kelebihan kulot sawo matang

Ada banyak kelebihan kulit sawo matang, jadi kenapa nak taksub berkulit putih sampai sanggup pakai produk kilo yang akhirnya rosakkan kulit disebabkan mempunyai bahan kimia yang tinggi?

Ini terbukti apabila ada pelbagai lambakan produk pemutih yang ada di antaranya tidak mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dijual secara terbuka.

Kelebihan Kulit Sawo Matang, Tak Perlu Taksub Nak Putih!

Kelebihan Kulit Sawo Matang, Tak Perlu Taksub Nak Putih!

Ramai sangat lah yang terpedaya dengan iklan promosi produk pemutih tanpa memperdulikan kesan jangka panjang pada kulit dan kesihatan, namun ramai tidak tahu sebenarnya memiliki kulit sawo matang banyak kelebihan dan anda sepatutnya berasa bangga dengan diri sendiri.

1. Kurangkan risiko kanser kulit

Kandungan pigmen melanin yang tinggi pada orang berkulit sawo matang memberikan perlindungan lebih baik daripada sinar UV. Ini akan menyerap sinar berbahaya selain jaringan sel terhindar daripada risiko kanser kulit.

Tetapi bukanlah bermaksud orang kulit sawo matang tak perlu pakai sunscreen ya! Krim pelindung wajah tetap kena sapu kalau anda nak kulit cantik dan sihat.

2. Lebih awet muda

Ini paling best, orang berkulit sawo matang memiliki kulit lebih awet muda sebab perlindungan melanin dapat menjaga kulit dari rosak termasuk kemunculan bintik hitam atau tekstur kulit kasar serta mampu menutup tanda-tanda penuaan.

3. Kuatkan tulang

Orang berkulit sawo matang mempunyai vitamin D3 lebih banyak dan dengan bantuan sinar UV, ini dapat menbentuk kalsium dalam badan. Untuk tempoh jangka panjang, dapat mengurangkan risiko osteoporosis!

Pandangan bahawa kulit cerah lebih menarik adalah sangat subjektif dan sepatutnya kita berbangga dengan apa juga jenis kulit yang dikurniakan Allah kerana setiap satunya mempunyai ciri-ciri dan keunikan tersendiri!

4. Cantik dan manis 

Contoh figura yang berkulit hitam manis bagi wanita ialah Dayang Nurfaizah, Haneesya Hanee dan Nabila Huda. Walaupun berkulit gelap, mereka mempunyai ramai peminat yang mengagumi kecantikan dan bakat masing-masing.

Orang kata, hitam manis tak jemu mata memandang. Begitulah gambaran bagi wanita berkulit sawo matang. Ada suatu tarikan pada mereka yang membuatkan mata tak jemu memandang. Manis!

Kelebihan Kulit Sawo Matang, Tak Perlu Taksub Nak Putih!

Cara Mekap Orang Berkulit Gelap

Mungkin ada yang rasa tak pandai naik main alat solek bila berkulit gelap, jadi ini antara tip yang anda boleh amalkan sebelum bersolek.

@heylulaa Yang kalo makeup suka jadi abu2 mana suaranya? 🥲 Nih aku dah buat tutor makeup lebaran dgn produk yg menurut aku affordable bgt krn under 100K semua! Terutama eyeliner nya aku suka bgttt klo buat pemula gampang dipakenya sat set bgt! #makeupglaminraya #makeuplebaran #popupperfect #beautifulyouth #makeup #makeuptutorial ♬ I AM – IVE

Hah, buat apa gigih memakai produk putih sedangkan berkulit sawo matang dan gelap tampak manis! 

Kredit video: heylulaa

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI