Hilangkan Sakit Gigi Guna Bawang Putih & Garam. Petua Simple, Tapi Berkesan!

Share

Salah satu sakit yang tidak boleh kita tahan sepanjang hari adalah apabila diserang sakit gigi.

Kalau boleh jangan sesekali diganggu orang lain dan hanya mahu tidur sepanjang hari. Bak kata sesetegah orang, sakitnya lebih sakit dari bersalin.

Selain makan ubat tahan sakit, terdapat juga pelbagai cara dan petua tradisional untuk melegakan sakit gigi ini.

Perkongsian sumber asal dari Facebook Puan Noraini Ahmad Anne memberitahu cara mudah dilakukan hanya dengan menggunakan dua bahan dapur saja.

Hilangkan Sakit Gigi Dengan Garam & Bawang Putih

Alhamdulillahh…….
Seminggu berguling-guling sakit gigi berubat kampung, pi klinik gigi merata..

Semua tak boleh buat apa sebab pregnent.. last-last kak Norhashikin Ahmad bagi petua.

Caranya mudah saja, tumbuk bawang putih dengan garam.

Lepas tu tempek dekat gigi yang sakit.

Hasilnya?

Memang ajaib terus hilang sakit oii..

Tak sangka berkesan dan hebat sangat petua ni. Alhamdulillah serasi dengan saya.

Sesiapa yang sakit gigi tu boleh cuba sebagai alternatif atau sementara nak dapat cari ubat / rawatan di klinik.

Semoga bermanfaat.

Artikel Berkaitan:

Bahaya Sengaja Terdedah Pada Najis Unggas & Cicak. Boleh Sebabkan Alahan Kulit!

Tak Selesa Dengan Masalah Bau Badan. Gadis Kongsi Produk Sesuai Atasinya, Cari Je Di Drugstore!

‘Beauty With Brain’ – Harnaaz Sandhu Dinobat Miss Universe 2021, Minat Aktiviti Yoga & Berenang

IKLAN