Masih ramai yang rasa skrub muka ni tak penting, langsung tak pernah buat ada. Padahal dengan cara skrub kulit kita boleh cerah dan bersih daripada parut.
Kalau anda nak cari skrub yang sesuai dengan muka dan tidak terlalu kasar, boleh bagi kulit bersih dari segala mekap, boleh cuba St ives grentea.
Texture tidak terlalu kasar, jadi sesuai untuk guna. Kulit anda akan rasa bersih, tak kasar dan makeup jadi smooth.
Beza Skrub Dan Exfoliate
Exfoliator ini proses nak buang sel kulit mati dekat kulit, tak kisah lah muka atau badan.
Skrub pulak, cara untuk kita buang kulit mati. Kita sental sental guna scrub, bagi hilang sel kulit mati tu. Ini namanya, physical exfoliate.
Scrubbing and exfoliation secara asasnya perkara yang sama. Fungsinya untuk buang sel kulit mati di muka dan badan.
Okay nak tahu lebih jauh, jom baca perkongsian daripada Puan Haliza tentang skrub dan exfoliate wajah.
Tujuan Skrub atau Exfoliate Muka:
Setiap hari kulit kita akan menghasilkan sel kulit mati. Sel-sel kulit mati ini yang akan menyebabkan kulit kusam, tona tidak sekata dan makeup jadi bercapuk.
Ads
Apabila sel kulit mati tidak dibuang, lama-lama akan berkerak dan menyumbatkan liang pori kita. Maka banyaklah masalah akan timbul seperti jerawat, jeragat, whitehead, blackhead dan berminyak.
Kesalahan Pakai Scrub:
1. Skrub sebelum cuci muka.
Sepatutnya buang kotoran dulu, baru boleh skrub.
2. Skrub dengan cara menyental.
Ads
Jangan kasar sangat, buat dengan lembut waktu skrub.
3. Pilih saiz bijian yang mengasari kulit.
Cari yang bijinya tidak terlalu kasar untuk kulit, bagus kesan pada kulit.
4. Terlalu lama dan kerap scrub kulit.
Ads
5. Scrub pada area berjerawat aktif.
Ini kalau jerawat pecah, akan merebak keseluruh muka.
6. Tidak pakai moisturizer selepas scrub.
Anda wajib pakai moisturizer untuk elak kulit daripada kering.
Recommend Face Scrub:
Artistry Signature Select Polishing Mask
– biji halus
– larut di kulit
– kulit lebih cerah lepas paka
– 100% organic dan tiada bahan mengeringkan
Ini adalah 5 basic skincare yang betul:
Cleanser-exfoliate-toner-moisturizer-sunscreen. Apa akan jadi kalau TIDAK EXFOLIATE MUKA?
1) Pori menjadi besar
2) Jerawat
3) Jeragat
4) Kulit kusam
Haa… kalau anda jenis mekap, WAJIB EXFOLIATE muka supaya skin rasa smooth bila bersolek. Tak nampak cakey bila pakai foundation dan mekap.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buat anda yang berkulit sensitif, boleh cuba hasilkan yogurt mask di rumah, senang nak sapu malam-malam sebelum tidur.
Hasilkan Yogurt Mask
Jangan risau, anda boleh jadikan mask daripada yogurt ini untuk selesaikan masalah kulit muka. Jadi jom tengok perkongsian Hanis Aina, macam mana dia buat yogurt homemade mask ini.
Bahan-bahan yang perlu sediakan adalah yogurt natural tanpa perisa dan madu asli.
Cara-caranya:
1. Sediakan bahan utama iaitu yogurt asli tanpa perisa.
2. Kemudian korang masukkan dua sudu yogurt ke dalam mangkuk.
3. Masukkan madu asli ke dalam campuran yogurt tadi.
4. Kemudian gaulkan sehingga campuran yogurt dan madu tadi sebati.
5. Setelah siap, boleh gunakan berus applicator mask untuk ambil mask diletakkan pada muka.
Tekstur mask yang terhasil akan tak terlalu likat dan tak terlalu cair.
Bau pula seperti bau tepung dan tidak akan menyakitkan hidung. Boleh sapukan mask pada muka dan biarkan semalaman.
Lepas semalaman boleh basuh muka dan dapat lihat kulit akan lebih lembut dan kemerahan pada muka jadi berkurangan.
Hasilnya akan dapat kulit yang lebih cantik. Buktinya boleh tengok dalam gambar kulit selepas pakai mask ini. Jadi anda wajib cuba hacks ini untuk dapatkan kulit yang cantik. Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ini racun mekap buat anda yang suka melawa, ketahui 3 jenis bedak yang sesuai ikut keperluan kulit.
Jangan main beli ikut orang pakai, anda perlu tahu dulu apa yang kulit anda mahu sebab setiap produk bedak ada fungsinya. Macam yang dikongsi oleh Mirna ini, nampak jelas perbezaan hasil dan fungsi setiap bedak.
Racun Mekap, 3 Jenis Bedak
Terpulang pada anda, mahu dapatkan semua jenis bedak ini atau salah satu. Yang penting bedak kena ada dalam beg, nak-nak waktu kecemasan masuk majlis tertentu.
1. Compact Powder
Compact powder memiliki bentuk yang padat, lebih kemas dan tidak mudah tumpah seperti loose powder. Compact powder ini memiliki finish yang matte.
Disebabkan jenis bedak ini cukup ‘berat’, anda disarankan untuk terus mencuci wajah setelah pakai agar tidak menimbulkan jerawat. Dan kekurangannya tidak boleh menutupi bekas jerawat.
2. Two Way Cake
Jenis bedak two way cake merupakan kombinasi antara bedak dan foundation yang menjadi fungsi lebih kepada untuk menutup cela di wajah. Namun tidak seperti foundatiom, two way cake tidak akan menutup bekas jerawat sepenuhnya.
3. Cushion
Cushion memiliki tekstur yang ringan, sehingga dapat digunakan setiap hari. Cushion merupakan foundation cair yang dilengkapi dengan sponge atau puff agar mudah digunakan di mana saja. Dan cushion boleh menutupi noda bekas jerawat dan membuat makeup menjadi flawless.
Nah, itu sahaja 3 jenis mekap yang anda wajib ada. Pilih produk mekap sesuai dengan anda akan mampu buat kulit cantik dan solekan lebih kemas.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kulit Dah Memang Cantik Di Usia 53 Tahun. Jurusolek Dedah Maria Farida Tak Suka Pakai Foundation! Seperti tidak percaya walaupun usianya sudah mencecah 53 tahun, tetapi raut wajah seperti wanita berusia awal 30an dan kelihatan tidak dimamah usia.
Malah setiap kali muncul membawakan apa jua watak di kaca televisyen, pasti terlihat penampilan Maria Farida yang sentiasa muda.
Rupanya dalam satu perkongsian video, seorang jurusolek mendedahkan pengalamannya ketika menata rias wajah pelakon ini.
Menurutnya dia pernah make-up Maria Farida di rumahnya dua tahun lepas.
“Saya pernah make-up Datin Maria Farida di rumahnya dua tahun lepas. Kulit dia memang cantik, tak ada satu pun garisan tua. Cekang orang kata. Dan kulit dia tak perlu pakai foundation.
“Bila pakai foundation nampak sikit kering even guna liquid. Jadi Datin Maria memang tak suka pakai foundation pun.
“Tapi body, kulit semua macam anak dara. Memang segak lah orang kata, kalah kita yang muda,” tulis jurusolek berkenaan.
Sebelum itu, ada juga yang bertanya pada Maria Farida jika ada memakai bengkung memandangkan pinggangnya yang langsing dan ramping.
Jurusolek Dedah Maria Farida Tak Suka Pakai Foundation