Semakin ramai memilih untuk menggunakan Green Tea, bukan hanya membantu turunkan berat badan tetapi ada banyak kelebihannya untuk kecantikan kulit yang mungkin anda langsung tak pernah tahu.
Kalau biasanya Green Tea diamalkan dengan cara minum, kali ini anda boleh ketahui macam mana bahan ini cukup membantu jadikan kulit sihat hanya dengan set pejagaan wajah. Jom ketahui kelebihan Green Tea dulu:
1. Tona Warna Kulit Sekata
Inilah masalah yang sering dialami oleh wanita masa kini. Bila selalu berjemur dan melakukan aktiviti luar, tona kulit jadi tidak sekata dan kusam.
Kandungan pelbagai jenis vitamin baik di dalam Green Tea berupaya menjadikan kulit lebih sekata. Jadi tak perlu lah anda tutup dengan bedak asas setiap kali nak keluar rumah.
2. Kurangkan Pertumbuhan Jerawat
Hilang mood nak bersiap kalau tetiba nampak jerawat sebiji di muka. Tetapi jangan risau sebab kandungan polifenol dalam Green Tea bertindak sebagai bahan antioksidan, anti inflamasi dan anti mikroba yang boleh bantu pertumbuhan jerawat.
3. Lindungi Kulit dari Sinar UV
Meskipun GreenTea bukan pengganti kepada pelindung matahari seperti Sunscreen mahupun Sunblock, tetapi ia tetap memberikan perlindungan tambahan tau! Ini disebabkan Green Tea bertindak untuk menangani kerosakan sel sambil menguatkan kulit.
Ads
4. Lambatkan Proses Penuaan
Ya, semua orang akan tua bila sampai waktunya. Tetapi tak salah jika kita cuba melambatkan proses penuaan kulit.
Jadi mulakan dari awal amalkan produk berunsurkan Green Tea sebab kandungan antioksidan yang ada di dalamnya boleh melindungi sel-sel kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas yang boleh menyebabkan penuaan kulit.
5. Tiada Lagi Kulit Wajah Berminyak
Ada sesetengah orang ‘berperang’ dengan masalah wajah berminyak. Ini sangat mengganggu, sebab wajah yang berminyak akan membuatkan wajah cepat ada masalah jerawat.
Penggunaan Green Tea sangat sesuai untuk wajah berminyak. Sebab kandungan teh hijau membantu kontrol minyak berlebihan pada wajah, mengecilkan pori-pori dan mengurangi sebum. Paling penting ia membantu mengekalkan kelembapan kulit.
Ads
Nampak tak, keistimewaan Green Tea untuk kulit? Jadi, eloklah anda pilih produk yang mengandungi ekstrak teh hijau.
Pilihan terbaik, mestilah rangkaian produk Green Tea Hyaluronic dari Innisfree!
Serum
Kalau tengok serum Innisfree atau dikenali sebagai Green Tea Seed Hyaluronic Serum adalah antara yang terlaris di pasaran. Ini dikira item wajib ada bagi anda yang betul-betul menjaga kecantikan dan kesihatan kulit muka.
Ads
Kelebihan Patut Anda Tahu
Apa yang menarik, serum Innisfree kini telah diperbaharui formulanya. Diselit teh hijau yang ditanam khas untuk kegunaan kulit dan turut menggunakan 5 jenis asid hyaluronic yang berfungsi menghidrat dan melembapkan.
Serum ini juga boleh digunakan terus selepas pembersih muka yang mana kulit akan jadi lebih lembap dan ‘toink-toink’.
Dengan rumusan asid hyaluronic Baharu berkapsul nano, ini mampu menyerap lebih pantas dan pelembapan lebih lama untuk memberikan kesan glowing dan gebu.
Selain serum dan pencuci muka, Innisfree turut mengeluarkan produk lain di bawah rangkaian Green Tea Hyaluronic antaranya Green Tea Hyaluronic Skin, Green Tea Hyaluronic Lotion, Green Tea Seed Hyaluronic Cream, Green Tea Seeed Hyaluronic Eye and Face Ball dan Green Tea Hyaluronic Mist.
Owh ya, lebih menarik INNISFREE kini hadir dalam rupa baru, pembungkusan yang lebih ringkas dan ‘eco friendly’. Jika sudah terbukti berkesan pada kulit orang lain, apa salahnya melabur untuk kecantikan kulit sendiri pula kan? Jom lah, sama-sama cantik!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Manis dengan senyuman, pelakon Uqasha Senrose memilih untuk ‘setia’ fokus jaga anaknya dengan mengurangkan masa untuk keluar dengan kawan-kawan.
Uqasha Senrose Bergaya Walau Dah Jadi Ibu
Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 32, berkata, bukan mudah untuk keluar berdua bersama bayi lebih-lebih lagi tanpa ditemani suami atau pembantu.
“Masya-Allah ‘struggle’ betul nak keluar dengan anak seorang diri.
“Disebabkan itu bila orang ajak keluar selalu fikir berjuta kali,” katanya menerusi Instagram Story.
Makan Masa Nak Bersiap
Tidak hanya itu, pelakon filem Sumpahan Jerunei itu juga memerlukan lebih banyak masa untuk bersiap sebelum keluar rumah.
Akui isteri kepada Kamal Adli itu, persediaan lebih kepada keperluan permata hatinya, Hawra Uqaira sehingga perlu membawa dua beg hanya untuk barang si kecil.
“Ini saya kuatkan diri juga perlahan-lahan siapkan Uqaira kemudian bersiap untuk diri sendiri.
“Masuk kereta dah mengah (penat). Mana nak bawa barang anak, beg dia sahaja dah dua, tak masuk lagi beg tangan saya.
“Penat sangat tapi berjaya keluar dengan anak,” ujarnya.
Berkongsi Tip Cantik
1. Minum air kosong 3 liter sehari
“Bagi diri saya sendiri, saya minum air kosong yang cukup pasti menjadi kewajipan setiap hari. Amalan saya ini menjadikan kulit saya sentiasa lembab dan tiada masalah kulit atau rambut kering.”
2. Makan epal hijau & pisang setiap hari
“Nak kulit cantik kena amalkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Setiap hari saya pasti makan epal hijau dan pisang. Bukan sahaja baik untuk kesihatan kulit malah ia menjadikan saya sentiasa bertenaga sepanjang hari.”
3. Gunakan pembersih wajah yang sesuai
“Paling penting, saya akan pastikan untuk membersihkan wajah setiap hari dengan menggunakan pembersih wajah yang sesuai. Itu antara rahsia untuk kulit wajah mulus dan bersih.”
Uqasha mendirikan rumah tangga dengan pelakon Kamal Adli pada 5 November 2021 dan dikurniakan Hawra Uqaira yang dilahirkan pada 27 April lalu.
Jangan dibiar tumit merekah tanpa sebarang krim atau usaha untuk hilangkan, nanti makin teruk dan boleh buat anda rasa kurang yakin nak buka kasut depan orang ramai.
Ketika memakai kasut, masalah ini mungkin tidak begitu serius tetapi rasa tidak selesa akan timbul apabila kasut atau stoking dibuka.
Hilangkan Tumit Merekah
Rekahan di tumit berpunca daripada kulit kering dan menebal yang dikenali sebagai ‘callouse’.
Sewaktu anda berjalan, lapisan lemak di bawah tumit akan mengembang dan menyebabkan masalah menjadi bertambah serius.
Faktor-faktor lain yang menjadi punca rekahan termasuklah sering berdiri terlalu lama, berjalan tanpa alas atau kasut dan penggunaan sabun yang mengeringkan kulit.
Buat Losyen Sendiri
Rawatan yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini adalah dengan menggunakan losyen badan atau pelembab yang dikhususkan untuk kawasan tumit.
Bagi mereka yang kurang percaya dengan produk dijual di pasaran, anda boleh membuat sendiri ‘losyen’ di rumah.
Dikongsikan oleh Zuriaty_Musa di TikTok, wanita ini mencampurkan tiga bahan mudah diperolehi iaitu gel aloe vera, vitamin E dan minyak zaitun di dalam bekas.
Bahan tersebut perlu dikacau sebati, sererusnya disapu setiap hari terutama pada waktu malam secara konsisten bagi menghilangkan rekahan pada tumit kaki.
Bantu Lembapkan Kulit
Menurut Zuriaty, kandungan trigliserida dalam minyak zaitun dapat memberikan kelembapan lebih lama pada kulit.
Selain itu, kandungan vitamin A dan E dalam lidah buaya juga bersifat antioksida dan anti inflamasi boleh membantu merawat masalah ini.
Hah, kalau rajin buat secara konsisten, hilanglah masalah tumit merekah. Jangan lupa cuba, ya!
Sungguh jelita aura ibu mengandung, pelakon, Natasha Hudson berkongsi khabar gembira mengenai dirinya yang kini sedang hamil cahaya mata keempat hasil perkahwinan bersama suaminya, Muhammad Harits Jasmin atau lebih dikenali sebagai Jay Jasmin.
Orangnya pun memang jenis rajin jaga kulit wajah, tak lokek berkongsi tip cantikkan kulit wajah di instagram miliknya. Jadi tak pelik jika ibu hamil ini nampak berseri tanpa mekap.
Semak Bahan Skincare Yang Sesuai
Bila hamil, ada beberapa bahan dalam produk penjagaan wajah yang berbahaya untuk ibu dan anak dalam kandungan. Jadi golongan ibu mengandung kena semak semula bahan-bahan yang ada dalam skincare yang dipakai.
Sebab itulah, ada wanita yang berhenti memakai alat solek ketika hamil. Tengok kulit Nastasha pula, kelihatan cantik tanpa cela. Pastinya dengan kegiatan aktif ‘manja’ dalam sukan luncur memberikan kesan yang bagus pada kulit dan kesihatannya.
Seperti yang dikongsi menerusi portal Hello Doktor, kalau anda merupakan individu yang aktif bersukan, sihat dan tidak berdepan sebarang komplikasi kehamilan, tiada sebarang masalah untuk meneruskannya seperti biasa melainkan ia harus dielakkan semasa kehamilan.
Natasha Hudson Kongsi Foto ‘Babybump’
Terkini, Natasha menerusi hantaran di Instagram dilihat memuatnaik foto babybump kehamilannya yang kini sudah memasuki trimester kedua.
Aktif Dalam Sukan Luncur Air
Dek kerana minatnya dalam aktiviti ini, pelakon filem Chermin tetap aktif dalam sukan luncur air (surfing) biarpun sedang hamil.
“Saya letakkan semua tekanan pada dada saya lebih daripada perut saya. Ianya sangat terapiutik dan menenangkan. Saya sangat aktif dengan ketiga-tiga anak saya. Saya mahu kekal kuat dan cergas sehingga saya melahirkan,” kongsi Natasha lagi.
Sekadar info, Natasha Hudson dan Jay Jasmin mendirikan rumah tangga pada 28 Mac tahun lalu dalam satu majlis yang berlangsung dengan sederhana yang dihadiri ahli keluarga dan kawan rapat di Masjid Al Umm, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Natasha juga mempunyai tiga cahaya mata perempuan menerusi perkahwinan terdahulu iaitu Neesa Helena, Naeema Kalila dan Faatimah.