Perkara yang golongan wanita selalu ragu-ragu waktu bulan Ramadan adalah pakai lipstik. Agak-agak boleh atau sebaliknya?
Tak pakai macam nampak pucat dan kering, jadi masalah ini sepatutnya anda tahu dan ambil peduli.
Okay jom baca perkongsian ilmu daripada penceramah bebas iaitu Ustaz Wadi Annuar tentang hukum memakai gincu ketika sedang berpuasa adalah makruh.
Pakai Lipstik Bulan Puasa
Ads
Jelasnya, makruh. Ini kerana pemakaian gincu dibimbangi boleh menyebabkan seseorang terjilat bibir dan menelannya sehingga membatalkan puasa.
Ciapan berkenaan telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang masih kurang jelas mengenai pemakaian lipstik ketika berpuasa sehingga ada juga yang bimbang jika puasa mereka sebelum ini tidak diterima.
Ulasan Daripada Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri
Ads
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri juga pernah mengulas hal ini apabila menerima persoalan sama daripada orang ramai.
Beliau menjelaskan bahawa tidak salah untuk memakai lipstik ketika sedang berpuasa selagi mana individu itu tidak menelan masuk ke dalam rongga.
“Hukum penggunaan lipstik pada siang hari Ramadan adalah tidak membatalkan puasa selagi mana ia tidak menelan masuk ke dalam rongga.
Ads
“Sekadar terdapat ‘rasa’ di bibir maka ianya tidak membatalkan puasa,” jelasnya.
Sama juga dengan situasi seseorang yang merasa makanan dengan lidah, sudah pasti memberikan kesan rasa. Namun selagi mana individu itu tidak menelannya maka tidak batal puasa itu.
Jika hanya sekadar dirasai di bibir, maka ini masih tidak membatalkan puasa seseorang.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahu tak, kulit kayu manis membantu membuat liang pori mengecil. Malah, bahan ini mengandungi zat anti bakteria yang berguna untuk mengubati infeksi pada kulit.
Dengan menggunakan masker kayu manis dan madu, ini akan membuatkan kulit wajah bebas jerawat, lebih halus, dan cerah.
2-3 sudu serbuk kayu manis
1 sudu makan madu
1. Campurkan kedua-dua bahan ke dalam satu mangkuk, kacau sebati.
2. Cucilah wajah terlebih dahulu sebelum menggunakan masker kayu manis ini.
3. Sapukan masker pada wajah (pastikan tangan bersih).
4. Biarkan selama 15 minit minit sampai masker kering dan cuci dengan air dingin.
5. Keringkan dengan tuala bersih.
Lakukan rutin ini 2-3 kali dalam seminggu untuk hasil yang terbaik. Gabungan dua bahan ini akan sangat efektif untuk membuat wajah anda semakin cantik dan mulus.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada banyak petua orang lama dan salah satu yang terbaik adalah masker pisang madu. Sangat berkesan untuk anda yang ada masalah jerawat dan kulit berminyak.
Seperti yang dikongsikan oelh Puan Arsha Armalie, apa yang anda perlukan adalah beberapa bahan ini:
Dua biji pisang
Madu asli
Minyak kelapa dara
Sedikit kunyit
Susu segar (brand apa pun tak kisah)
Kisar semua bahan tersebut dan bila dah siap boleh sapu ada wajah dalam 15 minit sahaja. Kemudian baki yang ada, anda boleh simpan dalam bekas dan guna semula lain hari.
Tetapi biasanya masker ini anda boleh simpan dalam 3-4 hari sahaja paling lama ya.
Berbalik pada sapu masker tadi, anda boleh cuci dengan tisu basah sahaja. Selepas itu boleh kembali pada rutin menggunakan pelembap dan sunscreen.
Jangan lupa cuba ya, petua ini sangat membantu jika anda jenis kulit berminyak. Bila konsisten pakai, anda akan dapat hasilnya.
Anda yang rajin pakai set penjagaan wajah sebelum tidur itulah akan bangun dengan wajah glowing.
Namun ramai yang gagal cuci muka waktu nak tidur, apatah lagi nak sapu yang lain. Itu sepatutnya tak berlaku kalau nak kulit bersih tanpa cela.
Selain double cleansing, aktiviti rutin penjagaan kulit malam ini mesti digabungkan dengan beberapa langkah yang lain agar dapat mengekalkan kulit wajah yang sihat dan memeliharanya semasa tidur. Sebab malam adalah masa terbaik untuk regenerasi kulit.
Berikut adalah enam rutin penjagaan kulit malam (night skincare routine) yang mudah untuk diikuti untuk membiasakan anda merawat kulit muka sebelum tidur. Ingat, jangan malas!
Pembersihan berganda (double cleansing) boleh menjadi pilihan untuk mengekalkan kulit wajah yang sihat. Langkah-langkahnya:
Bersihkan muka menggunakan kapas dengan milk cleanser, oil cleanser atau micellar water.
Kemudian, bersihkan dengan pencuci kedua yang mengandungi sabun pencuci muka yang sesuai dengan keperluan kulit.
Selain membersihkan kulit, double cleansing juga berguna untuk menghilangkan sel kulit mati yang masih melekat dan juga menerangi kulit kusam.
Selepas membersihkan kulit muka dan memastikan ia kering, anda boleh mula menyapu toner secara perlahan-lahan pada permukaan kulit muka.
Toner bagus untuk merawat masalah liang pori, membersihkan kulit dan sebagai penghidratan. Cara-caranya:
Sapu toner ke permukaan muka menggunakan kapas atau terus dengan tapak tangan.
Elakkan menggosok terlalu kuat dan juga elakkan kawasan sekitar mata.
Penggunaan serum secara kerap dapat membantu membaiki masalah kulit muka seperti parut jerawat, kedutan dan bintik hitam. Ia juga perlu disesuaikan dengan keadaan kulit muka supaya bahan-bahannya berfungsi secara optimum.
Sebelum menggunakan serum, pastikan muka anda telah menggunakan toner sebagai asas penjagaan kulit supaya ia dapat diserap dengan baik.
Titiskan serum ke bahagian muka seperti di pipi, dahi dan dagu.
Ratakan sambil mengurut ringan menggunakan tiga jari iaitu jari telunjuk, jari tengah dan jari kelingking.
Tunggu sehingga ia benar-benar kering!
Krim mata wajib digunakan untuk anda yang mempunyai masalah sekitar kawasan mata seperti mata panda, eye bag dan kedutan.
Sapukan krim mata perlahan-lahan pada bahagian bawah mata menggunakan jari manis atau jari kelingking anda.
Disyorkan jari kelingking kerana ia mempunyai otot kecil yang tekanannya lebih ringan sehingga selamat untuk rawatan kawasan mata yang tipis.
Selain krim mata, rawatan dark circle juga boleh menggunakan eye mask yang lebih mudah.
Perhatian tinggi juga perlu diberikan pada rawatan bibir, kerana ia akan mencetuskan bibir kering, merekah bahkan sampai mengelupas dan berdarah.
Bibir kering bukan sahaja menjadikan penampilan kelihatan pucat, tetapi ia juga menjadikan lip gloss atau krim bibir yang dipakai kelihatan merekah dan tidak selesa di bibir.
Gunakan serum bibir atau pelembap bibir dengan kerap.
Sebelum tidur, guna lip care yang boleh memberi nutrisi pada bibir semalaman supaya apabila bangun tidur, bibir anda akan lebih lembap dan merah jambu.
Langkah terakhir ialah menggunakan pelembap pada keseluruhan kulit muka. Pelembap muka dengan bahan yang sesuai dengan keadaan dan jenis kulit, dapat menghidrat, menyihatkan dan menjadikan kulit lebih lembap dan anjal.
Sapu rata pada kulit muka dan leher dengan lembut. Gunakan jumlah pelembap yang betul, tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit supaya ia dapat diserap secara optimum oleh kulit.
Jadi cukup itu sahaja dulu buat anda jadikan rutin setiap malam. Orang yang rajin belai kulit akan dapat hasilnya, boleh keluar tanpa mekap sebab rasa yakin!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!