Jika nak kecilkan lian pori yang terbuka di wajah, anda memang kena rajin pakai masker dan toner. Tetapi ada cara jimat poket yang sangat membantu untuk merawat masalah jerawat dan buat pori muka lebih halus.
Haa… tip yang dikongsikan oleh @teamon dalam video tiktoknya, memang fokus cara nak kulit cantik bersih dan berkilau ala gadis korea.
Kecilkan Liang Pori Guna Aloe Vera, Madu Dan Serbuk Kayu Manis
Hanya guna 3 bahan ini saja sudah boleh buat kulit anda cantik menawan, cukup ada aloe vera, madu dan serbuk kayu manis saja.
Caranya:
1. Ambil isi aloe vera (kalau tak ada yang original boleh juga guna yang siap diproses seperti gel)
Ads
2. Kemudian, masukkan satu sudu madu dan satu sudu serbuk kayu manis.
Ads
3. Kacau sebati dan boleh saja tepek pada kulit wajah.
Ini bertuah, hanya perlu cantikkan diri sahaja dan wanita ini dapat nafkah RM2.1 sebulan. Lagipun dapat jadi isteri kepada bilionair, mestilah dimewahkan. Nafkah banyak itu, pejam mata sahaja lah!
Rezeki seorang wanita Thailand yang berkahwin dengan bilionair dari Dubai, dia mendedahkan menerima nafkah sehingga 1.7 juta dirham (RM2.1 juta) sebulan daripada suaminya, lapor laman berita Wolipop kelmarin.
Tak kisahlah menjadi isteri kelima hartawan dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pun, wanita bernama Muna Al Sarunee itu mengakui ‘tugas’ hariannya kini hanya perlu mencantikkan diri dan menghadiri majlis bersama suaminya.
Menurut Muna, dia sebelum ini pernah berkahwin dengan lelaki lain dan memiliki dua cahaya mata dalam perkahwinan pertama.
Selepas bercerai, wanita itu bekerja keras sebelum bertemu suami terkininya, Ahmed Nu Al Sarunee pada 2010.
Meskipun mengetahui Ahmed seorang hartawan, Muna berkata, dia tidak tertarik kepada lelaki itu sama sekali ketika mula berkenalan, berbeza dengan Ahmed yang menyukai sikapnya yang berdikari serta tabah.
Selepas menjalinkan hubungan cinta jarak jauh selama empat tahun, mereka berkahwin ketika usia Muna hampir 60 tahun.
Wanita itu dijadikan isteri kelima Ahmed dengan keempat-empat madunya hidup bersama di bawah satu bumbung di UAE.
Selepas berkahwin dan berhijrah ke Dubai, Muna tidak dibenarkan bekerja, sejajar dengan tradisi golongan hartawan di Dubai selain perlu mematuhi peraturan keluarga suaminya.
“Dalam keluarga Ahmed, banyak peraturan perlu diikuti. Antaranya adalah setiap kali menyertai aktiviti sosial atau sekadar bersarapan, semua anggota keluarga perlu memakai berlian, perhiasan, bersolek dan memakai pakaian mewah,” ujarnya.
Tambah Muna, selain diberikan wang nafkah sebanyak 1.7 juta dirham (RM2.1 juta) setiap bulan, dia turut dibantu oleh 16 pelayan untuk menguruskan kehidupannya setiap hari selain 20 pengawal yang menjaganya.
“Tugas harian saya adalah bersolek, berbelanja, pergi ke spa dan menemani suami menghadiri acara orang kaya. Saya sangat berpuas hati dengan kehidupan masa kini.
“Setiap hari saya tidak perlu melakukan apa-apa selain berpakaian cantik untuk dilihat suami,” ujarnya.
Muna bagaimanapun menetapkan syarat kepada suaminya, yang mana sekiranya lelaki itu ingin berkahwin lagi, dia perlu menceraikan Muna.
Seronok pula membayangkan duit nafkah yang wanita ini terima, tetapi itu rezekinya. Pasangan lain mungkin bahagia dengan cara lain, dapat suami yang suka menolong. Begitu!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ini cara mudah cerahkan tona kulit dan menghilangkan parut dengan berkesan dan cepat. Haaa… mesti ramai tengah mencari cara nak mencerahkan tona kulit dan menghilangkan parut.
Tak perlukan bajet besar pun, cuba guna petua yang dikongsikan oleh Ameera.S ini dulu, terbaik untuk anda yang boleh konsisten amal.
• Tepung beras
• Gel aloe vera
• Air
1. Sediakan tepung beras
2. Masukan aloe vera
3. Masukan sedikit air, make sure air jangan banyak
4. Kacau sehingga sebati and cair
5. Kacau sehingga jadi seperti ini
6. Sapu pada permukaan kulit tangan
7. Tunggu ia kering dalam 10 minit
8. Bilas dengan air dan siap!
Jadi anda yang nak cuba petua yang sangat mudah dan cepat berkesan, boleh cuba tip ini ya.
Kena lah rajinkan diri untuk mencuba. Memang sangat berkesan untuk anda yang ada masalah celah-celah gelap atau pun parut hitam, memang dapat membantu mencerahkan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rupanya bagus bagi anak makan epal merah waktu pagi, salah satu cara untuk hilangkan mengantuk katanya.
Ini satu bonus untuk anda uruskan anak-anak yang jenis mengantuk waktu pagi, yang jenis monyok depan meja makan!
Biasanya setiap pagi mak-mak akan berperang dengan masa untuk uruskan anak-anak yang payah bangun pagi. Ada saja drama air mata anak-anak, itu belum lagi yang jenis mandi lama dalam tandas.
Makan Epal Merah Elak Mengantuk
Jangan risau, sebab anda boleh cuba tip makan epal merah bagi mengurangkan mengantuk si kecil yang dikongsi oleh pengguna Facebook Ainini Zainal.
Anak Selalu Mengantuk Waktu Pergi Sekolah?
Anak-anak tidak perlukan kafein daripada minuman kopi dan sebagainya untuk mereka segar ke sekolah.
Bagi mereka epal merah. Yang hijau kurang sesuai untuk perut anak-anak waktu pagi.
Antara kebaikannya;
• Epal adalah caffeine-free, mempunyai natural sugar yang memberikan kesan serupa seperti kafein pada badan.
• Khasiat vitamin daripada epal akan bertindak sebagai bahan yang akan ‘stimulate’ badan anak untuk segar dan tak buat mereka mudah mengantuk.
• Lebih kurang 13g natural sugar ini, tidak seperti kafein, yang biasanya akan mencetuskan isu seperti ‘mood swings’ atau ‘anxiety’ bagi sesetengah yang mengambil kopi. Khasiatnya amat banyak.
• Badan anak rasa bertenaga sebab tenaga daripada ‘natural glucose’ itu dan ia dihadamkan dengan baik di samping baik untuk sel-sel badan anak.
• Epal kaya nutrien, vitamin, phytonutrients, antioksidan dan serat yang membantu badan kekal cergas.
• Nak jadikan epal sarapan setiap hari pun bagus sangat, sebab ada lebih kurang 90 kalori (kalau saiz sederhana), kiranya untuk sarapan sebelum ke sekolah tu ok sangat.
• Sistem penghadaman anak juga lebih sihat dengan pengambilan epal pada waktu pagi.
Tak susah, bukan? Sesekali boleh masukkan epal dalam bijiran yang anak makan buat sarapan. Atau mungkin boleh jadikan bekal untuk anak anda dapat khasiat buah epal merah itu. Rugi tak cuba, ini salah satu gaya pemakanan sihat juga.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.