Senang tak nak buat makanan sihat setiap hari? Haa… kalau ikutkan ramai yang nak diet tetapi tak cukup disiplin dan selalu terbabas makan tak ingat dunia. Itu biasa!
Ini disebabkan tak sempat nak sediakan menu sihat, apatah lagi apabila hilang idea nak masak apa untuk kekalkan gaya sihat.
Makanan Sihat Cara Mudah
Okay, jangan risau cuba guna tip masak makanan sihat daripada Ikin Zain ini dulu, nampak mudah dan cepat.
Jom apa yang anda kena buat adalah plan nak masak lauk apa, ikin buat perapan ayam teriyaki sangt mudah dan simple lepas itu buat perapan udang dan juga sotong. Sangat mudah buat menu yang simple tapi kenyang!
Ads
Selepas sudah siap semua lauk itu, apa yang anda perlukan adalah plastik macam zip lock tapi saiznya kecil sahaja.
Kemudian anda susun siap buat dalam 6 atau 7 hari terus macam tu.
Ads
Selepas itu anda perlukan bekas beli yang boleh microwave. Sebab nak panaskan sahaja makanan.
Ads
Anda boleh letak nasi sikit, ikut sukatan yang cukup tapi jangan banyak, kurangkan sedikit lepas itu letak lah sayur apa yang anda nak. Kemudian letak lauk yang dah siap dalam plastik last sekali letak telur mata.
Anda boleh susun terus masuk dalam peti ais, tunggu esok terus boleh panaskan. Serius, sangat jimat masa anda.
Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai yang suka guna warna putih untuk naikkan seri, tetapi cara basuh cadar langsung tak peduli. Akhirnya lama-lama nampak kuning dan kena beli baru.
Haaa… tahu tak, ada cara yang betul kalau anda nak basuh kain warna putih, semak langkah-langkah yang dikongsikan Puan Zaza Zalina ini. Tanpa clorox ya, tetap bersih elok!
Cadar putih memang nampak minimalist dan membuatkan bilik kelihatan kemas dan berseri tetapi penjagaan cadar putih agak susah kerana jika salah cara membasuhnya akan menyebabkan kekuningan.
Begitu juga dengan tuala putih, perlu cara menggunakan cara betul supaya kekal putih dan tidak kekuningan.
Cadar putih ni memang cantik, nampak cerah dan bersih bila dibentang atas katil. Begitu juga dengan tuala putih. Masalah bila cuci selalu ada karat kotoran dari air paip.
Kaedah jimat gunakan tuala tangan yang kecil masukkan ke dalam tempat letak sabun. Dapat juga lah mengurangkan karat terjun terus ke kain cucian. Alhamdulillah dah tak ada kotoran tu lagi.
Sesekali boleh gunakan nila untuk nampak berseri-seri gitu. Bila guna nila jangan letak pelembut kain sekali ya sebab akan menyebabkan nila bertompok-tompok tak sekata pada kain cucian.
Bancuh sedikit nila di dalam baldi dahulu sebelum dicurah masuk bercampur air yang ada dalam mesin basuh. Saya suka nila yang cair sdikit.
Hasilnya! Cantik putih berseri-seri macam baru dibeli di kedai kan?
Nila jadi cair begini ya tapi airnya tetap kebiru-biruan.
Jadi selepas ini tak perlu lah beli baru cadar putih sebab anda dah tahu cara macam mana nak putihkan kain baju putih jadi bersih.
Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rice cooker pot calar, kalau ikutkan agak sayang nak tukar lain. Nak-nak pula baru guna tak sampai setahun. Inilah yang menjadi dilema kebanyakan orang bila guna periuk nasi begini.
Namun kena ambil tahu tentang kesan pot nasi yang calar itu kepada pengguna, kurang selamat. Itulah yang diterangkan oleh Doktor Mazliana Mazlan menerusi perkongsian ilmu di laman media sosial miliknya baru-baru ini.
Kesan Rice Cooker Pot Calar
Tukar rice cooker pot rumah kita kalau dah bercalar macam dalam gambar.
Kalau dapat cari yang stainless steel, itu paling baik. Kita makan nasi hari-hari kan. Sebaiknya kita cuba cari pilihan yang kurang beri mudharat buat anak-anak dan keluarga.
Rice cooker biasanya ada coating non stick Teflon. Boleh sebabkan risiko gangguan hormon pada tubuh badan.
Material dalam pulak, biasanya dari aluminum. Aluminum boleh buatkan gangguan saraf dan rendahkan imuniti.
Boleh check rice cooker kat rumah, kalau ada calar, terus tukar pot yang baru tau.
Sebabnya, lagi tinggi risiko logam bertindakbalas dan terserap ke dalam makanan kita. Jadi nasi yang kita makan, tinggi pulak logam aluminum.
Yang terbaik, tukar terus rice cooker dari material stainless steel.
Calar macam ni, kena terus tukar.
Rice cooker biasanya guna coating Teflon, dalamnya ada aluminium.
Selepas baca info ini, bolehlah mak-mak masuk dapur dan semak semula pot nasi yang digunakan ya. Masih elok atau sudah ada calar.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap wanita pastinya mahu tampil cantik. Pantang mendengar ada produk kosmetik yang dijual untuk memutih atau mencerahkan wajah pasti akan dibeli di pasaran.
Namun jangan terpedaya dengan segala promosi dilakukan kerana ada sesetengah produk kosmetik ini sangat berbahaya untuk kesihatan.
Seperti yang dimuat naik dalam Public Health Malaysia memberi ingatan kepada penjual dan pengedar produk kosmetik ini supaya menghentikan penjualan serta-merta.
Ini kerana krim yang dijual berkenaan dikatakan boleh sebabkan kerosakan saraf dan buah pinggang.
PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI
Penjual dan pengedar produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik tersebut dengan serta-merta.
Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya
Sementara itu menurut Sinar Harian, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui kenyataan pada Rabu berkata, produk berkenaan mengandungi bahan-bahan yang boleh menyebabkan kesan sampingan jika tiada pengawasan profesional kesihatan.
Menurutnya, salah satu bahan produk tersebut, Betamethasone 17-Valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PKBD) dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
“Betamethasone 17-Valerate boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.
“Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.
“Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit,” katanya.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, notifikasi produk tersebut telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
Jelasnya, penjualan dan pengedaran produk berkenaan adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
“Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan-peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya,” tambahnya lagi
Justeru orang ramai dinasihatkan supaya tidak membeli produk ini di pasaran walaupun dijual dengan harga promosi.