Ada sesetengah wanita pakai blusher sampai nampak lebih berusia daripada umur sebenarnya. Haa… ini yang anda kena betulkan!
Jangan sampai nampak wajah pelik dan tak cun disebabkan anda tak tahu teknik pakai blusher dengan betul.
Pakai Blusher Sampai Nampak Tua Dari Usia Sebenar
Rupanya ada teknik pemakaian solekan yang kita tersalah buat terutama sekali dalam cara memakai blusher di pipi. Kalau tersalah cara meletakkan blusher di pipi boleh menjadi faktor wajah anda kelihatan lebih tua, bahaya!
Ada perkongsian di laman X tentang cara yang betul untuk anda aplikasikan blusher di pipi supaya tidak kelihatan seperti wajah orang tua. Jom betulkan untuk buat wajah anda kelihatan lebih segar!
Ads
1. Kalau nak blusher tahan lama sila pakai sebelum anda setting dengan loose powder. Blusher itu akan melekat dekat foundation so dia akan tahan lebih lama. Pakai terang sikit sebab nanti letak powder akan blurry sikit warnanya. If blurry boleh touch up sikit.
2. Apply blusher ikut bentuk muka anda semua. Kalau muka petak ikut lokasi petak untuk letak di muka.
3. Kalau nak effeck makeup cute, letak dekat hidung juga akan nampak lebih comel tapi jangan letak banyak sangat nanti jadi badut.
4. Untuk tak nak bagi makeup nampak pucat. Boleh juga letak blusher satu muka cuma terangkan bahagian pipi and hidung sikit. Sebab kalau tak buat macam ni nanti muka nampak pelik. Touch up bagi blusher rata agak-agak nampak natural je.
Ads
*Jangan terlampau merah sangat pipi tu, risau orang ingat baru lepas kena tampar pula.
Jika di majlis pernikahan Datin Seri Heliza Helmi memilih persalinan putih dan pink untuk resepsi, tetapi untuk majlis persandingan kali ini cukup berbeza.
Aktivitis kemanusiaan dan suami Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman diraikan dalam satu majlis meraikan pengantin baru dengan kedua mempelai mengenakan persalinan songket serba biru.
Majlis berlangsungmeriah di Bizmilla Grand Ballroom, Eco Sanctuary, Selangor itu dihadiahkan Mila Jirin sendiri sebagai teman baik pengantin perempuansekali gus merangkap pemilik empayar bisnes perkahwinan, Bizmilla Wedding Centre.
Majlis berkenaan yang mengangkat tema ‘Malam Islamik’ itu turut meraikan simbolik 15 tahun ukhuwah serta persahabatan Mila dan Heliza.
Bercerita lanjut, Heliza atau atau nama penuhnya, Nur Heliza Helmi pada mulanya agak keberatan untuk menerima hadiah berkenaan.
Namun akhirnya mengalah kerana mengenangkan persahabatan mereka yang mekar sejak sama sama menyertai Akademi Fantasia musim kelima (AF5).
“Selesai majlis pernikahan dan resepsi, saya dan suami tak ketinggalan diraikanteman baik yang bersungguh sungguh menganjurkan beberapa majlis. Mila sendiri tak ketinggalan. Dia memang berniat sekian lama. Kalau saya kahwin, mahu diberikan hadiah majlis persandingan.
“Dia sendiri siapa tak kenal memang ‘tauke majlis kahwin’ sejak tahun 2013 selepas tak lagi fokus dalam dunia seni. Masa dia suarakan hasrat itu, saya terkejut. Malah bertambah segan kerana hadiah itu terlalu besar nilainya.
“Tapi dia bersungguh sungguh nak juga memenuhi niat terbuku itu. Akhirnya saya ‘tewas’. Lantas saya pun teringat Nabi Muhammad SAW sendiri tidak menolak hadiah pemberian sahabatnya.Saya pun ikut sunah Nabi dengan menggembirakan Mila,” katanya.
Malah Heliza yakin Mila dan perniagaan perkahwinannya menjadi asbab untuk terus mengerat dan menyatukan silaturahim sesama insan.
“Penerimaan dan persetujuan hadiah itu juga membuka ruang dan harapan kepada tetamu yang datang majlis itu sama sama berkongsi kegembiraan dan keberkatan.
“Saya yakin hadiah itu ibarat susun atur Allah Taala menerusi Mila untuk diri ini. Dapat juga rezeki sahabat dan insan lain saya kenali datang ke majlis. Termasuklah teman dan tenaga pengajar AF5.
“Majlis Maulid juga diadakan seperti sebelum ini bertujuan memuliakan Nabi SAW. Turut diadakan majlis bacaan Al – Quran serta perkongsian ilmu bermanfaat daripada golongan asatizah,” katanya.
Pada majlis berlangsung, tetamu yang hadir mengenakan jubah hitam bagi wanita dan putih untuk lelaki.
“Tema Malam Islamik dipilih pun kerana mahu memudahkan tetamu yang hadir tanpa fikir panjang atau rasa terbeban. Saya dan suami yakin, jubah hitam setiap wanita akan memilikinya. Begitu juga jubah putih yang tentunya ada dalam gerobok baju golongan lelaki.
“Cuma untuk kelainan, Mila cadangkan saya dan suami mengenakan songket berwarna biru lembut. Saya jarang memakainya.Tapi saya meraikan cadangan itu,” katanya yang turut dihadiahkan keraian majlis resepsi daripada Datin Seri Umie Aida pada 5 Januari lalu.
Mengintai sisi persahabatan dengan Mila, wanita berasal dari Terengganu itu bersyukur mereka dipertemukan.
“Mila cukup bernilai, Masya-Allah. Saya ini tiada apa apa. Dia sangat hebat, baik, solehah dan segala serbi lengkap. Tuhan mempertemukan kami di AF5. Kami akrab walaupun tak sentiasa berhubung dan bersua.
“Namun hubungan dalam hati itu tetap mekar. Kami kalau ada kesempatan akan berkongsi pelbagai cerita. Termasuklahberborak fasal zaman dan kenangan dulu,” katanya.
Mengalih sisi hidupnya kini yang sudah hidup berkeluarga, dia yang mesra dengan panggilan Kakjamenerima mesej pertanyaan Abang Dee (suami) di Instagram (IG) mengenai bantuan kemanusiaan yang ingin disalurkan.
“Saya ketika itu sudah terbabit dengan aktiviti pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO). Mesej itu sebenarnya cukup rawak. Macam orang lain mesej tanya mengenai bantuan mahu diberikan dan sebagainya. Saya membalas pertanyaannya seperti orang lain juga.
“Momen itu berlalu sepintas lalu tanpa ada sebarang pertemuan. Selepas itu tiada apa apa pun terjadi. Malah masing masing meneruskan kehidupan macam biasa. Dijadikan cerita saya dapat tahu dia mahu menunaikan umrah. Jadi saya pula jenis yang selamba akan mengirimkan doa untuk dipanjangkan di Tanah Suci Makkah. Saya turut mengirimkan doa melaluinya.
“Saya jenis yang akankirim doa kepada sesiapa termasuk mereka yang tak dikenali seperti netizen. Kita pun tak tahu doa siapa yang akan dimakbulkan Tuhan,” katanya.
Ungkap Heliza lagi, salah satu doa yang dikirimkan kepada Abang Deetermasuklah perihal jodoh.
“Doa jodoh itu dipanjangkannya di depan Kaabah. Pada ketika detik itu juga, bagai hadir isyarat yang jodoh tertulis antara kami .
“Dipendekkan cerita, dia bertemu keluarga untuk menyunting saya. Seterusnya Allah lorongkan semua itu ke satu ikatan ijab kabul,” katanya.
Ditanya mengenai Abang Dee yang juga pengasas dan Presiden AUF MBZ Consortium iaitu syarikat yang menawarkan perkhidmatan pelaburan kewangan, Heliza dengan rendah hati mengakui sukar mengungkapkan gambaran itu dengan kata kata.
“Sesuatu mengenai dirinya yang susah nak diterangkan dalam satu perkataan atau baris ayat.
“Dia… Masya-Allah, Subhanallah, Alhamdulilah. Dialah syurgaku. Saya bersyukur dikurniakannya. Moga mudah mudahan doa rumah tangga kami sampai ke jannah,” katanya.
Sementara itu, Abang Dee secara jujur menggambarkan jodohnya dengan isteri seperti sebuah perjalanan mencari permaisuri hati yang boleh hidup bersama selamanya.
“Moga ikatan ini terus berada dalam sakinah, mawaddah, rahmat dan sampai jannah. Jodoh saya akhirnya tertulis di usia 38 tahun. Sampai berjanggut panjang saya tunggu jodoh ini.
“Ia satu penantian panjang yang terjawabdan berbaloi apabila berjodoh dengannya. Kesudahan dan nikmat ini cukup menggembirakan hati dan disyukuri.
“Allah bagi jodoh sepertinya… Masya-Allah, Alhamdulilah dan cukup lengkap serta sempurna segala segi. Pandang dia rasa sejuk hati,” katanya yang cukup tebal dengan loghat Utara.
Biar pun umur mencecah 40 tahun, pelakon Indonesia, Luna Maya yakin bawa wajah keluar tanpa mengenakan secalit mekap.
Mempunyai pandangan berbeza tentang kecantikan, dia selesa berkongsi wajah polosnya dalam Instagram.
Namun Luna memang antara artis yang cukup jaga bab kulit kecantikan ya. Memetik laporan Liputan6, Luna mula menjaga kulitnya sejak usia 20-an dan antara benda wajib yang sentiasa dipakainya adalah pelembab wajah.
Menurut pelakon filem Bernafas Dalam Lumpur, dia juga sama seperti wanita lain yang mahukan kulit wajah cerah.
Tular kisah cintanya, Luna kini menjalin hubungan cinta dengan pelakon juga model kacak, Maxine Bouttier menegaskan, dia sedang menikmati proses alami.
Bahkan jarak usia 10 tahun dengan kekasihnya yang lebih muda juga dianggap sebagai rahsia terus kekal seperti tidak dimamah usia.
Aktor berdarah Perancis itu juga dikatakan sudah melamarnya, namun Luna belum memberikan sebarang pengesahan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hanya dengan menekankan bab cuci muka, pelakon, Ramona Zamzam kelihatan cantik dan awet muda walau sudah berstatus seorang ibu.
Mencecah usia 33 tahun, Ramona dilihat bertubuh langsing dan wajahnya tidak mempunyai cela. Baik jerawat atau jeragat, tetap cantik!
Kalau nak tahu apa amalan dan rutin kecantikannya, jemput baca perkongsian ini.
Menurut Ramona, air yang secukupnya sangat penting untuk dapatkan kulit yang cantik. Untuk sehari, minimum air yang perlu kamu ambil adalah sebanyak 2 liter.
Tidur yang cukup sangat penting
Tidur sangatlah penting! Cuba dapatkan waktu tidur yang cukup sekurang-kurangnya 6-8jam sehari. Tujuannya adalah untuk memberi kulit dan badan rehat dengan secukupnya.
Kerap tukar sarung bantal dan cadar katil
Bila guna mata kasar, kawasan tempat tidur memang nampak bersih seperti tiada kotoran. Tetapi kalau kamu nak tahu, kawasan ini merupakan kawasan yang paling kotor dengan debu dan pepijat.
Tukar secara berkala iaitu seminggu sekali atau tiga kali sebulan dan jangan pula tunggu sehingga setahun sekali baru nak tukar ye.
Kalau kamu nak tahu bila tak cuci muka dengan bersih dan betul, mekap, kotoran atau habuk di wajah akan terkumpul dan tersumbat dalam liang pori.
“Mencuci saja tidak cukup. Tapi cuci sebersih-bersihnya. Ingatkan habis shooting balik rumah mandi cuci muka pakai facial wash saja dah cukup, maka bermulalah kejadian masalah kulit yang amat teruk!”
Bagi Ramona, dia perlu mengeluarkan peluh setiap hari melalui aktiviti atau senaman yang dilakukannya. Tak kiralah berjalan, hiking atau bermain sukan kegemaran, asalkan peluh dapat dikeluarkan.
Mengeluarkan peluh daripada badan bukan sahaja untuk membuang toksin dalam badan tetapi bagus untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik secara semula jadi.
Jadi, kalau anda nak berkulit cantik dan tubuh langsing tanpa lemak degil, kena lah rajin bersenam. Owh ya, bab cuci wajah tadi pun pastikan ikut cara Ramona Zamzam, barulah jelita walau usia berganjak ke depan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.