Nak selesa berjalan, senaman peha kena buat walau sekejap. Bimbang juga sebab takut nanti seluar yang sudah dibeli tiba-tiba tidak muat.
Sebab itulah perlunya melakukan aktiviti fizikal agar dapat mengekalkan bentuk badan yang ideal dan menarik.
Antara cara yang boleh dilakukan ialah senaman mengecilkan bentuk paha. Memetik perkongsian Hello Doktor, kekurangan lemak pada bahagian bawah badan akan memberikan kesan ilusi langsing.
Namun, sebelum melakukan sebarang gerakan, anda perlu memanaskan badan dengan senaman ringan selama 5 hingga 10 minit terlebih dahulu bagi mengelakkan berlakunya kekejangan.
Jom semak empat senaman yang boleh dilakukan menurut CNN Indonesia dan Hello Doktor.
1. Kaki bersilang
Boleh buat di atas katil sahaja. Sama gerakan seperti gunting, latihan sebegini dapat menguatkan otot paha bahagian dalam dan luar serta perut.
Caranya dengan baring secara telentang menghadap ke atas. Kedua-dua belah tangan dibengkokkan, sementara tapak tangan diletakkan berhampiran telinga.
Bengkokkan kaki sehingga membentukkan 90 darjah. Lakukan gerakan kaki secara menyilang kiri dan kanan sekitar 45 saat.
Ads
2. Kayuh udara
Tekniknya sama seperti sedang mengayuh basikal, namun dilakukan secara berbaring.
Baringkan tubuh menghadap ke atas di samping meletakkan tangan sejajar dengan badan.
Kemudian, lakukan gerakan seperti mengayuh basikal sekitar 45 saat. Aktiviti ini baik untuk melatih ketahanan otot pinggul dan sendi.
3. Squat
Senaman begini sering menjadi pilihan golongan selebriti dan individu yang aktif bersukan.
Ads
Caranya mudah dan perlu dilakukan sebanyak dua set (15 atau 24 kali bagi satu set).
Aktiviti ini perlu dilakukan ketika berdiri dengan jarakkan kaki. Berdiri dengan tangan pada bahagian sisi badan.
Kemudian, rendahkan badan secara perlahan-lahan sambil membengkokkan lutut sehingga membentuk 90 darjah.
Paling utama, pastikan bahagian belakang badan lurus dan kekal tegak sementara lutut tidak membengkok melebihi jari kaki.
Cuba ulang gerakan sekitar 15 hingga 24 kali kali untuk melengkapkan 1 set senaman.
Ads
4. Angkat kaki sisi
Satu lagi senaman yang boleh dilakukan ketika berbaring. Caranya pusingkan badan dan baring secara mengiring ke sisi.
Senaman ini perlu dilakukan untuk bahagian badan di sebelah kiri dan kanan.
Bengkokkan siku 90 darjah dan pastikan kaki berada dalam keadaan lurus. Seterusnya, angkat kaki ke udara secara berulang selama 45 saat.
Kalau anda melakukan untuk sebelah kiri, kemudian lakukan gerakan sama untuk sebelah kanan.
Secara ringkasnya berikut antara senaman yang boleh dilakukan untuk mengecilkan paha. Sebaiknya buat secara konsisten untuk mendapat hasil yang memuaskan.
Selamat mencuba dan semoga berjaya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menurut Pakar Perubatan dan Kesihatan, Dr Noordin Darus, ini 10 sayuran terbaik untuk kesihatan yang wajib diambil dalam seminggu.
Ujarnya, pengambilan secara harian juga digalakkan. Boleh juga bertukar-tukar menu dalam seminggu.
1. Bawang Putih
Memakan bawang putih yang mentah atau yang telah dibakar mampu mencegah penyakit darah tinggi. Bawang putih mampu meningkatkan penghasilan nitric oxide secara tidak langsung mengembangkan saluran darah dan melancarkan pengaliran darah.
Selain berfungsi sebagai anti bakteria, bawang putih di dapati sangat baik untuk mengelakkan penyakit serangan jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser.
2. Bawang
Bawang merah kaya dengan serat yang baik bagi pertumbuhan bakteria baik dalam usus, ia membantu melancarkan sistem penghadaman dan memastikan pergerakan usus yang baik.
Ia juga mengandungi bahan kimia saponin yang boleh membantu mengurangkan sakit dan kekejangan perut. Bawang merah juga membantu membuang toksik di dalam badan, seterusnya membantu melambatkan lagi proses penuaan.
Ia dikatakan kaya dengan vitamin C yang juga sejenis antioksidan. Vitamin C ini membantu melawan radikal bebas yang berpotensi merosakkan sel-sel di dalam badan.
Risiko penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis dan kanser dapat dikurangkan. Ia turut mengandungi selenium, yang dipercayai mampu membantu meningkatkan sistem imun.
3. Kubis
Selain harganya murah, kubis kaya dengan pelbagai komponen penting yang boleh memberi khasiat kepada kesihatan kita.
Antara komponen yang dapat ditemui di dalam kubis termasuklah vitamin A, C, dan E, mineral, serat dan antioksidan. Vitamin-vitamin ini bertindak samada secara sendiri atau secara bersama bagi melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan penyakit.
Di samping itu, kubis juga mengandungi pelbagai jenis mineral seperti kalium, magnesium, dan mangan yang bagus untuk fungsi badan. Ia juga tinggi dengan zat besi yang memainkan peranan penting dalam proses pembentukan sel darah merah di dalam badan.
Boleh dibuat jeruk. Bila ia disimpan lama-lama menjadi probiotik bagus untuk bakteria.
4. Cili Benggala
Lada atau cili benggala adalah antara sayuran yang sangat sihat. Ia membekalkan serat, zat besi dan juga folat yang mampu menyokong kesihatan usus selain berfungsi baik untuk sistem kardiovaskular. Lada benggala juga merupakan sumber kalium dan vitamin A yang baik untuk tubuh.
Menerusi kehadiran kalium, ia membantu menjaga kesihatan jantung dengan cara menurunkan tekanan darah dan mengurangkan penampilan perut buncit dengan mengurangkan pengekalan air di dalam tubuh.
Kubis Brussel atau brussel sprouts mengandungi kandungan antioksidan seperti vitamin C dan beta-karotena (vitamin A) serta sebatian nitrogen yang dikenali sebagai indole yang dikatakan mampu mengurangkn risiko beberapa kanser tertentu.
Ia juga kaya dengan serat pemakanan, mineral dan vitamin. Kehadiran vitamin C dan beta-karotena dalam kubis brussel juga dikatakan mampu mencegah jangkitan penyakit. Kekebalan tubuh dapat diperbaiki dengan pencegahan jangkitan.
6. Kubis Bunga
Kubis bunga kaya dengan serat, folat, air, rendah lemak dan rendah karbohidrat. Ia mempunyai beberapa fitokimia yang banyak terdapat dalam keluarga kubis yang memberi manfaat kepada kesihatan manusia.
Malahan, ia juga kaya dengan vitamin C, vitamin K, vitamin B-6, tiamin, riboflavin, niasin dan alfatokoferol. Kubis bunga juga menyediakan sejumlah mineral penting seperti kalsium, magnesium, kalium dan mangan.
7. Salad
Kandungan polifenol yang tinggi di dalam daun salad mampu membantu mengawal jumlah gula di dalam darah.
Daun salad mampu mengurangkan penghasilan nitrik oksida, salah satu pencetus utama kepada keradangan. Kandungan antioksida yang tinggi di dalam daun salad seperti vitamin C dapat menyokong sistem pertahanan badan lalu menjadi benteng perlindungan daripada penyakit.
Salad juga mengandungi kalsium (nutrien yang menguatkan gigi dan tulang, mbantu fungsi urat, saraf, dan penggumpalan darah), vitamin K, (mencegah keretakan tulang), vitamin B9 (bantu hasilkan DNA dan bahan genetik) dan kalium (turunkan tekanan darah).
8. Brokoli
Brokoli mengandungi kaempferol di mana komponen ini bersifat antioksidan dan mampu untuk mencegah penyakit jantung, kanser dan keradangan. Ia juga sayur yang kaya dengan kandungan vitamin C.
Brokoli juga kaya dengan sulforaphane iaitu sejenis komponen yang melindungi tubuh dari pelbagai jenis kanser.
9. Tomato
Tomato mengandungi kandungan air sebanyak 95 peratus dan selebihnya adalah karbohidrat dan serat.
Tomato mengandungi antioksidan yang dinamakan lycopene. Ia merupakan antioksidan yang dikatakan berfungsi untuk melindungi kesihatan jantung. Paling penting, tomato merupakan antara sumber makanan yang mampu melawan penyakit berbahaya seperti diabetes dan kanser.
10. Avocado
Pengambilan makanan tinggi nutrisi seperti avocado secara kerap boleh membantu melindungi jantung.
Vitamin, mineral, lemak sihat dan serat yang terdapat dalam buah ini, memainkan peranan dalam memastikan sistem kardiovaskular sihat. Penemuan kajian mendapati, diet yang lengkap dengan buah avocado boleh membantu mencegah penyakit jantung.
Buah avocado juga membantu meningkatkan paras kolesterol lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL) atau kolesterol baik dan mengurangkan kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) yang dikaitkan dengan pembentukan plak di sepanjang dinding arteri.
Selain vitamin, mineral, lemak sihat dan serat, avocado sarat dengan sebatian bioaktif termasuk karotenoid, vitamin C, vitamin E dan sebatian fenolik.
Jadi untuk mengelakkan risiko serangan penyakit jantung, strok, kanser dan pelbagai lagi, jadikan 10 sayuran terbaik ini dalam menu harian kita. Semoga bermanfaat!
Percaya atau tidak, masker susu beras pulut cukup membantu nak anjalkan kulit dan cerahkan wajah secara selamat dan jimat poket.
Hanya perlukan 2 bahan dapur di rumah, boleh membuat wajah anda bersih dalam keadaan sihat. Manfaat masker beras:
Bergantung pada kulit masing-masing. Kongsi Puan Arieza Rieza, hampir 5 bulan juga untuk mendapatkan kulit yang bersih.
Dulu dia mempunyai masalah kulit yang sangat teruk. Tak boleh pakai produk-produk luar habis naik jerawat nanah yang besar. Nak cover dengan make up pun tak cantik sebab berkerutu.
Selepas amalkan masker, alhamdulillah kulit dah semakin sihat. Apply make up simple dan pakai bedak baby. Ini bahan-bahan can cara nak buat:
Masker Susu Beras Pulut
Bahan-bahan
Susu full cream
Beras pulut ( tak perlu basuh )
Cara Membuatnya
Ambil beras pulut kemudian blander sehingga halus.
Dah halus ambil dalam 2 sudu makan masuk dalam bekas dadih dan tuang sedikit susu full cream.
Jangan cair sangat dan jangan pekat sangat.
Kemudian simpan semalamam dalam peti sejuk
Boleh tahan sehingga seminggu
Cara Penggunaan
Apply di muka 2 hari sekali, nak cantik kena rajin.
Sapu perlahan-perlahan pada wajah dan biar sehingga kering. Waktu ini kulit muka akan tegang sangat.
Kemudian boleh bilas dengan air dan lap dengan tuala bersih. Kalau boleh khas untuk muka sahaja.
Bagi mendapatkan kulit muka lebih cantik haruslah pakai apa-apa pelembap. Ini wajib pakai setiap hari.
Haa… nanti amalkan masker susu beras pulut ini ya, barulah kulit anda cantik dan sihat. Cukup sekali seminggu pun, dah berbaloi.
Hikmah sakit 2 tahun dulu, Bonda Rozita strict jaga diet. Kurus sampai boleh sarung baju 20 tahun lalu. Walaupun usianya sudah mencecah lebih 50 tahun, namun penampilan terbaru pemilik Rumah Hutan Terapi Alam, Bonda Rozita Ibrahim ini sangat mencuri tumpuan.
Dalam posting di laman Instagram, Bonda Rozita kelihatan saiz badannya kelihatan sangat langsing dan penampilan seperti anak dara.
Namun sebelum itu Bonda Rozita ada bercerita dia juga pernah mengalami masalah kesihatan.
Baju raya 20 tahun lepas , tempoh usia kita makin berkurangan.. kesihatan & kecantikan semakin merudum – bonda kongsi sikit tentang kesihatan saya 2 year dulu ..
Parent saya berpenyakit keturunan iaitu jantung , kolestrol susah kawal dietlah macam mana pun ..!! Akhirnya bonda ada fatty liver – saya pernah jalan bertongkat selama 4 bulan ..!! Semakin drop kesihatan saya..
Saya kaji kesihatan saya dengan ramai doktor pakar – tulang – jantung – hampir setahun saya cari solusi kesihatan saya – semua sebab immunity drop – kolestrol tinggi, penyebab fatty liver , saya sangka tak bahaya – badan saya sensitive alergy pada makanan jadi inflamasi penyebab selalu bengkak “
Akhirnya saya kenal punca deaseas itu dari pemakanan & saya tak senam – kurang cahaya matahari .. saya rawat diri dari darah ..Saya tetap makan produk2 saya macam mega ratu , kurma dhuha , mustanir , kopi ratu setiap hari..!!
Walau saya berjaga makan sebelumnya – penyakit tu attack saya disebbkan keturunan – sejarah kesihatan parent saya – ada jantung , darah tinggi , k manis & buah pinggang
Kesihatan saya start drop Bermula dari Lemak yang besar melekat dalam salur darah ..!! High kolestrol 11 , saya tak akan ambik ubat hospital- saya tau kesan buruknya .. Kolestrol saya sebab keturunan & penuaan & Semakin berusia
Saya azam nak sihat ..!! Wahai Allah bantu lah kasi saya ilmu , saya tukar Diet sihat seharian kini terbayar sudah yang menukar kesihatan saya lebih baik
Kita perlukan lemak , kalau xda lemak kita x boleh hidup – Semua apa yg Allah bagi ada fungsi dalam badan kita ..!! Tak sustainably to life kalau tak da lemak – garam – gula – – Betapa intelligence nya badan manusia – Maha bijaksana sang Pencinta yang mengciptakan kita ..!!
Lemak juga ada banyak keperluannya Kecantikan , pemikiran kebijaksanaan ..!!
Bukan semua lemak berbahaya & kita tetap perlukannya – lemak perlu untuk kekuatan otak , lutut ..hdl lemak yang molukel kecik dan diperlukan badan ..
Perubahan itu menyebabkan Bonda Rozita boleh menyarung kembali baju rayanya 20 tahun dulu. Selain sangat menjaga pemakanan, rupa-rupanya ada amalan yang dilakukan sehingga penampilan terbaru ini menjadi bualan ramai.
Dalam satu perkongsian ketika bercuti ke Bali, Bonda Rozita kelihatan begitu cergas ketika melakukan senaman seperti itu dan tidak seperti tenaga usianya yang sebenar.
Dia juga turut memberitahu selain sering bersenam setiap pagi, dia juga mengamalkan puasa daud untuk kecergasan dirinya.