Melakukan rutin penjagaan wajah yang betul memang sangat dititik beratkan bagi seorang wanita.
Dimulakan dengan membersihkan wajah, mengenakan toner, meletakkan moisturizer atau pelembap dan akhir sekali penggunaan sunscreen.
Lambakan produk seperti moisturizer menjadikan anda buntuk memilih mana yang terbaik. Tidak kira apa jenis kulit wajah pemakaiannya, pelembap ini penting bagi melindungi kulit anda dan juga mengatasi masalah yang dihadapi.
Malah penggunaan pelembap yang betul juga dapat membantu mengawal penghasilan minyak dan sebum berlebihan pada kulit wajah.
Di sini senarai beberapa jenis pelembap untuk mengatasi kulit berminyak.
1. Aiken Tea Tree
Pelembap ini memberi bauan dari minyak pokok teh dan mudah meresap ke dalam kulit anda. Ia membantu mengawal minyak dan memastikan kulit muka anda dalam pH yang sepatutnya dan yang lebih menarik ia tidak mengeringkan kulit.
Selepas beberapa kali penggunaan, anda akan merasakan kulit terasa lebih ringan, bebas jerawat dan kekal segar walaupun setelah seharian berada di luar.
Krim pelembap yang mengandungi perlindungan UV tambahan iaitu SPF20, berkesan dalam melindungi kulit daripada cahaya yang merbahaya. Ia turut membantu memberi kesempurnaan kepada kulit wajah yang mempunyai masalah seperti garis penuaan, kulit berminyak, kusam dan tidak sekata.
Produk dari Korea ini mengandungi 99% ekstrak Aloe Vera dari Kepulauan Jeju di dalam gelnya untuk melindungi kulit daripada radikal bebas dan sinaran UV. Ianya dapat memberi kelegaan dan selesa sepanjang hari buat kulit anda. Pelembap ini juga dapat mengekalkan lembapan dan hidrasi tanpa membuatkan kulit anda bertambah kering.
Diperkaya dengan 7 bahan semulajadi seperti ekstrak Barley Grass dan Deep Sea Water, kulit anda akan kelihatan bersinar dan bermaya. Walaupun bertekstur gel, pelembap ini jenis tidak melekit.
Himalaya Herbals Oil-Free Radiance Gel Krim adalah krim gel ringan dan tidak berminyak, ia sesuai untuk digunakan setiap hari agar kulit kekal licin. Diperkaya dengan ramuan istimewa yang memberi tiga manfaat penting iaitu menyerap dengan pantas ke dalam lapisan kulit, menghidrat serta membuatkan kulit bertambah licin dan sempurna.
Pelembap dengan tekstur gel memberikan penghidratan yang tahan lama untuk wajah anada. Mengandungi arbutin yang membantu meringankan nada kulit dan bintik-bintik gelap bagi memberikan kulit yang lebih licin. Tambahan dengan Vitamin C untuk memulihkan kembali penampilan kulit kusam yang disebabkan oleh sinaran UV.
Walaupun kita boleh menikmati kopi segera 3 dalam 1, tetapi masih ada lagi yang masih suka menikmati kopi yang dikisar sendiri kerana rasa dan keharuman kopi itu sendiri.
Sebenarnya selepas membuat air kopi, hampasnya janganlah dibuang kerana mempunyai banyak kegunaan.
Bukan sahaja untuk bantuan tanaman, tetapi hampas kopi juga boleh membantu untuk mendapatkan kulit yang licin dan lembut.
Perkongsian Suhaili Baharuddin memberitahu kegunaan hampas kopi yang boleh dibuat masker untuk menghaluskan wajah.
Buat Skrub Dari Hampas
Hampas kopi jangan dibuang. Ada banyak manfaat kita boleh gunakan dan konsepnya janganlah membazir.
Mula-mula kita belajar dulu beza kopi kampung dan kopi yang digrind dari kedai atau cafe.
Kopi kampung – kopi yang selalu kita minum dirumah atau kedai biasa atau mamak tu. Ia diproses dengan dipanggang sampai legam dan dicampurkan pula dengan marjerin, gula dan bahan-bahan lain untuk rasa umphhh.
Jadikan sebagai aroma bilik tidur. Wangi terukkk bilik okey. Ia juga boleh bertindak sebagai deodorize kalau bilik bau kepam tu. Oh boleh letak dalam kereta juga. Sungguh fresh bau nya. Elakkan letak pewangi dalam bilik contohnya fragrance oil. Tu semua sintetik dan tak menyihatkan pun. Bayangkan kita dan anak-anak menyedut bauan sintetik setiap hari?
Kopi grind – Ini biasanya di cafe-cafe yang kita tengok ada mesin gedabak canggih tekan suis tretttt keluar kopi tu. Ia tak dicampur dengan bahan-bahan lain. Memang solid biji kopi tu saja yang dipanggang. Kira pure beans la ni. Dah tentu ia lebih sihat.
Kopi 3 Kali Seminggu
Selalunya cafe-cafe ni akan buang hampasnya, tapi kalau kita berani dan tak segan boleh aje minta dari mereka. Masa aku minta dari cafe Zus minggu lepas, memang aku jumpa terus managernya dan explain.
Ini contoh packaging hampas kopi dari starbucks. Ada cawangan yang memang balut kemas sekali sticker begini dan depa letak dalam satu bakul tepi tiang. Siapa nak ambik. Percuma aje. Ada juga cawangan yang kau kena pi kaunter dan minta, baru depa beri. No harm pun pi tanya kat staff tu kan?Selain tu boleh campurkan dengan bahan buangan dari dapur untuk compost. Sayur lebihan + hampas kopi + sedikit tanah dan tutup bekasnya. Selepas beberapa hari ia akan jadi organic top soil! Yang bertukar jadi tanah hitam yang sangatlah menyuburkan pokok. Cuba buka peti ais masing-masing, mesti banyak sayur yang acah nak masak tapi tak masak jugakkk sudahnya layu sudah tak berguna lagi kan? Haaa kasi compostlah.Semut, lipas dan segala yang merayap juga tak suka aroma kopi. Jadi tabur atau letak di keliling rumah dan tukar setiap 2 minggu.
Rahsia Kulit Jadi Halus Mulus
Bagitahu yang starbucks memang dah lama packagingkan hampas kopi dan beri pada customer untuk dibuat baja. Jadi tak adalah istilah membazir terbuang sebab it will help the environment gitu.
Beliau bersetuju dan terimalah, Seguni hampas kopi depa beri weh.
Jangan lupa share post ni supaya ramai kawan-kawan kita boleh baca dan dapat manfaatnya okey?
Hampas kopi + gula + minyak zaitun/minyak kelapa. Jadikan skrub!Lumur pada kulit dan ia akan bertindak sebagai exfoliator. Gosoklah pada segala celahan dan bahagian yang kau rasakan suram itu. Nanti lepas bilas dengan air biasa gerenti kulit kita rasa lembut dan smooth aje.Ahh dan hampas kopi sebagai skrub muka. Jangan digonyoh kasar pulak sebab kulit muka kita ni lembut dan nipis. Sapu lite-lite aje ok? Buat lah 3 kali seminggu sebagai reward self care.
Rahsia Kopi Untuk Kesihatan & Kecantikan
1. Membantu Mengurangkan Risiko Mendapat Kanser
2. Membantu Mengurangkan Risiko Kemurungan
3. Membantu Meningkatkan Keupayaa Fizikal & Tenaga
Kalau ikutkan umur, anda kena cari serum yang sesuai dengan masalah kulit yang semakin kekurangan kolagen. Tak boleh beli ikut orang ya, paling panting ketahui dulu kandungan bahan yang ada dalam serum itu.
Jadi nak tahu serum jenis apa yang sesuai untuk anda dan jenis kulit, baca perkongsian di bawah.
Serum wanita 20-an
Dipetik daripada The Zoe Report, Dr. Kan Cao mendedahkan wanita 20-an berpotensi untuk boleh terdedah pada masalah jerawat yang disebabkan oleh banyak faktor, salah satunya hormon.
Jadi bagi anda yang mahu gunakan serum, dinasihatkan untuk pilih kandungan Vitamin C. Tujuannya adalah untuk lindungi kulit daripada radikal bebas, cegah bintik hitam dan rangsang pengeluaran kolagen.
Dan kalau sesuai, kamu juga boleh mula gunakan retinol. Selain dapat rawat jerawat, kamu turut dapat atasi penuaan pramatang.
Serum wanita 30-an
Pada usia 30-an, kebiasaannya anda akan mula ada garis halus, kulit jadi kusam dan mudah kering. Dan untuk atasi masalah kulit tersebut, serum yang anda perlukan adalah jenis anti-aging.
Menurut Women’s Health Mags, antara bahan dalam serum yang disyorkan untuk cuba adalah retinol, ceramide, Vitamin C, PHA/BHA/AHA, hyaluronic acid, salicylic acid dan ferulic acid.
Apa-apa pun, sesuaikan dengan keadaan dan jenis kulit kamu dulu okay.
Serum wanita 40-an
DalamToday, Dr. Mona Gohara mendedahkan wanita 40-an akan alami penurunan kadar estrogen. Penurunan ini mempengaruhi penghasilan kolagen, ketebalan dan hidrasi kulit secara tidak langsung.
Dan antara bahan serum yang kamu perlukan ketika ini adalah Vitamin C, Vitamin E, Vitamin B5,hyaluronic acid, peptides serta retinol.
Haa.. dah tahu rahsia nak dapatkan serum terbaik kan? Jadi selamat bercantik-cantik mengikut tahap umur, semua!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Viral semalam apabila pelakon Rita Rudaini menyelar tindakan seorang pengacara yang menganggap dirinya anti vaksin dan menganggap Covid-19 adalah iluminati.
Ini disebabkan gara-gara melihat perkongsian dia yang merebus herba seperti bunga lawang dan serai di laman Instagramnya.
Namun ibu kepada dua anak lelaki ini menafikan dia anti vaksin sebaliknya mengamalkan alternatif lain untuk menjaga kecergasan diri dan menguatkan imunisasi badan.
Dalam pekongsian lain, Rita juga turut memberitahu khasiat herba yang direbus berkenaan menurut pandangan Pakar Mata dan Motivasi, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad.
Khasiat Air Rebusan Herba
Kehadapan individu yang kata dia jiran saya. Terima kasih kerana ambil berat dengan kehidupan seharian saya termasuk apa saja dikongsikan di Instagram. Nampak gayanya, dia tahu segala sudut dan inci mengenai saya.
Apa ingin saya cakap adalah, apa bukti dia mengatakan saya anti vaksin? Besar dan berat sangat tuduhan tu. Boleh jadi fitnah.
Saya nak tanya kepada semua rakyat Malaysia orang Melayu terutamanya, adakah dengan membuat rebusan herba dan meminum airnya salah? Adakah ia haram? Adakah ia boleh memudaratkan kesihatan?
Sedangkan Rasulullah SAW juga mengamalkan pengambilan herba seperti Habbatussauda, Zaitun, Henna, Siwak untuk tujuan perubatan. Malah dalam al-Quran juga menjelaskan perkara ini.
Adakah menjadi kesalahan untuk seseorang yang mengamalkan pengambilan herba sebagai satu alternatif untuk menjaga kesihatan diri? Adakah itu boleh dilabel anti vaksin?
Malah, Pakar mata dan motivasi, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad ada memberikan tips berkenaan amalan air rebusan rempah ratus tertentu dipercayai baik untuk kesihatan tubuh bagi kecergassn diri dan menguatman imunisasi badan.
Antara rempah ratus itu adalah bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, kunyit hidup, halia, serai dan kayu manis.
Jadi, saya nak bertanya sekali lagi kepada jiran yang ambil berat itu, adakah perbuatan salah?