Nak Kurus Lebih Cepat & Perut Pun Kempis, Rahsia Wanita Ini Minum Air Lemonade Buat Sendiri. Setiap wanita mengimpikan saiz badan yang langsing untuk keselesaan diri sendiri. Bagi memudahkan pergerakan dan paling penting dapat melakukan ibadah lebih mudah.

Namun bukan mudah untuk mendapat saiz badan diidamkan. Malah ramai mencuba pelbagai cara untuk memastikan badan kekal langsing dan salah satunya amalkan pengambilan air minuman lemon.

Nak Kurus Lebih Cepat & Perut Pun Kempis

Artikel Lain: Minum Teh Kayu Manis Campur Lemon & Rajin Jalan Kaki. Rahsia Awet Muda Hetty Koes Endang Di Usia 65 Tahun!

Seperti perkongsian wanita ini Ibu Azzah yang memberitahu rahsianya yang berjaya mengekalkan badan yang kurus hanya dengan mengamalkan minum air lemonade dibuat sendiri.

Nak Kurus Lebih Cepat & Perut Pun Kempis, Rahsia Wanita Ini Minum Air Lemonade Buat Sendiri

Ramai wasap dan pm ibu tanya apa rahsia ibu kuruh lening. Kurus ker ? Hehe..
Alhamdulillah perjuangan ibu untuk turunkan berat badan semakin nampak ketara hasilnya. Dan sikit lagi nak capai ideal weight. Bukanlah mudah tapi tak susah jika bersungguh nak ubah.

Bayangkan dari 80 kg, sekarang da capai 60 kg. Siapa student dan followers lama ibu korang tahulah ibu dulu camner. Bila tengok balik video live dan video2 dalam group kelas Pjj, tak sanggup nak tengok diri sendiri yg bulat, kembang setaman hahaha. Dan yang paling sedih bila orang teka umur jauh lebih tua dari usia.

Sebab tulah ibu tekad ubah lifestyle. Cara makan dan mula exercise. Amik masa 3 tahun jugaklah nak capai berat sekarang.

So korang jangan expect hari ni niat nak kurus cam Ibu Azzah, sebulan nak dapat hasil terus memang taklah. Kena sabar, konsisten dan disiplin. Kelaut tu biasa tapi cepat2 naik ke darat, haa gitew.

Nak Kurus Lebih Cepat & Perut Pun Kempis, Rahsia Wanita Ini Minum Air Lemonade Buat Sendiri

Artikel Lain: Berat Turun Mendadak Lepas Buat Bariatrik. Penampilan Terbaru Alyah Makin Cantik & Langsing!

Cuma yg ibu perasan, dalam seminggu dua ni sejak ibu amal minum hari2 lemonade dari 2 biji lemon, berat cepat sangat turun. Perut pun kempis lain maciam. Suka sangat !

Tapiii, yang paling ketara, selera makan jadi berkurang. Seriyes tak tipu.
So ibu nak share lah resepi simple tapi power detox sihat cara ibu.

Rahsia Wanita Ini Minum Air Lemonade Buat Sendiri

Bahan ;
2 biji lemon
2 sudu gula kelapa – ibu guna jenama ococ
2 sudu madu – ibu guna jenama ococ
750 ml air

Cara :
– perah lemon, tapis dan ambil jus. Ibu guna thermomix. Kisar 2 saat jer dgn air. Dapat banyak jus.
– pastu capo terus gula kelapa dan madu
– taruk ais.
– ulang2 minum.

Nak Kurus Lebih Cepat & Perut Pun Kempis, Rahsia Wanita Ini Minum Air Lemonade Buat Sendiri

Fuhhh segar anak tekak. Yang penting boleh bikin perut kempis. Tak percaya, cubalah.

Artikel Lain: Masuk Usia 40an, Ini Perlu Dibuat Untuk Kekal Sihat. Doktor Tak Lokek Kongsi Rahsia Awet Muda!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI