Perkara biasa bila muda berdiet, rasa mengidam nak makan manis-manis tanpa sebab. Bukan lapar tetapi dek kerana sudah biasa makan, jadi tetiba akan lalu dalam kepala menu-menu yang tidak sepatutnya.
Ya, bukannya mudah proses nak turunkan berat, banyak dugaan perlu ditempuhi. Antaranya mengawal tabiat makan manisan yang sudah sebati dengan diri.
Melalui satu hantaran di laman Thread, seorang pempengaruh gaya hidup sihat dikenali sebagai Nur Adilla, tampil berkongsikan beberapa jenis makanan yang boleh mengurangkan rasa mengidam makan makanan yang manis-manis.
“Bagi sesiapa yang sedang berdiet, anda pasti pernah melalui fasa di mana tiba-tiba teringin makan benda manis macam coklat, kek atau aiskrim.
“Jangan mudah tewas, boleh cuba makanan ini untuk memulihkan craving anda,” ujar Nur Adilla.
1) Coklat gelap (dark chocolate)
Pastikan coklat gelap atau dark chocolate yang dibeli anda mengandungi kandungan koko sebanyak 70 peratus dan ke atas.
Untuk pengetahuan anda, coklat gelap kaya dengan magnesium, ia boleh membantu menstabilkan kandungan gula di dalam darah dan mengurangkan rasa teringin.
Ads
Namun jangan pula dimakan coklat gelap ini secara berlebihan, ia akhirnya akan membawa mudarat juga, biarlah bersederhana.
2) Yogurt gaya Greek
Yogurt ini mengandungi protein dan probiotik (bakteria baik) yang boleh mengenyangkan perut.
Bagi mewujudkan rasa manis di dalam yogurt, boleh ditambahkan juga buah-buahan segar, pastikan bukan gula atau madu kerana ia akan menggagalkan misi diet anda.
3) Buah tamar
Kurma merupakan gula semula jadi yang sihat, ia kaya dengan serat yang boleh membantu untuk mengurangkan rasa lapar dan menghilangkan keinginan terhadap makanan atau minuman manis.
Ads
Sebagai peringatan, hanya makan kurma dalam kuantiti satu hingga dua biji sahaja sehari, jangan pula dihabiskan terus sebekas itu.
Ingat, walaupun makanan sihat, ia perlulah berpada-pada kerana setiap apa yang berlebihan pasti akan membawa mudarat.
4) Kekacang
Antara jenis kekacang yang dicadangkan adalah badam, walnut dan pistachio.
Ads
Kekacang ini tinggi dengan kandungan protein dan mempunyai lemak sihat.
Turut menstabilkan kandungan gula di dalam darah serta membekalkan tenaga tanpa memerlukan pengambilan gula tambahan.
Dinasihatkan untuk makan kekacang yang tidak disalut dengan garam atau gula.
5) Buah-buahan segar
Amalkan untuk makan buah epal, beri dan pisang, semuanya kaya dengan gula semula jadi serta serat.
Kemanisan buah-buahan tidak mempunyai risiko untuk menaikkan berat badan, pada waktu sama mampu menghilangkan mengidam untuk makan benda manis.
Petua lain untuk mengurangkan selera makanan manis adalah kerap minum air kosong, ada kalanya kita teringin makan makanan manis kerana dehidrasi.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelebihan Limau Nipis Untuk Kecantikan & Kesihatan
Pernah tak kawan kawan terfikir bagaimanaorang dulu dulu menjaga kesihatan diri? Pos hari ini saya akan kongsikan 7 Petua Orang Lama menggunakan Limau Nipis utk menjaga kesihatan badan, dan kecantikkan.
Bahan bahan yang diperlukan sangat ringkas, mudah didapati didapurnamun berfaedah jika di praktikkan secara istiqomah. Antara rajin dan malas sahaja.
Jika kawan kawan suka akan perkongsian saya, jemputlah Subscribe ke saluran Youtube saya Amoijamu dimana saya kongsikan pelbagai petua lama, resipi Jamu dan masakan Halal Cina. Sokongan anda akan mendorong saya untuk berkongsikan lebih isi kandungan yang menarik.
Peminat tiram kena beringat, salah makan sebabkan keracunan makanan dek bakteria Vibriosis. Antara makanan laut yang sering jadi pilihan penggemarnya adalah tiram. Selain rasanya yang sedap, harganya juga agak mahal berbanding makanan laut lain.
Tiram mentah ini lebih enak jika dimakan bersama bersama hirisan lemon atau sos yang dibuat sendiri dan selalunya tiram ini disediakan di restoran besar yang kebanyakan menjadi pelanggan setia makanan laut ini.
Namun begitu, bagi yang gemar makan tiram mentah ini dikhuatiri boleh mengalami masalah sakit perut selepas menikmatinya disebabkan keracunan bakteria.
Perkongsian Public Health Malaysia memberitahu bakteria apa yang ada dalam tiram mentah hingga boleh mendatangkan bahaya. Diingatkan untuk elak makannya secara mentah.
Jika anda pernah menonton Mr Bean, ada satu episode dimana Bean mengalami keracunan selepas makan Tiram.
Ya itu adalah risiko bagi sesiapa yang makan tiram mentah yang tidak dimasak. Bakteria Vibrio Parahaemolyticus banyak di sekitar pantai dan tiram dan kerang memang ada bakteria ini.
Apabila berada di suhu bilik, bakteria ini akan berganda banyak. Tiram mentah yang ada bakteria ini kelihatan, bau dan rasa yang SAMA dengan tiram yang tidak ada bakteria.
Jangan ambil mudah, di US, 80 ribu orang ada mengalami keracunan Vibriosis setiap tahun dengan lebih 100 kematian.
⚠️ Jangan makan tiram mentah dan tidak dimasak sempurna
Khasiat Makan Tiram Segar
1. Menjaga Kesihatan Jantung
Kandungan potasium dan magnesium yang tinggi dari makanan laut ini dapat menambah manfaat jantung.
2.Menjaga Kesihatan Tulang
Kadar kalsium, fosfor, seng, besi, tembaga, dan selenium yang tinggi dalam tiram dapat meningkatkan kepadatan dan daya tahan mineral tulang.
3.Tingkatkan Fungsi Kekebalan Tubuh
Selain mengandung vitamin penting, seperti vitamin C dan D, tiram kaya dengan vitamin B12. Vitamin B12 sangat penting dalam menjaga sistem kekebalan tubuh manusia
4. Cepatkan Penyembuhan Luka
Kandungan zink yang tinggi sangat penting dan mempercepat penyembuhan luka
5. Meningkatkan Fungsi Otak
Manfaat tiram adalah sebagai sumber yang kaya akan B12, asam lemak omega-3, seng, dan zat besi, yang sangat diperlukan bagi fungsi otak.