Masih ramai yang kurang kesedaran mengenai betapa pentingnya penggunaan sunscreen pada kulit, sedangkan itu asas paling utama kalau nak kulit cantik.
Jika anda baru berjinak-jinak untuk mencuba suncscreen dan keliru tak tahu mana satu yang terbaik untuk kulit, bolehlah ikuti cadangan yang disyorkan oleh beauty guru, Izzaty Jamal yang telah dikongsikan oleh lebih 5 ribu pengguna facebook ini.
Pakai Sunscreen Asas Penting Nak Kulit Cantik, Ini Yang Terbaik Ada Di Drugstore
S U N B L O C K / S U N S C R E E N ?
Sunblock ni salah satu skincare WAJIB untuk dipakai.
Nampak tak tulisan wajib tu semua huruf besar? Jangan cuba-cuba keluar rumah tanpa sunblock! You pakai skincare harga RM700 satu set tapi takda sunblock pun tak guna tau ?
Zaty akan share beberapa jenis sunblock yang ada kat drugstore.
Don’t forget to share & tag your BFF!
Botol biru – lebih kepada moisturizing & hydrating.
Botol pink – sensitive skin.
Texture ringan! Pakai je terus meresap dalam muka. Tak berminyak tak melekit.
Korang kena beli ni, sebab sunblock kan kena reaplly setiap 4 jam sekali. So reapply je pakai ni.
Zaty beli ni color pink tu.
SUNBLOCK NI UTK ALL SKIN TYPE from NORMAL – OILY – COMBINATION – DRY.
RM36.80
Ads
Ni adik beradik kat atas. Tapi ni jenis cream.
Botol biru, moisturizing.
Botol putih, brightening.
Dua dua boleh guna for all skin type.
RM23
Korang kaki peluh kan? I would suggest this one. Tapi kalau jenis peluh lencun mcm baru lepas ladi marathon tu tak pasti la ok ke tak.
Lepas pakai terus meresap dan akan bagi kesan matte kat muka. Kulit berminyak worry no more sbb sunblock ni tak liplap kan muka kau mcm disko.
Combination & oily skin pakai ni
Ads
RM26.20
Ini sesuai untuk normal & combination skin.
Kalau kulit jenis berminyak cepat peluh i tak suggest this one la.
Kang ko boleh buat sunblock goreng tepung kang.
RM28.80
Yang ni paling murah yang wujud kat drugstore.
Ads
Boleh guna kat muka & badan.
For all skin type.
RM14.80
Lighweight! Ringan gila. Sesuai untuk orang yang tak suka pakai sunblock melekit – lekit. Salah satu sunblock yang membekalkan hydration kat kulit muka.
Sesuai untuk Normal – Dry Skin
RM40
Kulit Berminyak Pakai Yang Ini
Ni pun sama mcm kat atas. Tapi yang ni untuk oily & combination skin.
Texture dia sangat ringan. I dah cuba try test tadi!
RM40
Nak kulit cantik memang kena pakai sunscreen, jadi anda wajib cari di drugstore terpilih kalau masih belum belajar pakai.
Nampak lain tak rupa Zara Zya sekarang ini? Haa… baru-baru ini pelakon drama Risik Pada Hati ini mengaku mengambil suntikan pada wajah dan bibirnya selepas ditanya dengan pelbagai soalan berkaitan rupa parasnya sejak kebelakangan ini.
Tidak mahu menjadikan perubahan wajahnya sebagai isu, Zara menjelaskan perubahan hormon dan faktor usia menyebabkan dia mengambil suntikan tersebut.
Malah, dia juga tidak menolak dakwaan bahawa ada beberapa klinik estetik yang tampil menaja untuk melakukan suntikan dan ‘membaik pulih’ wajahnya.
Zara Zya Mengaku Cucuk Muka Dan Bibir, Ini Punca Dia Ambil Suntikan
Namun, ini bukanlah proses yang rumit kerana pelakon popular ini menjelaskan suntikan tersebut lebih kepada suntikan vitamin sahaja.
“Sejujurnya, memang ada beberapa klinik yang menaja untuk saya membuat rawatan muka. Lagipun saya dah semakin meningkat usia, jadi timbul kedutan dan saya ada suntik sedikit. Tapi ia lebih kepada suntikan vitamin untuk menjadikan kulit tampil tanpa cela.
“Kalau dulu susah nak jumpa klinik estetik yang sesuai, jadi bila ada peluang, apa salahnya? Tapi ia lebih kepada vitaminlah. Sama juga macam bibir, kadang-kadang bibir jadi gelap, jadi yang ini dia memberikan kesan tegang. Apabila ia tegang, ia menjadi lebih gebu dan berwarna kemerah-merahan,” kata Zara menerusi temu bual di Melodi.
Malahan, Zara atau nama penuhnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 37, tidak kisah sekiranya ada netizen yang tampil memberikan komen negatif terhadap rupa parasnya meskipun menyedari setiap selebriti pasti melakukan suntikan pada wajah sebagai rutin untuk tampil cantik.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gaya fesyen dan mekap Taylor Swift sering menjadi perhatian ketika persembahan tetapi jangan lupa Taylor juga kelihatan sentiasa cergas dan aktif.
Apatah lagi, kulitnya tetap berseri-seri biarpun disimbah terik matahari dan ditimpa hujan semasa bekerja.
Ini pasti membuatkan ramai bertanya, apa sebenarnya tip kecantikan yang diamalkan olehnya.
Tip Cantik Taylor Swift
Sebelum tidur, wajib sapu pelembab
Cara Taylor Swift merehatkan kulitnya ialah dengan menjaha hidrasi kulit pada waktu malam. Katanya dia wajib menyapu pelembab Kate Somerville untuk wajah dan The Body Shop Coconut Body Butter untuk seluruh tubuh. Tips ini untuk kulit sihat, jauh dari masalah sensitif dan kekeringan.
Keluar rumah, jangan lupa sunscreen
Ini pun memang wajib bagi semua untuk pakai dan ya pakai setiap hari! Kulit akan berterima kasih kepada kamu kerana mengelakkan ia dari risiko keradangan, menggelupas akibat panas dan kanser kulit.
Kerap minum air kosong
Jadual kerja Taylor Swift sememangnya sibuk, namun dia tidak pernah lupa untuk minum air kosong secara berkala. Cara ini dapat menyingkirkan toksik, melancarkan penghadaman dan sudah tentu memberi hasil kulit berseri-seri. Malah, TS juga dikatakan kurangkan pengambilan bagi mengelak masalah keradangan dalaman.
Suka tema mekap ‘less is more’
Ya, rahsia kulit Taylor Swift kekal awet remaja ialah dia lebih gemar memakai mekap yang nipis. Bila waktu sendirian atau bekerja di studio TS hanya bare face. Kalau mekap sekalipun, Taylor hanya menyapu lipsyik merah ikoniknya dan wing eyeliner. Settle!
Bersenam untuk kecantikan dalaman
Senaman antara satu cara Taylor mengekalkan kecergasannya untuk melakukan persembahan berbulan dan berjam lamanya. Bersenam mampu meningkatkan pelancaran darah, produksi kolagen dan sel kulit. Malah, bersenam juga boleh melegakan stress dan menggalakkan endorphin.
Tak rumit mana pun tip cantik Taylor Swift, mungkin ramai menyangka penyanyi genius ini makan produk atau amalan yang keras. Rupanya sangat mudah dan dapat mengekalkan kecantikan semulajadi.
Jom, cantik bersama!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!