
Penyanyi popular antarabangsa, Katy Perry mempunyai lima rahsia kecantikan yang boleh anda amalkan setiap hari di rumah.
Sebenarnya nak kekal cantik tak semestinya mengeluarkan wang yang banyak dan tanpa bajet yang mahal, anda boleh maintain awet muda dan sihat.
Rahsia Cantik Katy Perry Di Rumah, Amal Teh Hijau Itu Salah Satu
Ini Rapi ringkaskan amalan Katy Perry dalam harian hidupnya:
- Amalkan pengambilan teh hijau dengan kerap.
- Ambil vitamin D atau berjemur selama 10-15 minit di bawah sinar matahari pagi,
- Sapukan minyak pembersih sebelum memakai alat solek dan sebelum tidur.
- Menggunakan minyak wangi berbau vanila.
- Lakukan rawatan akupunktur setiap dua minggu.
Berikut ialah potret cantik penyanyi-penulis lagu berusia 38 tahun ini.
Selama bertahun-tahun, Katy telah mengamalkan petua semula jadi untuk memastikan dia sihat dan cantik. Dia beralih daripada kopi kepada teh hijau – alternatif yang lebih sihat.
Dua kali seminggu dia mendapat akupunktur untuk membantu lututnya yang lesu. Malah dia juga akan merawat cela di wajah dengan ais dan titisan mata, yang menghilangkan merah.
Dan dia berhenti minum alkohol. “Badan tidak boleh menerimanya. Fikiran tidak boleh menerimanya, tak boleh nak fokus,” kata Katy.
Kredit Foto: IG Katy Perry
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selain Bantu Masalah Anemia & Pencernaan. Ini Rupanya Khasiat Lain Garam Hitam Untuk Kesihatan!

Isi Kandungan
ToggleSelalunya kita hanya guna garam putih untuk menambah perasa dalam setiap masakan. Tak lengkap jika tidak diletakkan walaupun dalam kuantiti yang sedikit.
Tetapi apa pula fungsi garam hitam untuk kesihatan. Ramai yang tak tahu khasiatnya dan ini rupanya antara manfaat boleh kita peroleh, terutama bagi merawat begok dan sesiapa yang alami anemia.
1. Membantu Masalah Pencernaan
Jika anda sering mengalami masalah ketidakselesaan pada perut, anda boleh mengamalkan pengambilan garam hitam ini.
Ini kerana garam hitam mengandungi sebatian sulfur yang mampu membantu menyelesaikan masalah itu.
Garam hitam ini akan bertindak sebagai perangsang pencernaan yang mengimbangi pengeluaran asid di dalam perut, mengurangkan komplikasi pencernaan, dan mencegah ulser.
2. Merawat Begok
Garam hitam mengandungi sodium iaitu zat yang bertindak aktif dalam mengurangkan dan merawat begok.
3. Mengawal Tekanan Darah
Garam hitam berbeza daripada garam biasa dari segi nutrisinya. Garam hitam memiliki kandungan natrium yang rendah di mana ia mampu mengawal masalah tekanan darah seseorang.
4. Mengubati Anemia
Kepada anda yang menghidapi anemia, boleh gantikan garam biasa kepada garam hitam. Ini disebabkan garam hitam mengandungi zat besi yang tinggi. Justeru dapat merawat penyakit anemia.
5. Melegakan Ketegangan Otot
Anda boleh mengunakan garam hitam ini ketika mengalami ketegangan otot.
Kandungan kalium dalam garam hitam dapat mengekalkan elektrolit dalam badan. Justeru. Ia dapat melegakan ketegangan otot yang kebiasaannya disebabkan oleh ketidakseimbangan mineral dalam badan.
Artikel Berkaitan:
Cuba 15 Cara Ini Untuk Jadi Lebih Sihat & Awet Muda. Salah Satunya Rajin Join Reunion!
Bahaya ‘Sleep’ Debt’, Doktor Ini Jelaskan Kesannya Boleh Akibatkan Kemalangan & Risiko Penyakit
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
3 Hari Mata Alami Bengkak & Gatal Teruk, Gadis Menyesal Pakai Contact Lens Murah

Isi Kandungan
ToggleMenjadi trend sekarang penggunaan kaca mata digantikan dengan pemakaian contact lens aatau kanta lekap untuk kelihatan lebih trendy dan bergaya.
Permintaan yang semakin banyak ini menyebabkan ada antara kanta lekap yang dijual tidak berkualiti hingga boleh merosakkan pancaindera yang satu ini.
Seperti perkongsian dalam satu video TikTok seorang gadis Fazieha memberitahu pengalaman nikmat penglihatan yang ditarik sekejap.
Menurutnya dia mengalami masalah apabila diserang rasa gatal teruk yang teruk serta mula bengkak selama 3 hari sebelum bertemu doktor untuk rawatan.
Dan setelah mendapatkan rawatan, barulah tahu masalah ini berpunca daripapada pemakaian kanta lekap yang tidak berkualiti.
Menurutnya dia mengakui telah membeli produk tidak berjenama dengan harga murah iaitu hanya RM19 sahaja.
Namun akhirnya dia menyesal kerana membeli disebabkan ajakan rakannya itu setelah berdepan masalah ini.
Malah dalam video berdurasi dua minit itu juga dia turut menasihati wanita di luar sana agar tidak terpengaruh dengan memberi kanta lekap sebarangan di pasaran.
@missfazfazzyPerempuan yang selalu pakai contact lens!!! Pleass tengok 😱😱😭😭 ##contactlens ##info ##tiktokguru♬ bunyi asal – Faz Fazieha
Doktor juga turut menasihati dia banyak kali supaya tidak memakai sebarang kanta lekap murah dan yang tidak ada jenama.
Dan sebaik muat naik video ini, ramai juga yang turut berkongsi pengalaman sama seperti dirinya.
Malah kebanyakan turut menasihat supaya tidak membeli kanta lekap di tempat tida sepatutnya dan hanya membelinya di kedai optometrik yang mempunyai jaminan.
Beli dekat optical kerana terjaga kebersihannya
Doktor pesan elak beli dari online
Artikel Berkaitan:
Ambil Masa 2 Bulan, Gadis Ini Kongsi Cara Guna Apple Cider Untuk Cerahkan Ketiak
Berjaya Lenyapkan 7 Kg, Wanita Ini Kongsi 30+ Menu Diet Suku Suku Separuh Diamalkan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Virus Herpes Kekal Dalam Badan Penghidap Seumur Hidup. Boleh Rawat Tapi Tak Boleh Sembuh!

Baru-baru ini seorang penyanyi lelaki telah diserang kudis herpes di kawasan bibir hingga menyebabkan dia sukat untuk menynyi, makan dan bercakap.
Rupanya sudan lama dia menghidap masalah ini dan turut menerima penyakit sama juga adalah kakaknya.
Penyakit ini bagaimanapun tidak kerap menyerangnya jika dia makan ubat antibiotik sehingga habis dan mengelakkan tekanan.
Dalam satu artikel di Harian Metro Pengamal Perubatan Seksual dan Reproduktif U.n.i Klinik TTDI Dr Ahmad Ramdan Zainordin memberitahu lebih lanjut mengenai penyakit ini yang disangka hanya menyerang alat kelamin.
Dr Ahmad Ramdan berkata, kudis herpes ialah jangkitan kulit disebabkan jangkitan virus Herpes atau Herpes Simplex Virus (HSV).
Menurut Dr Ahmad Ramdan, ada dua jenis virus herpes yang menyebabkan kudis herpes iaitu Herpes Simplex Virus jenis 1 (HSV-1) dan Herpes Simplex Virus jenis 2 (HSV-2).
“HSV-1 lebih kerap membabitkan jangkitan pada mulut dan bibir, tetapi ia juga boleh menjangkiti alat kelamin sebagai penyakit kelamin.
“Manakala HSV-2 lebih khusus membabitkan jangkitan pada alat kelamin.
“Kebanyakan pesakit yang dijangkiti herpes tidak bergejala, malah mereka tidak pernah mengetahui dijangkiti,” katanya.
Dr Ahmad Ramdan berkata, gejala herpes yang jelas adalah seperti ruam, lepuhan, gelembung air yang pedih dan ulser.
Kata Dr Ahmad Ramdan, gejala ini boleh berlaku dalam mulut, bibir atau alat kelamin. Individu yang dijangkiti turut mengalami demam, badan lesu dan bengkak kelenjar limfa.
“Jangkitan herpes berlaku melalui sentuhan secara langsung dan kontak kelamin melalui aktiviti seksual. Contoh sentuhan secara langsung ialah ciuman, aktiviti kelamin seperti seks oral, vagina dan dubur.
“Malah, geselan antara alat kelamin juga berisiko dijangkiti herpes, meskipun tanpa penetrasi. Herpes tidak berjangkit melalui peralatan seperti sudu, cawan, tuala dan lain-lain,” katanya.
Ditanya mengenai individu berisiko dijangkiti virus herpes, Dr Ahmad Ramdan berkata, sesiapa sahaja berisiko menghidap penyakit berkenaan.
“Malah, bayi juga boleh dijangkiti herpes jika bayi itu lahir daripada ibu yang dijangkiti herpes pada alat kelamin.
“Oleh kerana kebanyakan individu yang dijangkiti herpes tidak bergejala, ini tidak bermakna mereka tidak boleh menjangkiti orang lain.
“Herpes masih boleh menjangkiti orang lain kerana virus ini terus membiak (viral shedding) meskipun tidak bergejala,” katanya.
Dr Ahmad Ramdan berkata, penyakit herpes boleh dirawat, tetapi tidak boleh disembuhkan.
Ini kerana, virus itu akan kekal dalam badan seseorang yang dijangkiti seumur hidup.
Katanya lagi, tidak semua yang dijangkiti herpes mengalami gejala kudis herpes.
“Jika mereka bergejala, ubat antiviral akan diberi untuk mengurangkan rasa sakit dan memendekkan tempoh gejala.
“Kebanyakan pesakit hilang gejala dengan cepat jika rawatan diberi awal sebaik sahaja gejala bermula.
“Tetapi, jika gejala kembali muncul dengan kerap, rawatan antiviral akan diberi untuk masa yang lebih lama,” katanya.
Dr Ahmad Ramdan berkata, oleh kerana penyakit ini sepanjang hayat, tidak mustahil ada pesakit bimbang mengenai bahaya jangkitan itu.
“Jangkitan herpes tidak membawa maut atau menyebabkan masalah kesihatan lain yang serius.
“Namun, gejala jangkitan ini boleh mengganggu kehidupan seharian kerana kudis mencetuskan kesakitan dan rasa pedih,” katanya lagi memberitahu kudis herpes ini boleh dirawat dengan pemberian ubat antiviral, bukan antibiotik.
Artikel Berkaitan:
Waspada Bila Sakit Kepala Lebih 5 Hari. Doktor Terangkan Jenis Kategori & Cara Rawatan Terbaik!
Setahun Tiada Selera Makan & Pernah Tumpah Darah. Pengalaman Elyana 10 Tahun Hidap Kanser!
Kongsi 30 Menu Sihat Diambil Sepanjang Diet. Hasilnya Lenyap 24KG Dalam Masa 10 Bulan!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI