Sebelum anda tukar syampu terbaik, ambil peduli dulu macam mana cara jaga rambut dengan betul untuk elakkan gugur dan ada masalah kelemumur.
Ya, sekali pun pakai tudung anda kena pastikan cara anda betul. Jika jarang dicuci, kerak kepala seperti kelemumur dan peluh mula berdaki di kulit kepala membuatkan berbau dan kesihatan rambut juga terjejas.
Jadi ini cara yang sempurna bagi seorang wanita berhijab menjaga mahkotanya.
Cara Jaga Rambut Elak Gugur dan Kelemumur
1. Cuci rambut selang sehari atau basuh sahaja ketika kulit kepala sudah terasa berminyak. Jangan cuci setiap hari kerana rambut basah akan menjadikan risiko keguguran lebih tinggi. Pastikan anda menyampu kulit kepala, mengurut serta menggaru lembut kulit kepala buat beberapa ketika.
2. Sebelum mencuci rambut, pastikan anda menyikat rambut terlebih dahulu agar rambut mudah dicuci dan tidak kusut. Rambut kusut akan menyukarkan proses syampu seterusnya dikhuatiri akan membuatkan rambut gugur apabila ditarik-tarik dalam keadaan basah.
Ads
3. Guna syampu yang sesuai. Sila dapatkan nasihat pakar jika perlu kerana kulit kepala sangat sensitif. Sebaiknya, manfaatkanlah syampu yang khas dirumus untuk wanita bertudung, pilih mengikut kesesuaian tahap kerosakan rambut.
4. Elak cuci rambut dengan air panas kerana ia hanya akan menjadikan tekstur rambut kasar, kering serta mengerbang. Mandi sahaja dengan air sejuk.
5. Jangan sanggul rambut dalam keadaan basah. Pastikan rambut sudah benar-benar kering sebelum memakai tudung. Rambut yang tertutup dalam keadaan basah akan membiak kelemumur, menjadi kusut dan buat hujung rambut berbuah serta bercabang. Kulit kepala juga akan berminyak!
Kalau Bertudung, Betulkan Bab Ini
Ads
6. Sila pakai anak tudung yang berasaskan material kapas serap peluh, jika tidak kepala anda akan berkuap seterusnya menyebabkan rambut berbau kurang enak.
7. Pakai material tudung yang nipis dan ringan. Praktikan ikatan atau lilitan tudung yang tidak terlalu ketat melekap di kepala. Ini bagi memberi pengaliran udara yang sempurna buat rambut dan kulit kepala.
8. Gunakan getah yang diperbuat daripada fabrik baldu mahupun satin. Jangan sesekali mengikat rambut ketat menggunakan getah sayur mahupun getah yang keras kerana akan menarik kuat rambut dari permukaan kulit kepala seterusnya melemahkan akar umbi sehingga menjadi punca masalah keguguran.
Ads
9. Jaga pemakanan kerana khasiat makanan sedikit sebanyak mendorong kesihatan dan kecantikan rambut. Ambillah makanan tambahan seperti vitamin yang mengandungi biotin, silika, Vitamin B, C dan E serta zat besi dan omega 3.
10. Memakai tudung berwarna lembut mampu membebaskan wap yang terpenrangkap di kawasan kepala sepanjang hari. Ini akan buat kulit kepala selesa berbanding pemakaian tudung berona hitam dan warna gelap lain.
11. Tiga hingga enam bulan sekali, kunjungilah salon berdekatan untuk memotong sedikit hujung rambut. Cara ini akan membuatkan rambut kekal sihat tanpa sebarang kerosakan hujung rambut.
12. Waktu malam, belai rambut dengan minyak perapi mahupun serum. Sebaiknya setiap kali selepas mandi. Ini akan bantu rambut dan kulit kepala menyerap nutrien agar kesihatannya terjamin untuk jangka masa berterusan.
13. Untuk mengelak rambut kusut selepas bangun tidur, dandan dan tocangkan rambut secara longgar (tocang lipan) supaya ianya rapi dan kesannya, rambut gugur yang disebabkan geselan kepala pada bantal juga bakal berkurangan.
Selamat beramal!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semua wanita suka wajah mereka kelihatan cantik dan sedaya upaya memastikan setiap kali berhadapan dengan orang lain, penampilan mereka sentiasa nampak kemas dan menarik.
Dan kerana itu juga, ada wanita yang sanggup berhabis duit untuk membeli barang mekap semata-mata ingin kelihatan cantik seperti personaliti di media sosial.
Malah, tak kurang juga mereka yang memang mempunyai minat dalam bidang solekan. Tidak perlu mengambil kelas mekap, hanya dengan menonton tutorial di YouTube sudah cukup untuk menjadikan individu tersebut seperti jurusolek professional.
Berikut kami senaraikan antara YouTuber di Malaysia yang kerap berkongsi tips dan tutorial mekap untuk dijadikan panduan buat mereka yang ingin belajar tentang kecantikan dan bersolek.
Biasanya tak mudah nak hilangkan jeragat degil di muka, sebab itu ada yang sanggup habis beribu-ribu duit semata-mata nak cantik.
Jeragat selalunya terjadi sebab hormon dalam badan tak stabil dan terdedah dengan cahaya matahari.
Lagi satu sebab penggunaan bahan kosmetik yang tinggi bahan kimia punca juga penyebab jeragat.
Jadi Puan Zana Mokhtar kongsikan petua ini untuk anda cuba pudarkan masalah jeragat cara jimat duit, in shaa ALLAH memang membantu sangat untuk merawat.
Dua Bahan Dapur Hilangkan Jeragat Degil Di Muka
Bahan-bahannya:
Kentang
Lemon
Kentang sangat tinggi oksidan jadi dia mampu menyingkirkan jeragat. Lagi satu kentang ni bagus juga untuk dark circle bawah mata tu.
Dan lemon pula sebagai agen pencerahan kulit yang bagus jadi ia bertindak peluntur kepada bintik bintik jeragat tu.
Cara – cara:
1. Kentang itu bersihkan betul betul dahulu dan kisarkan dia sehingga halus kejadiannya.
2. Kentang yang di kisar tadi campurkan dengan perahan lemon. Gaulkan sehingga sebati.
3. Masukkan dalam bekas kiub ais dan simpan dalam peti beku ye.
4. Bersihkan dulu wajah supaya kiub masker kentang ni dapat bertindak bagus dalam kulit.
5. Ambil seketul kiub masker kentang tu dan sapu pada keseluruhan wajah terutama dekat kawasan jeragat banyak sampai lah kiub tu cair.
6. Sapu dengan lembut k jangan sapu dalam keadaan kasar dekat muka tu.
7. Lepas tu badu lah bilas air bersih.
8. Boleh pakai setiap hari. Seeloknya sebelum nak tidur ye.
Haa… mudahkan dan kos pun tak ada mahal. Rajin dengan tak rajin sahaja. Selamat mencuba.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hawa Rizwana Pernah Alami Whitehead Kronik, Ini Cara Hilangkan!
Hawa akui sebelum ini dia juga mempunyai masalah bintik-bintik putih (Whitehead) yang kronik. Namun Hawa berjaya keluar daripada masalah kulit yang dihadapinya itu.
“Hawa ada masalah sebab ada resdung, jadi kadang-kadang ada produk yang tak sesuai dengan muka. Akan naik whitehead dekat hidung terutamanya, tempat yang paling exposed!
“Jadi Hawa akan atasinya dengan cara ini, dulu-dulu Hawa guna putih telur tu. Pukul putih telur tu sampai kembang, lepas tu letak kapas dan tempel dekat whitehead di bahagian hidung, bila pagi Hawa akan cabut. Jadi, memang berkesan dan boleh nampak la whitehead tu memang keluar dari kulit kita,” katanya.
Pilih Ada Kandungan Glycolic Asid
Jelasnya lagi, memandangkan sekarang sudah moden dan terdapat lambakan produk kecantikan kulit yang mampu menyelesaikan masalah whitehead ini. Jadi Hawa hanya menggunakan produk yang terjual di pasaran.
Tambahnya lagi, produk yang mempunyai kandungan Glycolic Asid yang tinggi adalah amat baik untuk membantu merawat masalah whitehead yang kronik ini.
“Tapi sekarang ni ada beberapa produk yang dah ada Instant punya untuk keluarkan whitehead. Whitehead atau blackhead patches. Jadi kita cuma perlu tampal, letak air lepas itu kita cabut.
“Tapi Hawa jumpa juga beberapa produk yang ada Glycolic Acid untuk letak dan senang nak keluarkan whitehead tu. Itu lah cara dan tip yang Hawa lakukan setiap kali whitehead mengganas,” seloroh Hawa.
Sebenarnya tak susah pun sis kalau nak cantik ni. Pokok pangkalnya hati, kalau kita dambakan kecantikan dan mahu sentiasa kelihatan cantik, ia perlulah seiring dengan usaha yang dilakukan. Perlu ada kerajinan dan keazaman yang tinggi je.
Sama seperti apa yang dilakukan Hawa ni, atasi masalah kulit dengan cara alami dan homemade sahaja, kemudian bila dah ada solusi lebih mudah.
Haa… jadi kenapa beri alasan malas untuk cantikkan diri kan? Jom kirta cuba atasi masalah whitehead dan cela lain dengan tip yang dikongsikan oleh Hawa Rizwana ini.