Kalau anda mula pakai retinol, kulit memang nampak berbeza dan lebih cantik.  Tekstur kulit pun nampak lebih licin dan sihat berbanding sebelum ni. Namun anda akan hadap satu proses ni dulu iaitu fasa RETINIZATION.

Apa maksud fasa tu? Jom kita baca perkongsian ilmu tentang pemakaian retinol daripada Puan Sakinah Zaily Johari ini.

Proses yang mana kulit baru nak kenal dan terima retinol. Masa ini kulit akan sedikit ‘comot’ dulu lah. Kemudian baru jelita.

Pakai Retinol Kulit Jadi Cantik, Dan Ini Cara Betul Nak Sapu

Kulit akan mengalami:

Pedih

Kering

Peeling – macro peeling (gelupas)

Redness

Gatal

Kulit akan jadi gelap sedikit

Pakai Retinol Kulit Jadi Cantik, Dan Ini Cara Betul Nak Sapu

Ads

Pakai Retinol Kulit Jadi Cantik, Dan Ini Cara Betul Nak Sapu

Kalau jenis berjerawat memang lagi banyak jerawat keluar dan jeragat akan nampak ketara lagi.

Nanti jeragat akan pudar bila dah pakai produk brightening. Fasa retinization ni hanya sementara sahaja. Anda akan mengalami 3 ke 4 simptom sahaja dari atas tu ikut kulit dan masalah masing-masing apa yang ada. Fasa ni NORMAL.

Nak kurangkan simptom-simptom tu, ada cara nak handle. Tak perlu gelabah. Kina ada untuk membantu. Jangan risau.

Sebelum nak buat keputusan pakai retinol dalam rutin skincare. Fikir  betul-betul.  Tak nak lah tangguh separuh jalan je pakai, gara-gara tewas nak hadap retinization yang kejap tu.

Pernah dengar cakap cakap orang kata begini.

“Ehhh, tak boleh pakai retinol dengan vitamin C, nanti jadi sekian sekian. Bertambah teruk.”

Ya betul la tu.

Tak boleh pakai RETINOL + VIT C dalam rutin yang sama, anda layer kan dia atau pakai bersama.

Ads

Tapi kalau RETINOL pakai sekali dengan vitamin C, jika diformulasi dalam produk dan botol yang sama. Boleh je pakai. Tak ada masalah.

Macam Retinol Overnight Booster ni, ada kandungan 2 jenis vitamin c lagi dan siap ada antioxidant seperti Ferulic Acid serta niacinamide.

Pakai Retinol Kulit Jadi Cantik, Dan Ini Cara Betul Nak Sapu

Cara Pakai Retinol

1) Pakai pada waktu malam sahaja.

2) Pakai 1x seminggu. Kemudian upgrade 2x seminggu. 3x seminggu. Bila kulit dah boleh tolarate, boleh pakai tiap malam.

3) Untuk beginner perlu buat sandwich method dengan tujuan mengurangkan iritasi.

Tips sandwich method

Kaedah 1 –

Ads

(Pelembap -> Retinol -> Pelembap).

Kaedah 2 –

Hydrating toner/serum -> Retinol ->Pelembap

Teknik ni buat pada 1 bulan pertama saje. Kemudian boleh direct sapu retinol kemudian baru pelembap.

4) Guna amount pea sized.

5) Dah pakai retinol hydration + moisturization perlu di jaga.

6) Ini paling penting. Pada siang hari jangan lupa pakai sunscreen.

Dah pakai RETINOL ni wajib sabar nak dapatkan hasil. Ambil masa sikit, tetapi berbaloi.

Tak perlu takut. Janji basic dan rutin skincare anda dah ok. Boleh saje pakai. Mulakan pakai 1 minggu sekali saja. Kemudian buat minggu ke 2 pakai 2x. Begitulah seterusnya up kekerapan penggunaan.

Jadi selepas ini anda boleh perlahan-lahan cuba pakai retinol, nak-nak bila umur dah masuk 30an. Boleh cuba!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI