Malas bersenam sebab masalah baju. Jenama ini tawar outfit sesuai dari saiz XXS ke XXL. Tidak dinafikan bagi mereka yang mempunyai saiz fizikal yang besar agak sukar pastinya berdepan dengan masalah untuk mencari pakaian sukan bersesuaian.
Kebanyakan baju sukan yang dijual di pasaran agak fit dengan saiz badan bagi memberi keselesaan kepada si pemakainya.
Apabila masuk ke mana-mana kedai pakaian dan keperluan sukan tempatan, lambakan jenama serta jenis pakaian sukan cukup banyak.
Tak dinafikan, memilih baju sukan yang sesuai begitu mengelirukan wanita jika dibandingkan memilih pakaian untuk tampil ke majlis makan malam.
Sebelum membuat pembelian, banyak aspek yang perlu diambil kira seperti saiz yang sesuai, material yang digunakan serta kawalan peluh.
Bertambah penting apabila senaman yang dilakukan itu mungkin menyebabkan pengeluaran peluh yang banyak sekaligus mendatangkan kesan bau badan.
Memilih pakaian sukan yang sesuai bukan sekadar tampil yakin ketika bersenam malah pemilihan pakaian sukan yang benar-benar mengikut saiz dan bentuk tubuh ketika bersukan sebenarnya amat penting untuk keselesaan optimum ketika bersenam.
Baru-baru ini, jenama sukan Singapura butter. memperkenalkan pakaian aktif yang direka khusus buat saiz badan wanita Asia. Terkenal dengan fabrik sutera lembut dan licin bergaya, butter. disesuaikan untuk pergerakan berbeza yang menyasarkan satu siri gaya hidup serba boleh.
Tidak seperti activewear lain, butter. sangat mewah dan bergaya menampilkan dua fabrik iaitu BaseCore™, direka untuk aktiviti intensiti tinggi, dan BaseFlex™ yang memenuhi keperluan aktiviti intensiti rendah.
Ads
Memperkenalkan barisan bra dan seluar, direka untuk menyokong aktiviti wanita Asia dengan selesa, baik ketika masa lapang dan aktiviti berintensiti tinggi dan rendah sambil kelihatan bergaya pada masa yang sama.
Untuk meraikan pelancaran di Malaysia, butter. telah bekerjasama dengan Journey mengeluarkan koleksi edisi terhad yang akan dijual secara eksklusif di Journey Indoor Cycling Studio.
Koleksi ini terdiri daripada produk BaseCore™ seperti V-Bra dan Classic Leggings dalam warna kuning mentega, butter. memenuhi semua saiz dari XXS hingga XXL.
Ads
Nak tukar pakaian sukan yang biasa ke pakaian sukan serba selesa dari butter.? Layari laman web butter.sg. Setiap pembelian akan disertai dengan penghantaran percuma meleibihi RM200 dan pertukaran percuma untuk saiz pada pesanan pertama anda!
Kulit yang kusam boleh kelihatan berseri dengan sapuan pemerah pipi! Cantik terletak elok di pipi membuatkan penampilan anda nampak manis dan comel sekali.
Tetapi ada yang langsung tak berani nak pakai sebab risau nampak pelik. Sebenarnya kalau pandai sapu pemerah pipi, tetap nampak natural. Cukup oleskan sedikit pemerah pipi pada kedua belah pipi, terus nampak segar dan berseri.
Cara Yang Betul Pakai Pemerah Pipi, Sapu Tak Banyak Pun Dah Naik Seri
Nak pilih pemerah pipi pun kena ikut jenis kulit. Mana yang kering, berminyak atau kombinasi, supaya sesuai dan terletak di muka.
Cari pemerah pipi ikut jenis kulit
Pemerah pipi juga dihasilkan mengikut formula yang betul dengan jenis kulit kamu. Mana sesuai dipakai untuk si berminyak, sensitif, kering malah normal.
Kulit normal hingga kering: Cuba cari pemerah pipi dengan formula krim. Lapisan formula krim mampu memberi kelembapan tambahan pada kulit.
Kulit normal ke berminyak: Pilih dari formula serbuk. Jenama pilihan yang disyorkan kebanyakan jurumekap adalah Nars Blush. Ia akan bertahan lebih lama daripada pemerah pipi jenis krim.
Bagi kulit berminyak: Anda cari pemerah pipi dari formula gel (yang sukar dicampur pada kulit kering). Jenis gel yang velvety mampu membuatkan kulit kekal lembap tanpa nampak lagi berminyak.
Cara pakai pemerah pipi
Bagi mengoles pemerah pipi, buat wanita yang bertulang pipi tinggi adalah tepat di atas tulang pipi. Manakala buat tulang pipi yang normal adalah di bawah tulang pipi.
Haaa.. bila sudah tahu caranya, nanti pakai pemerah pipi tidaklah nampak terlampau merah pelik.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hah, jangan suah hati sebab anda boleh cuba sapu drying lotion, tak sampai 3 hari pun sudah nampak kesan jerawat makin mengecil.
Apa yang best sangat mudah digunakan, okay jom ambil tahu tentang drying lotion ini.
Apa itu drying lotion?
Satu produk penjagaan wajah yang jadi sensasi awal tahun 2017 dan dipopularkan dari jenama Mario Badescu. Sejak itu, muncul juga drying lotion jenama lain seperti Cosrx, Pink By Pure Beauty dan banyak lagi.
Produk ini sejenis pati cecair yang pekat dengan pelbagai bahan untuk membasmi bakteria, memulihkan kulit dan merawat keradangan kulit.
Biasanya drying lotion akan mengandungi bahan seperti salicylic acid, zinc oxide dan glycerin yang berkuasa mengeringkan permukaan jerawat dan akhirnya menghilangkannya.
Jangan khuatir, drying lotion sesuai untuk semua jenis kulit.
Ramai yang masih keliru cara menggunakan drying lotion. Nah, cuba belajar cara yang mudah dan paling penting mujarab.
Drying lotion digunakan sebagai rawatan penjagaan wajah pada waktu malam. Jadi sapu drying lotion ketika pada waktu malam, khususnya sebelum tidur.
Pastikan wajah anda telah dibersihkan terlebih dahulu. Kemudian diikuti dengan penyegar, serum, pelembap dan sebagainya. Tunggu dahulu semua produk krim atau gel meresap kedalam kulit.
Guna putik kapas yang bersih dan celupkan kedalam bekas drying lotion. Sapu cecair pada kulit berjerawat. Jangan gosok!
Awas, jangan pula celup guna putik kapas yang sama! Bimbang dijangkiti bakteria.
Petua paling penting, jangan gatal tangan mengoncang botol drying lotion. Tujuan utamanya ialah untuk mendapatkan pati pekat dasar bawah botol.
Serius! Bila guna drying lotion anda akan rasai perbezaan. Jerawat lebih mudah kecut dan parut samar-samar sahaja.
Bagi mereka yang mahu melakukan aktiviti senaman simple di rumah tetapi memberi kesan paling cepat digalakkan untuk membuat jump rope.
Senaman jump rope menjadi popular sepanjang tempoh PKP ini dan masa diambil tidak lama hanya perlukan satu jam atau lebih bergantung stamina seseorang.
Selain tidak memerlukan banyak peralatan ia juga tidak memelukan ruang yang banyak untuk dilakukan.
Hanya perlu sedikit ruang selesa dan juga seutas jump rope yang sesuai. Melakukan aktiviti jump rope dapat merangsang bukan sahaja kekuatan otot tetapi membina stamina dengan baik.
Dikongsikan beberapa kebaikan jump rope yang juga boleh dilakukan aktiviti ini bersama seisi keluarga.
1. KESIHATAN JANTUNG
Senaman ini mampu menaikkan kadar degupan jantung dengan pantas. Jadi lakukanlah dengan kadar sesuai dengan kemampuan jantung anda. Jika dilakukan dengan baik ia mampu memberi manfaat kepada kesihatan kardiovaskular.
Buat anda yang mampu melakukannya dengan baik, jump rope amat digalakkan bagi menguatkan jantung serta mengurangkan risiko berisiko seperti serangan jantung.
2. BAKAR KALORI DENGAN BAIK
Buat anda yang ingin turunkan berat badan dan mahukan senaman yang mudah, jump rope boleh menjadi senaman pilihan paling unggul. Tahukah anda, selepas melakukan jump rope selama 15 minit, anda mampu membakar kalori sebanyak 200 hingga 300 kalori.
Senaman lompatan seperti jump rope menggerakkan banyak otot badan yang menjadi aktif. Ia menjadikan badan kita dalam kategori dikenali sebagai ‘thermogenic’ iaitu keadaan di mana badan kita menghasilkan haba yang banyak semasa bersenam.
3. MAMPU KUATKAN TULANG
Melakukan senaman lompat tali atau jump rope juga dikatakan dapat menguatkan kekuatan tulang. Terdapat kajian mendapati seseorang yang melakukan bersenam jump rope selama 10 minit setiap hari didapati mempunyai ketumpatan tulang yang lebih tinggi serta lebih kukuh. Ia sekali gus boleh mengurangkan risiko kesihatan tulang seperti osteoporosis.
4. HAPUSKAN LEMAK PERUT
Untuk anda yang mempunyai masalah berat badan, senaman jump rope boleh membantu anda membakar lemak di bahagian perut dengan baik sekali. Senaman yang konsisten diikuti dengan amalan gaya hidup dan pemakanan diet seimbang mampu memberikan anda hasil yang mantap.
5. OTAK LEBIH FOKUS
Tak ramai tahu bahawa melakukan senaman jump rope memerlukan fokus yang baik. Menurut Jump Rope Institute, rutin lompat tali secara konsisten akan mengembangkan aktiviti otak di bahagian kanan dan kiri hemisfera. Ini akan meningkatkan lagi kemahiran seseorang dalam mengingat dan meningkatkan kepekaan minda.