Jus Tomato Minum Dan Lebihan Isi Jadikan Masker, Glowing Kulit Nanti!

Share

Amal jus tomato pun dah cukup baik, ini pula ambil isinya lekat di muka jadikan masker. Mestilah kulit jadi glowing dan licin!

Memang ramai wanita yang sanggup berhabisan ratusan ringgit ke pusat kecantikan. Malah memperuntukkan perbelanjaan untuk membeli alat soleh untuk menutupi cela di wajah.

Namun, untuk kekal cantik bukan hanya bergantung kepada solekan semata tetapi dalaman juga harus diberi perhatian agar wajah kekal cantik walaupun tanpa solekan.

Hanya menggunakan dua bahan iaitu tomato dan susu, wanita ini kongsi petua.

Jus Tomato Minum Dan Lebihan Isi Jadikan Masker, Glowing Kulit Nanti!

Kalau nak kulit glowing cantik dan anjal kena selalu makan tomato. Ramai artis amalkan makan dan minum jus tomato sebab memang bagus bukan je untuk kulit malah untuk jantung kita.

Kali ni Mala share jus tomato susu pulak. Memang sedap diminum berbanding jus tomato semata-mata. Lepas tu, lebihannya bulak boleh di buat ice cuba untuk buat masker.

Bahan-bahannya:

Buah tomato 1 biji
Susu rendah lemak 200ml

Cara Membuat :

1. Rendam tomato dengan air garam untuk buang racun pada kulit tomato.
2. Potong dan masukkan tomato serta susu ke dalam blender dan kisar halus. ITS DONE!

Boleh lah terus minum. Memang sedap. Sekejap je habis segelas. Di samping dapat kulit glowing, jantung pun bertambah sihat dengan tomato susu ni.

Khasiat 

Tomato kaya dengan Vitamin C, dan Vitamin E yang berfungsi sebagai agen antioksida juga antikanser. Susu pulak kaya dengan Calsium yang bantu menguatkan tulang dan imunisasi kita.

Kalau ikutkan, menjaga kesihatan ini satu ibadah. Jom jaga kesihatan dengan bahan semula jadi. Lagi pun bila sihat dan kulit bersih, rasa senang nak ke mana-mana tanpa perlu berhias terlampau.

Selamat mencuba!

Sumber: Mala Mansor

IKLAN