiasaannya. Sentiasa perhatikan masa dan aktiviti senaman semasa dibulan puasa agar senaman anda tidak menganggu puasa anda.
Lagi satu jika melakukan senaman dengan perut kosong dan dahaga akan menyebabkan anda mudah penat, alami pening dan semput hingga sebabkan dehidrasi
Waktu yang paling sesuai untuk melakukan antiviti senaman semuanya tergantung dengan kemampuan diri sendiri.
Sekiranya anda tidak rasa penat semasa melakukan senaman di bulan puasa. Ia tidak akan menimbulkan sebarang masalah pada anda. Setiap keupayaan seseorang tidak sama.
Dicadangkan 3 waktu yang paling sesuai untuk anda bersenam di bulan puasa adalah seperti berikut.
1. Sebelum Waktu Berbuka
Anda boleh saja melakukan senaman sebelum masuk waktunya berbuka puasa. Ini kerana, anda boleh makan supaya membakar lemak dalam purata yang banyak. Sudah pasti ia memberikan keuntungan bagi anda yang ingin mengurangkan berat badan semasa berpuasa.
Bersenam semasa perut dalam keadaan kosong juga boleh membantu anda menyingkirkan lemak yang berlebihan dengan banyak. Sebaik saja selesai bersenam, anda juga boleh berbuka puasa bila masuk waktunya dan makan bagi mengantikan tenaga yang telah hilang.
Harus di ingatkan, jangan sesekali anda memaksa diri anda untuk melakukan senaman secara berlebihan agar boleh menurunkan banyak lagi berat badan. Semasa anda dalam proses berpuasa, anda akan mempunyai kadar tenaga yang sangat sedikit dan anda harus membatasi supaya tidak melebihi 60 minit.
2. Selepas Waktu Berbuka
Waktu ini merupakan waktu yang sangat sesuai bagi melakukan senaman di bulan puasa dan anda boleh lakukan selepas 3 jam berbuka puasa. Biarkan makanan yang dimakan selesai dicerna dan mendapatkan semula tenaga untuk melakukan senaman.
Sebaik saja perut anda sudah kembali terisi, anda boleh saja melakukan senaman yang anda inginkan kerana anda sudah mempunyai tenaga yang mencukupi. Tidak kiralah dari aktiviti yang berat ataupun ringan.
3. Selepas Waktu Bersahur
Sebaik saja selesai bersahur, anda juga boleh melakukan senaman. malah tubuh badan anda juga telah mempunyai tenaga dari makanan yang telah anda makan semasa bersahur. Sebaiknya anda melakukan senaman yang ringan sahaja. Supaya kesegaran tubuh badan anda akan sentiasa terjaga walaupun semasa berpuasa.
Paling penting anda harus menyediakan tenaga bagi melakukan aktiviti yang seterusnya sehingga waktu berbuka puasa. Sebaik-baiknya anda jangan melakukan senaman yang terlalu berat pada waktu ini.
Ada beberapa perkara perlu kita ambil tahu untuk sentiasa kekal cergas sepanjang bulan Ramadan ini.
Tidaklah kita asyik ulang tidur saja dek kerana keletihan kerana tidak bertenaga. Kongsi tip kekal cergas dari Coach Fadillah yang turut dikongsi oleh PU Amin.
1. Jaga pengambilan air antara lepas berbuka sehingga waktu sahur. Kalau boleh sentiasa minum air yang mencukupi agar kita kekal hidrat.
2. Elakkan juga makan berlebihan terutamanya ketika berbuka puasa. Kalau boleh berbuka dahulu dengan kurma, kemudian dirikan solat dulu sebelum ambil makanan berat.
3. Kurangkan juga pengambilan garam dan caffeine supaya pada waktu tengah hari tidak terlalu dahaga yang teramat sangat.
4. Tidur awal supaya boleh buat persediaan tenaga untuk bersahur nanti. Tidur yang cukup penting untuk memastikan kita kekal segar dan cergas sepanjang berpuasa.
5. Digalakkan pengambilan makanan secara sihat dan clean. Kalau boleh lengkapkan pengambilan karbo, protein dan juga serat iaitu sayuran & buah-buahan.
Apa yag penting sentiasa jaga kesihatan supaya kita dapat menjalanu ibadah puasa dengan penuh cergas dan gembira.
Selain pelitup muka, penggunaan hand sanitizer penting bagi memastikan kita dapat mengelak penyebaran virus Covid-19.
Dan biasanya kita akan membeli dalam bekas besar sebagai stok simpanan di rumah.
Namun tahukah kita hand sanitizer ini juga ada tarikh lúput yang kita perlu tahu. Penggunaannya tidak lagi berkesan untuk membunuh kuman.
Malah jika terlihat seperti ada tompokan (kulat dan bakteria) boleH terus buang saja hand sanitizer berkenaan.
Perkongsian Public Health Malaysia memberitahu mengenai perkara ini dengan mengingatkan kita semua agar sentiasa memeriksa tarikh luput sesuatu produk berkenaan.
Perhatian kepada mereka yang masih menggunakan hand sanitizer yang dibeli semasa awal pandemik.
Min nak kongsikan sesuatu yang penting. Pastinya ada yang beli dan tidak habis-habis lagi sejak tahun lepas. Hand sanitizer ada tarikh luput. Boleh semak tarikh luput.
Ia mungkin kurang atau tidak lagi berkesan jika sudah sampai tarikh luput. Kandungan alkohol mungkin sudah tidak lagi mencukupi kerana ia telah meruap.
Jika ia berkulat atau bertompok, ia mungkin sudah tidak lagi berkesan untuk membunuh kuman. Semoga membantu.