Lama tidak kelihatan pelakon, Datin Fouziah Gous di kaca Tv, agak rindu nak melihat aura jelita wanita ini yang sebelum ini aktif dalam bidang lakonan.
Fouziah atau nama penuhnya Noh Fouziah Mohd Gous, sekarang agak selektif dalam pemilihan lakonan sebab tidak mahu muncul dengan karakter sama seperti pernah dibawa sebelum ini.
Bakat Datin Fouziah Gous Selari Dengan Kecantikan Yang Dimiliki
Tidak dinafikan, penampilan Datin Fouziah Gous sering menarik perhatian peminat sejak pembabitan awalnya dalam industri seni. Bukan hanya dikurniakan rupa paras cantik bahkan dia juga dikagumi kerana bakat yang ada dalam diri.
Ads
Biarpun sudah berumah tangga dan berstatus isteri, pesona Datin Fouziah tetap memukau. Apatah lagi dia juga ibu kepada dua anak!
“Saya seorang yang sangat simple dan tak ada nak keluar duit banyak-banyak atau every month nak pergi facial dan pusat estetik. Memang jarang sangat. To be honest, sebelum kahwin saya akan pergi ke spa dan buat facial setiap bulan atau sebulan dua kali.
“Tapi sejak ada anak, saya sacrifice. Dari segi pemakanan, diet ‘ketat’ tak ada. Cuma saya kurangkan minuman yang sangat manis dan saya minum FG Walet setiap hari, amalkan pengambilan sarang burung serta exercise setiap minggu.
Ads
Kalau sebelum kahwin dulu almost everyday exercise. Saya kira penjagaan tubuh badan dari muda dulu banyak membantu kesihatan saya sekarang. Saya juga seorang yang tak suka makanan yang sangat berminyak dan kalau saya masak sendiri pun saya akan pastikan ia kurang minyak.”
Bercinta Selepas Kahwin
Menyentuh soal perkahwinan, Datin Fouziah dan suaminya memilih jalan bercinta lepas kahwin. Jadi cabaran bercinta lepas kahwin lain sedikit. Ceritanya, “apa yang saya belajar adalah kita kena fokus pada benda yang sepatutnya. Contoh, bila suami kita ada kelebihan, alhamdulillah.
Ads
“Itu adalah bonus kita tapi kalau pasangan ada kekuarangan, di situlah ‘resipi’ rumah tangga dan kita kena ‘cintakan’ kekurangan dia. Jangan kita create satu kebencian atau fokus kekurangan dia. Kalau kita terima kekurangan dia dan support dengan kelebihan yang kita ada, kita terima each other, kita tak akan rasa kurang.
Saya tak ada masalah dengan itu dan selalu fikir positif. Kena faham macam mana nak toleransi dengan suami,” kongsinya lagi.
Begitulah kemanisan rumah tangga yang dirasai oleh selebriti ini sepanjang berada dalam industri. Apa pun, doakan yang baik-baik untuk kehidupan Datin Fouziah Gous. Tetapi jika teruja nak cantik macamnya, anda boleh cuba aktif bersenam dan rajin jaga kecantikan dari awal usia.
Empat Kali Berat Naik, Tak Pernah Jemu Diet. Wanita Dedah Cara Pantas Turunkan Berat Badan! Pernah mengalami kenaikan berat badan bukan sekali tetapi berkali-kali hingga merasakan kerjanya sepenuh masa adalah menguruskan badan.
Namun bagi Hazirah Hj Hamzah tidak pernah pernah mudah putus asa untuk terus melakukan perubahan bentuk fizikalnya.
Melalui perkongsian di Grup Diet Suku-Suku Separuh dia memberitahu sebab kenaikan berat badan disebabkan memakai implanon.
Saya just nak buat perkongsian di sini. Tak semua orang sama. Ini merupakan kali ke-4 saya gemuk kembali.
Saya rasa pekerjaan full time saya adalah menguruskan badan. Semasa pregnant, lepas bersalin, bf anak. Badan saya maintain je. Saya memang amalkan suku-suku separuh all the times dan juga bersenam tu tak tinggal langsung.
Berat saya mula naik bila pakai implanon. Makin lama makin naik. 3 tahun saya pakai implanon berat naik hampir 20kg. Pelbagai cara lah saya buat untuk turunkan berat dan menghalang berat naik.
Saya makin mencatu makan, pernah buat eat clean, tambahkan intensity senaman, run sehari 6-7km. Seminggu run 40km. Cara pemakanan saya pun lebih strict dari diet kali ke-3 dulu.
Tapi semuanya tak berjaya. Saya tak tahu lemak² ni datang dari mana dan kenapa lemak² ni tak menghilang walaupun saya sangat aktif dan jaga makan. Setiap hari mesti lebih dari 10k steps.
Bila tiba masa nak remove implanon, berbincang dengan doktor.. doktor pun sampai terkejut berat naik banyak sangat walaupun aktif dan jaga makan. Doktor tak bagi sambung dah. Risau kena sakit lain.
Selepas saya remove implanon pada Julai 2022 barulah nampak penurunan sedikit demi sedikit. Rutin makan yg sama, rutin senaman yg sama.
Wanita Dedah Cara Pantas Turunkan Berat Badan
Pengalaman kita tak sama. Mungkin ia memang tak serasi dengan saya. Ada orang pakai implanon berat makin turun. Tapi untuk saya memang tak tahu datang mana semua lemak² tu.
Ada ke yang melalui pengalaman yg sama dengan saya?
Selepas 3 kali gemuk, saya mendapat formula. ” Untuk kekalkan kejayaan penurunan berat badan, kita WAJIB jaga makan (eat healty, jaga portion) dan bersenam sepanjang hayat”.
Sebenarnya banyak alasan digunakan seseorang untuk memulakan aktiviti senaman. Antaranya tidak ada masa, letih dan tiada seseorang yang menemani tatkala bersukan.
Namun itu bukan alasan sebagai penghalang untuk memulakan aktiviti senaman yang boleh membantu kesihatan tubuh badan.
Antara pelbagai cara yang boleh anda lakukan untuk memupuk minat dalam bersenam termasuklah;
1. Mencari Teman Bersenam
Mungkin jika anda melakukan senaman berseorangan, anda akan mudah berasa bosan. Oleh itu, cuba mencari teman bersenam sama ada kawan atau ahli keluarga untuk bersama anda.
Jika anda tidak mempunyai seorang pun rakan atau ahli keluarga yang suka bersenam, apa kata anda cari teman di tempat anda pergi seperti taman rekreasi, pusat gim dan sebagainya agar masa akan datang anda boleh lakukan secara bersama-sama.
Kredit: Pexel.com
2. Mainkan Muzik Digemari
Ketika anda ingin melakukan senaman tidak kira dimana pun anda berada. Cuba mainkan muzik yang bersesuaian agar anda akan berasa lebih yakin dan semangat untuk melakukannya.
Ada kajian mendapati bahawa pemilihan lagu yang tepat dapat meningkatkan pengaruh positif, menghasilkan mood yang baik dan menguatkan kecekapan pergerakan.
3. Pilih Aktiviti Menarik & Disukai
Bila sebut sahaja senaman ramai yang membayangkan anda perlu ke berlari atau memiliki peralatan profesional. Anda perlu tahu bahawa banyak aktiviti yang boleh dilakukan mengikut minat dan kebolehan anda sendiri.
Paling penting adalah anda perlu tahu bagaimana untuk membuatnya menjadi sesuatu yang menarik.
4. Jadikan Sebagai Permainan
Ternyata, kebanyakkan mereka di luar sana melakukan aktiviti senaman ini adalah kerana mereka ingin mencapai sesuatu yang diingini.
Contohnya seperti meningkatkan kadar pembekalan oksigen ke jantung, menghasilkan emosi stabil, mengharapkan bentuk badan yang diidamkan dan banyak lagi.
Oleh itu, anda disarankan menjadikannya sebagai aktiviti permainan agar seronok melakukannya dengan konsisten.
5. Beri Ganjaran Pada Diri
Dan akhir sekali, setkan minda anda dengan apa-apa ganjaran disukai sekiranya matlamat anda dapat dicapai. Jika tujuan anda bersenam untuk menurunkan berat badan tercapai hadiahkan sesuatu untuk diri anda sebagai tanda penghargaan. Secara tidak langsung ia akan memberikan inspirasi dalam diri anda sendiri.
Menjadi satu pengalaman mendebarkan buat seorang juruterbang apabila bertanggungjawab membawa vaksin pertama Covid-19 ke Malaysia.
Bagi juruterbang Malaysia Airlines (MAS), Kapten Hamdan Che Ismail adalah antara orang terpenting di sebalik vaksin ini kerana menerbangkan pesawat penumpang Airbus A330-300 ke Malaysia pagi semalam.
Juruterbang yang sudah 29 tahun berkhidmat dengan MAS ini mengakui turut terharu kerana dipilih menjadi sebahagia daripada sejarah negara semalam.
“Ia merupakan satu jam yang paling mendebarkan bagi saya sepanjang tempoh 29 tahun berkhidmat dalam dunia penerbangan.
“Sepanjang penerbangan dari Singapura, saya juga perlu memastikan suhu yang bersesuaian dalam pesawat dikekalkan agar tidak menjejaskan keberkesanan vaksin yang dibawa,” katanya yang juga merupakan Pengarah Operasi Penerbangan Malaysia Airlines.
Kapten Hamdan mengakui berasa sedikit gementar dan takut apabila memikirkan mengenai tugasan berkenaan adalah untuk membawa vaksin Covid-19 bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, iaitu program vaksinasi terbesar bakal dilaksanakan di negara ini.
“Bila fikir ada vaksin Covid-19 dalam pesawat memang ada terfikir takut jika ia rosak… Alhamdulillah vaksin telah sampai ke Malaysia dan cuaca sepanjang perjalanan juga baik,” katanya.
Pesawat MH604 yang membawa 312,390 dos vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam10.07 pagi tadi dari Singapura.
Sebelum itu memetik laporan portal media tempatan, Vaksin Pfizer-BioNTech itu diterbangkan menggunakan pesawat Airbus 330-300 dikendalikan MABkargo Sdn Bhd (MASKargo) dari kilang Pfizer di Belgium, dengan penerbangan membawa vaksin itu berlepas dari Puurs dan transit di Lapangan Terbang Leipzig Halle, Jerman.
Dalam pada itu,Kementerian Kesihata Malaysia KKM juga dalam posting di Facebook juga sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada beliau yang merupakan anak jati Kelantan sebagai tanda penghargaan.