Penjagaan rambut sangat penting tidak kiralah untuk yang berhijab atau tidak.
Rambut dianggap sebagai mahkota kecantikan yang perlu dijaga sebaiknya bagi mengelak masalah keguguran atau kelumumur.
Lebih menakutkan jika mengalami keguguran dan menjadi masalah besar jika ditarik ada segumpal rambut di tangan.
Pelbagai cara dilakukan untuk atasi masalah ini dan salah satunya dengan perkongsian yang memberitahu penyelesaian terbaik atasi rambut gugur.
Menerusi perkongsian Shehnaz Khan, dia yang mengalami masalah keguguran rambut ini berkemungkinan berpunca dari masalah kulit kapala dari pelbagai faktor seperti kulit kopala kelemumur, berminyak, kering dan pemakanan.
Bermula dari pengalamannya, try and error’ hasilnya mendapat 5 produk ini didapati dapat membantunya menyelesaikan masalah ini.
Atasi Rambut Gugur Guna 4 Produk Ini
Ni je pakai . Try and error . Tapi sebab bagus aku share lah . Tak bagus mampos kau lah kisah ape aku .
Ads
Seborin hair tonic Schawarzkopf . Tonik untuk kuatkan akar rambut dan khas untuk rambut nipis dan gugur . Dia bukan spray . So korang nak jimat korang beli btol spray kat mr diy atau kedai rm2 .
Then spray kat kulit kepala . Sambil spray tu gsok2 . 1 botol seborin rm 50 . Jangan terkejut ye boleh pakai sampai 3 4 bulan . Pakai setiap hari . Bau ubat biasalah . Beli kat shopee pastikan beli yang original ye sebab banyak yang fake dan clone .
Shampu alpacin . Untuk rambut gugur dan kuatkan akar rambut . Bau macam ais mentol . Pakai shampu ni biar 2 3 minit then bilas . Lepas kau bilas kau akan rasa rambut kau kejung keras sikit .
Normal sebab shampu ni tak ada paraben ,sls . So kena pakai conditioner atau hair mask . Harga kat watson rm34 . Ini kalau lelaki pakai boleh lah tahan sebulan . Aku pakai 2 3 minggu habis . Tapi best ye sejuk je kat kepala best
Ads
Hair tonik seborin . Tapi ni khas untuk kelumumur . Pakai ni kat tempat kelumumur . Seriusly ye recommmend . Bagus nak arwah . Hahahhaa . Harga rm50 . Nak jimat letak dalam botol spray kang kau tonggang kat rambut habis basah rambut kau . Beli kat shopee ye gaiss shopee.com.my/hair4me
Hair mask keratin smooth . Korang kalau buat treatment keratin kasi elokkan rambut rosak beratus ye . Kau beli ni je ram 35 pakai semingu 3 kali je . Aku tak ada pakai conditioner sebab conditioner akan buat rambut cepat gugur . Beli kat shopee jugak ..refer gambar atas tu . Ade link .
Cara pakai lepas shampu pakai alpacin tu , sapu benda ni dari tengah rambut sampai hujung . Biar 5 – 10 minit . Lepas tu bilas . Lembut gile and wangi .
Ads
Ini paling aku suka . Loreal elseve extraordinary oil . Banyak-banyak hair oil aku cuba semua berminyak . Yang ni sumpah bagus gile kau letak lah banýak mana tetap rambut kau lembut gila bapak ..menyesal aku tak beli dulu . Ada 4 5 jenis .
Aku amik yang ni . Untuk all hair types . Kenapa aku amik loreal ? Sebab dia punya minyak itu light and meresap . Recommend for those ada masalah rambut kering , warna dan rambut kejung . Pakai 2 3 titis kat tapak tangan then ratakan dari tengah rambut sampai hujung
Pelakon dan usahawan, Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa rindu kepada anaknya, Sumayyah yang dikhabarkan dijangkiti virus Covid-19.
Menerusi perkongsian di laman Instagram (IG), ibu kepada dua cahaya mata ini memaklumkan bahawa dirinya tidak dapat bersama menjaga Sumayyah akibat daripada kesibukan bekerja.
Sumayyah Kena Covid-19, Puteri Sarah Tak Dapat Jaga Anaknya
Namun begitu, Puteri Sarah bersyukur dengan kehadiran ibunya yang membantu dalam menjaga Sumayyah.
“Ni kali kedua Sumayyah kena. Hari ini dah hari ke-6 kuarantin.
“Sedih sangat kalini tak dapat jaga Sumayyah kuarantin sebab Sarah busy shooting. Alhamdulillah mama Sarah tolong jagakan.
“Tapi setiap kali video call mesti adik (Sumayyah) menangis nak mama. Allah je tahu luluh hati ini berjauhan dengan anak.” tulisnya di laman Instagram.
Dalam pada itu, aktres berusia 38 tahun itu memohon doa dari orang ramai agar diberikan kesembuhan segera buat anaknya, Sumayyah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan kesejahteraan buat Sumayyah agar dapat segera bertemu dengan ibunya. Selain itu, kecantikan Sumayyah juga mencuri tumpuan yang saling tidak tumpah seperti ibu tercinta.
Hari ini juga tular kisah rumahtangganya dengan pengarah, Syamsul Yusof yang berakhir dengan penceraian. Apa pun kita doakan semoga Puteri Sarah kuat dan bahagia dengan caranya sendiri bersama dengan anak-anak tersayang.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali masuknya bulan puasa, aktiviti paling seronok dan ditunggu adalah membeli juadah di bazar Ramadan.
Pelbagai makanan yang tersedia dan menggamit selera orang berpuasa.
Tetapi tidak semua makanan dijual itu sesuai untuk kita. Ada yang elok dan ada juga boleh buat perut meragam.
Untuk mengelakkan masalah ini setiap kali membeli juadah di bazar Ramadan, Pakar Nutrisi Puan Syaza berkongsi tip memilih makanan ketika membeli di sini.
Gambar sekadar hiasan.
Bazaar dan bulan Ramadhan memang tak boleh dipisahkan.
Cuma anda pernah terfikir tak tentang cara macam mana nak memilih makanan yang lebih sihat bila berada di bazaar?
Harap maklum lah bila dah ada kat bazaar ni terus jadi rambang mata. Banyak sangat makanan yang semuanya nampak sedap.
Tapi bila fikir pasal nak diet di bulan Ramadhan ni selalu fail semua sebab makanan.
Ha.. kini anda tak perlu risau lagi, sebab kat sini kami bagi tips pemilihan makanan di bazaar.
Pilih lauk yang lebih sihat dan tidak bergoreng, contohnya ayam bakar dan ulaman
Elakkan juga beli ‘side meal’ yang bergoreng, santan dan bergula. Jika beli kuih, belilah 1 atau 2 biji sudah memadai.
Lagi satu elak beli air balang yang manis. Belilah air fresh yang tidak dibancuh gula atau susu pekat seperti air tebu, air soya.
Tidak salah beli di bazar tapi belilah dengan bijak supaya tak ambil kalori berlebihan.