Ramai lagi yang gagal ambil peduli bab makanan yang jadi punca berat badan naik. Haaa… baru baru ini KKM ada keluarkan statistik yang menyatakan rakyat Malaysia semakin obes.
Lebih separuh (54/4%) rakyat dewasa di Malaysia adalah overweight and obesiti. Salah satu puncanya adalah pemakanan. Jadi, apa makanan yang menyebabkan gemuk?
Haaa… jom baca perkongsian daripada Syahirah, apa makanan yang boleh bagi kita gemuk. Simpan siap-siap info ini untuk rujukan waktu anda makan.
1. Ultra-processed food.
Ads
Makanan macam ini biasanya tinggi gula, garam dan ada unhealthy fats.
2. Makanan tinggi kalori.
Ads
3. Makanan dan minuman manis.
Ads
4. Makanan bergoreng.
Bear in mind obese and overweight menyumbang kepada penyakit yang serius kalau kita tak ubah lifestyle kita sekarang. Sekarang dah tahu apa makanan punca gemuk kan? Jom sama-sama ubah.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada yang kurang senang apabila pelakon wanita, Mona Allen elak menggunakan barang kosmetik yang disolek waktu penggambaran.
Namun ini adalah jalan terbaik untuk mengurangkan risiko terkena jangkitan herpes yang semakin ‘mengganas’.
Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen, 29, mengakui berasa lebih selamat tidak berkongsi alat solek lebih-lebih lagi ketika menjalani penggambaran.
“Itulah sebab kalau kita menjalani penggambaran, mesti akan guna alat solek sendiri,” katanya menerusi InstaStory.
Perkara tersebut diluahkan selepas membaca muka depan akhbar Kosmo! mengenai bahaya jangkitan herpes hanya kerana mencuba gincu dan pelembab bibir di rak kedai kosmetik.
Bagaimanapun, pendapat isteri kepada pelakon Pekin Ibrahim itu dipandang sinis sesetengah pihak sehingga dianggap cerewet seperti seorang diva.
“Selepas itu bila guna alat solek sendiri, kita kena ‘side eyes’ (pandang sinis) oleh orang sekeliling. ‘Rolled eyes’ (jeling) pun ada.
“Dapatlah gelaran diva. Apa awak rasa?,” ujarnya.
Menurut seorang ahli mikrobiologi di Universiti Aston, Birmingham, Dr Amreen Bashir, wanita boleh dijangkiti virus herpes hanya daripada gincu yang digunakan untuk pelanggan mencuba.
“Ramai wanita tidak sanggup berkongsi berus gigi dengan orang lain, tetapi mereka sanggup berkongsi produk penguji sedangkan risiko terkena jangkitan bakteria dan virus herpes daripada produk penguji amat besar.
“Lebih-lebih lagi, setiap individu mempunyai organisma hidup yang berbeza. Satu makeup tester boleh jadi digunakan lebih 30 hingga 40 orang yang mungkin ada antaranya menyebarkan virus tertentu!” katanya.
Terbaru, sebanyak 108 kes herpes dikesan sebuah klinik di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.
Daripada jumlah tersebut, seramai 38 pesakit telah menerima rawatan, manakala selebihnya tiada sebarang gejala.
Anda wajib tahu tip cuci tudung kalau nak pakai lama dan bentuknya terletak elok waktu sarung, barulah tak rasa rugi beli dengan harga yang ‘melambung’.
Dan tak kisahlah tentang harga, asal anda pandai jaga kualiti tudung untuk dipakai banyak kali dan tak perlulah membazir.
Sebenarnya tak susah pun untuk memastikan tudung sentiasa dalam keadaan baik, jom semak caranya.
Apa kata anda ikuti beberapa langkah mudah penjagaan tudung agar kualitinya sentiasa dalam keadaan baik.
Ingat ya, tudung bersifat ringan dan lembut. Justeru ia mudah rosak apabila dibasuh menggunakan mesin basuh. Apatah lagi, korang mencuci bersama pakaian yang berat seperti baju-T, jubah fabrik likra dan seluar jean.
Kualiti benang hijab didapati akan rapuh tatkala ia ‘berbelit’ dengan pakaian lain di dalam mesin basuh. Namun begitu, bagi wanita yang ingin mencuci menggunakan mesin terbabit, cara terbaik adalah meletakkan tudung di dalam beg kain jaring. Beg berkenaan boleh dibeli di kedai perkakasan rumah atau pasar raya besar.
Tudung sebaik-baiknya dibasuh menggunakan tangan, tetapi jangan disental dengan kuat. Memadai ia direndam di dalam baldi yang dicampurkan bahan pencuci dan pelembut fabrik antara 10 hingga 15 minit. Kemudian, bilas tudung dengan lembut menggunakan air bersih. Ketika menyidai pula elak memerah selendang atau tudung bawal terlalu kuat.
Lazimnya, wanita akan mencari port pancaran matahari dengan harapan tudung cepat kering. Pun demikian, tahukah korang cara berkenaan tidak wajar dipraktikkan kerana ia akan menyebabkan warna tudung pudar, sekali gus tampak kusam.
Seterusnya, apabila menggosok hijab pilihan jangan sesekali menetapkan suhu tinggi terutamanya pada tudung berasaskan fabrik lembut seperti sifon dan sutera. Haba panas melampau akan menyebabkan tudung terkoyak dan berlubang kerana terbakar.
Dapat sesuatu dalam perkongsian cuci tudung kali ini? Kalau mampu ubah, pasti warnanya tak cepat pudar dan boleh pakai banyak tahun sampai anak-anak pun masih mampu sarung. Jadi, usahakan yang terbaik ya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah pelakon, Uqasha Senrose menjadi tular di media sosial apabila ada segelintir individu yang menegur tentang kenaikan berat badannya. Malah ada juga yang membuat pelbagai spekulasi tentang fizikal pelakon wanita ini dan meninggalkan komen-komen negatif di Instagramnya.
Namun baru-baru ini, Uqasha mendedahkan dia sebenarnya pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali sepanjang tiga tahun bergelar isteri kepada Kamal Adli.
Jelasnya, situasi itu berlaku semasa dia mengalami haid yang berpanjangan dan dia pula tidak tahu dirinya sedang berbadan dua.
“Dua kali saya gugur, rasa sebak pula bila cakap pasal ini. Mungkin bukan rezeki lagi. Pertama kali saya tak tahu saya mengandung semasa tunaikan umrah.”
Uqasha memberitahu dia mengalami haid berpanjangan tanpa henti namun menyangka ia adalah perubahan hormon selepas berkahwin. Dia kemudiannya didatangi haid berpanjangan sekali lagi semasa mengerjakan ibadah umrah bersama suami dan juga semasa Pilihan Raya Umum ke-15.
“Saya cakap dengan suami tentang masalah datang haid tak berhenti itu dan bimbang kalau-kalau ada masalah dalaman, saya hubungi doktor sakit puan dia suruh beli ujian kehamilan (UPT).”
Pelakon itu kemudian membuat keputusan untuk berjumpa dengan doktor sebelum dimaklumkan bahawa kandungannya yang berusia dua bulan tidak dapat diselamatkan. Dalam masa yang sama, Uqasha juga perlu melalui pembedahan bagi membuang darah yang terkumpul di bahagian ovum.
“Bila buat ujian dapat dua garisan, kami terus pergi hospital kerana bimbang mengandung luar rahim tapi bila periksa anak dalam kandungan dah tak ada. Bila dapat tahu mengandung masa itu, tertanya-tanya kenapa tak jaga tapi Kamal bagi semangat kata tak apa kita cuba lagi.”
Walaupun sedih dengan apa yang berlaku, Uqasha memberitahu dia redha dengan ketentuan itu dan dia serta suami tidak merancang untuk memiliki anak buat masa ini. Tambahan pula pada ketika ini dia sedang sibuk bekerja dan menjalani penggambaran drama sebanyak 70 episod.
Sementara itu, ini nasihat daripada Dr Imelda Balchin buat anda yang mengalami keguguran.
Bila seorang wanita mengalami keguguran, jangan kata “Rahim awak tak kuat”
Kalau anda tak boleh memberi kata-kata yang menyejukkan hati wanita yang keguguran, baik DIAM. Kalau anda hanya boleh memberi kata-kata yang membimbangkan wanita yang keguguran, DIAM.
Jangan mencari kesalahan wanita yang keguguran. Jangan tuduh rahim wanita itu tidak kuat jika keguguran yang awal berlaku pada tiga bulan pertama kehamilan. Jika anda bukan doktor yang merawat wanita yang keguguran, anda DIAM.
Kalau tak boleh memberi wanita kata-kata yang memberi ‘empowerment’ ‘motivasi’ ‘semangat’, anda DIAM saja.
Untuk wanita yang telah mengalami keguguran awal, sebelum 14 minggu kehamilan. Tak payah beli produk cuci rahim, produk kesuburan, produk kuat rahim. Insyallah kebanyakan wanita yang hamil semula tidak ada masalah.
Dan bagi wanita yang pernah mengalami keguguran selepas 14 minggu kehamilan, anda juga tak perlu beli produk cuci rahim, produk kesuburan, produk kuat rahim. Untuk kehamilan yang berikutnya, sila jumpa pakar gynae pada 12 minggu kehamilan untuk pemeriksaan dan rawatan terbaik untuk mencegah keguguran atau kelahiran pramatang.
Kita mesti berfikiran positif dan berusaha dengan cara yang terbukti berkesan sebelum bertawakal, tetapi apa yang tidak perlu ialah kata-kata kesat yang mengguris hati wanita dan mencari kesalahan wanita yang mengalami keguguran.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak perlu gim mahal! Cukup sekadar berjalan kaki satu jam sehari untuk bakar kalori, kuatkan jantung, dan kurangkan stres. Ketahui kenapa langkah mudah ini adalah rahsia awet muda yang paling berkesan.