Popular dengan nama gam gajah dek kerana logo binatang itu tertera pada bahagian luar labelnya.
Namun gam gajah atau super glue mempunyai fungsi yang sama dengan beberapa jenama gam lain yang ada di pasaran.
Kekuatan gam ini melekat pada permukaan menjadikan gam gajah ini memang popular dalam kalangan pembuat DIY atau hiasan kraf.
Apa isi kandungan di sebalik super glue ini dan bagaimana jika terkena pada tangan untuk berberapa hari.
Penjelasan Ahli Kimia yang juga Pensyarah Kanan UiTM, Dr Fatimah Salim memberi penerangan mengenainya.
Superglue adalah pelekat yang sangat kuat. Ianya terdiri dari bahan kimia utama jenis cyanoacrylate iaitu ethyl, methyl atau 2-octyl cyanoacrylate. Kaedah superglue ini mengikat dengan pantas dan kuat adalah disebabkan oleh pengaktifan bahan kimia jenis cyanoacrylate oleh air.
Hanya sedikit air diperlukan untuk mengaktifkan komponen utama superglue ini, contoh tindak balas dengan lembapan air dalam udara. Tindak balas dengan molekul-molekul air (H2O -dihidrogen monoksida) akan menghasilkan carbonucleophile yang mana kemudiannya akan memulakan tindak balas berangkai sesama sendiri menghasilkan rantaian polimer cyanoacrylate berwarna putih. Dengan terbentuknya rantaian polimer ini, tekstur superglue akan mengeras lalu ikatan yang kuat akan terbentuk pada permukaan yang disentuhnya.
Superglue sebenarnya dihasilkan tanpa sengaja. Asalnya ditemui semasa pencarian plastik gun sight pada tahun 1942, namun diabaikan kerana ianya melekat kepada apa saja yang bersentuhan dengannya.
Ianya kemudian ditemui lagi tanpa sengaja pada tahun 1951, semasa kajian mencari polimer untuk jet canopies. Akhirnya pada tahun 1958, potensi bahan kimia ini diperakui sebagai pengikat yang kuat lalu dikomersialkan sehingga kini.
Superglue punya sangat banyak fungsi dalam kehidupan kita. Namun ianya juga dengan mudah boleh terikat pada kulit kerana wujudnya lembapan pada permukaan kulit kita. Jika tidak ditanggalkan, ianya boleh melekat pada kulit sekitar 3-5 hari.
Antara cara mudah dan berkesan untuk menanggalkan superglue daripada kulit adalah dengan menggosok garam pada bahagian yang terkena. Bagi memastikan hasil yang optimum, pastikan bahagian kulit yang terkena superglue itu kering.
Kemudian gosok/ gesel perlahan-lahan dengan garam sehingga garam larut bersama lembapan pada kulit dan basuh dengan air. Garam kasar menyumbang kepada geseran dan garam yang larut akan menghasilkan ion-ion yang boleh memutuskan ikatan superglue daripada kulit lalu memudahkan proses penanggalan.
Sekiranya bahagian yang terkena itu banyak, maka boleh ulangi kaedah sama beberapa kali sehingga superglue betul-betul tertanggal. Cuma hati-hati jika berlebihan kerana kulit boleh menjadi pedih.
Nota: Bagi mereka yang ada bahan yang berasaskan acetone (2-propanone atau dimethyl ketone) seperti ‘nail polish remover’, atau penanggal/ varnish cat, boleh juga membantu dalam menanggalkan superglue.
Pastikan jangan beli pencuci muka tak sesuai dengan kulit kalau anda nak wajah yang tak kusam dan tak ada masalah jeragat disebabkan terlalu kering.
Malahan jenis kulit berminyak juga akan menjadi mudarat jika salah pakai pencuci muka. Jangan tak tahu, kalau langkah pertama rutin kecantikan pun dah tak betul, maka hasilnya juga tak berkesan!
Haaa… untuk elakkan salah pakai pencuci muka, jom semak perkongsian daripada Puan Izzatie Jahira, adakah tanda-tanda ini berlaku pada wajah anda juga?
1. Kulit akan jadi kering dan tegang
Bukan sahaja kulit jadi lebih kering lepas guna cleanser yang salah, malah kulit juga tak akan serap pelembap yang digunakan. Ini dengan mudah boleh menyebabkan kulit menjadi kering secara kronik.
2. Kulit jadi merah dan sensitif
Pasti kulit akan jadi super sensitif terutama bila terkena cahaya matahari.
3. Jerawat dan breakout menakutkan!
4. Kulit kasar
Lama kelamaan, penggunaan pencuci yang salah boleh menyebabkan tekstur kulit menjadi lebih kasar.
5. Kusam
Masalah kusam ini boleh buat jiwa jadi down, anda nak serikan wajah tetapi jadi sebaliknya pula.
Anda kena pastikan pencuci muka yang dibeli tidak merosakkan tahap Ph kulit sedia ada malah menambah lagi kehidratan kulit supaya mendapat ‘glass skin’ yang diidamkan ramai wanita.
Semoga bermanfaat.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ini cara Hanis Zalikha jaga badan, hasilnya memang langsing walau berstatus ibu anak dua. Ya, kebanyakan wanita nak tubuh cantik walau sudah punya anak. Namun tak mudah dan perlukan usaha yang keras.
Seperti Hanis sendiri, banyak amalan yang dicuba untuk maintain. Ternyata ibu jelita ini cukup disiplin dan konsisten melakukan amalan ketika berpantang. Patutlah Hanis selalu nampak cantik dan berseri.
Antara yang dikongsikan Hanis ialah amalan pemakanan seimbang, sitz bath untuk membantu penyembuhan luka serta amalan memakai bengkung semasa proses berpantang.
Hanis berada selama seminggu di hospital selepas bersalin. Apa yang dilakukan Hanis semasa di hospital sepanjang tempoh tersebut ialah menjaga pemakanan dan memakai stoking.
Semasa berpantang, Hanis juga mengamalkan meminum susu kurma dan jus kranberi selain minuman lain. Jus kranberi adalah kegemaran selebriti ini. Minuman diminum panas-panas.
Berbengkung diamalkan oleh Hanis. Hanis memakai bengkung yang ditempah khas berserta minyak.
Hanis memakai tiga jenis bengkung ketika berpantang. Sebab itu perutnya cepat kempis.
Menggunakan perkhidmatan perawat pantang amat membantu Hanis dalam tempoh ini. Perawat membantu menguruskan hal berpantang dan menjaga Alisa pada sebelah siang.
Hanis juga berkongsi dia mengambil sajian berpantang yang sama setiap hari. Cuma hanya dua hingga tiga kali sahaja dia bertukar kepada ayam dan daging. Selain dari itu, ikan menjadi pilihan Hanis sepanjang tempoh berpantang.
Hanis yang bersalin secara normal berkongsi caranya menjaga luka bersalin. Dia mengikut saranan doktor iaitu dengan membuat rendaman garam (sitz bath) setiap hari selama dua minggu pertama.
Kata Hanis, ia mudah dilakukan dengan menggunakan air suam dan 2 hingga 3 sudu garam dan larutkan.
Hanis juga mengamalkan mandi herba. Air mandian herba pula disiramkan ke tubuh.
Hanis juga turut berkongsi dia turut mengepam susu badan semasa tempoh berpantang. Tetap sediakan stok untuk kecemasan.
Adat berpantang tidaklah diamalkan secara total oleh Hanis. Ibu dua cahaya mata ini mengamalkan pantang yang sesuai dan banyak merujuk doktor sebelum mula berurutm bertungku, bertangas dan sebagainya.
Antara amalan pantang yang kurang digemari Hanis ialah bertangas. Dia bagaimana pun tetap bersauna bagi memastikan diri berpeluh.
Tuam panas menggunakan botol susu lembut bantu Hanis semasa bengkak susu. Warm compress dilakukan Hanis dengan menggelekkan botol pada dada sebelum urut kemudian baru pam.
Hanis mengakui semasa berpantang adakalanya emosi tidak stabil. Justeru untuk mengawal perubahan emosi, Hanis akan memandang Alisa dan mengucapkan kesyukuran kemudian akan mencium anak keduanya itu.
Sering sakit pinggang selepas seharian bekerja? Jangan biarkan ia melarat! Ketahui 3 regangan mudah yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja untuk melegakan kesakitan dan mengekalkan keselesaan tulang belakang anda.